31 December 2008

2008 penuh keberkatan

Kalau difikir2kan apakah pencapaian diri aku bagi tahun 2008???. Yang pasti aku dan keluarga hidup bahagian. Kalau dari segi kerjaya...tahun 2008 lah tahun yang banyak memberi rezeki kepada aku, kerana aku diberikan rezeki oleh Tuhan untuk bekerja di MOF walaupun secara kontrak. Kerja tetap masih belum menjenguk ke pintu rezeki aku ini. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dengan kurniaan Ilahi kepada aku dan keluarga. Diharapkan pada tahun 2009 akan lebih memberi kejayaan dan kebahagian kepada aku dan keluarga. Sama ada di dunia dan di akhirat.
Untuk anak2 mama...mama harapkan kalian berdua akan membesar dengan sihat. jadilah anak yang baik, soleh, berjaya dan comel. Buat Aqil selamat menempuh alam persekolahan Darjah 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 2, Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Semoga anak mama akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Bagi Amalia...semoga lebih cerdik, ceria dan comel. Mama dan papa amat menyayangi kalian berdua. Doa mama dan papa sentiasa mengiringi Aqil dan Amalia. "HaPPy NeW YeAr 2009".

Hari ini hari terakhir Jem dan Eta di MOF

Hari ini hari terakhir Jem dan Eta di MOF. Lepas ini mereka akan menyambung pengajian KPLI dan seterusnya akan menjadi seorang guru. Semoga mereka berdua berjaya di dalam bidang yang diceburi. Diharapkan kite akan bertemu semula disuatu masa nanti. Semalam kami sempat bergambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Hilang sudah dua orang rakan baik dan teman semasa makan dicafe. Diharapkan tahun baru ini memberi seribu rahmat dan kejayaan kepada kita semua, sama ada kejayaan di dunia dan kejayaan untuk akhirat.
gambar akan dimasukkan kemudian

Bercuti untuk menjaga anak2

Hari ini aku bercuti untuk menjaga Aqil dan Amalia.

30 December 2008

Tiada kerjaaa...

Bos cuti...kerja pun takde. Dok chat dan call member2. Boringgg...Cari member2 lama dalam facebook.

1 Muharram 1430H

Hari ni kami ke Sogo. Beli beg sekolah, stokin dan alatulis Aqil. Sebelum tu kami ke Jalan TAR...aku beli tudung. Kami pergi sekejapnya je... sampai dalam pukul 11 dan pukul 2 dah balik. Petang dok rumah je. Malam ke stesyen komuter Kajang...hantar sepupu abang naik keretapi untuk balik Kelantan.

Aktiviti hujung minggu

Sabtu pada mulanya nak pergi kenduri dan majlis cukur jambul, tapi tak jadi. Petang aku dan keluarga EG ke rumah sepupu aku di Semenyih. Balik singgah di stokist tupperware. Pada mulanya nak beli je barang yang aku hendak. Tapi tauke stokist tu beritahu lebih baik jadi dealer dan sekarang ada tawaran istimewa kepada sesiapa yang hendak menjadi dealer...abang pun bersetuju, jadi laaa aku dealer tupperware sekarang (kepada sesiapa yang hendak beli tupperware atau jadi dealer boleh la beritahu ye...boleh cari site income).
Ahad duduk rumah je...tonton majlis perkahwinan Mawi & Ikin. Gran giler perkahwinan mereka...moga2 jodoh panjang.

26 December 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009!!!

Semoga kita semua lebih berjaya....
Kita takkan sampai ke mana-mana, jika kita tidak tahu pun kemana kita mahu tuju. Maka tentukan destinasi kita untuk 1430H/2009 sekarang juga. Untuk berjaya kita mesti fokus, disiplin dan istiqamah. Dan jangan sesekali berputus-asa. Percayalah pada janji Allah bahawa ada kebaikan selepas setiap kesulitan. Pastikan hari ini mesti lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Binalah kabel yang tiada bandingannya demi kejayaan hidup di dunia dan di akhirat dengan mentaati perintahNya dan dengan menjauhi laranganNya...

Boringnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Terasa boring yang teramat sangattt..., dah laaa...sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkk, lambatnya nak pukul 5. Nakkkkkkkkkkkkk... balikkkkkkkkkkkkkk...
Cuti 3 hari ni nak ke mana ye? Esok ada jemputan kenduri kawin dan jemputan majlis cukur jambul anak Dr. Noi.

Aqil dan Amalia datang ofis

Pada mulanya aku nak balik masa rehat untuk jaga anak2 sebab Abang nak ke masjid. Lepas itu plan bertukar, Abang datang sembahyang di masjid Putrajaya. Aku pergi ambil Aqil dan Amalia di situ, bawa ke ofis. Amalia bukannya nak duduk diam, nak keluar je. Duduk sekejap je dia dah main macam2, dimainnya stamp pad...hitam tangan dia. Siap duduk atas meja lagi. Aqil ok je. Tapi sejuk sangat sini...Aqil tak tahan. Aku bawa mereka jalan2, ke cafe dan duduk di surau sementara Abang datang. Lepas Abang datang kami ke Taman Warisan untuk lunch. Kemudian Abang hantar aku ke ofis...Amalia menangis nak ngikut aku...kesian dia.

Jalan lengang aje hari ini...

Ramai orang bercuti hari ini jalan raya lengang aje. Dah laaa... hujan renyai2 bestnya kepada sesiapa yang bercuti itu...boleh sambung buat tahik mata. Sampai ofis awal...parking pun banyak kosong...memang sah ramai yang sambung cuti. Member2 aku pun ramai yang bercuti. Nasib baik Ain ada, boleh la aku breakfast dengan dia dan Nor. Bos aku pun cuti sampai 5 Jan. Maknanya keje pun takde la hari ni. Bestnyaaa...

Cuti Xmas

Pagi kami pergi hantar Ra di stesyen komuter Kajang. Ra akan menaiki keretapi ke Johor untuk sambung semula pengajian semester ll (last sem.) di UITM Segamat. Selepas hantar dia kami ke TESCO Kajang. beli pakaian dan kasut sekolah Aqil. Aku belikan 2 pasang setiap satu...setokin 3 pasang. Happy je... nampak Aqil cuba pakai baju dan seluar sekolah, siap tak nak bukak lagi. Balik singgah breakfast di Kopitiam Bangi. Sampai aje rumah Aqil nak cuba pakai pakaian sekolahnya. Aku dan suami cakap ermmm...dah besar anak kami dah nak masuk darjah satu dah. Abang cakap "abang rasa macam muda lagi, tapi anak dah nak darjah satu". Aku kata "tu la kan rasa macam tak percaya anak dah besar dah". Aqil taknak buka pakaian sekolahnya...papa dia kata biar lah..., nanti nak kena basuh jugak. Amalia pun sibuk ambil beg dia, nak pergi sekolah jugak. Suka tengok gelagat anak2. Abang kata jangan masa ni je Aqil nampak happy...nanti nak ke sekolah menangis pulak. Aku cakap tak kot, dia dah biase ke sekolah, tadika dulu. Tapi situasinya lain...harap2 ok je. Tak sabar nak tengok Aqil ke sekolah.

Lepas Amalia tidor kami lakukan aktiviti mengemas rumah. Abang tolong sapu habuk2, mengemop lantai dan membasuh kain. Aku mengemas dapur dan cuci peti. Lepas siap mengemas aku masak untuk makan tengahari.

Petang Aqil ajak mama dan papa berjalan2. Dia ajak kami ke Putrajaya nak main kereta remote control dia. Aku macam malas je...asyik2 Putrajaya boring laaa...Akhirnya aku bagi cadangan ke Tasik Cempaka. Dia setuju. Kami berjalan2 kat situ, tengok orang bermain bola dan tengok orang bermain layang2. Aqil dan Amalia berlari2 dan bermain gelongsor. Aku risau tengok Amalia, dia nak buat macam dia tu...orang besar nak panjat2 dan berlari2 dekat situ. Aku suruh Abang ikut je... dia. Abang pun tak larat nak control dia. Takut tengok budak2 lain langgar dia. Budak2 bukannya tahu apa...reti main je tak kisah dah orang, main nak langgar je. Lepas itu kami berjalan2 di tepi tasik.

24 December 2008

Gambar Konvokesyen Suami Aku


Gambar kami sekeluarga sempena Konvokesyen Suami aku untuk Master keduanya. Master in Corporate Communication at Universiti Putra Malaysia 2008.

Sejukkknyaaa...macam dok dalam peti ais jeee...

Macam mana la nak buat keje niii... sejuk sangat. nak beku dah rasanya tangan ni. Kena beli sarung tangan je rasa.
Nisa pulak dapat KPLI di Penang, bestnyaaa...TAHNIAH!!!
Petang dapat tahu Munawir dapat KPLI bestnyaaa...TAHNIAH!!!
aku??? BILA NAK DAPAT KERJA TETAP ERMMM...tunggu je la bila rezeki aku.

23 December 2008

Dah mula ada kerja...

Pagi tadi dapat dua tugasan. Aku dah siapkan. Lepas rehat ni belum ada apa2 lagi. Layan paper online...Rasa nak pergi shopping je malam ni. Kena tanya hubby setuju atau tak.

22 December 2008

Tumpang gembira dengan Seroja dan TM berjaya dapat KPLI

Hari Sabtu dapat sms dari TM. Masa tu aku tengah tidur. Bangun je terus cek sms. Ingat mimpi rupa2nya betul. Dia beritahu telah berjaya dapat KPLI. Aku tumpang gembira. Hari ni pagi2 lagi aku call Seroja, tanya sama ada dia dapat atau tidak KPLI. Seroja pun berjaya. Bestnyaaa...dah laaa... kawan baik, dapat pulak KPLI di tempat dan kursus yang sama. Memang rezeki Seroja dan TM. Mereka berdua ini boleh diibaratkan seperti "isi dengan kuku", tidak boleh dipisahkan. Kalau istilah abang aku guna ibarat...??? teruk sikit bunyinya...tapi maksudnya sama je iaitu...jeng...jeng..jeng...apa nak tahu tak? iaitu ibarat "kentut dengan taik". Sebab aku ada member2 rapat namanya Fiza dan G-jah, sampai sekarang kami contact bertanya khabar, walaupun masing2 dah ada kerjaya, keluarga dan tinggal jauh (G-jah Terengganu). Fiza tinggal di UKM je dan selalu datang ke rumah. Abang selalu guna istilah itu untuk kami.
Tahniah buat Seroja dan TM...happy betul mereka. Aku boleh nampak dari air muka mereka berdua. Ye lah... dah lama menunggu, akhirnya dapat jugak benda yang dinanti2. Walaupun dah 10 tahun menunggu. Buat Seroja dan TM semoga selamat menempuh ke alam perguruan/pendidikan pulak. Zie doakan kalian berdua berjaya dan menjadi guru yang baik dan disayangi. Jangan lupa selalu2lah contact Zie, sedihhh...niii.... Takde lah... Zie harap kite selalu berhubung walaupun tidak bekerja di bawah satu bumbung MOF ini lagi. Hilang lagi 2 orang teman di MOF. Zie mohon maaf kepada kalian berdua sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kite. Walaupun perkenalan kite terlalu singkat, tetapi Zie gembira dapat mengenali kalian berdua. Semoga persahabatan kite terus terjalin.

Aktiviti hujung minggu

Sabtu kami tak ke mana2, rehat di rumah je. Ingat nak ke pasar malam tak jadi. Malam kami ke Taman Warisan makan2 tetapi tak best sebab makanan tak banyak...jadi makan apa2 yang ada aej la. Lepas itu kami ke dataran Masjid Putrajaya...ada Majlis sempena Maal Hijrah dan forum Perdana.
Hari Ahad kami ke Pasar Tani Shah Alam (Stadium). Memang sudah lama aku teringin sangat nak ke situ sebab orang kata pasar tani di situ besar dan ada jual pelbagai barang. Kami rancang nak pergi selepas subuh untuk elak dari panas...sebab kesian padaAqil dan Amalia kalau panas (sebenarnya aku pun tak suka panas2 ni). Tapi lain pulak jadinya dalam pukul 10 lebih baru kami bertolak. Biase la hujung minggu, banyak kerja yang perlu disiapkan dan sediakan sarapan untuk semua. Aku masak nasi lemak. Lepas makan kami ke sana...sampai dalam 11.30 dah hampir nak tutup. Tapi orang ramai lagi dan cuaca pun panas Tuhan aje yang tahu. Kami berjalan sekejap kemudian berteduh di bawah Khemah. Kebetulan hari tu ada Peladang buat karnival jugak. Abang jaga Amalia duduk di situ. Aku, Aqil dan Ra berjalan2 di pesta Peladang dan pasar tani. Tiada benda yang menarik perhatian aku. Terjumpa EG adik aku sedang bertugas di khemah FAMA. Tak tahu pun dia kerja hari ni. Kemudian Wak pulak datang jumpe kami. Selepas itu kami semua ke Seksyen 13 pergi makan di kedai Hassan (Nasi ayam kampung). Aku kalau ke Shah Alam atau Subang Jaya memang tak sah kalau tidak makan di restoran itu. Sudah banyak cawangan Hassan dan satu lagi cawangan bakal dibuka di Seksyen 7 Bangi, 3 tingkat dan akan diresmikan oleh Tuan Guru Nik Aziz awal tahun depan. Bestnya dekat dengan rumah aku...boleh la pergi selalu (costumer tetap). Abang aku memang baik dengan tauke dia Hassan (orang kelate jugak).
Lepas makan kami ke Hotel Quality, singgah kedai Wak dan sembahyang. Selepas sembahyang kami ke IKEA. Tak sempat tengok semua barang sebab kesian pada Aqil dan Amalia sudah keletihan. Dalam pukul 4 kami bertolak balik rumah. letih betul semua, selepas sembahyang Asar kami tidur...keletihan. Hampir Maghrib baru bangun. Malam rasa segar balik selepas dapat tidur, walaupun sekejap.

19 December 2008

JJ Taman Equine

Rehat tadi aku n the geng ke JJ Taman Equine. Pada mulanya Ain, Zah dan Nor nak beli baju. Tetapi Aku pulak yang terbeli. Mereka tak jadi beli, ada yang mereka berkenan tetapi tiada saiz. Aku beli blause je. Ingat nak beli kasut, tetapi tiada yang berkenan. Balik sempat singgah di tingakt 2, aku beli kraftan (sempat lagi tu padahal dah nak pukul 3) perempuan...perempuan....Masuk ofis kerja tiada pun...minggu ini langsung tiada kerja. Cuma aku isi borang LNPT dan buat nota serah tugas je. Sama la dengan PSU seorang lagi memang tiada kerja kot hujung2 tahun macam ni. Tiada kerja langsung tak best jugak, boringgg!!!.

LNPT siap

Akhirnya siap jugak isi borang LNPT dan dah hantar kepada En. Li. Keje macam biase tiada lagi nampaknya hari ni.

18 December 2008

Membeli belah


Rehat tadi lepas makan aku and the geng pergi cuci2 mata di bawah, sebab hari ini dan esok ada jualan sempena dapat gaji. Pandai betul penjual2 ni time orang dapat gaji ni laaa... dia nak berniaga kat bawah tu. Memang nak suruh staf MOF ni perabih kat situ dulu...dah laaa...mesin ATM di sebelah je, memang bijak betul strategi bisnes mereka. Aku mula2 saje je nak menengok, tetapi terjumpa pulak ada orang jual tupperware yang memang aku nak beli...berhenti tengok dan bercakap dengan penjual tersebut. Nak beli tetapi aku dah order dengan staf di Unit M. Tetapi terbeli la jugak mug satu. Lepas tu...nampak laaa...pulak ZUCO Fashion jual baju yang dah siap, berkenan la pulak sebab ada saiz aku dan fesyen dan kainnya cantik2...kalau tidak sebelum ni kalau nak beli baju siap tak berani sebab kebanyakannya saiz besar2. Terbeli la pulak 3 pasang baju. Nak buat macam mana dah berkenan, kalau tak beli mengigau pulak nanti.

LNPT

Hari ini tiada keje lagi. Bos pergi meeting. Aku isi borang LNPT. Bincang dengan En. Li bos unit lama. Senang aje nak isi, sebab tugasan aku pun bukannya banyak sangat sebelum ini. Aktiviti dan kursus serta lain-lain langsung tiada. Menyenangkan kerja...mula2 macam malas nak isi, tapi semua orang isi, terpaksa la aku isi jugak.

Sejukkknyaaa...

Sejukkkk... betul. Macam mana nak buat kerja ni... rasa macam nak beku tangan ni. Mengalahkan duduk oversea je...ye ke??? aku bukannya pernah tinggal di oversea pun. Pandai2 je. Abang pernah beritahu masa dia ke Australia memang tak sejuk pun, biase je tapi tak la panas macam sini. Udaranya sejuk je, dan susah nak berpeluh. Tak tahan betul niii...sejukkkk...

17 December 2008

Adab Selepas Mimpi

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)

Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

Ferrero Rocher


Bestnya dapat makan Ferrero Rocher coklat kegemaranku. Tadi pergi jumpa Seroja kejap pergi ambil coklat ni yang aku kirim pada dia masa dia pergi Langkawi. Terima kasih Seroja. Aku simpati pada Seroja kerana banyak kerja yang dia kena buat, dan semuanya benda yang dia sendiri tidak tahu hendak membuatnya. Bos dia macam lepas tangan aje. Apa laaa...bos macam tu, sepatutnya dia kena guide la PSU dia. Tambah2 PSU baru macam kite orang ni. Takpa Zie doakan Seroja dapat KPLI yang resultnya akan keluar minggu depan. Begitu juga dengan TM. Semoga kalian berdua berjaya menjadi pendidik anak bangsa. Zie tumpang gembira sama, walaupun Zie exam pun tak lepas. Zie pun tak sabar2 nak tahu resultnya. Kalau Seroja dan TM berjaya, hilang la 2 orang lagi geng Pegawai Kontrak N41 intake June. Takpa kite boleh contact through email, blog atau YM. Ingat keep in touch sokmo2 (selalu2) tau.

Apa laaa... kerja aku hari ni?

Dah dua hari tiada kerja. Hari ni tak tahu lagi ada atau tidak. Aircond dah ok, sejuk la pulak.
Malam tadi bawa Amalia pergi klinik. Doktor suspek Amalia jugak terkena 'chicken pox'. Baru nak naik sikit2. Aku dan suami aku dah agak dah, tetapi dia tak pulak demam atau batuk macam Aqil hari tu. Mesti berjangkit dari Aqil. Tapi tak naik banyak lagi...moga2 tak naik banyak dan tidak merimaskan Amalia. Risau jugak aku kalau naik seluruh badan dan gatal macam Aqil hari tu. Aqil pun belum sembuh sepenuhnya lagi. Alamatnya kena cuti la aku nanti. Tengok dulu macam mana keadaan dia, kalau biase je, aku tak perlu cuti. Macam2 cabaran nak membesarkan anak2, begitu lah jugak masa ma nak jaga kami adik-beradik. Ma aku siap beritahu masa kecik kami 4 beradik terkena 'chicken pox' serentak. Lagi susah, dah la masa tu abah kena pergi kursus. Seksa jugak ma rasa tapi terpaksa hadapi. Nasib baik ada mamak kantin tolong buat air penawar. Aku ingat lagi masa tu...parutnya pun masih ada.

16 December 2008

Kek Lapis Batik Sutera




Ini lah kek lapis batik sutera yang aku sponsure untuk majlis pertunangan adik aku. Cantikkan??? Rasanya pun sedap. Walaupun mahal puashati. Aku tempah di Aina Bakery, Bangi Perdana.

Tiada kerjaaa...

Hari ini ofis sunyi je semua pergi majlis Hari Kualiti MOF. Aku tak terpilih...ok jugak malas aku. Kerja pun tiada lagi. Bahagian ini masih panas, aircond tak berfungsi. Rupa2nya dah seminggu lebih aircond ada masalah. Lemas aku rasa, bernyawa macam tak lepas aje. Kalau aircond berfungsi sejuk laaa... pulak.

15 December 2008

Malasnya nak datang kerja

Maklum la dah lama bercuti rasa malas la pulak nak datang kerja...tetapi kena datang jugak. Sampai je ofis call Ain dan Hajar, tanya khabar mereka. Breakfast di bilik Ain dan bagi hadiah perkahwinan pada dia sekali...dah lama beli sebelum balik raya, baru hari ini dapat bagi pada dia sebab dia cuti Jumaat lepas. Aku syer dengan Hajar, Siti Hajar dan Aya. Beli blender je. At least masa Ain nak memasak dan masa menggunakan blender tersebut, dia akan teringat pada kami berempat. Hehehe...
Adlina roomate aku cuti lagi kot hari ni. Aku tak ada kerja lagi untuk dibuat. Bos pun tak datang menjenguk atau call. Aku tak tahu cara bos baru ni. Tunggu je la...

Gambar Aqil dan Amalia semasa di Legend Resort












Aqil dan Amalia semasa di Legend Resort.



Masjid Kristal
















Tengahari kami beraya di Jalan Bayam. Kemudian balik ke rumah aku...Beraya di rumah jiran aku. Malam mengemas untuk balik ke Bangi esok. Dalam pukul 10 pagi kami bertolak balik, ikut jalan Terengganu. Kami singgah melawat Masjid Kristal/Taman Tamadun Islam. Amalia memang suka tengok masjid, kalau dalam perjalanan ke mana2 sahaja dia pasti akan tengok dan cakap kebak...kebak...(maksudnya Allahuakbar). Tambah2 datang sini, lagi la dia... suka sangat tengok pelbagai jenis masjid seluruh dunia. Minat betul dia pada masjid. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Kami singgah bermalam di The Legend Resort/Hotel di Cherating. Keesokannya, pagi2 lagi selepas breakfast kami bermain di tepi pantai dan kemudian Aqil dan Amalia mandi kolam. Tengahari kami bertolak balik Bangi. Sampai dalam pukul 5 petang.

Majlis Pertunangan B-ja
















3 petang majlis pertunangan B-ja. Majlis berjalan dengan lancar, ramai saudara-mara dan tetamu hadir. Selepas majlis pertunangan dan semuanya selesai aku dan keluarga aku balik ke kampung abang.

Majlis Korban
















Kami adik-beradik mengadakan majlis korban seekor lembu, Ila membuat aqiqah untuk anaknya, Adam. Penyembelihan berjalan dengan lancar kerana ramai tetamu yang datang membantu. Selepas proses menyiang selesai kami bergotong-royong memasak pula. Ramai tetamu hadir. Pukul 3 petang nanti akan diadakan majlis pertunangan B-ja (adik aku) dengan bakal tunangnya Lan orang Bagan Datuh, Perak.










14 December 2008

Raya Haji









Kami sampai kampung dalam pukul 6 petang, hantar Ra di kampung abang dulu. Kemudian balik ke rumah ma. Malam tidur awal. Esok hari Raya. Pagi selepas sembahyang Raya dan makan nasi tomato kami ke rumah makcik Inun di Tawang, Bachok. Seharian kami di situ...Makcik Inun korban satu bahagian, kami masak daging goreng, singgang tulang, dan air asam perut, bestnyaaa...Aqil dan sepupunya sibuk bermain games. Amalia asyik nak berdukung je. Main kejap2 je mungkin sebab dia tak biase.Malam masak untuk rombongan bakal tunang B-ja. Balik rumah ma dalam pukul 10 malam dan terus tidur.

Pasar Payang dan Monsun Cup di Terengganu











Keesokan paginya selepas breakfast di cafe kami pergi ke Pasar Payang...kami berjumpa dengan kawan lama di sini, G-jah dan Zul. Dah lama tak jumpa, anak mereka dah nak masuk 4 orang...aktif betul. Kami makan2 di food court. Lepas berbual2 dan makan kami bawa haluan masing2. Aku menjengah ke kedai2 yang menjual kain batik. Abang belikan kain batik eksklusif untuk aku dan batik biasa untuk Ketua Jabatannya (hadiah sebab bagi anjakan gaji). Terima kasih daun keladi abang. Selepas berjalan2 di Pasar Payang, kami ke Pantai tengok Monsun Cup. Aqil dan Amalia suka sebab dapat tengok laut dan Kapal. Tengahari kami bertolak balik ke Kota Bharu. Dalam perjalanan kami singgah makan ikan goreng celup tepung dan singgah beli keropok lekor.

Balik Raya

Dah seminggu tak menjenguk ke blog...al maklum laaa...balik ke kampung untuk beraya. Raya Haji. Kami bertolak balik pada 6/12 dalam jam 9 pagi. Kami balik ikut Terengganu, cuaca sejuk aje sebab hujan sepanjang jalan, tetapi tak tahannya jalan jam. Kami sampai di Marang dalam pukul 9 malam. Perjalanan mengambil masa 12 jam...tension jugak. Nasib baik Aqil dan Amalia ok je. Kami singgah bermalam di Permai Inn Hotel. Malam masing2 tidur nyenyak sebab keletihan.

05 December 2008

Hari ke-2 di Unit Pentadbiran

Pagi ini kerja aku membuat nota serahan tugas. Rupa2nya jika ada pertukaran unit/tugas kita kena buat nota serahan tugas. Aku tak tahu pun...Adelina yang menggantikan tempat aku beritahu. Terpaksa la kena buat...dah siap... printer pulak ada masalah...asyik tersekat je kertasnya. Gerammm...nak tanya Hairol dia pulak takde. Tunggu petang ni laaa...

04 December 2008

Bertugas di unit Pentadbiran dan duduk di bilik baru

Hari ini hari pertama aku bertugas di unit pentadbiran dan duduk di bilik baru. Pagi aku mengemas barang2 aku dulu. Lepas mengemas Adlina menjelaskan tugasan di unit ini. Tugasannya nampak macam senang je untuk setakat ini. Moga2 aku dapat melaksanakan tugasan di unit ini dengan baik dan lancar, tanpa sebarang masalah.
Hari ini aku dah siapkan 3 memo dalaman. Hantar pada En. Zawawi untuk disemakn dan tandatangan...dia tanya macam mana bertugas di unit ini. Aku jawab ok je. Dia suruh aku letakkan fail2 dan dia akan semak kemudian. Aku masuk bilik kejap je...tak berapa lama kemudian Abang Sonan (ofisboy) dah datang hantar balik fail2 tadi. Legaaa...semuanya ok, tak payah nak ubah lagi. Risau jugak aku, maklum lah pertama kali bertugas dengan bos baru dan unit baru.

03 December 2008

Pindah bilik yang penuh dengan fail2

Petang pindah ke bilik di bahagian pentadbiran. Fail2 orang lama bukan main banyak lagi...berserabut aku tengok. Kena ambil masa jugak untuk mengemas. Gerammmnyaaa...

Terima memo pertukaran

Hari ini aku menerima memo pertukaran aku dari Unit Jaminan, Hutang dan Institusi Amanah [PK(M) 9] kepada Unit Pengurusan dan Kewangan [PK(PK)2]. Terima aje laaa...dengan redha. Bidang tugasnya tak tahu lagi...moga2 mudah dan aku dapat melaksanakan tugasan baru ini dengan baik dan lancar. Bismmilahhirahmannirahim...Laillahailla anta subhanaka inni kuntumminazzolimin, Amin.
Kena pindah bilik la hari ini, mengemas lagiii...

02 December 2008

Sedihnya...kena tukar unit lagi

Petang terima berita yang menyedihkan...aku kena tukar unit lagi... dari unit Jaminan Hutang kepada unit Pentadbiran. Aku baru je...rasa nak faham dan mahir dengan tugasan2 aku sekarang, dahhh... kena tukar ke unit lain pulak. Sedih sebab aku dah mesra dengan staf2 unit ini dan mula suka pada kerja2 aku. Lepas ni kena mula dari '0' balik. Harap2 kerja unit baru ni tidak membebankan aku dan moga2 kesemua stafnya ok, terutama bosnya En. Zawawi (orang Kelatan). Dulu masa mula2 dapat penempatan, aku dah mintak tukar tak nak unit ni sebab macam terlalu berat kerjanya, tapi En. Zawawi cakap tak boleh tukar, cuba buat kerja dulu. Sekarang aku dah faham tugasan unit ni, kena tukar la pulak...Aku tak boleh dah nak bekerjasama dengan Gee, Dilla, Rubi, Su, Ir dan En. Li. Kalau macam ni cepat2 la abang dapat sambung belajar. Tak payah nak fikir pasal kerja dah. Uuuhhh...sedihnya. Takpa la nak buat macam mana, dapat ilmu lain pulak.

Tahniah buat suamiku

Hari ini abang menerima surat dari UKM menyatakan abang dianugerahkan Pengajar Cemerlang. Tahniah buat suamiku. Semoga terus berjaya dalam kerjaya dan hidup. Tetapi kalau sudah berjaya nanti...jangan la lupa anak2 dan isterimu ini.
Keje aku biase2 je hari ni.
Hari ini aku sibuk dok hubungi Zul/Kak Ina di butik Dzullclassigue untuk bertanyakan tempahan baju pertunangan adik aku dah siap atau belum, tapi tak berjawab pun. Dah berapa kali aku call...hand phone dan telefon kedai tak berjawab. Bisnes apa macam ni...customer cari pun tak nak layan. Kalau dah siap, aku nak pergi ambil baju tu malam ni. Kena confirm siap dulu...kalau tak siap, sia2 je aku ke sana. Janji ambil 30/11 dah siap kot...tapi kena call dulu baru puas hati.
Sebelum tu...pagi tadi sibuk dok cari sesiapa yang jual tupperware...dah jumpa, aku nak beli barang. Satu lagi nak beli kek lapis Sarawak...akhirnya aku dah jumpa kedai yang membuat kek lapis Sarawak di Bangi Perdana. Petang ni sebelum balik rumah nak singgah jap untuk tempah kek untuk adik aku (Bja) nak bertunang 9 Disember ni, hari ke2 raya haji. Aku sponsore kek je untuk dia...kalau ada rezeki boleh bagi bantuan lain lagi. Cari punya cari dalam website, rupa2nya website dan kedai tu milik senior aku masa zaman belajar di UKM dulu, Kak Dundai. Dia bekerja sebagai Ketua Jabatan Komunikasi di KISDAR, sambil tu part time bisnes. Hebat betul orang, dah lahhh... bekerja dan berjawatan, ada bisnes lagi...uuhhhhh hebat...hebat...Ingat lagi aku masa pergi interview di KISDAR (sekarang KUIS) rupa2nya dia salah seorang panel temuduga. Walaupun kenal, aku tak ada rezeki nak dapat bekerja di situ, sebab orang lain kabelnya lebih besar dan berpengaruh...siapa la akuuu...takpa la rezeki aku di tempat lain.

01 December 2008

Keje...

Sebelum pergi kerja, hantar Na ke JPA untuk temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. Punch card 8.08. Amalia macam biase nak mengikut. Aqil sudah makin sembuh. Alhamdulillah.
Hari ni ada kerja yang telah menunggu Loan Body Corporate dan GG untuk ValueCap Sdn. Bhd. Ofis sunyi je..., ramai yang bercuti sempena cuti sekolah kot. Bawa anak2 pergi bercuti. Bestnya...kalau dapat pergi bercuti ke Pulau2 atau pergi bercuti sambil shopping2.

30 November 2008

Aktiviti di hujung minggu

Sabtu, petang aku, Amalia dan Ra ke bintang beli barang dapur.
Ahad 8.30 pagi kami pergi menyaksikan Smart Reader Kids konsert dan Students Graduate di Esset, Bangi. Kesian Aqil tak dapat menyertai persembahan sebab dia masih tak sihat. Teacher Kamoti siap pujuk lagi, tapi Aqil tak mahu, mungkin sebab dia malu mukanya penuh dengan chicken pox. Sebelum ni pun teachernya tiap-tiap hari telefon bertanyakan sama ada Aqil akan menyertai konsert atau tidak. Takpa laaa...Aqil tak sihat nak buat macam mana, kami ikuti persembahan students lain je. Cute budak2 tu menari dengan mengikuti rentak lagu. Walaupun tak seragam tapi tetap menghiburkan para penonton. Lebih kurang pukul 11.00 kami balik, tanpa menunggu persembahan tamat sebab perut dah berkeroncong. Kami singgah makan di Kopitiam, Bangi. Kemudian terus balik ke rumah. Balik aku masak sira pisang dan agar2 santan kegemaran Aqil. Lama dah dia suruh buat, tapi tak sempat nak buat.
***gambar konsert Smart Reader Kids akan dimasukkan nanti ya...

28 November 2008

Bangun lewat hari ini

Hari ini terjaga dari tidur jam 6.47 pagi. Itu pun disebabkan Amalia menangis kalau tidak, tak tahu laaa terbabas la jawabnya...tengok di tingkap hari dah siang. Cepat2 aku kejutkan abang bangun sembahyang subuh. Subuh gajah la jawabnya hari ini. Aku takpa bercuti....Cepat2 aku ke dapur buat apa yang patut dan mandikan Amalia. Dah la baju tak iron lagi...terkejar2 je...Breakfast...aku suruh abang beli nasi lemak untuk aku sekali semasa dia nak beli untuk Aqil dan sepupu dia.
Hari ini tak sempat cium Amalia pun...sebab dia duduk dalam kereta abang...malas nak buka pintu nanti dia nak mengikut aku, itu pun dia dok menangis, sambil panggil mama...mama...kalau aku cium dia mahunya dia tak lepas aku. Just babai je la hari ini. Aqil masih tidur ...tak sihat lagi. Sampai ofis 8.05, lewat 5 minit je...ok la tu selamat lagi tak merah...terpaksa la memandu laju sikit hari ni...selaju2 aku pun 80 je tak berani laju2 sangat.

27 November 2008

Renungan bersama

"setiap hamba yang penat, sedih, runsing, tertekan, sakit kerana ujian Allah, maka gugur dosa-dosanya dengan syarat dia redha dan sabar dengan ujian Allah s.w.t. itu"

Hari ini

Abang cuti hari ini untuk menjaga anak2. Tenang sikit hati aku nak buat kerja. Semalam aku sentiasa telefon rumah bertanyakan keadaan Aqil dan Amalia. Alhamdulillah kedua-duanya ok je.

26 November 2008

"Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu"


INILAH MASANYA


JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU

CINTAILAH IBU SEKARANG

SUPAYA IBU TAHU

KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH

YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU

CINTAILAH IBU SEKARANG

SEMASA IBU MASIH HIDUP

USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI

KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN

DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU

TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG

JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI

SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR

KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU

WALAUPUN HANYA SECEBIS

DARIPADA LAUTAN HIDUPMU

LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG

SEMENTARA IBU MASIH HIDUP

AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Selasa 251108 aku EL lagi

Semalam aku terpaksa EL untuk menjaga Aqil yang demam. Kesian dia semalam, masa aku dengan abang balik dari ofis dia menangis teresak2, mungkin kerana nak meluahkan perasaannya kerana siang tadi aku dan abang takde di rumah untuk dia mengadu dan bermanja. Kalau MIL ada, ok la sikit. Sedih pulak aku tengok Aqil macam tu...menitis jugak air mata. Aqil yang biase aktif dengan mulut tak berhenti bercakap, gelak ketawa dan sibuk dengan mainan dia, tetapi sekarang baring dan lemah je. Semoga Aqil cepat sembuh.

24 November 2008

Berat hati tinggalkan anak2

Nak pergi kerja pun rasa berat hati je...nak tinggalkan Aqil yang tengah demam dan Amalia yang baru lepas demam. Susah jugak MIL takde ni. Mintak2 Ra dapat menjaga Aqil dan Amalia dengan baik. Hari ini Mek dan Tie ada lagi. Ok la kot. Mereka nak balik Selasa ini. Abang akan ambil cuti separuh hari untuk balik menjaga mereka.
Dalam perjalanan ke opis asyik dok memikirkan keadaan Aqil dan Amalia. Akibat terlalu memikirkan mereka berdua pagi ini aku nak ke cafe di tingkat 2 tetapi aku tertekan lif ke B. Pintu lif terbuka aku hairan laaa...kenapa ke B sedangkan aku nak ke cafe. Pikiran dok kat rumah.
Pagi ini aku dah call rumah 2 kali bertanyakan keadaan Aqil dan Amalia. Ra beritahu Amalia menangis lepas bangun dari tidur mencari aku, lepas dipujuk dia ok. Lega sikit aku rasa. Aqil dok tengok katon. Kalau keadaan Aqil teruk aku terpaksa ambil cuti jugak nanti. Kesian Aqil dalam keadaan dia demam ini mesti dia memerlukan aku. Tapi takpa... abang balik selepas dia settlekan kerja2 dia (kataku dalam hati untuk sedapkan hati sendiri...padahal sebenarnya aku risau dan kesiankan anak2). Ya...Tuhan tabahkan hati aku menghadapi dugaan ini, Amin.

23 November 2008

Jemaah Haji berangkat ke Mekah


Hari ini dalam pukul 11.10 pagi aku dan semua pergi hantar MIL di Tabung Haji, Kelana Jaya. Ramai orang menghantar keluarga masing2 yang hendak mengerjakan Haji di Mekah. Wak datang jugak. Aku mintak MIL doakan kami dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan. Semoga kami semua dimuahkan rezeki untuk ke sana jugak.



Semasa dengar takbir ihram, terasa sayu dan terasa macam berada di Mekah la pulak. Kesian pulak tengok orang tua2 kena angkat beg besar dan berat masa nak masuk check in. Kalau yang ada suami atau anak2 yang masih muda tu ok la. Ni yang pergi seorang macam MIL aku dan ramai lagi. Kesian pulak tengok...aku siap beritahu husband aku, kalau Tuhan murahkan rezeki dan panjangkan umur aku nak pergi Mekah...nak pergi masa muda dan nak pergi dengan abang. Selepas MIL masuk dalam, kami semua balik...masing2 keletihan sebab menunggu terlalu lama. Bayangkan lah dari pukul 11.40 sampai pukul 3.30 dok menunggu, dengan Aqil yang kena chicken pox dan cuaca yang panas. Kesian Aqil. Nasib baik mood Amalia ok je...tambah2 lagi lepas dapat beli belon, Pak Long belanja. Itu la MIL nak pergi awal sangat sebab dia risau kalau jam, padahal Bangi ke Kelana Jaya dalam 30 minit je. Kalau pergi lepas Zohor pun sempat lagi. Orang yang tinggal jauh takpa la datang awal2. Dalam perjalanan balik Aqil dan Amalia tertidur...letih sangat.


Malam beritahu Ra cara2 menjaga dan keperluan untuk Aqil dan Amalia. Semoga anak2 aku sihat dan selamat (Doa seorang ibu yang tidak pernah putus2 diucapkan untuk anak2).


22 November 2008

Ramai tetamu

Keluarga suami aku dari kampung sampai hari ni. Hari ini ramai tetamu datang menziarahi MIL yang akan ke Mekah esok.
Aqil kena chicken pox, patut la demam lagi. Padahal baru je lepas demam. Dugaan betul...dia kena chicken pox masa MIL takde. Nampaknya aku kena ambik cuti la untuk menjaga Aqil dan Amalia. Amalia baru sembuh dari demam, risau aku kalau berjangkit pada Amalia pulak.

21 November 2008

Aku EL

Hari ni aku tak pergi keje sebab Amalia demam lagi. Dok melayan dia je hari ni...nampak dah beransur baik, tapi berak2 pulak mungkin sebab makan ubat banyak sangat. Abang pun ambil cuti jugak.
Call Dilla, kerani aku supaya uruskan orang SME Bank untuk datang ambil GG. Petang Dilla call Puan Aziah Hassan mc hari ni, tak jadi datang ke MOF untuk ambil GG. Masa aku cuti ni ada je bendanya... YBMK II nak maklumat hutang yang dijamin oleh Kerajaan 3Q. Benda tu dah siap lama, hari ni baru mintak itu ini. Sedangkan sebelum ni senyap je.

20 November 2008

Karenah Boss



Hidup ini ibarat sebuah gedung ilmu. Apa yang berlaku tanpa kita sedar merupakan ilmu kepada kita.
Jika anda mendapat boss yang tidak anda sukai kerana kezaliman dia , apakah yang anda boleh pelajari daripada kezaliman boss anda? Apakah mutiara yang boleh anda jadikan sebagai kepunyaan anda dan anda gilap supaya ia menyuluh jalan hidup anda? Boss seperti itu kerana ia didatangkan dalam hidup anda untuk menjadi contoh agar anda tidak sepatutnya menjadi begitu bila anda berada di jawatannya nanti atau jika anda menjadi boss. Jika anda meneruskan budayanya, maka apa kurangnya atau lainnya anda dengan dia? Apa pula yang anda pelajari daripada pelajaran hidup ini, maka itulah yang disebut kegagalan.
Anda dan boss juga manusia. Jika boss tidak berubah, tapi anda berubah, hukum alam akan memastikan anda tidak lagi berada di bawah telunjuknya, sebaliknya akan dikeluarkan tetapi bila anda menjadi boss dan memimpin di hadapan, adakah anda memastikan orang yang mengikut anda itu selamat?
Oleh itu apa yang kita tidak suka, pastinya orang lain juga tidak suka.

Rasa macam nak EL je hari ni

Amalia masih tak sihat...dah 5 hari dia demam. Aku rasa macam nak EL je tapi ada meeting pulak hari ni. Badan aku pun rasa macam nak demam, mungkin sebab tak cukup tidur. Datang keje dengan tiada mood je hari ni. Abang tak boleh cuti sebab kena jaga student exam, lepas habis baru abang boleh balik untuk bawa Amalia ke klinik lain pulak dan jaga Amalia.

19 November 2008

Kisah hari ini

Macam hari2 sebelumnya...Amalia dah bertambah baik tapi tetap tak boleh tidur lena. Malam tadi Imah dan keluarga datang ke rumah menziarah MIL yang akan ke Mekah 23/11 ni. Aqil tak ke sekolah, boring sebab dah tak belajar. Hanya ada latihan untuk konsert Smart Reader Kids pada 30/11 ni.
Ade keje sikit je...rehat pergi makan di Warisan.

18 November 2008

Semalaman tak tidor...demi anak2

Demi anak2 tersayang sanggup ku korbankan apa sahaja. Mama sanggup menjaga Aqil dan Amalia dalam apa keadaan sekali pun. Walaupun kelopak mata ni tak mampu dibuka...sebab tak cukup tidur..., yang penting keselesaan dan keselamatan kalian terjaga. Amalia demam lagi...malam tadi sampai muntah2. Pagi tadi aku datang lewat...tunggu Amalia tidur dulu. Abang bawa Amalia ke klinik pagi ini. Semoga Amalia cepat sembuh. Aqil cuma batuk lagi sikit2. Ingat nak EL tapi masalahnya cutiiiiiiiiiiiiii takkkkkkkkkkkk adeeeeeeeee...sikittttttt jeeeeeee tinggallllll.
Hari ni buat surat satu je....Rehat hari ini dalam sejarah aku tak kuar makan ...ngantukkk tahap gaban...tidur di pantry 20". Walaupun sekejap hilang dah mengantuk tetapi dok menguap sokmo. Call MIL 3/4 kali tanyakan keadaan Amalia. Amalia dah ok dan dok bermain2 dengan Aqil. Petang ke Kabinet hantar kertas Jemaah Menteri.

17 November 2008

Kematian anak Adelina

Kematian baby tersebut terbawa2 ke dalam mimpi aku. Aku bermimpi memberi susu kepada seorang baby...tak pasti sama ada dia atau siapa. Yang pasti kejadian itu membuatkan aku sentiasa memikirkan keadaan baby tersebut semasa kejadian tersebut dan keadaan ibu bapanya. Bagaimana penerimaan mereka. Aku dok bayangkan bagaimana la keadaan mereka di rumah yang biase bermain dan melayan baby tersebut, tiba2 tiada sekelip mata. Tambah2 kalau tengok pakaian atau barang2 baby tersebut. Aduhhh!!!...Tuhan aje yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh baby tersebut yang ibarat kain putih yang belum dinodai dan suci. Kepada ibu dan bapa baby tersebut...tabahkan hati menghadapi dugaan ini...Tuhan sayangkan baby mereka. Baby tersebut akan menunggu dipintu syurga sekiranya ibu dan bapanya beramal soleh. Aku dapat maklumat baby tersebut dilakukan posmotem sebab ibubapanya nak saman nursery tersebut. Untuk dijadikan kes baby tersebut perlu diposmotem. Semasa posmotem didapati ada susu beku pada kerongkong baby tersebut. Kalau aku lah... tak sanggup baby sebesar 4 bulan diposmotem, kesian seksa mayat tersebut...biarlah ini mungkin sudah ditakdirkan dan Tuhan sayangkannya. Sudah pasti pengasuh di nursery tersebut pun tak inginkan perkara ini berlaku. Dugaan Tuhan tiada siapa pun yang tahu...

Kerisauan seorang Mama



Ngantuknyaaa...Amalia demam terpaksa la aku berjaga. Tak mengapa demi anak2 tercinta, aku sanggup berkorban apa sahaja. Mintak2 la Aqil dan Amalia cepat sembuh, tambah2 MIL nak ke Mekah 23/11 ni (hujung minggu ni). Lepas MIL ke Mekah sepupu abang (Ra) yang tengah cuti semester akan menjaga Aqil dan Amalia. Banyak benda aku kena ajar Ra cara2 nak jaga dan keperluan anak2 aku berdua ni. Risau jugak kalau Amalia tak nak dengan Ra. Terpaksa la abang ambil cuti sehari dua. Kalau Ra datang masa MIL ada lagi takpa, boleh dia test dulu...mandikan, basuh uuukkk..., bagi makan...tidurkan Amalia dan lain2. Moga2 semuanya berjalan lancar dan selamat. Aku nak cuti?,cuti aku ada berapa hari je lagi...Aqil pulak kalau nak ke toilet kena berteman dan makan kena bersuap. Pandai2 la Aqil jaga diri nanti. Aqil kena biasa2kan diri buat sendiri. Harap2 Aqil boleh...Anak2 aku tak pernah dijaga oleh orang lain... selain Aku, abang dan Tok Ma dia. Nak hantar nursery atau rumah orang aku tak benarkan sama sekali. Tak sanggup anak2 dimarah atau diapa2kan. Lebih baik aku ambik cuti tanpa gaji duit boleh cari...anak susah nak dapat. Sayang aku kepada Aqil dan Amalia lebih dari segala2nya...papa dia pun kalah...heheee...jangan marah ya abang...

Keje aku hari ni sikit je...macam biase.

16 November 2008

Dugaan membesarkan anak

Kami tak kemana2 sebab Aqil baru lepas sembuh daripada demam dan sekarang Amalia pulak demam nak tumbuh gigi lagi. Baru je lepas demam hari tu...kalau tak silap tak sampai seminggu pun. Kesian dia, dok meragam dan serba tak kena aje. Aku bagi ubat makan dan ubat sapu untuk melegakan sakit giginya. Malam tadi Amalia tak dapat tidur lena.
Aktiviti hujung minggu biase la membasuh dan mengemas, itu pun masa mood Amalia ok. Malam pergi ke klinik gigi...tapi Dr. beritahu budak2 sakit gigi masa gigi hendak tumbuh adalah perkara biasa je. Ubat gel je yang biase disapu pada gigi yang baru tumbuh untuk melegakan rasa sakit. Dr. itu ada bagi petua untuk melegakan sakit gigi, iaitu sejukkan timun, hiris kecil2, masukkan dalam kain/bonjot, kemudian tuam pada tempat sakit. Masalahnya Amalia tak bagi pun orang sentuh dan tengok gigi dia. Inikan pulak nak tuam. Mintak2 la esok gigi Amalia dah tak sakit. Suap dan sapu ubat pun kena paksa baru boleh.

15 November 2008

Aktiviti pada hari Sabtu

Hari ni kami pergi hantar ma di LCCT nak balik Kota Bharu.

14 November 2008

Perginya seorang insan menemui Illahi dihari Jumaat yang mulia

Rehat hari ini aku n the geng ke pasar tani, kemudian makan di bilik ain sehingga pukul 2.30. Balik bilik aku terus sembahyang zohor. Lepas sembahyang buat keje sikit, En. Li dan Aliza ada di tempat Sham. Tiba2 Kak Non masuk memberitahu anak Adelina Cristina meninggal disebabkan tercekik susu. Ya Tuhan...Wainnalillahiwarojiun...meremmang bulu roma aku. Kami semua terkejut. Bayangkan baby berumur 4 bulan yang sihat walafiat...tiba2 kembali kerahmatullah akibat kecuaian pengasuh di nursery (di POJ) semasa memberi susu. Aku rasa sangat sedih...aku dapat bayangkan keadaan ibunya sekarang, kerana aku pernah mengalaminya, walaupun situasinya berbeza. Hanya Tuhan aje yang tahu. Ini lagi la anak yang sihat pagi tadi dihantar ke nursery dengan penuh keriangan tiba2 tiada macam itu aje. Takdir menentukan tetapi rasa macam...geramnya...akibat kecuaian baby itu menjadi mangsa. Kami semua ke hospital Putajaya untuk melihat Adelina dan arwah. Ya Tuhan... comelnya baby ni terbujur kaku...dan Adelina sedang menangis disisi babynya sambil mencium baju yang dipakai oleh babynya pagi tadi. Sedih... kami semua tidak dapat menahan air mata. Semua menangis, ramai kawan2 dan staf datang melawat. Walaupun aku tidak kenal Adelina, cuma berjumpa masa meeting, aku sangat simpati padanya, sebelum balik aku memeluknya dan memberitahunya supaya bersabar dan aku memberitahu aku sendiri pernah mengalami situasi begini. Tuhan sayangkan baby tersebut. Semoga Tuhan memberi kekuatan kepada Adelina dan suaminya, anaknya menunggu di pintu surga esok2. Anaknya meninggal di hari Jumaat yang mulia ini Petang balik dari keje hujan lebat.

Aqil demam

Aqil demam...abang cuti hari ni untuk jaga Aqil. Aku nak cuti...cuti ada berapa hari je lagi. Semalam dah bawa pergi klinik...moga2 Aqil sembuh. Dia tak boleh lasak dan makan ais-krim kot. Lepas makan ais-krim dan bermain di taman dia terus demam. Di sekolah pula sibuk dok pratice tarian. Mungkin dia letih sama atau berjangkit dengan kawan di sekolah. Amalia macam biase aktif...dia kesian pada abangnya siap tolong gosok belakang dan kepala abang dia masa Aqil batuk2. Abanggg...dia panggil Aqil sambil tangan dok gosok belakang Aqil semalam. Suka tengok gelagat dia. Malam tadi Aqil asyik terjaga je...Amalia memang dah style dia sedar sokmo, kejap tidur buai kejap tidur bawah.

13 November 2008

Ngantukkk...

Rasa ngantuk je mata hari ni, mungkin sebab semalam asyik sedar tengok keadaan Aqil. Aqil demam malam tadi...dok mengerang je. Lepas suap ubat baru ok. Mesti berjangkit di sekolah ni, tiba2 je batuk dan demam. Amalia bangun lewat dah sikit sekarang tak macam hari tu pukul 4.30 atau 5.00 pagi dah bangun. Bangun je ajak papa dia pergi aman...aman...(taman) nak main buai. Semasa aku dok panas ejin kete dia heret tangan aku ajak ke taman...lepas cakap mama nak keje...Amalia pergi dengan papa baru dia lepas tangan aku, babai dan sengehhh... (comelnyaaa...). Aqil tak ke sekolah hari ni...pergi sekolah pun dok pratice tarian dan tengok katon je sekarang ni.
Keje takde lagi...Rehat makan di Warisan. Petang kena buat memo kepada PP tentang SHSD. 4 petang ade mesyuarat...

12 November 2008

Bahagi2 cheese cake

Hari ni aku bawa cheese cake yang aku beli semalam...lepas breakfast aku dan Ain pergi ambik kat kete aku. Kami ambik bahagian masing2. (aku punya dah ambik semalam). Ain bahagi satu bahagiannya kepada Tie...kesian sebab dia mengharap semalam. Yatei nak brownies tetapi disebabkan Hajar tak bawa beg duit terpaksa la makan yang aku pilih ni je...takpa tahun depan boleh beli tunggu 11.11.2009. Kalau nak tunggu yang promosi ni la, kalau tak beli je hari biase.
Bos aku EL hari ni...hureyyy!!! ade keje sikit je. Rehat aku n the geng ke Warisan...sempat beli tudung 2 helai. Bawa kete Ain, dia tak berani nak bawa lagi. Petang dok chat, search internet dan buat blog je laaa. Chat dengan Shaf di Riyad, Mesir. Panjang lebar bercerita.

11 November 2008

Cheese cake punya pasal...




Hari ni banyak keje...rehat aku and the geng ke Alamanda. Lunch di Pizza Hurt. Kami dapat tahu hari ini secret recipe buat promosi sempena 11.11 & 11 branch buy one free one. Kami nak pergi beli tetapi tengok orang berbaris panjang, terpaksa la cancel. Balik ofis terpikir call Wan Hairiah mintak tolong dia belikan...sebab jumpa dia nak pergi beli kek tadi. Mula2 dia kata ok...lepas tu tak boleh pulak sebab seorang cuma boleh beli satu je (buy one free one). Frustnya rasa...rugi la sebab keknya mahal kalau hari biasa RM70 sebiji, kalau boleh beli hari ni cuma RM35 je la sebijik.




Aku terpikir nak cuba pergi beli la petang ni. Aku ajak Hajar sama, dia pun excited nak beli. Kami ke Alamanda dalam pukul 5.20. Sampai sana tengok orang beratur panjang, tapi kami tetap beratur jugak...cheese cake punya pasal aku sanggup beratur panjang. Hajar nak pergi ATM untuk ambik duit dulu. Entah macam mana sebab nak cepat tadi kot...dia tertinggal beg duit di ofis. Dia frust dah...sebab tak boleh beli. Aku bagi pinjam duit aku (duit aku pun tak banyak sebab tak bawa tinggal di rumah, bawa sikit je)...jadi cukup la RM70 seorang. Lega...boleh la hajar beli. Kami siap pilih dah nak kek perasa apa. Sampai je turn aku...aku beritahu la cashier tu kek yang aku nak, lepas dia tekan2 mesin duit tu, adik tu beritahu RM73.50 ye kak...aku dan Hajar saling berpandangan...alamak tak cukuppp!!!, aku mintak balik duit aku pada Hajar. Hajar tak boleh beli jugak...takde rezeki dia. Aku dapat la... jugak beli chocolate starwberry dan chocolate chip walnut. Aku suka chocolate Indulgence tapi dah habis. Aku berkongsi dengan Ain dan Nor, tapi disebabkan kesian pada Hajar terpaksa la bahagi empat, takpa la...lagi pun kek ni besar dan takut nanti tak habis makan...membazir pulak. Aku bawa balik ke rumah aku dulu...esok bawa ofis. Aqil dan Amalia suka dapat makan cheese cake, mereka berdua memang suka...sama lah dengan mama dia ni, hehehe....Sekali ingat lucu apa yang berlaku...sekali ingat geram dan kesian jugak aku pada Hajar, bukan main beria2 dia nak beli dan nak kongsi dengan Yatei...nak buat macam mana takde rezeki nak makan banyak...dapat rasa sikit seorang je la (tapi bahagi 4 pun dah banyak). Peristiwa hari ini akan menjadi kenangan aku dengan Hajar...ingat secret recipe pasti aku akan teringat pada Hajar, hahaha...

10 November 2008

Mood kerja


Isnin biase la... mood kerja kurang sikit, ade kerja sikit je hari ni. Petang nanti tak tahu la. Pagi tadi breakfast di bilik Ain. Ain baru balik dari Trengganu..dia bawa kepok losong...sedapnya.
Petang buat memo kepada PP/ValueCap. Dapat tahu Tajul (bajet) dapat keje di JPA sebagai PTD kontrak. Seorang lagi akan meninggalkan MOF. Rezeki dia...

Ahad

Pagi aku dan Ma ke pasar. Hari ni tak pergi jalan ke mana2 pun...abang ada kelas OUM. Masak dan berbual dengan Ma. Petang EG dan keluarga datang nak ambik Ma dan Ami ke rumah mereka pulak. Saudara abang dari kampung pulak datang...anak mereka konvo ILP jugak Isnin ni ( hari ni laa).

Konvokesyen ILP

Ma dan Ami datang dari kampung...flight pukul 5. Malam baru mereka sampai sebab Wak bawa mereka pergi sembahyang di Masjid Putra dan makan2 di selera Putra.
Pagi aku, Bja dan Aqil ke Kajang...beli kain di Gulatis. Bja beli kain untuk buat baju bertunang. Aku asalnya nak teman Bja je...tapi terbeli jugak kain sepasang, dah berkenan nak buat macam mana. Boleh pakai raya Haji ni...tu pun kalau sempat siap. Lepas beli kain kami ke Dzul Classic...Bja tempah baju di situ. Balik kami bersiap untuk ke Bukit Jalil...konvokesyen Ami. Kami berada di sana sampai pukul 5. Selepas bergambar kami balik. Ma dan Ami ikut EG balik Shah Alam. Dalam pukul 6 ke pasar malam. Lepas Maghrib Bja balik Cheneh. Malam Ma dan Ami sampai. Tidur awal letih dok berkejar dengan Amalia di Stadium Putra Bukit Jalil.

07 November 2008

Hari Jumaat yang mulia

Semalam Bja datang. Pagi taklimat dengan TKSP(D) Datuk Latifah...panjang lebar sampai pukul 12.40. Rehat aku, Zah dan Nor ke Anjung di Parcel E. Aku pergi kemaskini buku Tabung Haji. Keje aku hari ni dok buat excel tu lagi...semakan akhir, harap2 dah betul dan tiada perubahan lagi.

06 November 2008

Tak habis2 dengan excel ni

Keje aku sejak dua menjak ni...dok buat excel je...aku tak berapa reti sangat excel ni tu yang melambatkan keje aku. Bila la nak settle???.

05 November 2008

Berita gembira tapi tak pasti lagi

Semalam balik abang beritahu berita gembira yang ditunggu2 selama ini, tapi tak pasti lagi sebab yang empunya diri yang kejap jadi kejap tidak. Tunggu je lah.
Malam tadi kami ke Alamanda beli barang rumah dan bawa Aqil dan Amalia jalan2. Aqil macam biase merajuk nak beli mainan. Papa dia tak bagi beli sebab mainan dah terlalu banyak...boleh muat lori. Amalia happy sangat dapat berjalan. Sampai Alamanda letak dalam troli. Duduk kejap je lepas tu nak turun. Tak bagi sesiapa pegang...nak berjalan sendiri. Masalahnya dia bukan berjalan, tapi berlari. Aku risau nanti terlanggar orang atau orang yang langgar dia. Aktif betul Amalia ni...kalau tak lepas dia menangis. Terpaksa la aku dan papanya berkejar-kejaran dengan dia. Dia lari lepas tu senyum2 je.
Keje, hari ni En. Li tak bagi keje lagi. Dok berbual dengan staf2 isu Norman Hakim dan Abby. Kesian Abby...tak guna punya jantan macam Norman tu. Baik berpisahnya daripada hidup merana. Geram betul aku... jantan macam tu, baik tiada laki daripada ada laki macam dia tu. Bukan menyenangkan hidup...menyusahkan hidup ada lah. Mintak jauh lah Nauzubillah.
Tugasan aku hari ni kena ubah memo yang dah lama... bulan puasa hari tu lagi. Berapa kali mahu ubah dah. Lepas tu excel yang aku buat hari tu, ada silap rupa2nya. Kena ubah semula. Padahal dah hantar ke AG, nasib baik Puan Ramlah tu baik hati. Dia yang terperasan kesilapan yang ada. Siap cakap "takpa kite sama2 belajar". Petang pergi bilik Jem, pergi ambil tart jem. Dah tahu bilik Jem, lepas ni boleh la merayap ke sana kalau free...hehehe...

04 November 2008

Tumpang gembira kejayaan orang

Hari ini dapat tahu ada kawan2 yang lulus PTD. Bestnya...aku ermmm...tak lulus lagi. Tiada rezeki aku. Fiza kawan baik aku dapat tawaran sebagai kaunselor di Master Skill. Happy betul dia, siap nak beli kereta baru, perabut rumah dan macam2 lagi. Ye... lah dah rezeki dia. Aku...bila???. Semoga semua berjaya dalam kehidupan masing-masing sama ada di dunia dan di akhirat.

Datang Awal

Hari ni datang keje awal sebab ada perhimpunan bulanan dengan Najib. Moga2 Amalia ok hari ni...abang ada rumah hari ni. Mesti dia suka sebab lama tak tengok papa dia. Aqil tak payah cakap la, banyak soalan yang ditanyakan kepada papanya...sampai tak larat papa dia nak jawab semalam. Mood Amalia pun ok je semalam...tak sakit gigi dan boleh menyusu. Memang sah dia rindukan papa dia. Pagi tadi pun dia bangun awal macam biase...lepas uuukkk... dan mandikan dia jam 4.30 pagi. Abang dodoikan dia tidur semula. Senang pulak hari ni dia tidur...kalau tidak tak tidur dok tengok upin dan ipin la, tengok gambar dia la dan suruh dukung pergi dapur. Terpaksa layan walaupun aku ngantukkk...Call rumah MIL beritahu Amalia menangis hari ni mencari aku sebelum nak tidur. Biase lah lepas demam mesti ada satu perangai yang timbul...dia nak perhatian.
Keje hari ni biase je...ubah excel tu dan buat surat/memo. Hari ni rehat makan di cafe Kastam. Lepas rehat tiba2 ade mesyuarat...nasib baik kejap je. Kepala rasa pening je...di luar hujan lebat, patut la sejuk sangat hari ni. Semua keje hari ni dah siap...lega.

03 November 2008

Aku EL hari ni

Hari ni aku EL kerana Amalia masih tak sihat, malam tadi setiap sejam dia sedar dan menangis. Hari ni dok melayan dia je...pukul 1 lebih baru boleh mandi. Dia asyik meragam je...moga2 Amalia cepat sembuh. Pukul 9 lebih abang call...lega dapat dengar suara abang. Abang balik hari ni.

02 November 2008

Hujung minggu

Malam tadi Amalia dah boleh tidur, tapi macam biase sentiasa sedar dan bangun awal pagi. pagi aku ke pasar dan ke klinik gigi untuk beli ubat Amalia, tapi Doktor kat situ cakap nak tengok Amalia, dia tak boleh bagi ubat macam itu aje. Kena datang balik, kalau gigi Amalia masih sakit. Aku tak bawa Amalia sebab dia tido tadi. Balik dari pasar mengemas rumah dan membasuh kain. Aku mengemop habis sebuah rumah...letih jugak, tapi puas hati kalau tengok rumah bersih dan anak2 pun selesa nak bermain. Aqil dok sibuk ajak berjalan sebab biase kalau papa dia ada, hujung minggu kami selalu keluar, walau pun dekat.
Petang hujan...syukur sejuk sikit...dah lama tak hujan. Terasa rindu pulak pada abang...apa la abang sedang buat sekarang.

01 November 2008

Tak tidur malam...

Malam tadi Amalia tidur lepas maghrib sampai la pukul 12 malam. Pukul 12 lebih dia bangun main2, kejap2 nangis, kejap nak tidur buai kejap nak tidur bawah sampai la pukul 2.30 pagi macam tu. Lepas tu dia tidur sekejap tapi sentiasa sedar dan nangis, sempat bertanyakan papa mana? Pukul 4 bangun lagi main2. Mata aku dah tak boleh nak buka, tetapi terpaksa gagahkan juga untuk jaga dan main dengan Amalia. Hampir subuh baru Amalia tidur lena, aku pun baru boleh terlelap kejap. Aku cuti, bangun dan mandi. Dalam pukul 6.40 aku ke pasar untuk beli sarapan dan lauk untuk makan tengahari. Nak masak mesti dah tak boleh....Amalia tak nak duduk dan MIL tiada, pergi dengar taklimat Haji di Shah Alam. Pukul 7.30 Amalia bangun dan menangis2, aku nak dukung pun dia tak nak. Lepas aku pujuk lama, baru la dia nak dan bermain dengan Aqil.
Amalia masih tak selesa dan menangis je. Menyusu pun dia tak nak. Bila dia dok sebut sakit gigi...sakit gigi...baru aku perasan gigi taringnya nak tumbuh. Itu lah yang menyebabkan dia demam dan sakit. Dalam lebih kurang pukul 3 dia menangis je aku mengambil keputusan bawanya ke klinik. tapi siapa nak jaga Amalia masa aku memandu nanti...sebab bimbang kalau dia menangis dan nak duduk atas riba aku. nak ajak orang tolong tiada, sesiapa...mok pun tiada, mok ke Johor. Aku tekad pergi jugak ke Poliklinik UKM. Aqil dan Amalia duduk di depan...nasib baik Amalia tak nangis. Nasib baik orang tak ramai...ada seorang je Dr. Faridah. Masa jumpa Doktor Amalia macam biasa menangis masa Doktor nak cek dia. Lepas ambil ubat kami balik...Amalia menangis, aku siap ngantik (Lailahaillallah) lagi masa memandu untuk pujuk dia. Susahnya abang tiada...time abang tiada ni la pulak Amalia sakit gigi. Sampai rumah...terus suap dan sapu ubat pada Amalia. Baru lah Amalia boleh hisap susu dan tidur kejap. Aqil dulu tak pulak sakit macam ni masa nak tumbuh gigi. Lepas MIL dan Zu balik baru aku boleh mandi dan makan, nasi lemak yang beli pagi tadi pun aku tak sempat makan...dah basi dah masa aku nak makan.
Malam Amalia tidur awal...kami semua pun pukul 9 lebih dah tidur...letihhh...

31 October 2008

Geramnya...

Lepas rehat aku call MIL tanya keadaan Amalia macam mana? MIL cakap badan Amalia panas sangat dan asyik menangis je...dok panggil mama...mama...kesian dan risau pulak aku rasa. Aku ingat nak mintak dengan En. Li untuk balik, tapi tiba2 dia masuk bagi kerja. Geramnya...petang2 baru nak bagi keje. Pikiran aku dok kat rumah je...dok pikir macam mana keadaan Amalia. dah la abang pun takde, kalau tidak boleh aku suruh abang balik rumah tengok keadaan Amalia. Biasanya kalau Amalia demam abang akan cuti. Pada awalnya aku rasa macam nak EL hari ni tapi cuti aku tak banyak dah. Kesian Amalia dalam keadaan dia demam tu mesti dia memerlukan aku dan abang berada disisinya. Bila jam menunjukkan pukul 5 dan punch card berbunyi aku terus balik...sebelum masuk lif aku telefon MIL tanya keadaan Amalia.
Sampai je depan rumah Amalia dah menunggu sambil menangis2 memanggil aku. Kesiannya anak aku...aku memang cepat panik dan risau kalau anak2 demam. Aku masih fobia lagi teringat keadaan Aqil sakit hernia masa dia kecik dulu. Aku terus dukung dia, tak sempat nak salin baju. Layan dia je, sekali sekala dia panggil papa...papa...memang sah anak aku ni demam rindu pada papa dia. Malam Amalia tidur awal lepas makan ubat...moga Amalia dapat tidur dengan selesa dan cepat sembuh. Kelopak mata aku pun rasa berat je...ngantukkk...bangun awal hari ni. Tapi takpa demi anak2 aku, aku tak tidur pun takpa untuk jaga mereka. Kalau abang tahu mesti dia pun risau. Aku tak nak call abang, nanti mengganggu dan membuat dia risau je. Aaahhh,,,ngantukkk...

Kelebihan Wanita Solehah


Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain.