20 July 2012

Sukatan

Untuk peringatan dan menyenangkan keje masak-memasak diri sendiri...
TEPUNG (sukatan dr cawan ke gram)

¼ cup : 30 gm

½ cup : 60 gm

1 cup : 125 gm

6 ¾ cup : 1 kg

GULA @ MENTEGA (sukatan dr cawan ke gram)

¼ cup : 60 gm

½ cup : 125 gm

1 cup : 250 gm

CECAIR (sukatan dr cawan ke gram)

¼ cup : 50 ml

½ cup : 125 ml

¾ cup : 180 ml

1 cup : 250 ml

4 cup : 1 liter

Sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour : 125 g (4oz)

1 cup self raising : 125 g (4oz)

1 cup castor sugar : 250 g (8oz)

1 cup brown sugar : 185 G (4 oz)

1 cup icing sugar : 125 g (4oz)

1 cup coco : 125 g (4oz)

19 July 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Adelaide dah mula berpuasa esok. Alhamdulillah ketemu lagi kite di bulan yang penuh Rahmat ini. Selamat menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara dan kawan2 semua. Maaf dipinta dari kami sekeluarga kiranya ada salah dan silap. Selamat menjalani ibadah puasa.

12 July 2012

Cukup 3 tahun...

Hari ini genap 3 tahun hubby membuat PhD... semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin

Happy 10th Birthday Aqil...


Happy Birthday Aqil... semoga Aqil panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang sihat, soleh, pintar dan comel.

Kali ini kami mengadakan majlis kecil2an aje... just jemput jiran2 terdekat. Masak pun ala kadar aje. Lagi pun tarikh besday Aqil kali ini jatuh pada hari biase.... ramai yang busy dengan keje masing2. Kalau weekend boleh la buat majlis besar2an macam sebelum2 ini, ajak ramai2. Majlis kali ni kami buat malam sebab siang masing2 ke Uni.

Hepi Aqil dapat hadiah ni dari papa...

First time buat kek ni... macam tak puas hati je, maklum la first time buat, banyak lagi nak kena belajar.

Tapi yang penting besday boy hepi...

Selain kek untuk Aqil, Zie wajib buat kek untuk Amalia... kalau tidak ada yang mengamuk dan majlis tak menjadi nanti. Dah la kena buat untuknya dulu... sepanjang hari Aqil dok menyakat Amalia "macam la besday dia...". Takpa mama akan buat dua2 sekali, yang penting anak2 mama hepi.

Suka sangat Amalia sebab Zie buat special kek untuknya jugak... kali ni Zie buat kek coklat moist.

Main dish untuk majlis kali ni... nasi kerabu, maklum lah besday boy penggemar nasi kerabu, jadi Zie buat la makanan kegemarannya. Memang puashati para tetamu dapat makan nasi kerabu bersama daging bakar dan ikan kering. Selain itu, Zie masak bihun goreng, apam polkadot dan puding karamel cocktail.

Suka sangat kalau dapat buat sesuatu yang menggembirakan anak2.. tak terasa kepenatannya kalau anak2 hepi dan menghargai apa yang Zie lakukan. Mama sayang Aqil dan Amalia. Mama sanggup lakukan apa sahaja asalkan ana2 mama hepi.

Terima kasih jugak kepada hubby sebab banyak membantu...

Inilah antara tetamu kami yang datang... terima kasih kerana sudi datang.

With Kak Shidah & Surah.

Ini Ummi baru 2 hari sampai Adelaide... rumah pun belum dapat lagi. Welcome to Adelaide... semoga urusan mencari rumah dan semuanya dipermudahkan.

Acara kemuncak... tiup lilin dan potong kek, tengok tu Amalia pun excited sama nak tiup lilin. Mengalahkan besday boy. Biase la Amalia besday orang pun besday dia jugak... hubby cakap 4 tahun sekali besday dia. Takpa la... yang penting Amalia hepi.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun majlis ni kecik je yang penting Aqil rasa happy dan ada sesuatu sempena hari lahirnya. Happy Birthday Aqil. Papa, mama dan Amalia love U.

03 July 2012

Merasa jugak...

  
 Lepas cuci mata di Fishermens Wharf Markets kami naik cruise... anak2 memang tak sabar nak naik cruise ni, maklum la tak pernah naik sebelum2 ni. Perjalanan cruise ni memakan masa selama 2 jam... 1 jam pergi dan 1 jam balik. Untuk menaiki cruise ni orang dewasa dikenakan bayaran $8 seorang dan kanak2 setahun ke atas $6. Dah naik harga rupanya... hari tu masa kami datang orang dewasa just $6 je...

Sepanjang perjalanan berborak aje la keje kami... nak makan tak pulak kami bawak makanan sebab sebelum naik kami semua dah makan kenyang2... tapi memandangkan cuaca yang agak sejuk dan berangin terpikir jugak bestnya kalau masa ni dapat minum coffee panas. Aqil dan Amalia pun kesejukan... masing2 dok diam je... menahan sejuk.





Tengok la Zie ni, memang tak tahan betul sejuk masa ni... terasa sampai ke tulang dibuatnya. Walaupun ada matahari tetapi angin sejuk tu yang menyebabkan rasa nak menggigil. Surah siap cakap nak demam sebab sejuk sangat.

Amalia pada mulanya monyok je... lepas tu baru ok, sampai je di tengah laut ni dah tak terasa sejuk sangat... angin pun macam dah tak kuat sangat... jadi masing2 mula la berjalan ke sana sini. Pada mulanya macam gayat jugak rasa tetapi lama2 baru ok sebab tak beralun sangat. Risau jugak nanti ada yang mabuk laut.


Hubby and Aqil... Aqil tak sabar2 nak sampai ke darat sebab dia rasa pening. Padahal sebelum ni Aqil dah pernah ikut rombongan sekolah ke sini. Aqil cakap masa tu dia naik boat kecik je... laju dan lebih selesa dari cruise ni.


Hepi Aqil dan Amalia... sekali-sekala dapat melakukan aktiviti macam ni. Masing2 excited nak tengok dolphin sama tujuan naik cruise ni tetapi nampak dari jauh je... ok la at least nampak jugak.
Rasa nyaman udara di sini... dan luas mata memandang. Mujur la Zie tak mabuk... kalau tidak sebelum2 ni asyik mabuk je kalau naik boat, maybe sebab cruise ni besar kot... tu yang Zie ok. Alhamdulillah akhirnya kami anak-beranak merasa jugak naik cruise ni...



02 July 2012

Banyak tapi mahal la pulak...

Dah lama plan dengan kawan Zie nak datang sini... namanya Surah. Jadi sempena cuti sekolah ni baru lah tercapai hajat nak datang sini. Ini kali kedua kami datang ke sini. Tujuan asal datang sini ialah nak bawak anak2 naik cruise... tetapi sebelum itu kami sempat cuci mata di Fishermens Wharf Markets ni. 


Banyak barang yang menarik di sini tetapi semuanya mahal2. Termasuklah barang2 yang menjadi pujaan ramai di sini iaitu corningware. Memang banyak orang jual corningware di sini tetapi harganya agak mahal jika dibandingkan yang dijual di garage sale, Sunday Market, Salvos dan thrift shop. Ramai kengkawan dapat dengan harga murah di tempat2 ni. Walaupun Zie ni jarang jumpa corningware tetapi tetap tidak sanggup membelinya di sini... rasa tak berbaloi... mahal sangat, baik beli baru je.

 
Tetapi alang2 datang takan nak balik tangan kosong je kan... Zie beli lah jugak satu teko corning ni. Nasib baik kat orang tu boleh mintak kurang... jadi tak lah terasa mahal sangat. Cukup lah satu je beli di sini... InsyaAllah ada rezeki jumpa di tempat lain, boleh la beli lagi.          



Bergambar je la dengan corning ni...

Lepas puas berjalan di dalam ni kami makan dan sembahyang dulu sebelum naik cruise. Anak2 memang dah tak sabar sangat nak naik cruise tu... maklum lah first time nak naik. Cuaca agak sejuk hari ni tetapi memandangkan anak2 dah excited nak datang terpaksa la kami membawa mereka ke sini. N3 seterusnya kite cite pasal naik cruise yer...


Jalan2 cuti sekolah...

Cuti sekolah sudah bermula... first aktiviti hubby bawak Aqil dan Amalia ke Burnside Village... Kalau ikutkan Aqil dan Amalia tak suka sangat kat sini sebab takde kedai yang mereka suka. Tetapi memandangkan mama mereka nak membeli sesuatu di sini terpaksa la mereka datang ke sini. Takpa la lepas ni kite ajak papa ke tempat lain pulak yer... cuti sekolah lama lagi.

Aqil dan Amalia hepi sebab dapat beli barang2 yang mereka suka kat sini... siap ajak lain kali nak datang lagi.

Berehat kejap...

 Aqil dan Amalia sabar menunggu mama dan papanya shopping.

Cantik tak handbag merah ni... Zie ni pantang nampak warna merah mesti nak cuba. Terima kasih to my hubby sebab belanja Zie dan anak2 shopping hari ini. Hubby pun happy dapat barang yang dia suka di sini. Berakhir sudah sehari cuti sekolah... lepas ni ke mana pulak destinasi kami berjalan2 sempena cuti sekolah ni.

Huhuuu... ramai yang pulang...

Bulan ni ramai pulak yang balik terus ke Malaysia... makin sikit la tinggal kengkawan di Adelaide ni. Yang datang takde pulak. Kalau tidak kami pun akan pulang ke Malaysia pada Julai ni tetapi memandangkan PhD hubby banyak yang tak settle lagi terpaksa la hubby sambung pengajiannya selama 6 bulan lagi. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar dan hubby dapat settlekan keje2nya sebelum balik nanti. 6 bulan bukan lah masa yang lama... pejam celik pejam celik dah 6 bulan.

Bersama Lynn dan Kak Has

Bulan ini aje 3 orang member balik ke Malaysia... iaitu Lynn Suhaizan, Efa Am dan Dayah. Sebelum balik kami sempat berjumpa semasa farewell diadakan di rumah salah seorang member kat sini iaitu di rumah Anep Darwin. Seronok je tengok mereka yang dah nak balik ni... tak sabar rasanya nak balik sama. Semoga kehidupan mereka di Malaysia nanti dipermudahkan segala urusan dan jangan lupa kami di sini.


Selain majlis ni kami pun ada menjemput mereka yang nak balik ni datang makan2 di rumah. Aqil dan Amalia suka sangat bermain dengan Maeisyah anak Efa ni,, tambah2 lagi Amalia. Sebelum mereka balik baru2 ni Zie sempat menjaga Maeisyah sehari... puas Aqil dan Amalia dapat bermain dengan dia. Aqil dan Amalia sedih sebab Maeisyah dah nak balik... lepas ni tak boleh main sama2, takpa insyaAllah kite jumpa lagi di Perlis nanti.



Aqil dan Amalia pasti merindui Maeisyah... kite jumpa di Malaysia yer... 




Sehari sebelum Dayah balik, kami menjemput Dayah dinner di rumah kami. Dayah ni tinggal di Bangi memang dekat sangat dengan rumah kami nanti. Selama setahun Dayah di sini... rasa kejap je masa berlalu, Dayah dah nak balik. Lepas ni takde dah tetamu kami di malam Aidilfitri atau Aidiladha... kalau tidak Dayah ada sama untuk memeriahkan perayaan ini. Tahun ni hanya kami anak-beranak aje la.

Kepada semua yang dah balik ke Malaysia tu jangan la lupakan kami di sini, semoga kite bertemu lagi nanti di Malaysia. Semoga kehidupan kalian bertambah bahagia dan segala urusan dipermudahkan.