29 September 2011

Baru dapat merasa...

Aqil hepi sangat dapat games baru... kesian jugak pada Aqil, orang lain dah ada macam2 jenis games dia baru nak merasa. Kami memang selalu ketinggalan dalam bab2 teknologi ni... orang lain dah puas guna, kite baru terhegeh2 nak guna. Takpa lah Aqil yer nak buat macam mana... benda ni pun bukannya penting sangat, tapi kalau nak hilangkan bosan kat sini rasanya perlu untuk anak2.

Amalia pun sibuk nak jugak nintendo ni... nasi baik takde yang mengamuk kat K-mart tadi. Padahal dua2 dah ada PSP tapi masing2 dah bosan sebab dok main games yang sama je. Akhirnya PSP tu dok simpan macam tu je...

Dapat beli mainan Barbie ni pun dah ok... tapi sambil main ni mulut dok pok pek2 cakap 'Yaya nak games jugak...' Takpa nanti ada duit kite beli untuk Yaya pulak yer...

26 September 2011

Tercapai jugak hajat

Lain yang dicari lain pulak yang dapat masa pergi GS 2 minggu lepas. Masa mula2 sampai di GS ni kami tengok banyak sangat pakaian baby dan barang2 IKEA. Tak banyak barang yang kami beli sebabnya Zie tak berkenan sangat... kalau orang yang suka barang2 IKEA mesti best ke GS ni. Masa kami sedang tengok2 barang ada satu bakul berisi limau mandarin dan ada note 'take some its free'... sebelum balik kami ambil la sorang sebiji, Amalia dan Aqil try makan... macam manis dan sedap je... Zie beritahu hubby supaya beli aje limau tu sebab Aqil dan Amalia memang suka dan selalu bawak ke sekolah. Tapi tuan GS tu taknak jual, dia cakap ambik je banyak mana yang kite suka, siap suruh kami ambik kat pokok lagi. Memandangkan Aqil dan Amalia suka makan limau ni jadi kami ambik je lah... dah orang nak bagi. Hubby berkeras nak bagi duit tapi dia taknak. Satu lagi nak beli kat kedai memang dah takde jual limau jenis ni...

Satu beg plastik kami bawak balik. Tuan GS tu siap suruh datang lagi sebelum dia berpindah next week. Siap boleh syer dengan kawan2 lagi.

Bila tiba harinya kami datang lagi... kali ni tuan GS ni siap bagi tangga lagi dan suruh ambik banyak2.

Best dapat makan yang fresh2 dari pokok...

Akhirnya tercapai jugak hajat Zie nak petik limau kat sini. Sebelum ni geram je tengok rumah2 orang oz yang ada pokok limau dan lemon. Mereka memang tak makan kot... biar macam tu aje.

Memang lebat dan menjadi sangat pokok limau berbuah kat sini.

4 bag kami ambik... ini pun ambik setakat yang boleh je... kalau ikutkan tuan rumah ni suruh ambik lagi, tapi kami segan lah nak ambik banyak2 sangat. Terima kasih kepada tuan limau ni sebab bagi kami buah limau yang banyak ni... siap boleh bahagi2 dengan kengkawan terdekat lagi. Kiranya ini satu pengalaman indah jugak ni, susah nak dapat...

25 September 2011

Hari Raya Open House

Hari ini kami menghadiri open house di Uni. Adelaide anjuran persatuan pelajar2 di sini.

Macam2 makanan ada... pilih je nak makan apa...

Memandangkan dah bosan makan rendang ketupat, nasi lemak jadi pilihan. Gerai nasi lemak ni disediakan oleh MyPSA.

Sambil makan kami didendangkan dengan lagu2 raya oleh student2 undergrad...

Sedap pulak sambal nasi lemak ni... sambalnya mengingatkan Zie pada sambal nasi lemak makcik yang menjual di Bangi... yang selalu Zie beli pagi2 sebelum pergi keje, memang sedap. Tapi sayangnya nak makan lebih2 perut Zie ni kecik sangat... makan sikit dah rasa kenyang.

Sambil makan sambil borak2 ditengah2 padang ni... nasib baik cuaca cantik je hari ni.

Aqil dan Amalia dengan kengkawan masing2...

Efa dan anak2 Adelaide siap membuat persembahan lagi... Amalia pun suka dapat join sama. Lagu Anuar dan Elina 'Suasana Hari Raya'. Boleh tahan jugak Efa menyanyi tapi, penyanyi2 latarnya pulak malu2... kira ok la tu.

Kaum ibu

Kaum bapa dan teruna hehehe...

Anak2 Adelaide... best jugak datang ke majlis macam ni... terasa suasana raya, walaupun berada jauh di perantauan.

24 September 2011

Kenduri Di Adelaide...

Hari ni majlis kesyukuran dan besday anak Surah yang bongsu diadakan... ramai jugak tetamu yang hadir. Alhamdulillah cuaca pun elok, jadi boleh lah makan dibackyard je... senang semua pakat makan dan berkumpul di sini. Untungnya kat sini kalau ada rumah yang backyardnya besar sebab senang kalau ada apa2 aktiviti termasuk aktiviti makan2 macam ni. Kalau semua yang hadir nak dok dalam rumah... jawabnya pecah lah rumah sebabnya rumah2 di Adelaide ni comey2 belaka (maksudnya kecik2). Awal2 pagi lagi Zie dan jiran2 terdekat Surah datang membantunya... ala2 gotong-royong macam kenduri-kendara di Malaysia tu. Tak pernah2 lagi member2 lain buat macam ni... syok jugak dapat kerjasama macam ni.

Surah busy dengan study dan anak keciknya Zaim. jadi nak masak pun Surah tak daya, sebab kena sediakan makanan yang banyak sesuai dengan tetamu yang dijemput beratus orang jugak. Kami diberi tanggungjawab masing2 untuk sediakan makanan untuk majlis ni. Zie dipertanggungjawabkan membuat dessert.

Zie buat peach corn pudding ni... sory lah yer sebab tak semua dapat makan puding ni.

Yang ni puding kasih bertaut...

Satu lagi permintaan oleh tuan rumah ialah cheesecake... cheesecake ni pun tak semua yang dapat rasa sebab yang ada pun secoet je... masing2 dapat makan sikit je... tak sempat lekat celah gigi pun. Takpa next time Zie buat lagi...

Juadah utama majlis Surah ni ialah nasi kabshah... Najwa dipertanggungjawabkan masak nasi kabshah ni. Memang sedap sangat... semua pakat puji nasi ni sedap dan ada yang siap mintak resepi. Lepas ni tersohorlah nasi kabshah Najwa ni.

Gina pulak sediakan roti jala... memang terro Gina menjala, seawal 4 pagi Gina bangun untuk siapkan 5kg tepung untuk membuat roti jala ni. Kak Shidah dan Izzah ditugaskan membuat lontong. Dengan adanya pembahagian tugas macam ni dapatlah meringankan keje Surah... lagi pun tetamunya memang ramai.

Antara makanan lain yang ada dan dibawa oleh para tetamu.

Zie tolong apa yang patut masa majlis ni...

Inilah Surah... Alhamdulillah akhirnya majlis Surah ni berjalan lancar dan meriah. Berbaloi dengan penat lelah dan susah payah sebelum ini.

Yang baju Melayu biru ni husband Surah... namanya Shibi. kiranya mereka ni antara Jiran terdekat kami. Shibi tersenyum lebar sebab makanannya cukup dan majlisnya berjalan lancar. Bukan main risau lagi dia kalau makanan tak cukup... kejap2 masuk dapur cek makanan.

Ini Kelly teacher Amalia dan Zakuan,, anak Surah... dia pun datang sama untuk memeriahkan majlis ini.

Tuan rumah sibuk melayan tetamu...

Antara tetamu yang datang...

Anak2 pun hepi dapatt main puas2 hari ni...


Acara kemuncak ialah majlis potong kek besday Zaim... bukan main hepi anak2 ni termasuk lah Amalia dan Aqil. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semua hepi dapat makan2 sambil borak2... Zie sekeluarga pun tumpang hepi dengan kejayaan majlis Surah ni, Jadi lepas ni turn sapa pulak nak buat kenduri kenduri macam ni...

23 September 2011

Persiapan kenduri Surah


Sekali-sekala buat makan, macam nak buat kenduri kawin pulak di rumah Surah ni. Surah dan Shibi ni antara jiran paling dekat dan rapat dengan kami. Seminggu sebelum majlis siap ada meeting... memang macam nak buat kenduri2 kawin di kampung tu. Bukannya apa Surah tak biase buat makan untuk panggil orang seramai 50 buah famili yang sudah semestinya perlu menyediakan makanan yang banyak. Lagi satu Surah busy dengan study dan anak2. Bagi meringankan keje Surah dan Shibi meminta bantuan kawan2 terdekat untuk membantu mereka. Sehari sebelum majlis siap ada gotong-royong untuk buat apa2 yang patut. Sambil buat keje ada makan2... Zie buat pulut kuning untuk dimakan bersama rendang yang dibuat oleh Surah dan Gina. Selain dari tu banyak lagi makanan lain.

Tengok kepada barang2 ni memang macam orang nak buat kenduri sungguh... rasanya tak pernah lagi orang lain di Adelaide buat macam ni. Bayangkan beras sebanyak 10 kg dan ayam sebanyak 40kg akan dimasak untuk kenduri esok.

Kaum bapa ditugaskan memotong dan membersihkan ayam sebanyak 40kg ni.

Nampak gayanya ada yang tak biase memotong ayam terpaksa memotong ayam hari ni. Apa salahnya kan time macam ni lah nak tunjuk bakat dan kerjasama. Takan nak tengok aje kan... nanti apa pulak kata yang lain. Buat je lah macam mana pun asalkan ayam tu terpotong.

Kaum ibu pulak buat keje2 di dapur... tak banyak keje pun just kupas bawang dan kentang. Sambil mengupas dan blend bawang bolehlah bersembang dan bergosip, Najwa siap cakap macam mak2 dan makcik2 di kampung je, sambil buat keje sambil bergosip. Sekali-sekala buat macam ni best jugak... boleh menambahkan keakraban antara jiran tertangga.

Anak2 pulak dengan aktiviti mereka. Untungnya rumah Surah ni backyardnya luas, boleh lah anak2 bermain kat sini dan tak menganggu mak ayah nak buat keje. Harap2 majlis Surah berjalan lancar esok... semoga nazar Surah nak buat kenduri ni mendapat keberkatan. Ye la selama ni Surah dah bersusah-payah melaksanakan keje2 peringkat awal untuk PhDnya sudah semestinya kejayaan dan kegembiraan ini akan dikongsi bersama kawan2 di sini. Esok kite cite pasal kenduri pulak yer....

22 September 2011

Pau kukus gebu... sedappp...

Dah lama teringin nak makan pau kukus inti kelapa... hari ni baru terbuat. Masa bulan puase hari tu ada buat sekali tapi bukan jadi pau kukus tapi pau goreng sebabnya nak cepat nak bawa ke rumah kawan untuk berbuka. Zie memang suka sangat pau kukus inti kelapa, kiranya ni salah satu kuih feveret Zie.

Sebut pasal pau kukus inti kelapa ni teringat masa Zie pregnantkan Aqil... masa tu Zie dan hubby dok di Pekan. Awal2 pagi dah bangun dan dok tunggu Pakcik jual kuih/menjaja kuih dan macam2 lagi... semata2 nak beli kuih pau kukus inti kelapa. Yang geramnya Pakcik tu nama aje nak menjaja makanan tapi bawak motor macam ribut, kalau kite tak tunggu awal2 mesti terlepas dan tak dapat makan kuih jualannya. Jadi terpaksa lah kite yang awal2 pagi tercegat kat pintu untuk bersedia memanggil dia. Sekali ingat lucu pun ada... tapi demi kuih pau kukus inti kelapa sanggup je Zie tunggu. Memang sedap pau kukus jualannya, tu yang sanggup Zie tunggu di awal2 pagi.

Dok kat sini disebabkan teringin nak makan kena lah buat sendiri. Resepi kali ni memang sedap sangat. Paunya lembut dan sedap. Kalau berhajat nak buat pau boleh lah follow resepi kat sini... memang sedap sangat. Untuk intinya ikut suka nak inti apa yer...

Beraya lagi...

Hari ni Kak Shidah dan Haji Arif menjemput kami dinner merangkap beraya di rumah mereka sempena mereka dah habis mengerjakan puasa 6... kiranya mereka meraikan Raya 6 lah hari ni. Walaupun sibuk study Kak Shidah sempat lagi masak untuk kami semua.

Selain famili kami, Kak Shidah juga menjemput Gina and Izzah bersama keluarga masing2.



Masing2 menikmati juadah sambil berborak termasuk lah anak2 yang sekali-sekala dapat berjumpa. Thanks Kak Shidah dan Haji Arif sebab jemput kami.