30 November 2008

Aktiviti di hujung minggu

Sabtu, petang aku, Amalia dan Ra ke bintang beli barang dapur.
Ahad 8.30 pagi kami pergi menyaksikan Smart Reader Kids konsert dan Students Graduate di Esset, Bangi. Kesian Aqil tak dapat menyertai persembahan sebab dia masih tak sihat. Teacher Kamoti siap pujuk lagi, tapi Aqil tak mahu, mungkin sebab dia malu mukanya penuh dengan chicken pox. Sebelum ni pun teachernya tiap-tiap hari telefon bertanyakan sama ada Aqil akan menyertai konsert atau tidak. Takpa laaa...Aqil tak sihat nak buat macam mana, kami ikuti persembahan students lain je. Cute budak2 tu menari dengan mengikuti rentak lagu. Walaupun tak seragam tapi tetap menghiburkan para penonton. Lebih kurang pukul 11.00 kami balik, tanpa menunggu persembahan tamat sebab perut dah berkeroncong. Kami singgah makan di Kopitiam, Bangi. Kemudian terus balik ke rumah. Balik aku masak sira pisang dan agar2 santan kegemaran Aqil. Lama dah dia suruh buat, tapi tak sempat nak buat.
***gambar konsert Smart Reader Kids akan dimasukkan nanti ya...

28 November 2008

Bangun lewat hari ini

Hari ini terjaga dari tidur jam 6.47 pagi. Itu pun disebabkan Amalia menangis kalau tidak, tak tahu laaa terbabas la jawabnya...tengok di tingkap hari dah siang. Cepat2 aku kejutkan abang bangun sembahyang subuh. Subuh gajah la jawabnya hari ini. Aku takpa bercuti....Cepat2 aku ke dapur buat apa yang patut dan mandikan Amalia. Dah la baju tak iron lagi...terkejar2 je...Breakfast...aku suruh abang beli nasi lemak untuk aku sekali semasa dia nak beli untuk Aqil dan sepupu dia.
Hari ini tak sempat cium Amalia pun...sebab dia duduk dalam kereta abang...malas nak buka pintu nanti dia nak mengikut aku, itu pun dia dok menangis, sambil panggil mama...mama...kalau aku cium dia mahunya dia tak lepas aku. Just babai je la hari ini. Aqil masih tidur ...tak sihat lagi. Sampai ofis 8.05, lewat 5 minit je...ok la tu selamat lagi tak merah...terpaksa la memandu laju sikit hari ni...selaju2 aku pun 80 je tak berani laju2 sangat.

27 November 2008

Renungan bersama

"setiap hamba yang penat, sedih, runsing, tertekan, sakit kerana ujian Allah, maka gugur dosa-dosanya dengan syarat dia redha dan sabar dengan ujian Allah s.w.t. itu"

Hari ini

Abang cuti hari ini untuk menjaga anak2. Tenang sikit hati aku nak buat kerja. Semalam aku sentiasa telefon rumah bertanyakan keadaan Aqil dan Amalia. Alhamdulillah kedua-duanya ok je.

26 November 2008

"Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu"


INILAH MASANYA


JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU

CINTAILAH IBU SEKARANG

SUPAYA IBU TAHU

KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH

YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU

CINTAILAH IBU SEKARANG

SEMASA IBU MASIH HIDUP

USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI

KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN

DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU

TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG

JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI

SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR

KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU

WALAUPUN HANYA SECEBIS

DARIPADA LAUTAN HIDUPMU

LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG

SEMENTARA IBU MASIH HIDUP

AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Selasa 251108 aku EL lagi

Semalam aku terpaksa EL untuk menjaga Aqil yang demam. Kesian dia semalam, masa aku dengan abang balik dari ofis dia menangis teresak2, mungkin kerana nak meluahkan perasaannya kerana siang tadi aku dan abang takde di rumah untuk dia mengadu dan bermanja. Kalau MIL ada, ok la sikit. Sedih pulak aku tengok Aqil macam tu...menitis jugak air mata. Aqil yang biase aktif dengan mulut tak berhenti bercakap, gelak ketawa dan sibuk dengan mainan dia, tetapi sekarang baring dan lemah je. Semoga Aqil cepat sembuh.

24 November 2008

Berat hati tinggalkan anak2

Nak pergi kerja pun rasa berat hati je...nak tinggalkan Aqil yang tengah demam dan Amalia yang baru lepas demam. Susah jugak MIL takde ni. Mintak2 Ra dapat menjaga Aqil dan Amalia dengan baik. Hari ini Mek dan Tie ada lagi. Ok la kot. Mereka nak balik Selasa ini. Abang akan ambil cuti separuh hari untuk balik menjaga mereka.
Dalam perjalanan ke opis asyik dok memikirkan keadaan Aqil dan Amalia. Akibat terlalu memikirkan mereka berdua pagi ini aku nak ke cafe di tingkat 2 tetapi aku tertekan lif ke B. Pintu lif terbuka aku hairan laaa...kenapa ke B sedangkan aku nak ke cafe. Pikiran dok kat rumah.
Pagi ini aku dah call rumah 2 kali bertanyakan keadaan Aqil dan Amalia. Ra beritahu Amalia menangis lepas bangun dari tidur mencari aku, lepas dipujuk dia ok. Lega sikit aku rasa. Aqil dok tengok katon. Kalau keadaan Aqil teruk aku terpaksa ambil cuti jugak nanti. Kesian Aqil dalam keadaan dia demam ini mesti dia memerlukan aku. Tapi takpa... abang balik selepas dia settlekan kerja2 dia (kataku dalam hati untuk sedapkan hati sendiri...padahal sebenarnya aku risau dan kesiankan anak2). Ya...Tuhan tabahkan hati aku menghadapi dugaan ini, Amin.

23 November 2008

Jemaah Haji berangkat ke Mekah


Hari ini dalam pukul 11.10 pagi aku dan semua pergi hantar MIL di Tabung Haji, Kelana Jaya. Ramai orang menghantar keluarga masing2 yang hendak mengerjakan Haji di Mekah. Wak datang jugak. Aku mintak MIL doakan kami dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan. Semoga kami semua dimuahkan rezeki untuk ke sana jugak.



Semasa dengar takbir ihram, terasa sayu dan terasa macam berada di Mekah la pulak. Kesian pulak tengok orang tua2 kena angkat beg besar dan berat masa nak masuk check in. Kalau yang ada suami atau anak2 yang masih muda tu ok la. Ni yang pergi seorang macam MIL aku dan ramai lagi. Kesian pulak tengok...aku siap beritahu husband aku, kalau Tuhan murahkan rezeki dan panjangkan umur aku nak pergi Mekah...nak pergi masa muda dan nak pergi dengan abang. Selepas MIL masuk dalam, kami semua balik...masing2 keletihan sebab menunggu terlalu lama. Bayangkan lah dari pukul 11.40 sampai pukul 3.30 dok menunggu, dengan Aqil yang kena chicken pox dan cuaca yang panas. Kesian Aqil. Nasib baik mood Amalia ok je...tambah2 lagi lepas dapat beli belon, Pak Long belanja. Itu la MIL nak pergi awal sangat sebab dia risau kalau jam, padahal Bangi ke Kelana Jaya dalam 30 minit je. Kalau pergi lepas Zohor pun sempat lagi. Orang yang tinggal jauh takpa la datang awal2. Dalam perjalanan balik Aqil dan Amalia tertidur...letih sangat.


Malam beritahu Ra cara2 menjaga dan keperluan untuk Aqil dan Amalia. Semoga anak2 aku sihat dan selamat (Doa seorang ibu yang tidak pernah putus2 diucapkan untuk anak2).


22 November 2008

Ramai tetamu

Keluarga suami aku dari kampung sampai hari ni. Hari ini ramai tetamu datang menziarahi MIL yang akan ke Mekah esok.
Aqil kena chicken pox, patut la demam lagi. Padahal baru je lepas demam. Dugaan betul...dia kena chicken pox masa MIL takde. Nampaknya aku kena ambik cuti la untuk menjaga Aqil dan Amalia. Amalia baru sembuh dari demam, risau aku kalau berjangkit pada Amalia pulak.

21 November 2008

Aku EL

Hari ni aku tak pergi keje sebab Amalia demam lagi. Dok melayan dia je hari ni...nampak dah beransur baik, tapi berak2 pulak mungkin sebab makan ubat banyak sangat. Abang pun ambil cuti jugak.
Call Dilla, kerani aku supaya uruskan orang SME Bank untuk datang ambil GG. Petang Dilla call Puan Aziah Hassan mc hari ni, tak jadi datang ke MOF untuk ambil GG. Masa aku cuti ni ada je bendanya... YBMK II nak maklumat hutang yang dijamin oleh Kerajaan 3Q. Benda tu dah siap lama, hari ni baru mintak itu ini. Sedangkan sebelum ni senyap je.

20 November 2008

Karenah Boss



Hidup ini ibarat sebuah gedung ilmu. Apa yang berlaku tanpa kita sedar merupakan ilmu kepada kita.
Jika anda mendapat boss yang tidak anda sukai kerana kezaliman dia , apakah yang anda boleh pelajari daripada kezaliman boss anda? Apakah mutiara yang boleh anda jadikan sebagai kepunyaan anda dan anda gilap supaya ia menyuluh jalan hidup anda? Boss seperti itu kerana ia didatangkan dalam hidup anda untuk menjadi contoh agar anda tidak sepatutnya menjadi begitu bila anda berada di jawatannya nanti atau jika anda menjadi boss. Jika anda meneruskan budayanya, maka apa kurangnya atau lainnya anda dengan dia? Apa pula yang anda pelajari daripada pelajaran hidup ini, maka itulah yang disebut kegagalan.
Anda dan boss juga manusia. Jika boss tidak berubah, tapi anda berubah, hukum alam akan memastikan anda tidak lagi berada di bawah telunjuknya, sebaliknya akan dikeluarkan tetapi bila anda menjadi boss dan memimpin di hadapan, adakah anda memastikan orang yang mengikut anda itu selamat?
Oleh itu apa yang kita tidak suka, pastinya orang lain juga tidak suka.

Rasa macam nak EL je hari ni

Amalia masih tak sihat...dah 5 hari dia demam. Aku rasa macam nak EL je tapi ada meeting pulak hari ni. Badan aku pun rasa macam nak demam, mungkin sebab tak cukup tidur. Datang keje dengan tiada mood je hari ni. Abang tak boleh cuti sebab kena jaga student exam, lepas habis baru abang boleh balik untuk bawa Amalia ke klinik lain pulak dan jaga Amalia.

19 November 2008

Kisah hari ini

Macam hari2 sebelumnya...Amalia dah bertambah baik tapi tetap tak boleh tidur lena. Malam tadi Imah dan keluarga datang ke rumah menziarah MIL yang akan ke Mekah 23/11 ni. Aqil tak ke sekolah, boring sebab dah tak belajar. Hanya ada latihan untuk konsert Smart Reader Kids pada 30/11 ni.
Ade keje sikit je...rehat pergi makan di Warisan.

18 November 2008

Semalaman tak tidor...demi anak2

Demi anak2 tersayang sanggup ku korbankan apa sahaja. Mama sanggup menjaga Aqil dan Amalia dalam apa keadaan sekali pun. Walaupun kelopak mata ni tak mampu dibuka...sebab tak cukup tidur..., yang penting keselesaan dan keselamatan kalian terjaga. Amalia demam lagi...malam tadi sampai muntah2. Pagi tadi aku datang lewat...tunggu Amalia tidur dulu. Abang bawa Amalia ke klinik pagi ini. Semoga Amalia cepat sembuh. Aqil cuma batuk lagi sikit2. Ingat nak EL tapi masalahnya cutiiiiiiiiiiiiii takkkkkkkkkkkk adeeeeeeeee...sikittttttt jeeeeeee tinggallllll.
Hari ni buat surat satu je....Rehat hari ini dalam sejarah aku tak kuar makan ...ngantukkk tahap gaban...tidur di pantry 20". Walaupun sekejap hilang dah mengantuk tetapi dok menguap sokmo. Call MIL 3/4 kali tanyakan keadaan Amalia. Amalia dah ok dan dok bermain2 dengan Aqil. Petang ke Kabinet hantar kertas Jemaah Menteri.

17 November 2008

Kematian anak Adelina

Kematian baby tersebut terbawa2 ke dalam mimpi aku. Aku bermimpi memberi susu kepada seorang baby...tak pasti sama ada dia atau siapa. Yang pasti kejadian itu membuatkan aku sentiasa memikirkan keadaan baby tersebut semasa kejadian tersebut dan keadaan ibu bapanya. Bagaimana penerimaan mereka. Aku dok bayangkan bagaimana la keadaan mereka di rumah yang biase bermain dan melayan baby tersebut, tiba2 tiada sekelip mata. Tambah2 kalau tengok pakaian atau barang2 baby tersebut. Aduhhh!!!...Tuhan aje yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh baby tersebut yang ibarat kain putih yang belum dinodai dan suci. Kepada ibu dan bapa baby tersebut...tabahkan hati menghadapi dugaan ini...Tuhan sayangkan baby mereka. Baby tersebut akan menunggu dipintu syurga sekiranya ibu dan bapanya beramal soleh. Aku dapat maklumat baby tersebut dilakukan posmotem sebab ibubapanya nak saman nursery tersebut. Untuk dijadikan kes baby tersebut perlu diposmotem. Semasa posmotem didapati ada susu beku pada kerongkong baby tersebut. Kalau aku lah... tak sanggup baby sebesar 4 bulan diposmotem, kesian seksa mayat tersebut...biarlah ini mungkin sudah ditakdirkan dan Tuhan sayangkannya. Sudah pasti pengasuh di nursery tersebut pun tak inginkan perkara ini berlaku. Dugaan Tuhan tiada siapa pun yang tahu...

Kerisauan seorang Mama



Ngantuknyaaa...Amalia demam terpaksa la aku berjaga. Tak mengapa demi anak2 tercinta, aku sanggup berkorban apa sahaja. Mintak2 la Aqil dan Amalia cepat sembuh, tambah2 MIL nak ke Mekah 23/11 ni (hujung minggu ni). Lepas MIL ke Mekah sepupu abang (Ra) yang tengah cuti semester akan menjaga Aqil dan Amalia. Banyak benda aku kena ajar Ra cara2 nak jaga dan keperluan anak2 aku berdua ni. Risau jugak kalau Amalia tak nak dengan Ra. Terpaksa la abang ambil cuti sehari dua. Kalau Ra datang masa MIL ada lagi takpa, boleh dia test dulu...mandikan, basuh uuukkk..., bagi makan...tidurkan Amalia dan lain2. Moga2 semuanya berjalan lancar dan selamat. Aku nak cuti?,cuti aku ada berapa hari je lagi...Aqil pulak kalau nak ke toilet kena berteman dan makan kena bersuap. Pandai2 la Aqil jaga diri nanti. Aqil kena biasa2kan diri buat sendiri. Harap2 Aqil boleh...Anak2 aku tak pernah dijaga oleh orang lain... selain Aku, abang dan Tok Ma dia. Nak hantar nursery atau rumah orang aku tak benarkan sama sekali. Tak sanggup anak2 dimarah atau diapa2kan. Lebih baik aku ambik cuti tanpa gaji duit boleh cari...anak susah nak dapat. Sayang aku kepada Aqil dan Amalia lebih dari segala2nya...papa dia pun kalah...heheee...jangan marah ya abang...

Keje aku hari ni sikit je...macam biase.

16 November 2008

Dugaan membesarkan anak

Kami tak kemana2 sebab Aqil baru lepas sembuh daripada demam dan sekarang Amalia pulak demam nak tumbuh gigi lagi. Baru je lepas demam hari tu...kalau tak silap tak sampai seminggu pun. Kesian dia, dok meragam dan serba tak kena aje. Aku bagi ubat makan dan ubat sapu untuk melegakan sakit giginya. Malam tadi Amalia tak dapat tidur lena.
Aktiviti hujung minggu biase la membasuh dan mengemas, itu pun masa mood Amalia ok. Malam pergi ke klinik gigi...tapi Dr. beritahu budak2 sakit gigi masa gigi hendak tumbuh adalah perkara biasa je. Ubat gel je yang biase disapu pada gigi yang baru tumbuh untuk melegakan rasa sakit. Dr. itu ada bagi petua untuk melegakan sakit gigi, iaitu sejukkan timun, hiris kecil2, masukkan dalam kain/bonjot, kemudian tuam pada tempat sakit. Masalahnya Amalia tak bagi pun orang sentuh dan tengok gigi dia. Inikan pulak nak tuam. Mintak2 la esok gigi Amalia dah tak sakit. Suap dan sapu ubat pun kena paksa baru boleh.

15 November 2008

Aktiviti pada hari Sabtu

Hari ni kami pergi hantar ma di LCCT nak balik Kota Bharu.

14 November 2008

Perginya seorang insan menemui Illahi dihari Jumaat yang mulia

Rehat hari ini aku n the geng ke pasar tani, kemudian makan di bilik ain sehingga pukul 2.30. Balik bilik aku terus sembahyang zohor. Lepas sembahyang buat keje sikit, En. Li dan Aliza ada di tempat Sham. Tiba2 Kak Non masuk memberitahu anak Adelina Cristina meninggal disebabkan tercekik susu. Ya Tuhan...Wainnalillahiwarojiun...meremmang bulu roma aku. Kami semua terkejut. Bayangkan baby berumur 4 bulan yang sihat walafiat...tiba2 kembali kerahmatullah akibat kecuaian pengasuh di nursery (di POJ) semasa memberi susu. Aku rasa sangat sedih...aku dapat bayangkan keadaan ibunya sekarang, kerana aku pernah mengalaminya, walaupun situasinya berbeza. Hanya Tuhan aje yang tahu. Ini lagi la anak yang sihat pagi tadi dihantar ke nursery dengan penuh keriangan tiba2 tiada macam itu aje. Takdir menentukan tetapi rasa macam...geramnya...akibat kecuaian baby itu menjadi mangsa. Kami semua ke hospital Putajaya untuk melihat Adelina dan arwah. Ya Tuhan... comelnya baby ni terbujur kaku...dan Adelina sedang menangis disisi babynya sambil mencium baju yang dipakai oleh babynya pagi tadi. Sedih... kami semua tidak dapat menahan air mata. Semua menangis, ramai kawan2 dan staf datang melawat. Walaupun aku tidak kenal Adelina, cuma berjumpa masa meeting, aku sangat simpati padanya, sebelum balik aku memeluknya dan memberitahunya supaya bersabar dan aku memberitahu aku sendiri pernah mengalami situasi begini. Tuhan sayangkan baby tersebut. Semoga Tuhan memberi kekuatan kepada Adelina dan suaminya, anaknya menunggu di pintu surga esok2. Anaknya meninggal di hari Jumaat yang mulia ini Petang balik dari keje hujan lebat.

Aqil demam

Aqil demam...abang cuti hari ni untuk jaga Aqil. Aku nak cuti...cuti ada berapa hari je lagi. Semalam dah bawa pergi klinik...moga2 Aqil sembuh. Dia tak boleh lasak dan makan ais-krim kot. Lepas makan ais-krim dan bermain di taman dia terus demam. Di sekolah pula sibuk dok pratice tarian. Mungkin dia letih sama atau berjangkit dengan kawan di sekolah. Amalia macam biase aktif...dia kesian pada abangnya siap tolong gosok belakang dan kepala abang dia masa Aqil batuk2. Abanggg...dia panggil Aqil sambil tangan dok gosok belakang Aqil semalam. Suka tengok gelagat dia. Malam tadi Aqil asyik terjaga je...Amalia memang dah style dia sedar sokmo, kejap tidur buai kejap tidur bawah.

13 November 2008

Ngantukkk...

Rasa ngantuk je mata hari ni, mungkin sebab semalam asyik sedar tengok keadaan Aqil. Aqil demam malam tadi...dok mengerang je. Lepas suap ubat baru ok. Mesti berjangkit di sekolah ni, tiba2 je batuk dan demam. Amalia bangun lewat dah sikit sekarang tak macam hari tu pukul 4.30 atau 5.00 pagi dah bangun. Bangun je ajak papa dia pergi aman...aman...(taman) nak main buai. Semasa aku dok panas ejin kete dia heret tangan aku ajak ke taman...lepas cakap mama nak keje...Amalia pergi dengan papa baru dia lepas tangan aku, babai dan sengehhh... (comelnyaaa...). Aqil tak ke sekolah hari ni...pergi sekolah pun dok pratice tarian dan tengok katon je sekarang ni.
Keje takde lagi...Rehat makan di Warisan. Petang kena buat memo kepada PP tentang SHSD. 4 petang ade mesyuarat...

12 November 2008

Bahagi2 cheese cake

Hari ni aku bawa cheese cake yang aku beli semalam...lepas breakfast aku dan Ain pergi ambik kat kete aku. Kami ambik bahagian masing2. (aku punya dah ambik semalam). Ain bahagi satu bahagiannya kepada Tie...kesian sebab dia mengharap semalam. Yatei nak brownies tetapi disebabkan Hajar tak bawa beg duit terpaksa la makan yang aku pilih ni je...takpa tahun depan boleh beli tunggu 11.11.2009. Kalau nak tunggu yang promosi ni la, kalau tak beli je hari biase.
Bos aku EL hari ni...hureyyy!!! ade keje sikit je. Rehat aku n the geng ke Warisan...sempat beli tudung 2 helai. Bawa kete Ain, dia tak berani nak bawa lagi. Petang dok chat, search internet dan buat blog je laaa. Chat dengan Shaf di Riyad, Mesir. Panjang lebar bercerita.

11 November 2008

Cheese cake punya pasal...




Hari ni banyak keje...rehat aku and the geng ke Alamanda. Lunch di Pizza Hurt. Kami dapat tahu hari ini secret recipe buat promosi sempena 11.11 & 11 branch buy one free one. Kami nak pergi beli tetapi tengok orang berbaris panjang, terpaksa la cancel. Balik ofis terpikir call Wan Hairiah mintak tolong dia belikan...sebab jumpa dia nak pergi beli kek tadi. Mula2 dia kata ok...lepas tu tak boleh pulak sebab seorang cuma boleh beli satu je (buy one free one). Frustnya rasa...rugi la sebab keknya mahal kalau hari biasa RM70 sebiji, kalau boleh beli hari ni cuma RM35 je la sebijik.




Aku terpikir nak cuba pergi beli la petang ni. Aku ajak Hajar sama, dia pun excited nak beli. Kami ke Alamanda dalam pukul 5.20. Sampai sana tengok orang beratur panjang, tapi kami tetap beratur jugak...cheese cake punya pasal aku sanggup beratur panjang. Hajar nak pergi ATM untuk ambik duit dulu. Entah macam mana sebab nak cepat tadi kot...dia tertinggal beg duit di ofis. Dia frust dah...sebab tak boleh beli. Aku bagi pinjam duit aku (duit aku pun tak banyak sebab tak bawa tinggal di rumah, bawa sikit je)...jadi cukup la RM70 seorang. Lega...boleh la hajar beli. Kami siap pilih dah nak kek perasa apa. Sampai je turn aku...aku beritahu la cashier tu kek yang aku nak, lepas dia tekan2 mesin duit tu, adik tu beritahu RM73.50 ye kak...aku dan Hajar saling berpandangan...alamak tak cukuppp!!!, aku mintak balik duit aku pada Hajar. Hajar tak boleh beli jugak...takde rezeki dia. Aku dapat la... jugak beli chocolate starwberry dan chocolate chip walnut. Aku suka chocolate Indulgence tapi dah habis. Aku berkongsi dengan Ain dan Nor, tapi disebabkan kesian pada Hajar terpaksa la bahagi empat, takpa la...lagi pun kek ni besar dan takut nanti tak habis makan...membazir pulak. Aku bawa balik ke rumah aku dulu...esok bawa ofis. Aqil dan Amalia suka dapat makan cheese cake, mereka berdua memang suka...sama lah dengan mama dia ni, hehehe....Sekali ingat lucu apa yang berlaku...sekali ingat geram dan kesian jugak aku pada Hajar, bukan main beria2 dia nak beli dan nak kongsi dengan Yatei...nak buat macam mana takde rezeki nak makan banyak...dapat rasa sikit seorang je la (tapi bahagi 4 pun dah banyak). Peristiwa hari ini akan menjadi kenangan aku dengan Hajar...ingat secret recipe pasti aku akan teringat pada Hajar, hahaha...

10 November 2008

Mood kerja


Isnin biase la... mood kerja kurang sikit, ade kerja sikit je hari ni. Petang nanti tak tahu la. Pagi tadi breakfast di bilik Ain. Ain baru balik dari Trengganu..dia bawa kepok losong...sedapnya.
Petang buat memo kepada PP/ValueCap. Dapat tahu Tajul (bajet) dapat keje di JPA sebagai PTD kontrak. Seorang lagi akan meninggalkan MOF. Rezeki dia...

Ahad

Pagi aku dan Ma ke pasar. Hari ni tak pergi jalan ke mana2 pun...abang ada kelas OUM. Masak dan berbual dengan Ma. Petang EG dan keluarga datang nak ambik Ma dan Ami ke rumah mereka pulak. Saudara abang dari kampung pulak datang...anak mereka konvo ILP jugak Isnin ni ( hari ni laa).

Konvokesyen ILP

Ma dan Ami datang dari kampung...flight pukul 5. Malam baru mereka sampai sebab Wak bawa mereka pergi sembahyang di Masjid Putra dan makan2 di selera Putra.
Pagi aku, Bja dan Aqil ke Kajang...beli kain di Gulatis. Bja beli kain untuk buat baju bertunang. Aku asalnya nak teman Bja je...tapi terbeli jugak kain sepasang, dah berkenan nak buat macam mana. Boleh pakai raya Haji ni...tu pun kalau sempat siap. Lepas beli kain kami ke Dzul Classic...Bja tempah baju di situ. Balik kami bersiap untuk ke Bukit Jalil...konvokesyen Ami. Kami berada di sana sampai pukul 5. Selepas bergambar kami balik. Ma dan Ami ikut EG balik Shah Alam. Dalam pukul 6 ke pasar malam. Lepas Maghrib Bja balik Cheneh. Malam Ma dan Ami sampai. Tidur awal letih dok berkejar dengan Amalia di Stadium Putra Bukit Jalil.

07 November 2008

Hari Jumaat yang mulia

Semalam Bja datang. Pagi taklimat dengan TKSP(D) Datuk Latifah...panjang lebar sampai pukul 12.40. Rehat aku, Zah dan Nor ke Anjung di Parcel E. Aku pergi kemaskini buku Tabung Haji. Keje aku hari ni dok buat excel tu lagi...semakan akhir, harap2 dah betul dan tiada perubahan lagi.

06 November 2008

Tak habis2 dengan excel ni

Keje aku sejak dua menjak ni...dok buat excel je...aku tak berapa reti sangat excel ni tu yang melambatkan keje aku. Bila la nak settle???.

05 November 2008

Berita gembira tapi tak pasti lagi

Semalam balik abang beritahu berita gembira yang ditunggu2 selama ini, tapi tak pasti lagi sebab yang empunya diri yang kejap jadi kejap tidak. Tunggu je lah.
Malam tadi kami ke Alamanda beli barang rumah dan bawa Aqil dan Amalia jalan2. Aqil macam biase merajuk nak beli mainan. Papa dia tak bagi beli sebab mainan dah terlalu banyak...boleh muat lori. Amalia happy sangat dapat berjalan. Sampai Alamanda letak dalam troli. Duduk kejap je lepas tu nak turun. Tak bagi sesiapa pegang...nak berjalan sendiri. Masalahnya dia bukan berjalan, tapi berlari. Aku risau nanti terlanggar orang atau orang yang langgar dia. Aktif betul Amalia ni...kalau tak lepas dia menangis. Terpaksa la aku dan papanya berkejar-kejaran dengan dia. Dia lari lepas tu senyum2 je.
Keje, hari ni En. Li tak bagi keje lagi. Dok berbual dengan staf2 isu Norman Hakim dan Abby. Kesian Abby...tak guna punya jantan macam Norman tu. Baik berpisahnya daripada hidup merana. Geram betul aku... jantan macam tu, baik tiada laki daripada ada laki macam dia tu. Bukan menyenangkan hidup...menyusahkan hidup ada lah. Mintak jauh lah Nauzubillah.
Tugasan aku hari ni kena ubah memo yang dah lama... bulan puasa hari tu lagi. Berapa kali mahu ubah dah. Lepas tu excel yang aku buat hari tu, ada silap rupa2nya. Kena ubah semula. Padahal dah hantar ke AG, nasib baik Puan Ramlah tu baik hati. Dia yang terperasan kesilapan yang ada. Siap cakap "takpa kite sama2 belajar". Petang pergi bilik Jem, pergi ambil tart jem. Dah tahu bilik Jem, lepas ni boleh la merayap ke sana kalau free...hehehe...

04 November 2008

Tumpang gembira kejayaan orang

Hari ini dapat tahu ada kawan2 yang lulus PTD. Bestnya...aku ermmm...tak lulus lagi. Tiada rezeki aku. Fiza kawan baik aku dapat tawaran sebagai kaunselor di Master Skill. Happy betul dia, siap nak beli kereta baru, perabut rumah dan macam2 lagi. Ye... lah dah rezeki dia. Aku...bila???. Semoga semua berjaya dalam kehidupan masing-masing sama ada di dunia dan di akhirat.

Datang Awal

Hari ni datang keje awal sebab ada perhimpunan bulanan dengan Najib. Moga2 Amalia ok hari ni...abang ada rumah hari ni. Mesti dia suka sebab lama tak tengok papa dia. Aqil tak payah cakap la, banyak soalan yang ditanyakan kepada papanya...sampai tak larat papa dia nak jawab semalam. Mood Amalia pun ok je semalam...tak sakit gigi dan boleh menyusu. Memang sah dia rindukan papa dia. Pagi tadi pun dia bangun awal macam biase...lepas uuukkk... dan mandikan dia jam 4.30 pagi. Abang dodoikan dia tidur semula. Senang pulak hari ni dia tidur...kalau tidak tak tidur dok tengok upin dan ipin la, tengok gambar dia la dan suruh dukung pergi dapur. Terpaksa layan walaupun aku ngantukkk...Call rumah MIL beritahu Amalia menangis hari ni mencari aku sebelum nak tidur. Biase lah lepas demam mesti ada satu perangai yang timbul...dia nak perhatian.
Keje hari ni biase je...ubah excel tu dan buat surat/memo. Hari ni rehat makan di cafe Kastam. Lepas rehat tiba2 ade mesyuarat...nasib baik kejap je. Kepala rasa pening je...di luar hujan lebat, patut la sejuk sangat hari ni. Semua keje hari ni dah siap...lega.

03 November 2008

Aku EL hari ni

Hari ni aku EL kerana Amalia masih tak sihat, malam tadi setiap sejam dia sedar dan menangis. Hari ni dok melayan dia je...pukul 1 lebih baru boleh mandi. Dia asyik meragam je...moga2 Amalia cepat sembuh. Pukul 9 lebih abang call...lega dapat dengar suara abang. Abang balik hari ni.

02 November 2008

Hujung minggu

Malam tadi Amalia dah boleh tidur, tapi macam biase sentiasa sedar dan bangun awal pagi. pagi aku ke pasar dan ke klinik gigi untuk beli ubat Amalia, tapi Doktor kat situ cakap nak tengok Amalia, dia tak boleh bagi ubat macam itu aje. Kena datang balik, kalau gigi Amalia masih sakit. Aku tak bawa Amalia sebab dia tido tadi. Balik dari pasar mengemas rumah dan membasuh kain. Aku mengemop habis sebuah rumah...letih jugak, tapi puas hati kalau tengok rumah bersih dan anak2 pun selesa nak bermain. Aqil dok sibuk ajak berjalan sebab biase kalau papa dia ada, hujung minggu kami selalu keluar, walau pun dekat.
Petang hujan...syukur sejuk sikit...dah lama tak hujan. Terasa rindu pulak pada abang...apa la abang sedang buat sekarang.

01 November 2008

Tak tidur malam...

Malam tadi Amalia tidur lepas maghrib sampai la pukul 12 malam. Pukul 12 lebih dia bangun main2, kejap2 nangis, kejap nak tidur buai kejap nak tidur bawah sampai la pukul 2.30 pagi macam tu. Lepas tu dia tidur sekejap tapi sentiasa sedar dan nangis, sempat bertanyakan papa mana? Pukul 4 bangun lagi main2. Mata aku dah tak boleh nak buka, tetapi terpaksa gagahkan juga untuk jaga dan main dengan Amalia. Hampir subuh baru Amalia tidur lena, aku pun baru boleh terlelap kejap. Aku cuti, bangun dan mandi. Dalam pukul 6.40 aku ke pasar untuk beli sarapan dan lauk untuk makan tengahari. Nak masak mesti dah tak boleh....Amalia tak nak duduk dan MIL tiada, pergi dengar taklimat Haji di Shah Alam. Pukul 7.30 Amalia bangun dan menangis2, aku nak dukung pun dia tak nak. Lepas aku pujuk lama, baru la dia nak dan bermain dengan Aqil.
Amalia masih tak selesa dan menangis je. Menyusu pun dia tak nak. Bila dia dok sebut sakit gigi...sakit gigi...baru aku perasan gigi taringnya nak tumbuh. Itu lah yang menyebabkan dia demam dan sakit. Dalam lebih kurang pukul 3 dia menangis je aku mengambil keputusan bawanya ke klinik. tapi siapa nak jaga Amalia masa aku memandu nanti...sebab bimbang kalau dia menangis dan nak duduk atas riba aku. nak ajak orang tolong tiada, sesiapa...mok pun tiada, mok ke Johor. Aku tekad pergi jugak ke Poliklinik UKM. Aqil dan Amalia duduk di depan...nasib baik Amalia tak nangis. Nasib baik orang tak ramai...ada seorang je Dr. Faridah. Masa jumpa Doktor Amalia macam biasa menangis masa Doktor nak cek dia. Lepas ambil ubat kami balik...Amalia menangis, aku siap ngantik (Lailahaillallah) lagi masa memandu untuk pujuk dia. Susahnya abang tiada...time abang tiada ni la pulak Amalia sakit gigi. Sampai rumah...terus suap dan sapu ubat pada Amalia. Baru lah Amalia boleh hisap susu dan tidur kejap. Aqil dulu tak pulak sakit macam ni masa nak tumbuh gigi. Lepas MIL dan Zu balik baru aku boleh mandi dan makan, nasi lemak yang beli pagi tadi pun aku tak sempat makan...dah basi dah masa aku nak makan.
Malam Amalia tidur awal...kami semua pun pukul 9 lebih dah tidur...letihhh...