28 January 2010

Hubby present proposal... aku pulak yang nervous

Hari ni abang present proposal for his PhD. Aku pun tumpang rasa nervous. Aku doakan abang berjaya.

27 January 2010

Jamuan pengat durian

Time rehat ada jamuan pengat durian, best jugak... TQ kepada yang belanja jamuan ini.

25 January 2010

Hujung minggu dok rumah je

Dah 2 minggu aku dan anak2 tak ke mana2 pada hujung minggu. Just dok rumah je... paling jauh ke pasar je. Aqil pun takde merungut nak jalan2. Aqil asyik dengan games dan bola sepaknya. Yaya pun sama, dia suka betul kalau aku ada di rumah sebab dapat layan karenah dia. Kami dok chat & webcam dengan hubby/papa di oz.

22 January 2010

Jamuan perpisahan









Jamuan ini diadakan untuk pegawai2 yang akan berpencen, pegawai yang berpindah tempat kerja dan pegawai yang akan berhenti iaitu aku yang akan ke oz. Walaupun tarikh tak tahu bila lagi. nak ke oz... tengok2 bulan 4 masih ada lagiii... hahaha... takpa la kontrak aku sampai bulan 6. Mungkin mereka nak jimat kos. Pegawai yang akan pencen iaitu Che Yusof Che Mat, Kak Som dan Kak Nor. Pegawai yang berpindah En. Mohd. Yusof Ismail, berpindah Jabatan Penilaian. Walau apa pun terima kasih di atas jamuan tersebut.

Antara menu yang ada mee kari (sedap kuahnya sebab ada ketam, ayam dan kerang, Datin tempah dengan jiranya), nasi lemak (aku tempah di pasar BBB - ramai staf sini suka nasi lemak ini sebab dibungkus dalam daun pisang dan sambalnya sedap. Dah banyak kali bahagian tempah untuk majlis xtvt apa2 dan sebelum ni pun ramai kirim pada akuuntuk breakfast), karipap, puding jagung, puding cendol (aku suka sangat puding ni, tiap kali jamuan bahagian mesti ada menu ni), tembikai dan air (kopi, teh dan oren). Alhamdulillah kenyangggggg...

19 January 2010

Kete rosak lagiiiiiiiiiiii... tension2

Petang semalam masa aku nak ambik Aqil di sekolah tiba2 ada seorang hamba Allah tegur kete aku keluar air. Rupa2nya air coolen. Dalam hati aku terus terdetik... huuuuuuhhhh... kete aku rosak lagiiiiiiii... aku terus call Man tanya sama ada kete ku ni boleh gerak ke tak, sebab aku nak bawa ke bengkel dekat dengan rumah. Dia kata 'ok', aku bawa slow2 dan takut pun ada sebab suhu dah meningkat lebih dari separuh. Sampai je di bengkel tu rasa lega sangat dan mekanik tu akan siapkan dalam masa 1 jam. Rupa2nya kipas tak berpusing... jadi kena la tukar baru seketul RM180 hinggit. Tension betul dalam masa 3 bulan dah 4 kali kete aku buat hal. Harap2 lepas ni tak rosak lagi. Cepat2 la hubby balikkkkkkkk...

18 January 2010

Black Cayon Coffee



Best jugak makan kat sini... harga pun tak la mahal sangat. Nanti boleh la bawa hubby dan anak2 makan sini.

14 January 2010

Transfer gambar jeee...

Keje aku hari ni, dok transfer gambarrrrrrrrr... jeeeeeeee...

13 January 2010

Yaya pun nak bertudung jugak



Setiap kali ada stok tudung baru Yaya mesti sibuk nak mencuba tudung2 tersebut. Aku nak ambik gambar dia tak nak "malu la Yaya" geram jeee...

12 January 2010

nak buat apa ye...???

Bosan betul kalau dok ofis tapi takde keje... dah la Ain cuti lagi.,takde teman nak berborak dan bergosip. Keje aku mengedit gambar dan dok berFB jeee... tapi kalau lama2 mengadap benda2 ni bosan jugak.

Petang semalam ke pasar malam, balik hampir Maghrib dah. Lepas Isyak keluar makan dengan anak2 di BBB Tom Yam. Bestnya kalau hubby ada sama... Aqil dan Yaya seronok dapat makan kat luar, berselera mereka makan.

11 January 2010

Bosannn...

Hari ni takde keje yang nak dibuat, just edit gambar... bosan jugak kalau takde benda nak dibuat ni. Dah la Ain pun cuti. Aku mengemas apa yang patut sebelum berhenti... buang apa2 yang patut. Terasa macam malas je nak datang keje kalau macam ni... kalau dok rumah boleh main ngan Yaya.

hujung minggu dok rumah jeee...

Minggu ni tak ke mana2 pun, dok rumah je layan Aqil dan Yaya.

10 January 2010

Jalan2 di Alamanda dan Dataran Putra






Bawa Aqil dan Yaya jalan2... kami ke Alamanda dan lepas tu ke Dataran Masjid Putra

06 January 2010

Dah kena buat apa yang patut

Aku tak dapat PTD jadi terpaksa la meneruskan plan A iaitu untuk ikut hubby ke oz. Aku kena buat apa2 yang patut sebelum ke oz. Antaranya perkara pertama yang perlu aku lakukan ialah jual barang2 kat rumah yang mana rasa tak perlu disimpan atau bagi pada adik-beradik/saudara-mara. Abang balik nanti tak payah nak pening2 kepala nak uruskan pasal barang2 tu. Abang suruh aku handle pasal ni.

05 January 2010

Aqil dah tahun 2, mama doakan anak mama rajin belajar dan berjaya.



Aqil mula bersekolah pada 4 Januari (sama dengan tarikh besday aku). Itu yang membuat aku terkejar2 dari ofis yang sebelum itu ada surprise besday dari hubby (Ain yang jadi besday plannernya). Kemudian terus balik rumah ambil Aqil untuk ke sekolah. Memang penat rasa, kalau hubby ada mesti semua senang. Takpa la aku terpaksa berkorban untuk kebahagian kami bersama. Yaya biase lah nak mengikut sama. Dalam kete Yaya duduk tak diam... masa aku break kete... Yaya terantuk... nasib baik Yaya nangis kejap je. Jalan memang jam masa nak ke sekolah Aqil tu. Kami sampai lewat iaitu dalam pukul 1.20 petang. Takpa hari mula2 cikgu tak marah lagi. Aqil ceria dan bersemangat nak ke sekolah. Aqil masuk kelas 2 Cekal. Aku hantar Aqil, tunggu kejap dan kemudian balik rumah. Aku half day hari ni. Masa rehat aku datang balik tengok keadaan Aqil macam mana... aku tunggu sampai jam 5 lebih kurang. Aqil nampak ok dan suka.

Surprise dari hubby sempena besday aku... Terima kasih abang.




4 Januari merupakan hari lahir aku yang ke "36 tahun". Semalam di ofis aku dapat kejutan dari hubby. Hubby telah menempah sejambak bunga rose merah (12 kuntum), kek dari Secret Recipe, (SR) 12 biji Big Apple dan 12 biji coklat Ferrero Rochel... semuanya kegemaran aku dan anak2. Hubby telah berpakat dengan Ain (teman sebilik di ofis aku). Mula2 sampai sejambak bunga rose, duduk tak lama kemudian sampai kek (Chesse Choz) manager SR datang hantar sendiri pada aku. Kemudian Big Apple dan Ferrero Rochel. Aku memang terkejut tak sangka hubby buat semua ni, member2 di ofis pun tak sangka hubby aku romatik macam tu sekali. Terima kasih pada abang. Zie dan anak2 happy sangat.

04 January 2010

Besday aku yang ke "36"



Ucapan Besday dari my hubby
"Sayang hepi besday yg ke 36. Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki, sihat dan bahagia di samping abang dan anak2. Hepi besday. miss n luv you very much" papa @ Adelaide.

Dolphins and Sea Lions Show @ Sunway Pyramid.








Pak Long belanja kami tengok pertunjukan ini... best sangat. Seronok Aqil dan Yaya dapat tengok dolphin.

Pendaftaran sekolah Aqil masuk tahun 2

Hari Sabtu baru2 ni pagi2 lagi aku dan anak2 ke sekolah Aqil untuk pendaftaran sekolah Aqil. Aqil dah masuk tahun 2. Aqil di tempatkan dalam kelas 2 Cekal. Dah besar anak mama. Nama guru kelas Aqil ialah Puan Zuraidah. Harapan dan doa aku agar Aqil rajin ke sekolah, rajin belajar dan berjaya dengan cemerlang. Selepas daftar kami terus balik rumah.

02 January 2010

Masih frust

Frusssssssssssttttttttttttttt... huuuuuuuuhuuuuuuuuuuuuu...