24 August 2010

Kek Pisang

Semalam Zie tengok ada pisang di dapur dan memandangkan kebosanan melanda Zie cuba la buat kek pisang ni. Alhamdulillah menjadi, boleh makan untuk berbuka dan siap boleh bagi pada jiran terdekat lagi. Yaya bukan main excited bila dengar mamanya nak making cake. Rupa2nya nak membuat kek ni mudah sangat.

Sebelum masuk oven...

Selepas 45 minit... dah masak.


Sedap sangat... gebu dan lembut aje... Alhamdulillah percubaan pertama menjadi. Lepas ni tak payah dah nak beli kek pisang, nak makan boleh buat aje sendiri. Tapi kena ada kerajinan laaa...

Bahan-bahan :

4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur sederhana besar
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 sudu teh bicarbonat soda
secubit garam

Cara-cara :
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.Masukkan pisang yang telah dilenyek.
3.Kemudian masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung dan bicarbonat soda.
4.Akhir sekali masukkan minyak. Kacau hingga sebati.
5.Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin/ oil spray.
6.Bakar hingga masak selama 45 minit

Selamat mencuba!

23 August 2010

Aktiviti riadah di Klamzig Playground

Jalan2 sekitar playground... bersih dan suasana nyaman je...

Posing 3 beranak

Mama nak naik buai jugak, boleh kan Yaya.

Papa dan Aqil bersama Jack famili... sempat berkenalan masa kat sini. Yaya tak nak bergambar masa ni.

Dok borak2 pasal apa tu papa?

Aqil bersama Oskar... umur 3 tahun. Aqil ada kawan nak main bola.

Aku dan famili Jack... wifenya nama Stepheni. Keciknya aku...he3, Yaya tak nak bergambar jugak masa ni...


Setiap hujung minggu kalau cuaca elok kami akan jalan2 di garage sale dan lepas tu singgah di mana2 playground. Itu la aktiviti kami setiap hujung minggu untuk isi masa. Nak jalan jauh2 cuaca tak mengizikan lagi... tunggu cuaca tak sejuk baru boleh pergi. Puasa2 pun kena pergi playground sebab Aqil nak suruh masa berlalu cepat untuk berbuka. Alhamdulillah Aqil puasa penuh setakat ini. Harap2 cukup 3o hari. First time Aqil berpuasa...

20 August 2010

Ayam Paprik



Bahan potong kecil
300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan sos
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak

Cara


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.

2. Masukkan ayam dan kacau rata.

3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.

4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.

5. Bila mendideh masukkan daun limau purut dan kacau.

6. Masukkan jus limau dan tutup api.




Aqil dan Yaya suka sangat makan nasi kalau lauk ni... so selalu la kena masak supaya anak2 makan.



19 August 2010

Nasi kerabu dan ayam percik untuk berbuka

Nasi kerabu kuning

Sedap dimakan dengan daging bakar

atau ayam percik

Hari ni rasa nak masak nasi kerabu dan ayam percik la untuk berbuka walaupun tak cukup bahan. Sini susah nak dapat daun kesom dan ikan macam kat Malaysia. Jadi terpaksa la gantikan dengan ulam2 lain... nasib baik timun dan kacang panjang ada. Ikan terpaksa guna fish fillet. Hentam je la... kalau tidak sampai bila2 tak boleh makan. Kena la kreatif dan pandai2 ubah supaya dapat makan apa yang diidamkan dan yang paling penting rasanya tetap sedapppppp...

Resepi Nasi Kerabu
(Sory takde sukatan sebab Zie biase agak2 je ikut banyak mana kite nak masak)

Bahan2:
Nasi tu biasanya orang buat warna biru (guna bunga nasi kerabu kalau di Kelantan) tapi Zie lebih suka buat warna kuning iaitu masukkan sedikit kunyit serbuk dalam air beras dan kacau rata, kalau nak sedap lagi letak daun pandan.

Bahan untuk sambal kelapa:
Kelapa parut (kat sini kena guna kelapa kering sebab susah dan tak pernah nampak orang jual kelapa parut).
Isi ikan - rebus atau bakar (kalau kat Malaysia aku suka guna ikan selayang/sardin/kembung kat sini guna fish fillet aje).

Bahan kisar:
Bawang merah
Halia

Serbuk lada hitam
Garam

Cara:
1. Kelapa digoreng sehingga warnanya kekuningan.
2. Masukkan ikan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar, serbuk lada hitam dan garam secukupnya. Gaul sehingga semuanya rata.

Bahan kuah tumis: (kuah ni boleh juga digunakan untuk kuah ayam/ikan percik)
Santan pekat (di sini terpaksa guna coconut cream)
Serai - dititik

Bahan kisar:
Bawang merah
Halia

Cili kering - dikisar
Garam dan gula

Cara:
Campur semua bahan, masak sehingga mendidih dan pekat. Boleh jugak kalau nak tumis dulu.

Ulam:
Daun kesom (huhuuuuuu... sini susah nak dapat daun kesom, takan nak ganti daun pudina mesti tak sedap, maybe ada dijual tapi Zie tak jumpa lagi).
Timun
Kacang panjang

Nasi kerabu ni lebih sedap kalau dimakan dengan sambal lada.

Bahan untuk sambal:
Lada besar, cili api, garam, gula dan cuka.


Daging dan Ayam percik
Daging perap dengan garam kunyit je. Lepas tu bakar.

Untuk ayam percik- ayam diperap dengan halia dan bawang putih atau rebus dulu ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Kemudian ayam dibakar... gunakan kuah tumis tadi tuang atas ayam.

Oohhhhhhhh... tak sabar rasanya nak makan nasi kerabu hari ni. Ok selamat mencuba yeeee... selamat mencuba resepi yang simple ni.


15 August 2010

Juadah berbuka

Juadah berbuka puasa hari ni taraaaaaaaaaa...

Tom yam putih, ayam goreng, ayam paprik, macaroni bakar dan sardin roll

Makaroni bakar... sebelum masuk oven

Dah siap... boleh dihidang

Yaya dah tak sabar nak makannn... siap bawak beg sekolah tu...

Ni dia resepi makaroni bakar... sebenarnya banyak cara atau resepi makaroni bakar ni, kite kena pandai2 otter supaya lebih sedap.

Macaroni Bakar

Bahan2:

250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200gm daging kisar
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 tbsp tomato paste
sedikit garam
sedikit oregano kering
sedikit minyak/butter utk menumis
2 biji telur
Mozarela Cheese

Cara2 membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging masak
3. Tambah tomato paste, kacau lagi
4. Masukkan macaroni yg telah direbus, gaul rata
5. Tambah garam dan oregano kering
6. Masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar
7. Pukul telur, curahkan keatas macaroni
8. Taburkan cheese sehingga menutup macaroni
9. Bakar hingga cheese cair
10. Siap utk dihidang

Selamat Mencuba!!!

*Sapa2 yang ada resepi lagi best boleh la kite kongsi2 ye... thanks, Salam Ramadhan.


12 August 2010

First time naik bas dengan Yaya di Adelaide

Hari ni first time aku dan Yaya naik bas ke City. Bukannya apa saje nak try naik bas kat sini. Tiket mahal jugak iaitu $8.60 for adult, Yaya free je... mahal betul, kalau kat Malaysia dah boleh pergi mana2 dah kot dengan tiket harga macam ni. Takpa la bila lagi nak try naik bas kat sini.





Hepi Yaya... ni la buat pertama kali dalam hidup Yaya naik bas. Kat Malaysia pun tak pernah naik bas. Aqil tak ikut sebab ke sekolah, hubby bersama kami masa pergi je sebab hubby terus ke Uni. Aku dan Yaya jalan2 di City dan kemudian balik sendiri.

10 August 2010

I Like GaRagE SaLE

Aku suka sangat pergi garage sale. Dah macam ketagih pulak rasa. Kalau tak pergi setiap minggu rasa tak sah. Bukannya apa sebab di garage sale aku dapat beli barang2 yang aku suka dengan harga yang murah. Walaupun barang2 ni murah dan terpakai keadaannya masih elok dan kadang2 setengah tu macam baru lagi. Ada jugak yang belum diguna.

Kadang2 aku hairan kenapa la mat salleh ni jual barang2 dia orang, padahal barang2 tu masih elok dan tak jejas apa pun. Memang betul la orang kata mereka ni cepat bosan dengan barang2 lama dan bertukar barang mengikut musim dan cuaca. Terutamanya pakaian... paling murah 50 sen sehelai... best sangat dah lah yang branded macam Adidas, Esprit, Tommy Hillfinger , Levis dll. Kadang2 balik rumah rasa menyesalnya tak beli banyak2... Tapi yang penting kami kena samak dulu sebelum guna barang2 yang dibeli di garage sale.

Aqil dan Yaya tak payah cakap la, dia orang hepi sebab dapat beli mainan yang canggih2, pelik2 yang kalau beli kat kedai mau beratus harganya... tapi di garage sale harganya sangat murah dan kadang2 di beri percuma je. Kadang2 aku pulak yang lebih excited memilih barang mainan mereka. Aqil suka beli dan buat koleksi kereta. Yaya pulak mainan Barbie.

Kalau ke garage sale aku suka cari hiasan yang cantik2, pinggan mangkuk dan barang2 dapur yang branded yang kalau dijual dikedai harganya mahal. Tetapi kalau di garage sale kite dapat dengan harga yang sangat murah, kadang2 harganya $1-3 je. Tapi kena beli yang betul2 elok la... kalau yang buruk tak la. Masa membeli kite kena bargain dengan tuannya... kadang2 dapat lagi murah. Setakat ni antara yang aku dapat beli ialah bread maker just $3 je... tak cuba guna pun lagi he3.

Hubby pulak suka beli games (PS 1 & 2) DVD dan Video player... di garage sale kami boleh dapat dengan harga paling mahal just $10 je video player... kalau DVD player paling mahal $5... kebanyakannya yang berjenama dan conditionnya masih baru dan elok lagi. Kami pernah beli tv berharga $2, macam tak percaya je... last week kami dapat tv 14 inci brand Sharp free je. Siap orang tu nak bagi dua buah lagi, yang sebuah lagi 21 inci tapi hubby ambik satu je sebab takut tak muat kete. Dan satu tempat lagi kami dapat beli tv 29 inci brand Sony, video player pun brand Sony dan kabinet tv harganya $35 je... dah la siap hantar dalam rumah. Member2 hubby terkejut sebab murah sangat. Besttt... sebab tu la I like garage sale he3...

Kalau perabut tak payah cakap la kadang2 dia orang bagi free je tapi dengan syarat kite kena angkut sendiri. Kalau yang baik hati siap hantar. Kami pernah jumpa orang jual set bilik tido just $15 je... bayangkan almari $5, katil $5 dan kabinet bercermin $5... dah la cantik... huhhhhhh... kalau la aku ada transport dah lama aku beli. Tapi rumah kami ni dah complete dengan barang2 orang lama. Walaupun barang2nya dah tak elok kami guna je buat sementara dok kat sini. Ingat lain kali kalau orang jual yang elok2 dan nampak unik dan yang paling penting murah rasa nak jugak beli he3...

ok la bersambung lagi pasal garage sale

Ramadhan di perantauan

Esok semua umat Islam akan menyambut bulan mulia bulan Ramadhan. Termasuklah kami yang tahun ni akan merasai Ramadhan di perantauan. Harap2 kami akan melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin dan diberkati olehNya.

Maaf dipinta kepada semua kiranya ada salah dan silap. Moga2 tahun ni amalan puasa kite semakin baik dan diberkati olehNya.

09 August 2010

Hubby jemput kawan2 rumah lama datang dinner





Hubby jemput member2 rumah bujangnya dulu datang dinner kat rumah. Tak ramai lebih kurang 8 orang je. Aku masak simple2 je just masak daging singgang, ayam goreng, telur dadar, sayur campur dan agar2 santan for desert. Kebetulan salah sorang member hubby tu ayahnya ada datang sini sebab Shafik tu nak konvo esok, so kami jemput la dia datang sekali. Ayahnya dulu PTD dan dah sampai tahap JUSA dan berpangkat Datuk. Aku sempat berbual dengan ayah Shafik ni... ayahnya tanya aku keje kat mana dulu dan sapa bos aku? Aku cakap la Datuk Nozirah, rupa2nya dia kenal Datuk Nozi... siap2 cakap yang mulut bising2 tuuu...

08 August 2010

Genap setahun

7 Ogos 2010 genap setahun arwah abah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah. Al-fatihah.

Ma buat majlis tahlil di kampung. semoga semua berjalan lancar dan diberkati olehNya. Amin.

First time beli lampin pakai buang untuk Yaya



Ni la lampin pakai buang terbaru untuk Yaya... jimat2nya Yaya, kalau convert duit kite harganya RM100 lebih sekotak tau

Stok pampers Yaya yang kami bawak dari Malaysia dah habis so kami kena la beli pampers kat sini. First time beli pampers Yaya kami tak tahu rupa2nya di sini dia tak ikut saiz S,M, L dll macam kat Malaysia. Di sini dia ikut kg, iaitu ikut berat budak atau baby tu. Kebetulan masa kami nak beli ada seorang untie tu nak beli untuk anak/cucu tak sure... so hubby pun tanya pada dia betul ke kalau nak beli pampers ni kena ikut berat baby... untie tu cakap 'ya' . Jadi kami pun beli la napkin pakai buang ikut berat Yaya sekarang iaitu 18 kg. This is a new thing to me owhhhhhhh...

Science Fair @ Ridley Memorial






Hari ni kami ke Science Fair... best jugak banyak perkara baru yang kami tengok dan pelajari. Aqil dan Yaya hepi sebab dapat pelajari banyak perkara hari ni.

04 August 2010

Chicken Chop

First time aku buat Chicken Chop... kat Adelaide pulak tu sebab anak2 nak makan. Nak beli kat sini memang la banyak kedai yang jual tetapi semuanya tak halal. So terpaksa la aku buat sendiri. Alhamdulillah percubaan pertama menjadi, hubby & anak2 cakap sedap dan licin dia orang makan. Lepas aku upload pic dalam FB ramai la pulak yang mintak resepi. Bagi tidak menghampakan pada sesiapa yang mintak tu aku masukkan dalam blog ni. Boleh la kongsi resepi ni dengan kengkawan. Ok selamat mencuba kepada kawan2 ku...


CHICKEN CHOP

Bahan
3 keping dada ayam

Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak

Cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung
1 cawan air
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara:
1. Panaskan semua bahan
2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan dalam bahan tadi... (ikut suka kepekatan yang dikehendaki)
3. Bila mendidih, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN

Salad bulat, tomato, kentang goreng dan baked beans