28 June 2011

Makan2 di rumah baru Kak Ina Kak Liza

Hari ni kami terima jemputan ke rumah Kak Ina Kak Liza sempena naik rumah baru... sebelum ni mereka tinggal dekat je dengan rumah kami, sekarang terpaksa berpindah ke Wandana. Takpa la Kak Ina Kak Liza dapat la merasa tinggal rumah yang lebih besar dah selesa, compare dengan rumah sebelum ni.

Kami dijamu dengan soto, mee sup, pulut kuning, burger Malaysia dan makanan yang dibawa oleh tetamu... memang sedap masa winter ni dapat makan sup panas2. Tambah2 aku yang masih belum sihat ni memang mulut ni berselera aje kalau dapat makan sup. Kali ni Zie tak bawak apa2 kuih sebab tak larat nak buat, just bawak buah je.

Kami antara tetamu terawal yang datang...

Aqil dah lama tak jumpa Danish... first time jumpa kat rumah Kak Ina ni asyik melekat je la... entah apa yang mereka berdua ni dok tengok.

Amalia suka sangat makan burger Malaysia yang Kak Ina buat... entah berapa kali dok ulang ambik.

Ramai sangat so terpaksa la setengah dok di dapur... jarang2 berjumpa macam ni, macam2 la topik yang nak dibualkan. Zie masih rasa tak sihat... nak berborak pun tak selesa sebab masih selsema dan batuk2. Risau nanti berjangkit pada orang lain pulak.

Yang berdiri tu la tuan rumah Kak Ina... terima kasih Kak Ina, Kak Liza, Darwin and Hanif sebab sudi menjemput kami. Semoga hepi duduk di rumah baru ni yer.

16 June 2011

Tak pernah2 demam macam ni...

Lama betul tak update blog... sebabnya Zie tak sihat. Kali ni demam selsema Zie agak luar biase, tak pernah2 Zie demam selsema macam ni. Hanya Tuhan aje yang tahu... asalnya Zie minum air limau yang dicampur dengan madu supaya taknak bagi batuk sebabnya tekak Zie terasa pedih2 macam nak batuk.

Tengahari tiba2 badan rasa sengal2 macam nak demam. Nak makan ubat tak boleh sebab minum air liamu campur madu, at least kena tunggu selepas 4 jam, kalau makan ubat nanti lain pulak jadinya. Terpaksa la call hubby suruh balik awal sebab Yasmin ada hari tu.

Lepas makan ubat panadol dalam pukul 3, ingatkan lepas tido dan rehat kejap... ok la. Biasenya kalau demam makan panadol dan tido kejap supaya berpeluh lepas tu terus ok. Tapi kali ni lain,tiba2 selsema pulak... selsema yang teruk sebabnya hidung Zie dua2 belah tak boleh bernafas. 3 hari 3 malam menderita tak boleh bernafas... terpaksa bernafas ikut mulut. Hanya Tuhan aje yang tahu seksanya bernafas ikut mulut... nak sembahyang pun satu hal, hidung tersumbat lepas tu nak tunduk sembahyang, nak baca ayat ikut mulut... nak bernafas lagi huhhhhhhhh... memang teruk demam kali nih. Satu lagi nak tido... macam mana nak tido kalau hidung tersumbat... macam2 style Zie cuba tido tapi tak ok jugak... akhirnya Zie tertido macam tu aje.

Zie cuba search dalam internet info cara taknak bagi hidung tersumbat... cuba letak vicks dihidung dan tapak kaki tak jalan, letak minyak cap kapak, ok tapi pedih hidung pulak... hari seterusnya minyak cap kapak pun tak jalan. Cuba pulak sedut wap air panas... lega kejap lepas tu tersumbat balik. Zie tanya pendapat kawan2 ada yang kata letak vicks dalam air panas... Zie cuba memang ok tapi tak lama kemudian jadi balik. Dah habis ikhtiar rasanya. Letak kaki dalam air panas pun tak ok jugak haaaahhhhh...


Sebelum2 ni kalau Zie selsema hirup sup panas je hidung terus ok... tapi kali ni hirup la apa pun tak jalan. Mulut pulak rasa pahit semacam aje... makan tak rasa apa2. Zie jadi tak lalu makan dalam masa seminggu ni. Yang Zie boleh atau lalu makan hanya makanan berkuah dengan nasi macam pic ni... letak lada hitam banyak2 supaya badan rasa panas. Siap cakap kat hubby ni makanan orang sakit... hubby cakap macam makanan masa dalam pantang je... memang pun. Tak kisah la yang ni je Zie mampu nak telan. Mulut rasa loya macam mabuk pregnant pun ada... dan rasa nak muntah. Apa la penyakit Zie ni... risau jugak.


Macam2 ubat Zie makan... ubat sini dan ubat Malaysia tetapi tak kebah2 jugak selsema ni. Akhirnya Zie suruh hubby tanya pada membernya seorang doktor ubat apa yang sesuai supaya hidung tak tersumbat. Member hubby bagi la list ubat2nya dan hubby terus pergi beli keesokannya. Cuba pakai ubat ni masa hidung tersumbat... lagi tersumbat ada la. Huhhhhhhhh.... dugaan betul. Hingus pun dah bercampur darah sebab kuat sangat menghembus kot (sory kotor sikit).


Sebab tak tahan sangat menanggung hidung tersumbat ni akhirnya suruh hubby buat appoinment untuk jumpa doktor. Tu lah masalahnya kalau sakit kat sini nak jumpa doktor pun susah. Time macam ni la rasa nak balik Malaysia... kalau sakit demam senang. Kat sini susah sikit... lepas jumpa macam biase la doktor sini bagi dia selsema dan batuk perkara biase masa winter dan akan sembuh sendiri. Geram pun ada dengan doktor ni, kite sakit rasa separuh nyawa dah boleh dia cakap macam tu je. Dia suggest kami beli ubat makan pulak untuk elak hidung tersumbat. Katanya spray tu tak boleh pakai... maybe tak sesuai dengan Zie. Seksa tau hidung tersumbat dua2 belah ni... kalau kena pada orang yang tak kuat boleh menangis dibuatnya.


Balik dari klinik terus kami tuju ke farmasi beli ubat ni... lepas makan lebih kurang 2 jam rasa lain macam pulak... jadi tak bermaya dan letih semacam aje. Timbul pulak masalah lain. Macam mana ni? Zie terus minum air gula dan tido supaya tak rasa letih. Tido pun rasa huyung hayang... ubat ni kuat kot sepatutnya telan sebiji je dulu. Kononya telan 2 biji terus sebab nak bagi sembuh cepat, lain pulak jadinya. Tapi keesokanya Alhamdulillah hidung dah tak tersumbat. Boleh bernafas elok tetapi still selsema hingga hari ni. Sejuk2 ni memang selsema lambat sembuh.

Tak nak dah demam macam ni... serik, seksa, merana semua ada. Sepanjang Zie demam hubby la terpaksa memasak dan uruskan anak2 hingga tak ke Uni selama 5 hari. Thanks abang. Anak2 pun Zie tak boleh layan sangat... kesian Aqil dan Amalia. Sekarang Alhamdulillah dah sihat. Semoga kami sentiasa dikurniakan tubuh badan yang sihat. Amin.

Al-fatihah buat anak mama

Tahun ni genap usia arwah anak aku Muhammad Arfan Iman 7 tahun dan 7 tahun jugak genap anak aku menemui Illahi. Kenangan bersama Arfan walaupun sekejap tapi masih segar dalam ingatan mama dan papa. 9 bulan mama mengandungkan Arfan dan Tuhan memberi ujian yang begitu berat pada mama.... boleh dikatakan selepas doktor2 beritahu keputusan yang sama mama tak henti2 menangis dan berdoa kepada Tuhan, tetapi Tuhan lebih menyanyangi Arfan.

Walaupun berat dan sedih mama terpaksa hadapi... mengandungkan Arfan memang dugaan yang paling berat dalam hidup mama... mama takan lupakan detik2 kite bersama selama 9 bulan Arfan di dalam kandungan mama... disaat2 kelahiran Arfan yang memang dipermudahkan olehNya dan mama hanya mendengar sekali aje tangisan Arfan, lepas tu takde lagi tangisan dari Arfan... walaupun Tuhan pinjamkan Arfan kepada mama selama 33 jam tanpa suara, senyuman dan pergerakan mama tetap bersyukur dan redha di atas segala yang berlaku, huhuuu... sedih la pulak. Ye la sapa tak sedihkan... mengandung 9 bulan tetapi anak tercinta dijemput olehNya pergi buat selama2nya. Semoga roh anak mama sentiasa di cucuri rahmat. Papa, mama, abang Aqil dan Amalia sentiasa mendoakan kebahagian Arfan di sana yang sudah tentunya disyurga. Al-fatihah.

15 June 2011

Sempena apa pulak ni?

Sempena Mother'S Day hari tu hubby hadiahkan aku handbag ni... masih tak terpakai lagi, dok dalam plastik/paperbag dan berbungkus elok macam asal lagi. Tak tahu nak bawak pergi mana, bukannya selalu berjalan dok sini... paling kerap ke GS je, takan nak ke GS pun nak bawak handbag baru... sayang la pulak rasanya. So terpaksa la handbag ni duduk je diam2 atas almari dalam bilik aku tu. Sebenarnya sayang nak guna pun yer jugak hehehe... guna je la handbag lain dulu.

Belum sempat guna yang hari tu hubby dah belikan aku anak2nya ni... purse dan coin purse. Kali ni tak tahu hubby beli sempena sambutan apa. Dah orang nak bagi. aku terima aje la, ni pun rasanya dok terperuk kat bilik... sayang nak guna. Lagi pun dok sini tak perlu bawak cash...

Slig bag ni hubby belikan untuk aku bawak pergi jalan2 di shopping mall.... senang katanya, tak payah nak susah2 just silang je kat bahu, dok la diam2 kat situ... Ini pun tak pernah guna lagi, bila la hubby nak ajak pergi city ni? boleh la guna hehehe...

Link
So bertambah la koleksi Nine West aku... harap2 lepas ni ada la lagi. Boleh tak lepas ni kalau nak beli ajak Zie pergi sekali... boleh la Zie pilih yang berkenan dihati. Yang hubby belikan ni semuanya ok tapi kalau dapat pilih sendiri dibutiknya lagi syok. Terima kasih daun keladi yer abang, lain kali boleh la beli lagi.

13 June 2011

Chicken with nuts... from hubby

Hari ni hubby masak, kalau ikutkan nama resepinya Chicken Almond tapi disebabkan hubby masukkan pelbagai jenis kacang iaitu gajus, pistachio dan almond so jadi la namanya chicken with nuts... boleh tahan jugak resepi ni Aqil dan Amalia siap 2 kali tambah makan nasi, maknanya mereka suka la lauk yang hubby masak ni. So lain kali boleh la suruh papa masak lagi yer?

Resepinya lebih kurang macam kat sini http://www.myresipi.com/top/detail/8801... best jugak sekali-sekala rasa masakan hubby ni... takde la jemu dok makan masakan sendiri je...


Sodap makan dengan nasi panas atau makan begitu saje...

Melawat anak2 kelahiran Adelaide


Hujung minggu ni kami menziarah kawan2 yang baru bersalin... tapi macam Nadia ni dah 2 atau 3 bulan kalau tak silap... kami baru berkesempatan melawat Nadia dan babynya. Minggu ni kami kena datang jugak melawat Nadia sebab awal bulan depan mereka sekeluarga akan ke Canberra untuk buat surat kelahiran babynya dan akan terus balik Malaysia sempena semester break. Syoknya... Nadia dan hubbynya ni buat master so boleh la bercuti dan balik ke Malaysia.

Nadia dan babynya ni ada problem masa saat2 kelahiran hari tu... entah apa kenama penyakitnya, so babynya terpaksa dilahirkan walaupun tak cukup bulan. Lepas lahir baby Nadia terpaksa tinggal di hospital agak lama. Tu yang kami tak dapat datang awal2 dulu... nak ke hospital masalah la pulak nak bawak anak2. Tapi sekarang baby ni dah sihat... namanya Adel Ryan. nama ni sempena lahir di Adelaide.

Menurut Nadia berat Adel Ryan dah makin bertambah, beza sangat masa dilahirkan dulu... ye la Adel nak besar kat luar, tak nak besar dalam perut mamanya ni. Nadia dah tempuhi saat2 getir melahirkan anak sulungnya ni. Aku tanya Nadia ada kemungkinan ke akan berlaku untuk anak seterusnya... Nadia beritahu memang kemungkinan akan berlaku lagi. Takut la pulak aku mendengarnya... apa2 pun semoga semuanya selamat lepas ni ...

Lama tak pegang baby... takut la pulak.

Esoknya pulak kami melawat E dan baby keduanya... Akif Daniel. Menurtu E kami la orang pertama yang tahu nama babynya ni. Sebelum ni dia tak dicide lagi nak bagi nama apa. Hari ni genap seminggu Akif dilahirkan so E buat keputusan nak letak nama Akif Daniel. E ni dah tak lama lagi akan balik for good... sekarang sedang menyiapkan keje2 terakhir PhDnya... Hebat yer balik nanti bawak gelaran Dr. dan bawak pulak baby baru... rezeki2... E ni satu kapal dengan aku... ore Kelate dan tinggal pulak satu kampung dengan kampung arwah abah. Entah2 orang tua kami saling kenal-mengenali.... takpa lepas ni kite titih woreh.

Sementara aku dan hubby berborak Aqil layan cite karton menerusi TV 3D... siap kena pakai spek ni lagi. Canggih betul tak sempat aku nak kejar bab2 teknologi ni.

Amalia bosan sebab takde kawan yang boleh bermain dengan dia... so terpaksa la duduk tengok TV je.

Tahniah E sebab dapat baby kelahiran Adelaide ni... mesti tak sabar nak balik Malaysiakan nak tunjuk baby baru pada atuk and nenek Akif. Semoga semua berjalan lancar dan kalau balik Malaysia nanti jangan lupe contact2 orang kat sini yer. Syok tengok orang dapat baby.... rasa teringin nak jugak tapi biar la dulu, insyaAllah ada rezeki nanti.

08 June 2011

Bestnya kalau pandai buat makanan yang kite suka sangat makan...

Rasa berdebar2 la pulak nak buat cheesecake ni... tapi kalau tengokkan resepi macam mudah je. Walau macam mana pun memang nak kena buat jugak hari ni sebabnya bahan dah lama beli dan Amalia sibuk nak makan cheesecake, padahal baru minggu lepas makan cheesecake... tapi yang beli di kedai la. First time nak buat cheesecake ni aku cuba buat New York Cheesecake... resepi ambik mana? oooo... sudah semestinya dari internet. Imah yang beritahu resepi ni... semangat aku makin berkobar2 nak try buat cheesecake selepas makan cheesecake yang Imah buat masa besday party anaknya, sedap sangat bagi aku.

First time buat cheesecake ni aku rasa tak puas hati... macam kurang sesuatu je... rupa2nya aku tersilap resepi. Resepi yang aku guna ni bukan resepi yang Imah guna. Ini pun aku dapat tahu selepas berFB dengan Imah. Takpa2 lepas ni aku nak cuba buat lagi sampai la betul2 sedap dan menjadi.

Ini cheesecake untuk Amalia... Amalia nak marble cheesecake, macam lah mamanya ni hebat sangat nak bermarble2... tahu tak aku guna apa? Aku guna nutella je... letak atas adunan kemudian lorek2kan dengan lidi hehehe... ok la untuk pecubaan pertama ni yer Amalia. Lain kali mama buat betul2 marble cheesecake yer.

Taraa... ni la rupanya cheesecake Amalia... tak sabar2 dia nak makan, tak sempat nak masukkan dalam peti pun... so terpaksa la makan cheesecake panas hari ni. Tengok lah krimnya pun cair je...

Huhuuuuuuuu... tak puashati, I must try againnnnnnnnnnnnnnn... nak masukkan resepi pun rasa serba salah sebab Zie buat tak menjadi. InsyaAllah next time Zie try buat ikut resepi yang sebenarnya dan Zie akan share resepinya di blog Zie ini. Zie takan mengalah... akan ku usahakan sehingga menjadi hehehe...

07 June 2011

Murtabak

Nak minum petang dengan apa yer? Nak cuba buat murtabak la... acah je, sebenarnya Aqil dan Amalia yang nak makan sangat2 murtabak ni. Bahan2 memang dah ada so boleh la buat... aku tak buat kulit sendiri just guna kulit popia je... senang keje hehehe... tapi macam tak mencabar je kan... takpa kalau rajin suatu hari nanti nak jugak try buat kulitnya sendiri, rasanya macam buat roti canai je kan. Intinya senang je lebih kurang macam inti karipap tapi tambah telur je... resepinya aku ambil kat sini http://www.myresepi.com, thanks myresepi sebab banyak membantu aku.

Selain daripada cicah dengan kari murtabak ni memang sedap sangat kalau cicah dengan kuah bawang jeruk ni... resepinya senang je campurkan semua bahan ni bawang merah dihiris nipis, cuka, gula, garam dan air secukupnya... siap... sekarang boleh la kite makan.

06 June 2011

Teringin nak makan pulut kuning la...

Rasa teringin nak makan pulut kuning la... malam tadi aku masak rendang ayam untuk makan dengan nasi. Lepas tu terpikir sedap jugak kalau rendang ni dimakan dengan pulut kuning. So hari ni pagi2 aku bangun dan terus rendam beras pulut. Lepas balik hantar Amalia di kindy aku terus kukus beras pulut ni. Aku cuba buat sikit je... dalam 2 cawan. Al-maklum la tak pernah buat pulut kuning... risau jugak tak menjadi nanti. So baik cuba buat sikit dulu.

Beras pulut sedang dikukus...

Ni la rupa rendang ayam yang aku masak malam tadi... sebelum ni kalau buat rendang aku tak guna perencah instant tapi kali ni aku guna rempah rendang ADABI je... boleh tahan jugak sedap rasanya.

Lebih kurang 1 jam masak lah pulut kuning aku... Alhamdulillah menjadi... sedapppppp...

Dah jadi baru boleh bagi orang makan... aku bagi sikit pada jiran terdekat aku Surah anaknya Zakuan satu kindy dengan Amalia. Dapat merasa sikit sorang pun jadi lah yer... next time Kak Zie buat banyak2. Boleh kite makan puas2. Sonang je buat pulut kuning ni...

Bahan2nya:
2 cawan pulut kuning
kunyit serbuk
santan pekat secukupnya
garam
2 keping asam keping

Cara membuatnya:
1. Basuhkan beras pulut, then rendamkan bersama kunyit dan asam keping selama 2 jam.
2. Kemudian toskan beras pulut, kukus selama 30 minit.
3. Masukkan pulut ke dalam bekas, kemudian masukkan santan yang telah diletak garam. Kacau sebati.
4. Kukus sekali lagi selama 20 minit. Siap...

Kat sini susah nak cari santan segar, so terpaksa la guna coconut cream ni... kalau guna santan segar mesti pulut kuning aku lagi lemak dan sedapkan... takpa la dok negara orang ni kena guna lah apa yang ada je.

Dua kali aku buat pulut kuning hari ni sebabnya yang pagi tadi habis dimakan oleh anak2 dan mamanya ni hehehe... takan nak tinggal sejemput je untuk hubby, dah la hubby pose hari ni, jadi kena la buat sekali lagi.



05 June 2011

Turn hubby pulak... Chicken Meatballs

Malam ni turn papa la pulak masak yer Aqil and Amalia... mama nak rehat la pulak, mama nak layan FB sambil tengok Australian Masterchef, boleh tak papa? hehehe... sekali-sekala apa salahnya. Macam tak sopan je kan bunyinya... acah je aku tak cakap pun macam ni... sejak dua menjak ni hubby rajin pulak masuk dapur. Macam2 hubby cuba masak, salah satunya makanan kat atas ni... sedap jugak chicken meatballs dimasak dengan sos spaghetti... makan pulak dengan salad sedappppppp... sampai tak cukup. Takpa lain kali kite suruh papa buat lagi.

Jom kite menjala...

Sebenarnya dah lama nak try buat roti jala ni... tapi hari ni baru terbuat hehehe... Sebelum ni aku tak pernah pun buat roti jala, kalau masa di Bangi dulu, nak makan kami beli je di pasar Bangi tu... ada 2 atau gerai yang jual roti jala. Senang je hulur duit dapat la makan. Amalia dan Aqil memang suka sangat makan roti jala, boleh dikatakan tiap2 pagi kena beli... dan lagi satu mereka berdua ni suka tengok orang gerai tu buat kat situ jugak. Kali ni aku buat roti jala cicah dengan kari daging je... setahu aku roti jala ni orang cicah dengan kuah kuzi... haah... tak rajin la pulak nak buat kuzi, cicah kari pun ok la yer... kuzi pun aku tak pernah buat, ada je rempah kuzi dalam pantry aku ni peninggalan abang Din, tuan rumah ni dulu. Takpa next time aku try buat kuzi pulak.

Aku tukang bancuh je... hubby yang menjalanya. Ok lah first time buat... walaupun tak secantik macam orang lain yang sudah pakar menjala... ini dah kira menjadi... yang penting masuk perut kenyang hehehe...

Can I try papa? hati2 jangan terkena kuali panas tu...

Aqil dan Amalia memang dah lama teringin dan suka tengok orang buat roti jala macam kat pasar dulu... akhirnya hari ni mereka dapat cuba buat sendiri... bukan main hepi lagi tambah2 Amalia Marsya ni... yang memang suka kalau bab2 masak-memasak ni. Molek2 tau Amalia...

Huhhhhhh... sedapnya mama, dah lama Yaya tak makan roti jala ni.

Yeye... akhirnya Aqil dapat jugak makan roti jala, sedap la mama, sama macam kat pasar la... ye ke? tak sama pun takpa la asal dapat makan. Puas hati Aqil dan Amalia dapat makan roti jala nih...