30 April 2010

Masa di KLIA, antara yang hantar kami











Terima kasih kepada semua yang sudi hantar kami di KLIA.

Majlis sembahyang hajat, terima kasih semua

Sehari sebelum ke Adelaide kami mengadakan majlis sembahyang hajat secara kecil2an, just jemput beberapa orang jiran terdekat untuk sembahyang hajat semoga segala urusan dan perjalanan kami dipermudahkan.

Makanan pun terpaksa order je... hidangan yang simple... tempah di BBB Tom Yam dan sate Samuri. Nak masak semua barang dah takde. Maaf kepada tetamu yang hadir... makanan ala kadar aje.

Terima kasih sebab tolong menjayakan majlis ini.

Antara jiran2 yang paling rapat dengan kami Atok Mansor, Abang Wan, Atok Mok dan abang Kak Na.




Terima kasih pada jiran2 yang selama ini banyak membantu kami semasa kami tinggal di Bangi. Terutamanya famili Man, famili Mok dan famili Kak Na. Maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kite.

28 April 2010

Ye... ye...

Malam ini kami ke Alamanda... beli rempah ratus untuk dibawa ke OZ. Beli baju untuk Yaya dan hubby belikan Jeans Levi's untuk aku... TQVM.

Cite semalam dan hari ini

Pagi semalam kami ke rumah yang bakal kami beli di Bangi Perdana... angkut barang2 dari tingkat bawah ke tingkat atas... huhuuu... terasa sakit jugak lutut dibuatnya. Lepas itu kami ke LCCT, ambik ma. Balik rumah sambung mengemasss... packing barang2 yang nak di bawak ke OZ.

Hari ini kami breakfast di Restoran Berlauk. Tengahari lunch di rumah Mok. Petang ke pasar malam. Malam ke Alamanda. Sebelum tido packing barang lagiiiiii... huhuuuuu... letihhh...

25 April 2010

Angkut barang ke Kelantan & ke Bangi Perdana


Yaya pun sibuk nak mengemas & mengangkat





Petang angkut barang2 untuk dibawa ke Bangi Perdana pulak. Nasib baik ada lori FAMA. Ramai pembantu termasuk la Aqil, Yaya dan anak2 Eg.



Alhamdulillah semua barang sudah diangkut, yang tinggal hanyalah barang2 yang nak dibawa ke OZ, barang2 yang masih nak diguna dan dipakai aje. Lepas ni kena angkut dengan kete je la. Huhuuu... memang meletihkan betul kalau berpindah niii...

24 April 2010

Last day Aqil di SRKBBB

Hari ini merupakan hari terakhir Aqil bersekolah. Aqil ok je, mamanya pulak rasa sedih sebab Aqil akan berhenti sekolah sebab nak ikut papa ke Adelaide. Maybe Aqil rasa sedih jugak tapi dia tak pandai nak tunjukkan.


Pakaian untuk hari Jumaat, hensem anak mama siap bersampin.

Ini gambar masa awal tahun 2 iaitu masa rehat... berbaris nak masuk ke kelas.

First day Aqil ke sekolah tahun 2. Papa takde, kalau tidak mesti papa datang hantar sama.

Tinggallah kenangan SRKBBB...

Kawan2 lelaki... antara yang mama kenal Sufian, Iman, Adam (yang selalu pow makanan Aqil), Helmi, Daniel... yang lain mama tak tahu la nama mereka.

Kawan2 perempuan.

Aqil bersama2 Cikgu & kawan2 sekelas.

Cikgu Zuraidah serahkan surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen.

Yaya pun nak kolah jugak...

Kawan2 Aqil dalam kelas 2 Cekal.

Best friend Aqil... Sufian.

Last day Aqil duduk di meja & kelas ni... Aqil pasti merinduinya.


Yaya sempat posing depan SRKBBB.

Hadiah untuk Cikgu Zuraidah... terima kasih Cikgu.

Hadiah Aqil kepada kawan2 sekelasnya.

Takpa kalau Aqil rindu pada kawan2 Aqil... masa balik Bangi kite datang melawat mereka.

22 April 2010

Hari2 terakhir Aqil di sekolah

Hari ini hari terakhir Aqil bersekolah sebelum kami bertolak ke Adelaide. Setahun lebih aje Aqil sempat bersekolah di sini. Sempena hari terakhir Aqil, Zie dan hubby ke sekolah untuk menghantar buku teks, mengambil dokumen persekolah Aqil, mengambil gambar Aqil dengan kawan2 sekelasnya dan memberi sedikit hadiah buat mereka.

Ini cikgu kelas 2C, namanya Zuraidah... terima kasih sebab mangajar Aqil. Hari ini cikgu Zuraidah bagi semua dokumen2 penting tentang persekolahan Aqil.

Aqil bagi hadiah untuk cikgunya tanda terima kasih sebab mendidik Aqil selama ni...

Tidak lupa jugak untuk kawan2 sekelas Aqil... terimalah hadiah yang tak seberapa ini tanda persahabatan selama ni dari Aqil.

Aqil dengan kawan rapatnya Sufian... pasti Aqil merindui Sufian lepas ni.


Bagi Aqil dia mesti tak rasa sedih sangat sebab nak berhenti sekolah dan berpisah dengan kawan2nya. Tapi Zie pulak yang rasa sedih sebab Aqil nak berhenti... memang sensitif sikit mama Aqil ni. Takpa lah Aqil yer nak buat macam mana kite terpaksa berkorban kejap untuk ikut papa ke Adelaide... InsyaAllah ada rezeki kite boleh jumpa lagi kawan2 Aqil di sekolah ni.