29 May 2010

Habour Town




"Come la mama gelas ni ", gelas ni 10 sen je satu


@ Toy R us, mainan benda wajib beli kalau kuar jalan2

Yaya nak beli beg barbie, tapi takde la pulak kat sini, so kena la beli benda lain sebagai ganti... beg kite beli lain kali ye Yaya

Penat berjalan berhenti makan... nasib baik ada food court makanan halal 'Real Kebab'

$10.50 + Coke, mahal je rasa

Feveret Aqil dan Yaya



Dah nak balik hujan la pulak... Aqil kenapa buat muka macam tuuu?

27 May 2010

Aqil dan Yaya hepi ada kawan




Hari ini jam 4-6 aku kena ngasuh Omar anak Haiza (buat PhD biologi) dan Hazidi. Aqil dan Yaya hepi sangat sebab ada kawan. Tak sabar2 Aqil dan Yaya tunggu Omar datang. Maklum la kat sini takde kawan dok dekat rumah. Aqil ada kawan pun di sekolah je. Aku akan ngasuh Omar sampai Khamis depan.

Cek mek molek...

Salah satu kuih feveret aku ialah kuih cek mek molek ni... di sini ubi keledeknya manis dan tak banyak urat (atau apa ke bendanya orang panggil...?). Kalau rebus makan macam tu je pun dah sedap. Inikan pulak kalau buat cek mek mesti sedap. So aku try la buat cek mek dengan sweet potato kat sini... fuh memang terangkat lembut dan sedap sangat. Kuih ni kuih tradisional ore Kelate... kalau dok kat kampung aku beli je... dok sini terpaksa la buat semua benda yang kite nak makan. Masa dok Bangi pun jarang ada orang jual kuih ni. Ye la kuih ni macam leceh sikit nak buatnya... kalau tersilap boleh jadi lembik and kalau terlebih tepung keras pulak jadinya. Kena pandai2 agak... kalau ikut sukatan pun kadang2 tak menjadi. Ubinya pun kalau nak rebus tak boleh lama2 nanti lembik.

Bahan2:
Ubi keledek (direbus... letak la garam sikit)
Tepung gandum
Gula (filling)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Lenyek ubi yang telah direbus. Masukkan tepung sehingga boleh diuli.
2. Ambil sedikit adunan bentukkan leper... masukkan gula dan bentukkan bujur.
3. Sebaiknya terus goreng lepas dibentukkan supaya bentuknya cantik.
Sedap makan masa panas2.

26 May 2010

Mula drive kat oz



Hari Isnin lepas Aqil dah berpindah ke East Torrens Primary School yang agak dekat dengan rumah kami, tak sampai 5 minit dah sampai. Aku mula belajar drive kat sini... senang boleh hantar dan ambik Aqil di sekolah kalau hubby ada hal atau berada di Uni. Hadlaju jalan raya kat sini maksimun 60km/jam je... Kete kami power stereng... aku biase bawak kete kancil aku yang paut stereng jeee... (kalau orang tak biase dengan paut stereng, boleh sakit urat dibuatnya, tiba2 teringat pada Ain...) rindu pulak rasa saat2 kami merayau masa rehat dengan kete kancil ku dan kete kancil Ain).

Hubby cakap pemandu sini hormat pemandu lain dan takan bunyikan hon walaupun kite slow. Kalau kite nak masuk line kanan atau kiri dia orang akan bagi kite masuk dulu. Orang sini memang patuh dengan disiplin jalan raya. Aku baru drive 3 hari je... still learning sistem jalan sini.

24 May 2010

Gepps-cross

Stokin ni $1 je, murahnya... kalau beli kat supermarket mahal jugak

Yaya nak beli bawang ke?

Kentang! kentang! $1.50 je 1 beg kecik, kalau besar $2.50 murahnyaaaaa...

Epal pun murah dan manis

Dah penuh beg kiri kanan

jalan2 dulu...

Labu apa entah macam ni?

lada benggala memang murah kat sini

limau pun murah2, kena makan sebab penting untuk elak selsema

Aku tengah pilih nak beli tudung kepala... nak pakai masa tido malam untuk elak sejuk

Ahad baru2 ni kami ke Gepps-cross, kalau tempat kite pasar tani la kot. Ramai betul orang berniaga kat sini, tapi yang hairannya kite yang nak masuk membeli ni pun kena bayar $1 seorang. Kalau masuk ngan kete $5. Ramai orang berniaga buah2an, sayur2an, dan macam2 barang terpakai. Sayur macam kat Malaysia tak banyak... lada benggala, kentang, bawang besar, karot, brokoli, kubis murah kat sini. Aku cari lengkuas tapi takde orang jual. Halia ada tapi mahal betul, seketul $3.50, kalau kat Bangi baru RM1 kalau besar tu. Tapi terpaksa beli sebab nak guna. Ikan pulak, ikan pelik2 je. Aku perhati kebanyakan orang yang berniaga kat situ orang Cina dan orang Pakistan. Ada jugak orang Islam yang berniaga tapi tak ramai.

Sehari tak habis nak jalan2 kat sini sebab kawasannya luas. Lagi pun hari tu sejuk dan berangin. Aqil pulak tak tahan sejuk nak balik cepat. Sebelum balik kami singgah di Butik Rivers. Murah2 betul pakaian dan kasut2 kat situ. Tapi aku tak beli apa2 sebab nak cepat nanti tak puashati pulak kalau tergesa2.

21 May 2010

Last day Aqil @Ingle Farm Primary School






Hari ni hari terakhir Aqil bersekolah di Ingle Farm Primary School. Aqil bersekolah di sini dua minggu je. Minggu depan Aqil akan berpindah ke East Torrens Primary School yang dekat dengan rumah kami, lebih kurang 5 minit je dari rumah. Aku pulak rasa sedih masa tengok Aqil bersalam2an dengan kawan2 dia. Harap2 Aqil ok. Masa di rumah Aqil cakap l"epas ni dia mesti rindu pada kawan baiknya iaitu Gurenda". Kesian pulak dengar. Aku cakap "takpa la Aqil akan dapat kawan lain pulak lepas ni".

20 May 2010

Marble Cheesecake







Tiap2 hari kami akan lalu depan The Cheesecake Shop masa nak hantar dan ambik Aqil di sekolah. Hari ni baru berkesempatan singgah beli. Bestnya keknya cantik2 dan menarik, dah la murah. Kalau sebijik baru $25 AUD. Aku beli half Marble Cheesecake... mak ai memang sedap. Tak sabar nak makan. Hubby tanya tuan kedai tu kalau2 aku boleh bekerja dan belajar kat situ. Tuan kedai tu cakap buat masa ni, dia tak perlukan pekerja dan takde kelas yang dibuat, lagi pun kedainya kecik je. Kalau nak belajar kena cari kedai yang besar. Nak kena try cari niii... at least ada something yang aku pelajari kat sini. Mintak2 ada la kelas mengajar cheesecake dekat2 ngan rumah aku.

Sekolah Baru Aqil di East Torrens





Hari ni kami pergi daftar sekolah Aqil di sekolah berhampiran rumah, East Torrens. Lepas ni aku kena belajar driving sebab sistem jalan sini lain sikit untuk ambik Aqil di sekolah. Teacher yang incharge NAP tu memang friendly dan banyak bantu kami. Sebelum ni kami pernah tanya sekolah ni tapi penuh, hubby try tanya sekali lagi. Kebetulan ada 2 student dah pindah, so Aqil boleh la masuk sekolah ni. Sebelum ni Aqil bersekolah di Ingle Farm 15 minit dari rumah kami dan hubby terpaksa balik awal dari Uni. untuk ambik Aqil. Aku nak drive sendiri macam tak berani, satu sebab jauh dan satu lagi sistem jalan raya sini lain sikit, kena faham betul2.

Aqil dah seronok bersekolah di Ingle Farm sebab dah ada ramai kawan. Tapi terpaksa pindah sekolah jugak sebab kalau sekolah jauh mengganggu hubby nak settlekan keje2 PhDnya kerana terpaksa balik awal. Harap2 Aqil lagi seronok di sekolah baru ni. Satu perkara yang Aqil mungkin tak seronok ialah sebab tak boleh bawa air manis kecuali air masak, buah untuk breakfast, time rehat boleh bawa apa sahaja kecuali benda2 manis. Sekolah sini memang ambik berat pasal kesihatan student... tak nak bagi rosak gigi. Harap2 Aqil dapat serasi dengan sekolah baru ni.

14 May 2010

Selepas 2 minggu di OZ

Dah dua minggu aku dan anak2 datang Adelaide. Kami masih cuba sesuaikan diri terutamanya dengan cuaca sejuk kat sini. Aku masih tak tahan dengan kesejukan kat sini. Kadang2 rasa tension jugak sebab cuaca sejuk sangat nak buat keje pun rasa malas tambah2 dengan keadaan aku yang selsema ni. Makan ubat pun tak sembuh2. Paling aku kesian pada Yaya sebab hidung dan bibir dia sampai berdarah. Sampai sekarang tak sembuh2 lagi. Aku sentiasa berdoa agar kami dapat menyesuaikan diri dengan cuaca kat sini.

Aqil awal2 hari tu pun selsema dan batuk2, tapi sekarang dah ok. Aqil dah seminggu bersekolah, Alhamdulillah Aqil hepi ke sekolah. Pada hari pertama Aqil bersekolah aku pulak kat rumah risau dok memikirkan keadaan Aqil di sekolah. Tapi semuanya ok.

Ragam Yaya pulak kat rumah... dia suruh layan dia je, aku nak masak pun tak bagi. Maybe suasana sunyi menyebabkan Yaya rasa bosan, dan kadang2 dia menangis. Kalau Aqil ada di rumah takpa la, ada kawan nak main2. Satu lagi Yaya dah tak menyusu, jadi dia takde aktiviti nak buat.

Papa pulak memang busy dengan keje2 PhDnya di Uni. Petang baru balik.

Takpa ini pengalaman dan permulaan untuk kami berada di negara orang. Moga2 kami dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dan bahagia sentiasa.

08 May 2010

Buat pertama kalinya ke rumah kawan di sini... Kak Shidah place.

Syok nampak makan2... kekok pun yer... maklum lah kami ni orang baru kat sini, belum kenal ramai orang lagi. Ayu Hairol orang pertama yang Zie kenal dimajlis ini

Kenal ramai orang hari ini, kebanyakannya suami yang datang belajar.


Bestnya keliling rumah ni penuh pokok bunga ros.

Yaya siap tapau ayam bbq... sebab tadi asyik dok tengok orang main dan malu2 lagi.

Makan tengahari hari ni kami makan di rumah Haji Arif, wifenya Kak Shida buat PhD kat UniSA. Masa jamuan ni la kami dapat berkenalan dan berjumpa dengan orang2 dari Malaysia. Ada di antara mereka yang sudah lama berada di sini dan ramai jugak yang masih baru di Adelaide. Harap2 lepas ni ramai lah lagi kenalan Zie di sini, at least takde lah rasa bosan sangat.

Garage Sale

Hari ini kami ke garage sale berhampiran dengan rumah kami. First time dalam hidup aku, Aqil dan Yaya ke garage sale. Best jugak rupanya... lain kali mesti kena pergi lagi.

Pilih buku untuk Aqil dan Yaya



Aqil dah berkenan kapal lanun ni, harganya $4 AUD + free buku cerite (lebih kurang 10 buah yang nipis2)


Hubby dok mintak kurang harga barang2 yang nak dibeli


Peti ni dah sold out

Aqil hepi dah dapat mainan yang dia suka, Yaya beli puzzle dan dapat banyak mainan percuma dari penjual kat sini