Dah dua minggu aku dan anak2 datang Adelaide. Kami masih cuba sesuaikan diri terutamanya dengan cuaca sejuk kat sini. Aku masih tak tahan dengan kesejukan kat sini. Kadang2 rasa tension jugak sebab cuaca sejuk sangat nak buat keje pun rasa malas tambah2 dengan keadaan aku yang selsema ni. Makan ubat pun tak sembuh2. Paling aku kesian pada Yaya sebab hidung dan bibir dia sampai berdarah. Sampai sekarang tak sembuh2 lagi. Aku sentiasa berdoa agar kami dapat menyesuaikan diri dengan cuaca kat sini.
Aqil awal2 hari tu pun selsema dan batuk2, tapi sekarang dah ok. Aqil dah seminggu bersekolah, Alhamdulillah Aqil hepi ke sekolah. Pada hari pertama Aqil bersekolah aku pulak kat rumah risau dok memikirkan keadaan Aqil di sekolah. Tapi semuanya ok.
Ragam Yaya pulak kat rumah... dia suruh layan dia je, aku nak masak pun tak bagi. Maybe suasana sunyi menyebabkan Yaya rasa bosan, dan kadang2 dia menangis. Kalau Aqil ada di rumah takpa la, ada kawan nak main2. Satu lagi Yaya dah tak menyusu, jadi dia takde aktiviti nak buat.
Papa pulak memang busy dengan keje2 PhDnya di Uni. Petang baru balik.
Takpa ini pengalaman dan permulaan untuk kami berada di negara orang. Moga2 kami dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dan bahagia sentiasa.

No comments:
Post a Comment