19 November 2012

Dekat nak balik baru jumpa... Alhamdulillah.

Johnson Brothers (JB) Eternal Beau... salah satu dinnerset feveret Zie. Entah macam mana Zie boleh jatuh hati sangat pada dinnerset keluaran England ni. First time Zie tengok orang jual on9. Tengok pada bentuk dan tekonya terus Zie minat dan bercita2 hendak memiliki dinnerset JB ni... Alhamdulillah datang di Adelaide ni Zie dapat membelinya, walaupun yang sudah digunakan. Nak beli yang baru rasanya mahal sangat... Zie beli sikit2... lama2 cukup setnya. Tetapi ada jugak yang belum jumpa seperti garvy boat dan oval platenya. InsyaAllah ada rezeki boleh jumpa...

JB ni ada 3 jenis design/corak iaitu JB Eternal Beau yang Zie minat sesangat ni, Blue Willow dan Devon Cottage. Zie minat Eternal Beau ni, salah satu sebab ialah kerna bentuknya kot... lain dari yang lain, bentuk octagon. Blue Willow Zie ada jugak collect... tapi sikit je.

Ni la first JB yang Zie beli di GS... harganya AUD3 semua ni... 

Coffee pot ni Zie beli di GS jugak... harganya AUD2, masih baru... masa beli ni Zie siap tanya lagi orang tu ada tak cawan2nya dan yang lain2. Malangnya takde... hairan jugak Zie dan dok pikir takan la orang ni beli tekonya aje... emmm... apa2 pun Zie dah ada teko ni untuk dikawankan dengan set cawan di atas. Bunganya samakan... biru.


Yang ni Zie paling hepi... Zie beli dalam Gumtree Adelaide, dah lupa berapa harganya tetapi kalau tak silap tak sampai AUD50 rasanya. Set ini untuk 8 orang makan... cuma satu cawannya sumbing. Yang lain memang masih baru. Menurut tuannya mereka jarang sangat guna. Paling bagus tuannya datang hantar sendiri di rumah Zie. Tuannya ni tinggal di Marion... agak jauh dengan rumah Zie. Kebetulan dia ada keje di city dia sanggup datang hantar ke rumah tanpa mengenakan sebarang bayaran. Tuannya ini seorang doktor tetapi dah bersara. Memang friendly sangat. Seorang anaknya ada bekerja di KL iaitu di Petronas. Lupa pulak apa nama doktor ni... thanks a lot yer Dr. Sebelum ni Zie ada jugak pernah tengok orang jual dalam gumtree ni tetapi harganya mahal sangat sampai AUD200+++. So Zie tunggu je la dulu mana tau ada yang nak menjualnya dengan harga yang lebih murah. Rupa2nya memang ada... itu la dinamakan rezeki. Kalau dah rezeki tak kemana.

Dok tak beberapa hari jumpa pulak yang ni di Salvos... harganya AUD4.99 apa lagi terus la beli. Boleh la menambah koleksi yang sedia ada. Masih baru...

Hujung minggu baru2 ni... semalam la... kami ke Sunday Market (SM) di Marion. Kami jarang sangat ke Sunday Market ni. Ini kali ke 2 kami ke sini... Kalau ikutkan Zie memang suka sangat ke Sunday Market tapi drivernya tak berapa suka dan malas nak layan. Sebenarnya driver malas nak bangun pagi2, lepas subuh tido balik. Ini pun kami pergi dah lewat, dah nak dekat pukul 9. Biasenya ramai Adelaide Geng yang awal2 pagi dah ke Sunday Market sebab nak cari barang2 yang mereka nak... kalau lewat nanti melepas la. Zie suka ke SM sebab dapat tengok orang jual macam2 barang dan Zie suka beli baju... baju yang branded2 dia orang jual semurah 50 sen je sehelai... dah la conditionnya masih elok, sapa taknak kan. Selain dari itu, Zie suka beli acuan dan peralatan untuk baking. Aqil dan Amalia biase la mereka minat beli toys.

Memang rezeki Zie kot hari ni hubby jumpa orang jual set JB ni... memang Zie dok mencari teapot dan coffee pot ni untuk cukupkan setnya. Bukan itu aje... ada pulak mug, coffee cup yang cute tu, milk jug dan jug... bertambah2 la hepinya. Tak sangka pulak hari ni boleh jumpa. Sebelum2 ni tak pernah jumpa yang bunga merah ni. Yang Zie jumpa sebelum ni bunga biru... Alhamdulillah rezeki dapat beli set ni hanya dengan harga AUD20 je... murah sangat2. Kalau ikutkan orang ni nak jual AUD25... kami mintak kurang AUD5, terus dia bagi. Mujur kami cepat sebab ada orang OZ yang berminat nak beli jugak.

Selain dari yang ada dalam gambar2 ni ada lagi yang lain, Zie beli dengan kawan dan ada yang kawan tolong belikan kalau mereka jumpa... sebab mereka tahu Zie collect. Mungkin ada orang tak suka dinnerset ni... tetapi Zie suka sangat. Rasanya dah lebih 2 dozen kot koleksi Zie ni... cukup lah untuk makan anak-beranak balik Malaysia nanti. Johnson Brothers Eternal Beau akhirnya berjaya Zie miliki... hepi sangat2...



16 November 2012

corak coret Aidiladha 2012

Aidiladha baru2 ni kami meraikannya secara ala kadar aje... Kali ni Zie bertekad untuk bersembahyang raya di Masjid. Maklumlah kalau raya puasa selalunya Zie u***. Segala persiapan seperti makanan dan iron baju Zie settlekan awal2 lagi... bukan apa risau kalau2 terlewat untuk ke masjid. Aqil dan Amalia pun excited hendak sembahyang raya di Masjid Wandana ni... masjid ni masjid terdekat dengan rumah kami. Pelbagai bangsa Zie dapat tengok yang datang bersembahyang di masjid ini... pelbagai rupa dan gaya. Semuanya bergembira meraikan Aidiladha ini. Kalau ikutkan hari ini hari persekolahan tetapi hubby minta cuti supaya Aqil dan Amalia dapat meraikan Aidiladha ini.

Hidangan di pagi raya Zie hanya sediakan rendang, nasi himpit, sate, kuah kacang dan kek masam manis. Kali ini sate Zie menjadi... jangan tak percaya sedap tau... Resepinya Zie akan update diN3 selepas ini. Seperti hari2 raya sebelum ini Surah dan famili lah yang akan menjadi tetamu pertama kami... maklumlah di perantauan... kawan2 rapat lah yang akan menghidupkan suasana... terubat la sikit rasa rindu pada famili di kampung halaman.

Najwa dan famili jugak datang beraya ke rumah kami. Tengok gambar di bawah tu... siang2 hari Aqil dan Amalia bermain bungapi... hentam la labu... siang pun siang laaaa.... Tengahari Zie pulak beraya ke rumah Najwa. 

Petang kami semua beraya dan berkumpul di rumah Surah. Kami selalu je berkumpul di rumah Surah ni sebabnya backyardnya luas... puashati anak2 dapat bermain. Anak2 sibuk bermain di luar, kaum ibu dan bapa pulak berborak aje kejenya... macam2 topik dibincangkan... Sambil berborak sambil menjamu selera. Makanan kami masing2 bawak potluck. Pelbagai makanan ada... Zie just bawak lontong aje... tuan rumah buat laksa dan sup gear box. Kekenyangan sungguh kami dibuatnya.

 

Hari raya ke 2 Zie jemput kawan2 terdekat datang beraya di rumah. Masak simple2 je... rendang ketupat tu memang wajib la. Selain tu Zie masak sate goreng, singgang daging, kerabu sayur dan ikan kering. Kepada tetamu yang hadir Zie mohon maaf sangat2 sebab ada yang terpaksa duduk di ruang tamu yang penuh dengan kotak2.

 
Hari raya ke 3 kami dijemput oleh Liza ke rumahnya. Memang ramai tetamu yang hadir. Sungguh meriah suasana di rumah Liza masa tu... walaupun cuaca agak panas kami tak terasa, masing2 enak menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan dan jugak potluck. Zie bawak laksam aje...

 
Petangnya pulak kami beraya ke rumah Ummi dan Ery... memang kekenyangan sungguh kami beraya hari ni. Rasanya raya haji kali ini paling meriah daripada tahun2 sebelum ini. Semoga pengalaman beraya di perantauan ni akan menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga.