30 July 2010

Besday Aqil from 1 years old until 8 years old, dah besar anak bujang mama

Tak tahu nak cite pasal apa hari ni. Aku nak upload gambar2 besday Aqil dari umurnya satu tahun sampai la umur Aqil sekarang dah 8 tahun. Masa Aqil kecik kami takde kamera digital so tak dapat la nak upload gambar2 Aqil. Gambar2 ni semua aku snap semua. At least boleh jugak dijadikan kenangan.

Ini la kek besday yang pertama buat anak mama Aqil... hepi besday cayang!!!

Malu2 pulak anak mama masa ni... Ya Allah comotnya mama, masa ni takde tudung Ariani lagi hehehe...

Kawan2 Aqil... abang Hafis, Ikmal dan sapa ye sorang lagi mama tak ingat namanya.


Ni la antara menu yang sempat buat... masa ni Che Su ada tolong mama

Ni la kek besday Aqil... mama beli kat Angle Cake

Dah besar anak mama ni... dah pandai nak potong kek sendiri...

Ni kek besday Aqil masa 3 tahun... Aqil minat Doremon ke masa ni? rasanya tak... masa ni Aqil tak pandaii memilih lagi.

Luasnya nganga mulut... nak tiup lilin ke? mana ada lilin...

Masa ni tak sempat nak tempah kek yang ada gambar katon, beli on the spot je ni SR BBB Seksyen 7... papa busy ngan kejenya

Aqil dah 4 tahun... tak buat besday party sebab papa keje... Indulgent Cheesecake dari SR... sedapppp... besar sangat, aku bagi jiran2 je, kalau tidak tak habis kami nak makan

Ni kek besday yang ke 5... terlupa pulak nak ambik semula gambar Aqil

Masa ni Aqil minat Ultraman

Hari jadi yang ke 6 Aqil tak nak buat majlis jugak, tangan aqil sakit masa tu sebab jatuh... tengok la tangan Aqil tu siap kena pakai anduh lagi, tapi kek besday wajib kena beli.

Ni la kek yang paling Aqil sayang di antara banyak2 kek besdaynya, siap taknak bagi Yaya makan. Aku cuit sikit je, itu pun kat bahagian tepi2 je. Aqil sayang nak makan dan suruh simpan dalam peti je... 'nak makan esok katanya'. Keesokannya aku tak perasan Yaya bukak peti dan tarik kotak kek ni. Apa lagi terjelepek la jatuh atas lantai. Aqil nangis tak berlagu masa ni... tu la lain kali jangan kedekut dengan adik tau... ni pengajaran untuk Aqil. Sampai sekarang Aqil dan Yaya ingat kejadian tu.

Besday yang ke 7, masa ni Aqil taknak buat besday party sebab papa takde kat rumah, papa dah further study di Adelaide masa ni... so aku just beli kek untuk Aqil


Besday Aqil yang ke 8... celebrate di Adelaide... banyak makanan mama buat untuk tetamu besday Aqil kali. Alang2 buat besday Aqil kami jemput semua member2 Malaysia yang rapat dan duduk dekat dengan rumah kami.

HAPPY BESDAY AQILLLLLLL...

28 July 2010

70 Kelebihan & Kaifiat BerSelawat Ke Atas Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

1. Menjunjung perintah ALLAH SWT.

2. Perkara yang sama dibuat oleh ALLAH SWT kerana ALLAH turut berselawat ke atas Baginda SAW.

3. Perkara yang sama dibuat oleh para malaikat kerana malaikat turut berselawat ke atas Baginda SAW.

4. Dikurniakan 10 rahmat oleh ALLAH SWT.

5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.

6. Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.

7. Dihapuskan baginya sepuluh kejahatan.

8. Diharapkan doanya (Doa Orang Yang BerSelawat) dimakbulkan kerana Selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit.

9. Mendapat syafaat Nabi S.A.W.

10. Mengampunkan dosa.

11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.

12. Membolehkan dekat dengan Nabi SAW pada hari Qiamat.

13. Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup (berkemampuan).

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Dapat doa dari para malaikat dan rahmat dari Allah SWT.

16. Membersihkan hati dan mensucikannya.

17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga.

18. Terlepas dari huru-hara Hari Qiamat.

19. Mendapat doa dan salam dari Nabi SAW.

20. Mengingati kembali perkara yang lupa.

21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan bagi semua orang yang ada di majlis itu.

22. Menghilangkan kemiskinan.

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil.

24. Terlepas dari kutukan Nabi SAW. "Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi dia tidak berselawat (kepadaku).".

25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga.

26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk.

27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALLAH SWT.

28. Mendapat Nur ketika melalui di titian (sirat).

29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.

30. Mendapat pujian ALLAH SWT di sisi para malaikat.

31. Diberkati umurnya dan semua pekerjaannya.

32. Mendapat rahmat ALLAH SWT dan sentiasa dikasihi ALLAH SWT.

33. Menambah Mahabbah kasih-sayang terhadap Baginda SAW.

34. ALLAH SWT dan RasulNya bertambah kasih dan sayang kepada kita.

35. Dapat petunjuk dan hati menjadi hidup.

36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Baginda SAW.

37. Dipermudahkan ketika melalui titian Siratulmustaqim.

38.Menunaikan sedikit hak Nabi SAW dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

39.Termasuk dalam Dzikrullah mengingati ALLAH SWT.

40. Mendapat KeMuliaan dan KeIstimewaan dari ALLAH SWT.

41. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang berselawat ke atasku 1x, nescaya ALLAH akan turunkan rahmat ke atasnya 10x ganda." - (Riwayat Muslim.).

42. ALLAH SWT akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11x setiap kali selesai menunaikan Solat Fardhu.

43. Jodoh ditentukan oleh ALLAH. Amalkan Selawat 100x sehari, Insya'ALLAH akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki mahupun wanita.

44. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah Selawat 7x pada air dan minum. Insya'ALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

45. Sesiapa yang amal membaca Selawat 3x setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

46. Amalkan membaca Selawat sebanyak 1000x sehari, Insya'ALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

47. Sesiapa yang mengamalkan BerSelawat 11x setiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

48. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang BerSelawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.

49. Sesiapa yang BerSelawat 41x sehari, Insya'ALLAH akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

50. Sesiapa yang amalkan BerSelawat 1000x pada malam Jumaat, Insya'ALLAH akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

51. Amalkan Selawat 11x setiap kali selesai Solat Fardhu kerana ALLAH akan mengindahkan Akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

52. BerSelawat 33x sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

53. Sesiapa yang BerSelawat tidak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan mendapat KeBerkatan dalam apa jua pekerjaannya dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan ALLAH SWT.

54. Amalan BerSelawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan ALLAH, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

55. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa BerSelawat 3x setiap selesai Solat Subuh, Maghrib & Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

56. Sesiapa yang amalkan BerSelawat sebanyak 1000x setiap hari, ALLAH SWT akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

57. Amalan BerSelawat secara teratur dan Istiqomah setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

58. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca Selawat secara rutin (tetap), akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

59. Membaca Selawat 10x pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan ALLAH serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.

60. Sesiapa yang membaca Selawat sebanyak 7x selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

61. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca Selawat sebanyak 70x sehari.

62. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan BerSelawat 80x setiap selepas Solat Asar pada hari Jumaat, Insya'ALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

63. Sesiapa yang sering mengamalkan BerSelawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

64. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan Dzikir, termasuklah dengan BerSelawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH SWT itu Maha Luas RahmatNya.

65. Ulama berpendapat, sesiapa yang mengamalkan Selawat saban hari tidak kira berapa jumlah hitungannya, Insya'ALLAH dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

66. Membaca Selawat 1000x selepas Solat Hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.

67. Menurut Para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka BerSelawatlah sebanyak 10x setiap selesai Solat Maghrib.

68. Para Ulama berpendapat, ALLAH SWT akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa BerSelawat 40x hingga 100x setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

69. Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang BerSelawat kepadaku sebanyak 100x pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari Qiamat dengan keadaan bercahaya." - dari Abu Naim.

70. Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa BerSelawat kepadaku 10x pada waktu pagi dan 10x pada waktu petang setiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari Qiamat." - dari At-Thabrani.

Purse aku hilang

First time dalam hidup aku terjadi perkara macam ni, nak kata aku tak berdoa masa keluar rumah dan masa perjalanan aku memang lakukan macam biase. Masa di Sunday Market tu aku asyik sangat membeli dan melayan Yaya kot sampai tak perasan purse aku jatuh atau diambil orang. Nak kata orang ambik masa kat situ takde pun suasana sesak dan ada orang yang lain yang menghampiri aku. Lepas aku beli aku letak balik dalam handbag atau bag plastik. Masa aku dok mencari tengok2 bag plastik ada tanda koyak maybe jatuh ikut situ. Aku pergi tanya dan cari di tempat2 yang aku beli barang, mereka semua cakap tak nampak pun purse aku tu. Panik jugak aku dibuatnya tapi aku terus berdoa. Hubby tinggal pesan pada guard sekiranya ada orang serah purse tersebut mintak tolong contact kami. Hubby pun cuba cari dan tanya di tempat kami beli barang tapi takde.

Aku balik rumah dengan perasaan sedih dan frust sangat. Dalam purse aku tu ada IC, medical card aku dan anak2, lesen, gambar, ayat2 (Yassin dll) dll. Nasib baik aku tak letak duit banyak dalam tu... kalau tidak melayang dengan duit2 aku sekali. Paling aku frust purse ni hubby hadiahkan sempena besday aku pada tahun 2009, harganya agak mahal, huhuuuuuu...

Aku tak putus2 dok memikirkan macam mana purse aku tu boleh hilang. Aku terus berdoa agar dapat jumpa balik purse aku tu. Aku yakin akan jumpa purse tu balik. Aku akan terus berdoa dan bertawakal. InsyaAllah Ahad next week aku nak pergi balik tempat tu. Tolong doakan aku jumpa balik purse tu ye... thanks.

Aku dan hubby dah pergi buat report di Police Station... harap2 orang yang jumpa atau ambik purse aku tu pulangkan balik.

Bismillaahir rahmaanir rahiimi, lahaulawalakuwataillabillah hillaliyulazim... terus berdoa...




22 July 2010

First time ke klinik di Adelaide

Semalam kami ke Tudor Medical Centre sebab Yaya sakit perut. Sehari sebelum tu Yaya menangis je sebab perutnya sakit. Dari malam lagi Yaya cakap perutnya sakit. Risau aku dibuatnya... aku memang panik dan takut sangat kalau anak2 tak sihat. Yaya tak aktif macam biase dan asyik nak tido dan suruh aku urut perut dia je. Pagi tadi Yaya dan uu...uukk... (berak soryyyy... ye kalau menggelikan sesapa yang membaca blog ini) dan najisnya bau busuk sangat. Aku telefon ma aku dan beritahu keadaan Yaya. Ma cakap kalau najis busuk dan cair maknanya Yaya sakit perut sebab cacing. Aku dah agak dah sebab sebelum2 ni Yaya tak pernah macam ni.

Yang paling aku panik pada malamnya aku tengok pampers Yaya tak basah, maknanya seharian Yaya tak kencing. Aku risau takut jadi macam Aqil masa kecik dulu yang kena hernia atau angin pasang. Kalau orang Kelantan cakap uluran (konek baby jadi bengkak). Aku tiba2 jadi pucat dan panik sangat2. Aku cek Yaya punya anu, tak bengkak. Tanya Yaya sakit mana, dia tunjuk perut. Aku cakap pada hubby risau la tengok Yaya. Yaya tido dan lepas tu dia terjaga dan menangis . Yaya nak berak rupanya. Aku lega sangat lepas Yaya berak dan kencing baru la Yaya nampak ok dan mula aktif. Alhamdulillah sebab Yaya dah kencing. Hilang sikit panik aku. Malam masa tido Yaya banyak kali jugak sedar sebab masih sakit perut. Aku dan hubby bergilir2 jaga Yaya sampai ke pagi.

Bangun pagi Yaya berak sekali lagi... perut Yaya sakit sikit2 je. Hubby pergi buat appoinment di klinik. Kat sini masalahnya kalau nak jumpa Dr. kena buat appoinment dulu. Ubat pulak kena beli di farmasi. Aku cakap pada hubby kalau kes serius macam mana? Hubby cakap kalau serius kena ke Hospital Adelaide di city nunnn... masalah jugak kalau macam ni. Aku doa sangat2 supaya takde la masalah serius kepada aku dan keluarga sebab macam banyak prosedur je nak jumpa Dr. kat sini.

Yaya makin aktif dan dah tak sakit perut tapi kami tetap pergi jugak ke klinik. Dr. tu cakap maybe Yaya ada makan makanan baru yang tak sesuai dengan perutnya. Lepas ni kami kena pastikan Yaya tak makan makanan yang dia tak biase makan. Seingat aku Yaya makan strawberry petang sebelum dia sakit perut tu... maybe sebab buah yang hubby beli hari tu masam kot. Entah lah yang penting agar Yaya dah sembuh dan aktif macam biase. Alhamdulillah...



Papa tengah isi borang

Nampak pucat muka Yaya... dah la kurus sekarang, sakit perut pulak, kesian anak mama. Mama doakan anak mama ni sihat sokmo

Aqil tak sihat selsema dan batuk2... hari ni tak ke sekolah

Semoga anak mama sentiasa sihat dan ceria

Sabar menunggu...

Sementara menunggu Aqil dan Yaya membaca. Banyak story book kat sini

Doktor Eva tengah cek suhu badan Yaya

First time Yaya tak menangis masa doktor cek. Kalau kat Bangi dulu asyik nangis je. Anak mama dah cerdik. Lagi satu doktor ni baik dan caranya yang pandai ambik hati Yaya.

Ok dah nak balik. Alhamdulillah Yaya dah sihat

21 July 2010

Hadiah barang2 dapur lagi

Semalam hubby belikan aku set periuk TEFAL, frypan brand Chief, sudip dan 2 set sudu Stanley Rogers dan 2 set sudu Home Cafe untuk aku. Terima kasih hubby... Rasa sayang nak guna semua ni. Rasanya nak bawak balik Bangi je la kot. Kalau convert duit kite rasa macam sayang nak beli, better guna buat benda lain yang lebih penting. Macam kat sini aku guna aje mana yang ada. Kebanyakan barang2 dalam rumah ni orang lama yang tinggalkan. Tapi hubby dah belikan, terima je la.


Set periuk TEFAL... nampaknya lepas ni kena makin rajin masak la... hubby dah beli semua ni, jadi kena la buat masakan yang lebih istimewa selalu untuk suami dan anak2. Kalau kat Malaysia harganya memang mahal.

Set sudu Home Cafe (2 set) untuk 6 orang makan

Set sudu Stanley Rogers memang famous kat sini... yang ni aku paling suka, for 8 person. Kalau nak bagi hadiah pada orang kawin pun sesuaiiii...

Yang ni set sudu Stanley Rogers jugak... cantikkk... sesuai jugak kalau nak bagi hadiah pada sesapa


Set sudip, macam2 ada... nasib baik aku tak pergi beli sendiri, kalau tidak bukan setakat sudip2 ni aku beli... mahu benda lain pun aku beli. memang suka tengok barang2 dapur kat sini, rasa semua nak beli. Kalau Yaya siap taknak balik sebab nak tengok dan main dengan barang2 dapur, terutama bekas2 untuk buat kek & cupcake... sangat2 cantik.

Terima kasih pada hubby kerana belikan semua ni...

10 July 2010

Untung sikit dapat 2 alat ni

Alhamdulillah aku dapat beli dua alat masak ni hasil dari first catering. Daripada membazir pada benda yang tak nampak hubby tolong belikan rice cooker dan slow cooker ni di city masa papa kuar jalan2 dengan Aqil. Kedua2nya brand TEFAL. Hajat dihati kalau diberi rezeki nak beli semua alatan elektrik brand TEFAL, mudah2an semua tercapai.


Kepada kawan2 yang berminat boleh la beli kalau berkenan.

Hepi Besday Aqil '8 years old'

Hari ni kami mengadakan majlis harijadi Aqil yang ke 8. Hubby jemput kawan2 yang terdekat dengan tempat tinggal kami dan yang rapat2 je. Aku buat nasi ayam, lontong, bihun goreng, agar2, dan bubur pulut hitam.













Aqil hepi sangat sebab dapat hadiah dari kami dan dapat kek harijadi dengan lilin spiderman. Yaya pun hepi dapat kek barbie. Kami terpaksa beli dua biji kek, kalau tidak berebut pulak nanti. Tak ramai yang bawa hadiah untuk Aqil sebab masa hubby jemput kawan2nya dia sengaja taknak bagi tahu ni majlis harijadi, cuma majlis makan sikit2 je.

Kami jemput tetamu dalam pukul 4. Semua tetamu yang kami jemput hadir. Mereka semua terkejut sebab aku buat banyak makanan sendiri. Aku dah biase... hubby pun ada tolong sama. Tetamu yang datang ada jugak membawa makanan. Rupa2nya kat sini kalau ada jemputan makan masing2 akan bawa makanan, aku tak tahu la pulak... jadi bertambah2 la makanan. Mereka semua sangat berpuashati sebab dapat makan banyak makanan dan siap boleh bawa balik lagi. Hepi sangat sebab Aqil hepi dengan majlis harijadinya, tetamu hepi dan hajat nak jemput kawan2 hubby makan tercapai.

07 July 2010

Catering

Hari ni aku masak makanan yang ditempah oleh member hubby Suzanne. Dia orang nak makan makanan Malaysia. Aku dah bagi beberapa menu/cotation kepada mereka untuk pilih makanan mana yang mereka nak order. Akhirnya mereka pilih untuk order nasi putih, rendang daging, ayam percik, kerabu, lontong dan agar2 santan.

Ayam percik

Rendang daging

Kerabu mangga pudina

Lontong

Agar2 santan


Cek mek molek

Aku masak rendang dan agar2 malam tadi lagi. Bangun pagi aku terus masak makanan2 yang lain pulak... banyak benda yang nak kena masak, nasib baik makanan ni untuk makan malam takde la aku kalut sangat dan aku sempat lagi buat cek mek molek sebagai makanan percuma.

Lepas makanan semua siap kami pergi hantar di city. Harap2 Suzanne dan kawan2nya suka dengan makanan yang aku buat serta berpuashati. Lain kali boleh order lagi.