31 January 2011

Sedap sungguh kerepok lekor Tok Beng

Kedai menjual keropok lekor, lebih dikenali sebagai kedai keropok Tok Beng.

Aku memang suka sangat makan keropok lekor sejak dari kecik lagi. Kalau ke Trengganu memang tak sah kalau tak berhenti makan dan beli keropok lekor atau keropok biase banyak2. Kalau sebelum2 ini kami selalu beli keropok losong di Losong tapi kali ni kami beli di Tok Beng. Aku tanya member2 yang tinggal di Trengganu dan ramai yang beritahu keropok Tok Beng lah yang paling sedap. Menurut mereka kalau hari cuti pelanggan siap kena ambil nombor giliran dan masing2 membeli dengan jumlah yang banyak. Ada jugak yang siap tempah sehari sebelum sebab risau kehabisan. Mendengarkan cara mereka beritahu tu memang keropok Tok Beng ni sedap sangat. So kami singgah lah membelinya sebelum balik ke KB. Masa kami datang sini bukan cuti sekolah so orang tak la ramai sangat tetapi orang yang datang membeli bukan setakat membeli berpuluh ringgit malah beratus2 ringgit... memang sedap betul ni aku rasa.

Aku beli RM50 je... aku beli jugak yang telah digoreng sebab tak sabar nak makan... bagi aku memang sedap keropok ni, betul lah kata2 member aku. Rugi pulak rasanya tak beli banyak2... tak cukup je rasa sebab aku memang suka sangat. Masa di rumah ma boleh dikatakan tiap2 hari aku makan. Lain kali kena datang beli di sini lagi. Tapi lambat lagi la nampak gayanya, lepas balik for good next year.

Aku dan famili memang suka makan keropok lekor dan juga keropok biase... huhuuu... balik Adelaide mesti rindu nak makan. One of the reasons I like Trengganu because I like keropok lekor...

30 January 2011

Akhirnya kenal jugak...

Masa kami ke Kuantan kami stay di rumah abang Din and Nini. Abang Din dan famili adalah orang yang tinggal di rumah kami di Adelaide, sebelum kami masuk tinggal di situ. Masa aku ke Adelaide Nini dan anak2 dah balik ke Malaysia, yang tinggal hanya abang Din yang masih menyiapkan saki baki keje PhDnya. Aku tak sempat kenal Nini dan anak2nya. 2 bulan jugak abang Din tinggal dengan kami... sepanjang 2 bulan kami sempat mengenali hati budi abang Din. Abang Din memang seorang yang baik hati, murah hati dan mempunyai semangat yang tinggi.

Memandangkan aku tak pernah mengenali wife abang Din so kami memang bercadang singgah ke rumah abang Din masa ke Kuantan ni. Abang Din juga menerima jemputann kenduri adik Gina... so boleh la kami pergi sama2. Kami bermalam satu malam je di rumah abang Din...

Aqil, Yaya, Asraf dengan Pijin anak sulung abang Din. Baru je kenal tapi cepat mesra. Menurut abang Din anak sulungnya memang sudah biase dengan kehidupan di Adelaide... ye la hampir 6 tahun di sana, bercakap pun slag oz dan tak berapa fasih Bahasa Melayu. Awal2 persekolahan di Malaysia memang timbul masalah kepada Pijin , dia tak boleh terima cara pembelajaran di Malaysia dan juga cuaca. Tapi lama2 ok jugak.

Comey dan debab je anak kelahiran oz abang Din ni, namanya Kamalia.

Yaya dengan Afrina... anak perempuan sulung abang Din. juga lahir di oz.

Yang baju hijau depan abang Din namanya Yasmin, juga kelahiran oz... agak pendiam dan pemalu yang ni. Anak bongsu abang Din lelaki takde masa ni... lahir di Malaysia. Bagusnya abang Din ni walaupun sibuk dengan PhD dan keje tapi abang Din tetap pandai bahagi masa untuk anak2 dan keluarga.

Terima kasih abang Din dan Nini sebab sudi menerima kehadiran kami, lain kali kite jumpa lagi... Semoga hubungan famili kami dengan famili abang Din kekal sampai bila2.

sampai jugak kami ke kenduri adik Gina

Masa di Adelaide lagi Gina dah jemput kami ke majlis kenduri adiknya. Kalau ikutkan Gina menjemput famili aku dan famili abang Din hadir untuk kedua2 majlis yang diadakan iaitu pada 28 Jan dan 30 Jan. Tapi kami pilih untuk hadir hari ni je sebab pada 28 Jan tu kami baru hari kedua berada di Kelantan... letih naik keretapi pun tak hilang lagi.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada adik Gina dan pasangan, semoga rumahtangga kalian berkekalan dan bahagia hingga ke anak cucu.

Sedap sangat makanan yang dihidangkan, tapi tak boleh nak makan banyak2 sebabnya segan dan satu lagi kami duduk depan pentas ni... rasa pekak telinga ni dibuatnya. Terpaksa makan cepat2 sebab tak tahan dengan sound yang kuat. Yang paling menyelerakan sebab ada kerabu dan ikan kering. Maklumla lama tak makan makanan kenduri he3...

Abang Din and famili... kami duduk satu meja senang nak berborak sama... tapi tak boleh nak borak, masing2 dok sibuk layan anak2 makan dan sound yang kuat tak dengar apa.

Memandangkan di luar tak boleh berborak kami sambung berborak di dalam rumah pulak. Macam la lama tak jumpa yer, macam2 benda nak dibualkan.

Yaya rindu nak jumpa Ryan... hari ni sempat la bermain dengan Ryan kejap. Apa2 pun terima kasih Gina sebab sudi menjemput kami.

29 January 2011

Ganu kite...

Selepas beberapa hari balik ke kampung, kami ke Kuantan. On the way ke Kuantan kami singgah di Trengganu. Kami suka ke Trengganu... boleh dikatakan tiap2 tahun kami akan ke Trengganu. Kalau ke Trengganu tak sah kalau tak singgah makan kepok lekor dan seafood celup tepung di tepi pantai. Kali ni kami singgah makan di Kemaman... bestnya dah lama tak makan kepok lekor, sotong dan ikan celup tepung dengan air kelapa sambil menghirup udara segar di tepi pantai.
Aqil, Yaya dan Asraf... hepi walaupun tak dapat mandi pantai.

Kepok lekor ganu memang feveret aku sangat2 tambah2 kalau kena yang memang sedap.

Sotong celup tepung, kena pulak sotong yang baru naik dari laut... memang sedapppp...

Air kelapa... aku memang suka minum air kelapa, tambah2 lagi kalau kena kelapa pandan.

Masa on the way balik dari Kuantan ke KB pun kami singgah di pantai jugak. Kami singgah sekejap je. Tapi kali ni Aqil, Yaya dan Asraf dapat main pasir di tepi pantai. Mujur la Aqil dan Yaya tak suka mandi pantai. Kalau tidak jenuh la pulak nak menunggu mereka mandi manda. Aku memang tak suka mandi laut.

with hubby

Sementara anak2 bermain... terliur pulak tengok jagung bakar, apa lagi terus la beli. Memang sedap jagung2 ni manis je...

Puas main pasir main di playground pulak. Syok yer sambil main sambil makan jagung bakar.

Buai laju2 sampai puncak sana...

Lokcing atau sate ikan...

Lepas bermain di tepi pantai dan play ground kami ke Bazar Warisan pulak. Dah siap bazar ni... masa kami datang sebelum2 ni bazar ni dalam proses pembinaan. Cantik jugak bazar ni tapi macam takde orang je... Kalau sebelum2 ni kami selalu pergi Pasar Payang. Aku wajib pergi Pasar Payang sebabnya nak beli kain batik sutera... aku suka batik sutera Trengganu compare dengan batik sutera Kelantan, sebabnya batik sutera Trengganu cantik2 dan designnya satu je setiap design... so takan sama la dengan orang lain. Satu lagi aku suka beli batik sutera lukis bukan batik yang dicop... walaupun mahal sikit tapi puashati. Buat makluman semua aku memang suka pakai baju batik sutera sebabnya kainnya tak panas dan lembut jeee... setengah orang cakap tak suka pakai batik sutera sebab malas nak iron tapi aku sebaliknya. Tapi kali ni aku tak beli la... nak pakai di OZ mesti sejukkkkkkkk... so beli la benda2 lain je.

27 January 2011

Baby Amsyar

Alhamdulillah 15 Disember last year kembarku Ila selamat melahirkan anaknya yang ke 5, kali ni dapat baby boy lagi, namanya Tuan Muhamad Aryan Amsyar.... Kami di Adelaide lagi masa tu... dah sampai Kelantan ni tak sabar rasanya nak tengok baby baru Ila ni.

Akhirnya dapat jugak tengok Amsyar secara live... dah besar, kejap je... Menurut Ila muka Amsyar dah nak macam muka Baim Wong pelakon Indon, sebabnya masa pregnantkan Amsyar Ila suka layan cite Indon... ye ke? tak kisah la muka sapa pun asal sihat je...

Yaya bukan main hepi lagi dapat jumpa baby Amsyar... asyik nak dok dekat dengan baby je... kalau boleh nak diriba dan didukungnya. Kadang2 siap berebut2 dengan Adam anak ke 4 Ila.

Tengok tu siap nak riba Amsyar... rajin betul... masa di Adelaide lagi Yaya tak sabar2 nak tengok baby Amsyar, dah jumpa ni mula la nak dok dekat je. Elok2 Yaya nanti jatuh baby Amsyar tu... Aqil dan Yaya memang suka baby, siap suruh aku beranak lagi. InsyaAllah ada rezeki mama pregnant lagi huhuuuu... takutttt...

Sekejap je dapat bermain dengan baby Amsyar. Masa ni kami dah nak balik ke Bangi. Bai... bai... Amsyar semoga Amsyar jadi anak yang sihat, soleh, pintar dan kacak macam Baim Wong... hehehe...

22 January 2011

Thanks Ain...

Lepas duduk di rumah tamu kami tumpang duduk di rumah Ain pulak di Persint 17 Putrajaya. Ain ni roomate aku masa di MOF. Kami memang rapat sangat...

Bukan setakat tumpang duduk tapi siap tunpang letak barang2 yang di shipping... maaf la yer kalau barang2 ni menyebabkan rumah Ain bersepah.

Masa Ain pergi keje dan hubby pergi buat keje2nya duduk la kami 3 beranak... sunyi jugak rumah Ain ni...

Apa2 pun terima kasih banyak2 Ain. Kami mohon maaf kiranya kami menyusahkan sepanjang kami tinggal di rumah Ain.

18 January 2011

Beriani Anje

Berselera betul kami makan... tak pandang kiri kanan hehehe... al-maklum la kan lama tak makan nasi beriani. Kena pulak dengan air sirap huhhh... memang sedap...

Habis sepinggan Aqil makan.

Yaya pun bukan main berselera... licin dia makan.

Soto Johor untuk hubby...

Restoran Anje di Seksyen 15 BBB terkenal dengan nasi beriani gamnya... balik kali ni kami tak lepaskan peluang makan di sini. Tak banyak perubahan di restoran ni cuma harganya dah mahal, kalau dulu RM5 je tapi kali ni dah jadi RM7.90... ye la semua barang dah mahal, makanan pun mahal la jadinya.

Jenguk kedai Wak kejap...






Masa balik Malaysia kami sempat ke kedai Wak di Hotel Quality Shah Alam... 2 kali jugak kami pergi. Tak banyak perubahan... tapi selain perfumes Wak juga menjual handbags dan pakaian. Semoga bisnes Wak semakin success dan satu lagi semoga Wak cepat2 dapat baby...

14 January 2011

Kena makan nasi bubur...

Lepas cabut gigi timbul pulak masalah lain... masalahnya susah nak makan. Terpaksa la aku makan nasi bubur. Wak bawak kami makan di Seksyen 11 Shah Alam.

Aqil dan Yaya seronok dapat makan makanan2 ni, maklum la lama tak makan. Semua makanan dimakan oleh mereka serba sedikit. Ye la dok di Adelaide asyik makan kat rumah je... bosan la. Ni dah balik Malaysia mesti la nak makan macam2 dan makan di luar je... Aku pun plan tak nak masak masa balik Malaysia ni... nak stop aktiviti masak- memasak kejap. Nak makan luar jeeee... ooooohhhhhh... sedapnya...

Otak2 ni Aqil dan Yaya memang suka sangat makan... aku jarang nak makan otak2, tapi kali ni aku makan dan rasa sedap pulak. Maybe sebab lama tak jumpa, peliknya makanan yang aku tak suka pun rasa sedap hehehe... sebabnya made in Malaysia.

Yang ni aku paling suka, tapi huhuuuuuuu... tak boleh nak makan sebab tak boleh menguyah, gusi ku masih berdarah. Geram je rasa, dah la lama tak makan tapi sekarang dah ada di depan mata tak boleh nak makan pulak. Aku siap tapaw bawak balik yang belum goreng lagi... sedapppp... memang makanan feveret aku ni.

Chicken chop untuk Aqil dan Yaya... syok ye balik Malaysia dapat makan macam2... ni baru sekerat hari dah macam2 kami makan. Bayangkan dalam masa 6 minggu ni banyak mana kami nak makan.

Huhuuuuuuuu... disebabkan gusi aku masih berdarah... terpaksa la aku makan nasi bubur ni, sedap jugak nasi ni. Takpa sabar je la banyak masa lagi. Siap plan kalau gigi aku dah tak sakit nak datang makan lagi di sini, ye la tak puashati tak dapat menikmati makanan2 ni.