30 January 2011

sampai jugak kami ke kenduri adik Gina

Masa di Adelaide lagi Gina dah jemput kami ke majlis kenduri adiknya. Kalau ikutkan Gina menjemput famili aku dan famili abang Din hadir untuk kedua2 majlis yang diadakan iaitu pada 28 Jan dan 30 Jan. Tapi kami pilih untuk hadir hari ni je sebab pada 28 Jan tu kami baru hari kedua berada di Kelantan... letih naik keretapi pun tak hilang lagi.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada adik Gina dan pasangan, semoga rumahtangga kalian berkekalan dan bahagia hingga ke anak cucu.

Sedap sangat makanan yang dihidangkan, tapi tak boleh nak makan banyak2 sebabnya segan dan satu lagi kami duduk depan pentas ni... rasa pekak telinga ni dibuatnya. Terpaksa makan cepat2 sebab tak tahan dengan sound yang kuat. Yang paling menyelerakan sebab ada kerabu dan ikan kering. Maklumla lama tak makan makanan kenduri he3...

Abang Din and famili... kami duduk satu meja senang nak berborak sama... tapi tak boleh nak borak, masing2 dok sibuk layan anak2 makan dan sound yang kuat tak dengar apa.

Memandangkan di luar tak boleh berborak kami sambung berborak di dalam rumah pulak. Macam la lama tak jumpa yer, macam2 benda nak dibualkan.

Yaya rindu nak jumpa Ryan... hari ni sempat la bermain dengan Ryan kejap. Apa2 pun terima kasih Gina sebab sudi menjemput kami.

No comments:

Post a Comment