26 September 2008

26 Puasa


Ye...ye...hari ni last keje...tak sabar nak cuti raya....Hari ni edit keje semalam...mintak2 takde keje dah hari ni sebab dah takde mood nak buat keje. Jalan lengang je hari ni sebab sekolah dah cuti dan mungkin ramai yang dah balik kampung hari ni. Aku balik pagi Isnin...lambatnya...sebab abang ada kelas lagi di OUM. Tapi takpa sempat lagi nak pergi shopping...boleh beli apa2 lagi yang perlu untuk raya ni. Bestnya... BaLiK KaMpUnG!!!
Tengahari ada keje la pulak...memo to PP...tapi nak buat lepas rehat lah...

25 September 2008

25 Puasa

Dekat-dekat nak raya ni ada la pulak keje...sedangkan mood dan suasana raya dah terasa. Fikiran dah dok kat kampung, jasad je dok sini. Balik kampung...ooooo...balik kampung....Kena buat memo to YMBK II. Dah siap draf pertama. Kalau boleh nak settle keje sebelum balik raya...maklum la nak cuti lama nanti tergendala la pulak...tengahari pergi CIMB bank in duit dalam ASB (untuk masa depan). Lepas tu lepak bilik Ain dan bergambar dengan Nana, hari ni Nana last keje kat sini...hilang lagi seorang kawan kat sini. Rezeki dia kat tempat lain. Bestnya bila la pulak giliran aku nak dapat keje tetap.
Nak berbuka dengan apa ye hari ni? rasa nak makan bihun goreng. Suami aku ajak berbuka di luar, dia rasa nak makan chiken chop malam ni. Aku pun teringin jugak. Tapi aku beritahu susah nak berbuka diluar...sebab Amalia tak dok diam nanti. Jadi kami pospone makan chiken chop di A'Famosa House malam esok...ermmmm sedapnya, lapar la pulak...hehehe...balik nak singgah Pasar Tani beli daging (aku suka beli daging di Pasar Tani sebab lembu kampung, aku tak makan daging import) dan sayur sikit.

24 September 2008

24 September 2008




Pagi-pagi lagi aku pergi tingkat 2 jumpa penjual mop tu... pergi ambik mop dan pelapik iron yang aku booking. Hari ni ada keje sikit...buat memo dan surat kepada Syarikat yang mempunyai hutang yang dijamin oleh Kerajaan. Call semua kekawan...semua takde pergi tukar duit raya...suasana raya sudah terasa...call adik aku tanya persiapan raya dia (apa yang dia beli untuk ma, abah, adik-beradik dan anak sedara.

Bestnya nak raya...lambatnya... nak balik kampung.

23 September 2008


Hari ni hari paling sibuk aku rasa sejak keje kat sini (padahal sikit jeeee...), tak sempat nak buat blog. Pagi pergi hantar memo kepada SUSK MK II Tingkat 11 (En. Johan), lepas tu pergi dengar taklimat bajet di Dewan Teater Tingkat 1. Pukul 11.00 aku keluar pergi ofis SUSK MK II tanya pasal memo, sama ada Tan Sri dah tandatangan atau belum...nampaknya belum lagi sebab tiada lagi atas meja PA dia. Balik bilik aku...call tanya PA dia...Tan Sri petang baru ada. Ok la tunggu padahal benda ni kena cepat tapi tak boleh buat apa jugak sebab Tan Sri takde...Sementara tu aku buat memo kepada Peguam Cara Perbendaharaan untuk pewartaan MDV sebagai Pertubuhan Perbadanan 1965.


Rehat aku dan kekawan pergi shopping kat tingkat 2, aku tengok seorang penjual buat demo penggunaan pelapik iron dan mop. Aku tertarik...sebab memang dah lama aku cari pelapik iron dan mop yang menyenangkan macam tu...mungkin mop ni dah lama ada di pasaran...aku je yang baru tahu. Tapi rasa dah pernah tengok di shopping complex harganya mahal...kalau tak silap RM69.90. Stok dah habis...aku booking, mop 3 dan pelapik iron 3...nak bagi kepada Ma dan Ila seorang satu. Boleh menyenangkan keje mereka. Tambah-tambah orang yang ada anak-anak kecil yang memang kena selalu mop lantai...lepas ni tak sakit la badan aku...(harap-harapnya la).


Lepas rehat En. Johan call, beritahu Tan Sri dah tandatangan...aku pergi ambik...lepas tu pergi hantar kepada Bahagian Undang-undang pulak. Settle keje aku pasal MDV ni. Pukul 3 lebih pergi Kabinet hantar lampiran kertas Kabinet...lepas hantar terus balik...(geram jugak sebab rasa ni keje orang lain...).


4.30 aku terus balik...sebelum tu singgah bilik Ain dan Zah hantar biskut...kemudian balik singgah Maiden (Presint Diplomatik) beli barang dapur dan yang penting susu Amalia. Balik jalan jam...sampai rumah pukul 6 lebih. uuuhhhhh...letihnya hari niiii...

22 September 2008

Hari ni takde keje...jadi aku buat blog dan buat kad raya (e-card) untuk hantar pada member2 dan keluarga sambil dengar lagu raya yang berkumandang menerusi handphone aku.
Petang...dah pukul 3 lebih baru ade keje...buat memo kepada SUSK MK II...settlekan keje dulu sebab esok pagi-pagi lagi kena hantar. Balik lewat...pukul 5 lebih sampai terlupa nak punch card. Balik Aqil dan Amalia dah menunggu depan pintu...

22 September 2008

Puasa ke 21

Dok rumah je layan anak-anak. Pagi pergi pasar jap. Petang aku buat agar-agar untuk berbuka. Bagi ke jiran (mok) sikit. Lepas asar masak untuk berbuka. Masak simple-simple je...kurma daging, kailan ikan masin, ayam goreng & ikan, sambal belacan (yang sentiasa ada dalam peti) dan menu tambahan mok sebelah rumah bagi kari ayam.

Masa berbuka berselera jugak kami makan. Malam macam biasa lepas sembahyang maghrib Aqil ajak aku dan Amalia main bunga api kat luar. Pergi la kejap layan anak-anak main bunga api. Abang tak pergi terawih...tak sihat lagi...dia dok search internet...

Buat kali pertamanya sepanjang Ramadan tak sedar dan lewat bangun sahur. Sempat minum air dan jamah kek hati pari je...

20 September 2008


Hari ni aku dan Aqil pergi Sogo dengan komuter semata-mata nak ambik kek hati pari dari Kak Yah yang datang dari Sarawak...memang lama dah nak makan kek ni, jadi terpaksa la pergi jugak. Orang ramai giler, siap kena beratur panjang masa nak beli tiket. KTM pun time2 macam ni la mesin dia nak rosak. Jadi kena beratur panjang untuk beli tiket di kaunter. Dalam komuter orang ramai, maklum la semua nak shopping untuk raya. sampai kat Hentian Mid Valley baru boleh duduk. Nasib baik ade insan yang baik hati bagi Aqil duduk sebelah dia.


Kena berjalan pulak kat Hotel Noble untuk jumpa Kak Yah, nasib baik dekat je dengan Sogo. Seingat aku dah lama makan kek ni, masa zaman belajar kat UKM dulu...tu pun member yang bawak. Kalau ikut perancangan awal husband aku nak ikut, tapi disebabkan 'chicken pox' dia tak boleh pergi.


Sebelum pergi ambik kek tu aku dan Aqil saje jalan-jalan tengok handbag. Ada pulak yang berkenan dihati, akhirnya aku terbeli handbag (Valentino Creation) dan selipar (crocodile). sambil-sambil tu tengok-tengok juga barang lain, tapi semua dah beli masa aku datang dua minggu lepas (beli baju raya untuk anak-anak).


Pukul 3 aku balik...nasib baik orang tak ramai...boleh duduk dengan selesanya. Letih jugak...dah la kek tu berat. Tapi yang penting Aqil happy sebab dapat naik komuter.

19 September 2008

Apa nak buat hari ni yer?


Hari ni takde keje pun, dok update blog aku je. Kalau dok rumah bestnya boleh main dengan Aqil dan Amalia.
Petang ada keje...buat surat sehelai je...

Salam Aidilfitri



Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua kiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Moga-moga Raya kite pada tahun ini diberkati dan dirahmati Allah.

18 September 2008

Hias ofis

Hari ni bos tak bagi keje....pagi aku pergi Pejabat Pos sekejap di JPM....pos surat keje, maklum la keje sini tak tetap, jadi kena la cari2 keje tempat lain.
Balik dari Pejabat Pos semua dok sibuk menghias ofis sempena Hari Raya Aidilfitri tak berapa lama lagi. Aku sertai mereka, tolong apa2 yang patut. Setengah hari ni dok buat keje tu je la dan lepas tu aku cuba update blog aku ni....macam dah pandai sikit2. Thanks to Jem kerana banyak mengajar aku cara-cara nak update blog ni.
Tengahari aku dan Hajar lepak kat bilik Ain. Petang...tak tahu lagi bos nak bagi keje ke tak. Jadi boleh la aku tacap blog aku ni.....
Petang takde keje...tacap blog aku ni je....dan dapat duit yang aku tukar untuk Raya RM800.00.

Hari ke 18 berpuasa

Semalam, suami aku demam....2 kali pergi klinik. Mula-mula ingat demam sakit urat, lepas mengurut makin teruk demamnya. Sebelum ni kalau pergi mengurut tak pernah la pulak demam teruk macam ni.Risau jugak aku tengok dia.....terdetik dalam hati, suami aku ni kena demam denggi ke? tapi dia tak sengal2 sendi macam dulu (suami aku dah pernah kena denggi tahun 2006), dia dah tahu macam mana rasanya kalau kena denggi. Petang sementara tunggu nak berbuka dia perasan ada tanda-tanda merah dan berair....dia tunjuk pada aku, dia cakap ni macam bertih (bahasa kelate) kalau bahasa standard chicken pox. Lepas tu cek seluruh badan memang banyak....sah la bertih. Malam pergi klinik sekali lagi...doktor bagi ubat lain pulak. Risau jugak aku.....jangan berjangkit pada Aqil dan Amalia sudah la....dah la nak balik raya ni, kalau demam susah la. Abang diberi mc sehingga hujung minggu ni. InsyaAllah sihat la suami aku lepas ni...klinik pun dah 2 kali pergi. Semoga abang cepat sembuh.

Amalia pulak taknak duduk main...dok merengek je...nak suruh orang layan dia. Nasib baik lepas tu ok. Keje dia nak memanjat kerusi je....nak tengok muka dia dekat cermin sambil nyanyi lagu aspalela (lagu Apek Senario).Tapi dia reti sebut lela...lela...lela...tu je. Suka aku tengok keletah anak aku ni. Aqil biasa la kalau tak tengok katon (Astro) dia asyik dengan mainan dia yang dah boleh muat sebuah lori tu...hehehe...

Aku seorang insan.




Aku seorang hamba Allah yang serba sederhana, seorang isteri, ibu dan seorang anak yang amat bahagian hidup di dalam dunia ini. Aku amat bersyukur kepada Tuhan kerana kurniakan kehidupan sebegini.

05 September 2008

Aku budak baru belajar.

Baru belajar-belajar nak buat blog.....baca blog orang macam bagus je....aku baru merangkak-rangkak nak buat blog ni. Takpa belajar sikit-sikit, lama-lama boleh la.....