Showing posts with label My twin. Show all posts
Showing posts with label My twin. Show all posts

27 January 2011

Baby Amsyar

Alhamdulillah 15 Disember last year kembarku Ila selamat melahirkan anaknya yang ke 5, kali ni dapat baby boy lagi, namanya Tuan Muhamad Aryan Amsyar.... Kami di Adelaide lagi masa tu... dah sampai Kelantan ni tak sabar rasanya nak tengok baby baru Ila ni.

Akhirnya dapat jugak tengok Amsyar secara live... dah besar, kejap je... Menurut Ila muka Amsyar dah nak macam muka Baim Wong pelakon Indon, sebabnya masa pregnantkan Amsyar Ila suka layan cite Indon... ye ke? tak kisah la muka sapa pun asal sihat je...

Yaya bukan main hepi lagi dapat jumpa baby Amsyar... asyik nak dok dekat dengan baby je... kalau boleh nak diriba dan didukungnya. Kadang2 siap berebut2 dengan Adam anak ke 4 Ila.

Tengok tu siap nak riba Amsyar... rajin betul... masa di Adelaide lagi Yaya tak sabar2 nak tengok baby Amsyar, dah jumpa ni mula la nak dok dekat je. Elok2 Yaya nanti jatuh baby Amsyar tu... Aqil dan Yaya memang suka baby, siap suruh aku beranak lagi. InsyaAllah ada rezeki mama pregnant lagi huhuuuu... takutttt...

Sekejap je dapat bermain dengan baby Amsyar. Masa ni kami dah nak balik ke Bangi. Bai... bai... Amsyar semoga Amsyar jadi anak yang sihat, soleh, pintar dan kacak macam Baim Wong... hehehe...

13 December 2010

Ila selamat bersalin


Wak call dari KL dan beritahu Ila dah dimasukkan ke labour room untuk bersalin. Aku terus call ma di kampung. Ma beritahu Ila akan dibedah sebab uri berada di bawah. Risau jugak dibuatnya sebab sebelum ni semuanya bersalin secara normal. Ila yang nak bersalin aku pulak rasa nervous dan tak diam duduk di sini.

Dok tak lama kemudian Wak call dan beritahu Ila dah selamat bersalin and dapat baby boy. Alhamdulillah kembarku dah selamat melahirkan anaknya yang kelima. Bestnya dapat baby. Aku beritahu Aqil dan Yaya. Mereka pun seronok dan Aqil cakap 'tak aci la anak Cik Ngah dan 5, mama baru 2"... takpa la Aqil kalau ada rezeki mama beranak lagi. Memang teringin nak tambah anak lagi, kalau boleh nak 2 orang lagi, kalau kembar lagi bagus. Tapi dok di tempat orang ni macam2 kena pikir... tengok lah kalau ada rezeki, ada la.

Ila and her famili... sekarang dah bertambah.