30 April 2009

Persiapan keperluan abang untuk ke Australia

Malam tadi lepas sembahyang maghrib aku, abang dan Aqil ke Alamanda. Amalia tak ikut sebab dia tidur. Tinggal la dia dengan Tok Manya. Tujuan kami ke Alamanda ialah sebab abang nak beli2 barang2 keperluannya untuk di bawak ke Australia. Abang beli beg besar di Travel. Besar betul beg tu Aqil pun muat kalau masuk dok dalam tu. Ok la harganya RM499.00 after less 70% jadi RM149.00. Lepas beli semua barang kami terus balik. Abang sibuk dok setting laktop yang baru beli. Tiba2 Amalia pun bangun... siap main2 lagi. Mula laaa nak tidur balik susah. Lepas letak dalam buai baru dia tidur.

Pagi ni Amalia bangun awal... bangun je terus menangis cari aku. Masa aku nak bersiap dia datang dekat aku pegang dan cium tangan aku. Dia ikut papanya hantar aku keje hari ni. Sebelum sampai MOF dah siap bersalam dan cium aku. Cerdik betulll... Amalia ni... dia tahu semua benda dan suka bercakap. Datang je Putrajaya mesti nak pergi masjid dan nak tengok belon panas. Dia masih ingat tempat belon panas hari tu. Semalam masa balik papanya bawa dia sekali... siap main air depan ofis aku ni... abang tak larat nak layan dia. Abang cakap dia tak tak nak tidur hari ni nak bermain dengan papa dia jeee.... Dia tahu kot papanya nak pergi belajar dah. Nampak aku terus menjerit sambil joget panggil aku mama... mama... Dalam perjalanan balik rumah menjerit nak tengok masjid, lepas tu nak ais-krim pulak. Tak sabar2... abang bawak kereta pun tak senang. Sampai di Petronas terus berhenti dan belikan ais-krim. Aku beli 3 batang termasuk satu aku punya, tapi semua Amalia makan. Aqil pun tak dapat makan. Amalia memang suka betul makan ais-krim dan ais. Nasib baik Aqil mengalah.

29 April 2009

Abang ke Australia Sabtu ni.

Visa dah dapat dan abang akan ke Adelaide Sabtu ni. Hari ini abang ke KL untuk beli laktop untuk aku dan anak2 berhubung dengannya semasa abang di sana. Laktop yang dah ada di rumah abang nak bawak ke sana. Lepas ini kami berhubung melalui emel, YM dan webcam je lah nampaknya.

Hari ini banyak kerja yang perlu disiapkan... semua berjalan lancar. Terima kasih Tuhan kerana permudahkan pekerjaan hambaMu ini, Amin.

28 April 2009

Akhirnya abang dapat visa ke Australia.

Tengahari abang sms menyatakan dah dapat visa. Lega aku dengar. Abang akan fly Sabtu ni 2/5.

Aku

Hari ini abang hantar aku ke ofis. Amalia ikut sama. Bangun je dari tidur terus cari selipar baru yang aku belikan untuk dia semalam dan cakap nak ikut. Terpaksa la abang bawak dia.

Di ofis aku siapkan semua kerja yang minggu lepas.
Settlekan tentang DEBT- JPA.

27 April 2009

Penerbangan abang ke Australia terpaksa ditunda

Kalau ikutkan abang akan ke Australia pada 27/4/09 flight jam 9.50 malam, tetapi terpaksa ditunda sebab visa abang belum siap. Abang bukan main kalut dan pagi2 lagi terpaksa pergi Kedutaan Australia bertanyakan tentang visa tersebut dan call/emel situ sini. Letih aku menengoknya. Aku pergi UKM settlekan keje aku. Abang risau sangat sebab dia kena lapor diri 30/4 di Universiti Adelaide, tetapi setelah berbincang dengan Universiti Adelaide abang boleh lapor diri selewat2nya sebelum 6/5. Abang lega sangat lepas dapat keputusan ini dan baru boleh tersenyum dan makan. Jadi abang terpaksa tunda penerbangan ke Australia. Aqil yang dah lama bersedih sebab papanya dah nak pergi tiba2 tersenyum dan baru nak main. Happy sebab papa dia tak jadi pergi lagi. Petang abang belanja kami semua makan pizza hurt di Bintang. Aku belikan selipar baru untuk Amalia, dia cakap "cantiknya selipar... mama beli...". Siap bawa masuk pakai dalam rumah.

Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran.

Ahad kami mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sempena abang nak ke Australia. Abang niat sembelih kambing kalau dapat further study (PhD). Makanan kami tempah je... iaitu :

  • nasi/roti
  • kari kambing (tukang masak import dari Thailand)
  • daging kerutuk
  • ayam goreng rempah
  • acar mentah
  • kacang goreng+hati +pedal ayam
  • ikan kering
  • sambal belacan
  • buah (oren, epal + tembikai)
  • puding caramel (aku buat sendiri)
  • air oren + teh o panas

Ramai tetamu yang datang. Antara kawan aku yang datang Yatei, Hajar, Ning, Nana, Fiza dan ramai lagi. Kawan2 abang pun ramai yang datang. Jiran2 semua datang. Masing2 terkejut tahu abang nak pergi Australia. Malam buat sembahyang hajat. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi datang dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.

Amalia happy ramai orang datang dan dia sibuk dok ulang minum air jeee... al-maklum laaa... air batu... memang her favourite. Aqil sejak dua menjak ni sedih jeee... sebab papa dia nak pergi Australia. Masa berdoa lepas sembahyang hajat mengalir air mata dia. Kesian pulak anak aku ni. Abang pun sedih tengok Aqil. Aqil memang rapat dan manja dengan abang. Moga Aqil dapat menyesuaikan diri masa papanya tiada nanti.

Syukur majlis berjalan lancar. Sory gambarnya takde.

Aktiviti mengemas rumah

Mengemas rumah dan buat apa yang patut untuk majlis esok. Malam ke pasar malam. Abang mengemas biliknya di UKM. Bilik terpaksa dikosongkan sebelum abang ke Australia.

24 April 2009

Cerita hari ini

Rehat hari ini aku ke Alamanda dan Mydin, beli barang dapur dan keperluan untuk majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran Ahad ini sempena abang nak ke Australia.

23 April 2009

Banyaknya kerja...

Hari ni datang keje abang hantar, sebab abang ada urusan di PJH. Bos aku ke Bintulu, tapi kerja tetap ada yang perlu disiapkan.

Sakit kepala!!!

Semalam aku masuk ofis tapi fikiran dok teringat abah dan dok memikirkan macam mana keadaan Aqil dan Amalia kalau papa dia pergi Australia minggu depan. Macam2 aku fikir... sakit kepala dibuatnya. Kerja pulak banyak dan pagi ada meeting. Dah la batuk aku ni tak sembuh2 lagi. Semalam lepas ambil Aqil di sekolah aku terus ke klinik.

Balik Bangi

Kami balik Bangi 21/4 malam flight 8.40 malam. Amalia ok je naik kapal terbang... mula2 je dia menangis sebab papa dia dah ke depan. Tiba2 aje Aqil menangis sebelum kami turun, aku tanya kenapa dia menangis, dia cakap rindu Tok Abah... dan dia cakap kesian Tok Abah dok hospital. Sebelum ke airport Kota Bharu, kami melawat abah dulu. Macam tak sampai hati nak balik dah. Tapi nak buat macam mana tak boleh cuti lama. Sampai LCCT kami ambil teksi untuk balik rumah. Amalia menangis sekali lagi sebab pemandu teksi tu kepala botak. Amalia memang takut dengan orang yang berkepala botak. Nasib baik dia menangis sekejap jeee... macam2 karenah laaa... kami selamat sampai rumah hampir pukul 10 malam. Lepas makan semua tidur keletihan. Kali ni memang sekejap je balik kampung... sebab aku tak boleh cuti lama, Aqil sekolah dan abang nak uruskan semua perkara untuk ke Australia.
Semoga abah cepat sembuh. Kami semua sayang abah.

Balik kampung

Semalam aku baru masuk ofis... cuti balik kampung tengok abah tak sihat masuk hospital USM Kubang Kerian. Kami bertolak Sabtu malam naik keretapi. Risau jugak aku kalau2 Amalia menangis... tengok2 memang betul awal2 lagi dah menangis... dia takut sebab tak biasa dan bunyi bising. Aqil ok je... happy jeee... dan tak sabar2 nak naik. Amalia menangis sehingga sampai di perhentian Seremban. Sampai pucat dan ketar2 dia kerana takut sangat. Siap tutup muka dengan kain napkin dia sambil cakap takut... takut.... Lepas aku pujuk2 dia baru la ok... dan sampai la dia tertidur. Tetapi Amalia selalu sedar sebab bunyi bising, cerah dan orang dok sibuk lalu-lalang. Sedar2 je Amalia cakap... tak takut laaa... papa ada, mama ada... kesian anak aku, lain kali tak boleh naik dah. Pada mulanya abang nak ambik tempat tidur tapi tiket dah habis. Tetapi bila pagi lain pulak, dia happy pulak mungkin sebab nampak tengok permandangan di luar, semalam gelap jeee... siap nak duduk seorang lagi suruh aku ke tepi. Kalau nampak lembu... Aqil dan Amalia siap menjerit lagi. Dalam pukul 8.00 pagi kami sampai di Dabung, Gua Musang. Pukul 10.15 pagi kami sampai di perhentian Wakaf Baru. Bja datang ambil kami. Lepas tu kami terus hantar MIL di rumah adiknya. Lepas makan tengahari kami balik rumah aku. Letih dan mengantuk Tuhan aje yang tahu. Sampai rumah je terus mandi dan rehat. Aqil dan Amalia tak letih, mereka berdua dok bermain dengan Adam dan Syira.
Petang kami pergi melawat abah di Hospital USM. Kesian abah aku tengok dah kurus. Abah nampak happy sebab anak2 ada di sampingnya kecuali EG dan Ami tak dapat balik lagi. Malam aku masak untuk keluarga aku.

16 April 2009

ziecoklat.blogspot.com

Hari ni keje tak banyak... boleh laaa... aku creat blog baru aku. Kepada sesiapa yang menjenguk blog ni boleh lah menjenguk ke blog aku satu lagi. Tengok jangan tak tengok!!!. Blog baru ni open untuk semua. Tolong lah hebah2kan. Hehehe...

15 April 2009

Ngantukkknya...macam mana nak buat keje ni?

Aku ni kalau terlebih tidur mesti ngantuk. Malam tadi Amalia tidor elok je... terjaga sekali aje... nak susu. Dah la tidor awal, lepas balik makan di Restoran Sharifah Seksyen 7... kami balik sembahyang Isyak dan semua terus tido. Kalau ikutkan hati aku malas nak keluar makan, tapi kesian Aqil nak makan kat luar. Aku dah kenyang sebab balik dari ofis tadi aku singgah pasar malam... dah makan yong tau fu dan roti bom. Takpa la demi anak2 ku sanggup buat apa sahaja... asalkan mereka hepi.

14 April 2009

semalam perbincangan mengenai short-team measures to enhance revenue for 2010.

Kisah anak2 Aku

Semalam kesian Aqil, rupa2nya dia balik pukul 6 petang. Biasanya hari Isnin 6.30 baru keluar. Aqil balik awal sebab perhimpunan dibatalkan kerana hujan. Papanya pergi ambil pada pukul 6.15, tengok2 Aqil dok menangis. Orang ramai lagi mungkin dia rasa takut sebab kebiasaannya kalau dia keluar kelas aku atau papanya dah ada diluar. Balik2 je terus nak tidur dan cakap dia sejuk. Rupa2nya Aqil demam balik... baru je lepas demam sekarangdah demam balik. Lepas makan ubat Aqil terus tidur sampai ke pagi. Makan pun tidak. Kesian anak akuuu... uuhhhuuu...

Cerita Amalia pulak... dah 3 hari tak buang air besar, asyik dok sebut sakit perut... sakit perut... jeee... tapi tak nak meneran. Dia macam takut dan sakit masa nak meneran. Kesian tengok dia... sampai pucat muka. Anak aku ni sembelit... sebelum balik rumah tadi aku singgah farmasi beli ubat melembutkan najis dan melicinkan pengeluaran najis, minyak mestika dan minyak TYT. Sampai jeee... rumah Amalia terus datang pada aku dan cakap sakit perut... sakit perut... nak uuu...uuuk... aku cakap uuu...uuuk laaa... dia tak nak, sakit katanya. Aku terus suruh MIL dan abang masukkan ubat yang aku belikan tadi... aku nak masukkan tak berani dan tak sampai hati tengok Amalia menangis. Lepas MIL masukkan aku dukung Amalia nak baringkan dan betulkan pampers dia... tengok2 dah ada 2 ketul... ehem... ehem... patut la sakit... memang keras. Lega aku tengok Amalia dah uuu...uuuk... Lepas pada tu Amalia terus tersenyum dan main macam biasa walaupun dia ada mengadu sakit lagi, mungkin pedih kot. Aku tahu macam mana perasaan Amalia masa susah nak uuu...uuuk... sebab aku pernah sembelit... memang seksa Tuhan aje yang tahu... dan macam mana rasa lepas dimasukkan ubat (aku pernah dimasukkan ubat tersebut sebelum nak melahirkan Aqil... masih segar diingatan... siap ma masuk teman sekali... sakit nak beranak bercampur sakit nak uuu...uuuk... seksa!!! tapi itu lah pengalaman).
Apa2 pun aku doakan semoga semua ahli keluarga aku sihat, selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.

13 April 2009

Malasnya nak datang keje...

Lama cuti rasa malas nak datang keje. Badan rasa macam tak berapa sihat lagi. Kesian Amalia... mesti dia tak happy hari ni sebab aku takde. Abah masuk wad semalam... aku doakan semoga abah cepat sembuh.

Mengemas

Ahad aktiviti mengemas. Petang kami ke Bintang, ambil gambar pasport untuk buat pasport antarabangsa dan beli barang sikit. Malam anak2 tidur awal dan cuaca pulak hujan lebat.

Family aku datang

Family aku datang dari kampung pada Selasa malam kecuali abah dan Azam tak datang. Abah tak sihat. Azam tak nak datang sebab nak exam... Sampai airport mereka terus stay rumah EG. Petang Khamis mereka semua datang rumah aku. Jumaat kami pergi beli barang buat coklat. Kalau ikutkan hati tak larat dan rasa tak sihat lagi. Malam Ila belajar membuat coklat dengan aku.

Sabtu - Pagi kami ke restoran di Seksyen 7. Lepas makan kami ke Darul Shifa. Sempat berbual2 dan bercerite dengan family aku. Walaupun sekejap terlepas jugak rindu. Dalam pukul 4 Wak datang ambil family aku... mereka akan balik ke Kelantan malam ini, flight pukul 8 malam, naik di Airport Subang. Lepas mereka balik rasa sunyi jeee... Aku, abang dan anak2 pergi makan petang di Seksyen 15. Malam tengok AF.

Tak sihat...

9 & 10 April minggu lepas aku EL... tak sihat badan rasa sengal2, mulut rasa loya dan nak muntah je... dan tak lalu makan. Risau takut denggi. Tapi tak. Nak kata pregnant aku tengah bocor. Mungkin demam aku masih tak kebah dah kesan dari makan ubat kot. Aqil dan Amalia pun belum sihat betul masa tu. Aku doakan semoga kesihatan kami pulih seperti sedia kala dan semakin sehat dan ceria.

08 April 2009

Akan ku kenang jasa mu BEA 9982 (Honda Civic)

Sedih kereta sudah dibeli!!!
Rasa sedih pulak lepas kereta abang ada orang beli. Lebih kurang 7/8 tahun kami menggunakan kereta tersebut. Kereta pertama keluarga kami. Disebabkan abang nak further study jadi terpaksa laaa... kereta honda ni dijual.... Kalau tidak sayang nak jual sebab kereta ni ok tak pernah bagi masalah pada kami dan abang pun selalu jaga/service ikut masa yang ditetapkan dengan baik. Pagi ini hari terakhir kereta ini bersama kami... dan abang akan hantar kepada tuan barunya hari ini di Shah Alam. Harap2 kereta itu ok dan dijaga dengan baik oleh tuan barunya. Aqil pun sedih sebab papanya dah jual kereta yang digunakan untuk menghantarnya ke sekolah setiap hari. Aku sengaja menjengok ke dalam dan pegang kereta honda hari ini untuk kali terakhir. uuuhuuu...sedihnya...

Masih tak sihat

Kalau ikutkan aku masih tak sihat dan tak larat lagi nak datang keje, tapi nak cuti lama nanti tinggal sikit pulak cuti aku. Kena simpan... tambah2 masa abang takde nanti. Kalau apa2 hal aku kena cuti. Masalah pulak nanti... Semoga Tuhan berikan aku kekuatan dan kesihatan yang baik.

Family aku datang

Malam tadi Ma, Ila dan anak2, Bja dan Ami datang sini... fligt delay jam 11.30 malam baru mereka sampai. Wak menjemput mereka semua di LCCT. Mereka bermalam di rumah Eg di Shah Alam. Famili aku ke sini sebab hendak menghantar Ami belajar di CIAST pada 9 April ni sambil2 tu dapat la berjalan2 di KL ni. Semoga semua hepi... aku pun boleh join sama kalau nak ke mana2... tak sabarnya hehehe...

Satu rumah tak sihat...

Pada mulanya Aqil demam dan batuk2, lepas tu berjangkit pulak pada Amalia, aku dan abang. Semuanya demam... aku cuti 2 hari, Aqil dah 3 hari tak ke sekolah. Abang walaupun demam terpaksa pergi keje jugak sebab banyak urusan yang perlu dilakukan sebelum abang ke Australia. Kesian tengok Aqil batuk2... dah lah anak aku ni kurus, demam pulak lagi laaa.... harap2 kami semua cepat sembuh. Batuk niii... memang menyeksakan.... Nasib baik Amalia cepat sembuh dan kurang batuk2. Kesian kalau tengok anak2 tak sihat... mama doakan semoga kite semua cepat sembuh.

Aktiviti 5S di rumah pulak

Hari Ahad baru2 ni aku da suami melakukan aktiviti sisih di rumah. Kami buang semua barang2 yang tak perlu/guna yang telah tersimpan lama di bawah katil... lebih kurang 7 tahun (umur Aqil). Kebanyakannya barang2 aku seperti nota2 zaman belajar, hadiah yang orang bagi, barang2 hiasan yang abang beli di Greece, koleksi mug dan key chain, buku2 abang, beg2 dan macam2 lagi. Kami mulakan aktiviti mengemas tu dari pagi lagi, tapi tak siap2 jugak. Kena sambung balik hujung minggu ni. Kami mula mengemas sebab abang dah nak ke Australia hujung bulan ni... jadi kena buat la apa yang patut... nanti tak lah susah aku nak buat seorang diri. Huhuuuuuu... macam mana lah barang2 tu boleh bertahan sampai 7 tahun kat bawah katil tu... buat menyemak je kan... harap2 kalau dok rumah sendiri nanti takde la macam ni.

05 April 2009

First time buat coklat sendiri

Hari ini aku buat coklat yang aku pelajari minggu lepas. Alhamdulillah jadi. Abang pun tolong sama. Aku cadang nak bagi kawan2, ofismate dan jiran2 cuba (tester). Kalau sesiapa yang suka boleh la order lepas ni. Amboi bisnes aje dalam pikiran aku ni... mana tahu Tuhan nak bagi rezekikan?

03 April 2009

Lamanya...

Dari pagi sampai tengahari aku ada perbincangan prosedur permohonan dan pengeluaran pinjaman Kerajaan Persekutuan. Letih jugak kalau duduk lama2 ni, rasa nak terbakar dah bontot aku ni... Rehat aku ke Bangi... ke Bintang dan ada urusan di Tabung Haji.

02 April 2009

Abang dah nak ke Australia...

Nak kata suka... sedih pun yeee... abang akan ke Universiti Adelaide, Australia hujung bulan ni untuk meneruskan pengajian PhDnya. Akhirnya abang berjaya jugak menyelesaikan masalahnya untuk pergi sambung PhD. Bulan 7 kalau semua masalah dah selesai abang akan balik ambil kami anak-beranak untuk ke sana. Itu pun kalau abang sudah selesai semua keperluan pembelajarannya dan selepas dapat rumah sewa.

Perkara yang paling aku risau ialah Aqil dan Amalia, macam mana la dia orang nanti kalau papanya takde. Lagikan... abang pergi kursus seminggu pun dia orang dah demam, inikan pulak berbulan2. Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat keje aku dok memikirkan hal ini aje. Pening jugak aku dibuatnya. Takpa semoga Tuhan tolong aku dengan permudahkan segala urusan aku dan hubby. Buat permulaan mungkin kami akan rasa susah sebab abang takde... lama2 ok la kot. Aku kena uruskan semua perkara di sini, terutama menjaga Aqil dan Amalia. Aku doakan semuanya berjalan dengan lancar.

01 April 2009

Perasmian 5S

Hari ini perasmian 5S oleh KSP. Semua staf berkumpul di dewan untuk menyaksikan dan berikrar untuk majlis perasmian 5S. Semua staf diwajibkan memakai baju 5S. Lepas perasmian KSP melawat semua bahagian termasuklah BPKA. Semua kelam-kabut membuat persiapan terakhir sebelum KSP datang melawat. Termasuk lah aku yang ditugaskan mengurus bilik diskusi 1 dan 2. Aku terkejar2 dok buat tagging dan labeling. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Lepas KSP ke bahagian lain jamuan makan diadakan. Apa lagi kami semua makan jeee... la. Aku antara orang terawal yang makan. Sebenarnya perut tak terasa lapar,tapi disebabkan semua dah nak makan, aku makan jeee... la. Semua lega lepas KSP datang melawat.
Lepas ni aku rasa, kalau staf tak kekalkan atau menambahbaik keadaan akan berselerak balik. Sementara nak sampai hari persijilan 5S nanti tak tahu la macam mana keadaannya. Sama ada bertambah baik, kekal macam sekarang atau berselerak balik. Tungguuu... dan lihattt...
(gambar akan dimasukkan kemudian)