Hari Ahad baru2 ni aku da suami melakukan aktiviti sisih di rumah. Kami buang semua barang2 yang tak perlu/guna yang telah tersimpan lama di bawah katil... lebih kurang 7 tahun (umur Aqil). Kebanyakannya barang2 aku seperti nota2 zaman belajar, hadiah yang orang bagi, barang2 hiasan yang abang beli di Greece, koleksi mug dan key chain, buku2 abang, beg2 dan macam2 lagi. Kami mulakan aktiviti mengemas tu dari pagi lagi, tapi tak siap2 jugak. Kena sambung balik hujung minggu ni. Kami mula mengemas sebab abang dah nak ke Australia hujung bulan ni... jadi kena buat la apa yang patut... nanti tak lah susah aku nak buat seorang diri. Huhuuuuuu... macam mana lah barang2 tu boleh bertahan sampai 7 tahun kat bawah katil tu... buat menyemak je kan... harap2 kalau dok rumah sendiri nanti takde la macam ni.
No comments:
Post a Comment