27 April 2009

Penerbangan abang ke Australia terpaksa ditunda

Kalau ikutkan abang akan ke Australia pada 27/4/09 flight jam 9.50 malam, tetapi terpaksa ditunda sebab visa abang belum siap. Abang bukan main kalut dan pagi2 lagi terpaksa pergi Kedutaan Australia bertanyakan tentang visa tersebut dan call/emel situ sini. Letih aku menengoknya. Aku pergi UKM settlekan keje aku. Abang risau sangat sebab dia kena lapor diri 30/4 di Universiti Adelaide, tetapi setelah berbincang dengan Universiti Adelaide abang boleh lapor diri selewat2nya sebelum 6/5. Abang lega sangat lepas dapat keputusan ini dan baru boleh tersenyum dan makan. Jadi abang terpaksa tunda penerbangan ke Australia. Aqil yang dah lama bersedih sebab papanya dah nak pergi tiba2 tersenyum dan baru nak main. Happy sebab papa dia tak jadi pergi lagi. Petang abang belanja kami semua makan pizza hurt di Bintang. Aku belikan selipar baru untuk Amalia, dia cakap "cantiknya selipar... mama beli...". Siap bawa masuk pakai dalam rumah.

No comments:

Post a Comment