Ahad kami mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sempena abang nak ke Australia. Abang niat sembelih kambing kalau dapat further study (PhD). Makanan kami tempah je... iaitu :
- nasi/roti
- kari kambing (tukang masak import dari Thailand)
- daging kerutuk
- ayam goreng rempah
- acar mentah
- kacang goreng+hati +pedal ayam
- ikan kering
- sambal belacan
- buah (oren, epal + tembikai)
- puding caramel (aku buat sendiri)
- air oren + teh o panas
Ramai tetamu yang datang. Antara kawan aku yang datang Yatei, Hajar, Ning, Nana, Fiza dan ramai lagi. Kawan2 abang pun ramai yang datang. Jiran2 semua datang. Masing2 terkejut tahu abang nak pergi Australia. Malam buat sembahyang hajat. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi datang dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.
Amalia happy ramai orang datang dan dia sibuk dok ulang minum air jeee... al-maklum laaa... air batu... memang her favourite. Aqil sejak dua menjak ni sedih jeee... sebab papa dia nak pergi Australia. Masa berdoa lepas sembahyang hajat mengalir air mata dia. Kesian pulak anak aku ni. Abang pun sedih tengok Aqil. Aqil memang rapat dan manja dengan abang. Moga Aqil dapat menyesuaikan diri masa papanya tiada nanti.
Syukur majlis berjalan lancar. Sory gambarnya takde.
No comments:
Post a Comment