17 May 2012

Happy Teacher's Day


Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru2...  

Semoga setiap pengorbanan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.

13 May 2012

Happy Mother's Day

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2... teristimewa buat MA tersayang.

05 May 2012

Garage sale lagiii...




Hari ni kami buat garage sale... ini kali ke3 kami buat garage sale semenjak dok sini. Banyak jugak barang2 yang nak dijual. Kawan2 terdekat pun ada tumpang menjual barang2 di garage sale kami. At least clear sikit barang2 kat rumah masing2.

Mana2 barang yang kami rasa tak laku dan takan dibeli kami donate aje pada Salvos. Malas dah nak simpan dalam garage... menyemak aje. Kalau boleh nak clearkan garage tu... nak balik nanti tak payah dah nak pening kepala. Rasanya sebelum balik for good nanti kena buat sekali lagi garage sale... moving garage sale pulak.

Bila nak datang mood niiii...

Lamanya tak update blog... bila la mood nak update blog ni nak datang huhhhhh... Nampak gayanya banyak cite tertangguh la lepas ni....

19 April 2012

Kuih biji/butir nangka

Dah lama teringin nak makan kuih biji/butir nangka ni... hari ni baru menjadi untuk membuatnya. Biasenya kalau di Malaysia kuih ni orang jual masa bulan puase je terutamanya di Kelantan. Di negeri lain Zie tak pasti ada atau tidak kuih ni... rasanya ini kuih tradisi negeri Kelantan. Kalau terlintas dipikiran nak makan kuih ni terus teringat makcik di Pasar Ramadhan di kampung Zie... memang sedap sangat dia buat. Wajib beli... boleh dikatakan kuih wajib beli untuk berbuka. Nak buat kuih ni bukannya susah sangat pun... mula2 kite buat adunan tepungnya. Kemudian dikuti oleh kuahnya.

Bahan2 untuk adunan tepung:

4 cawan tepung pulut
Air daun pandan/paste pandan
Sedikit kapur makan
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau

Cara membuatnya:
1. Masukkan air pandan ke dalam mangkuk, masukkan kapur, garam dan pewarna hijau.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit... uli sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan.
3. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel... bila masak ia akan timbul, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air.

Bahan untuk kuah:

2 cawan santan (nak kuah banyak tambah santan)
Gula/brown sugar secukupnya
1 sudu besar halba
Daun pandan
Sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak hingga mendidih
2. Bila dah siap boleh lah masukkan butir nangka tadi ke dalam kuahnya. Sedia untuk dihidang... senangkan.

13 April 2012

Ayam percik goreng

Dah lama rasanya tak cite pasal masakan di dapur Zie yer... maklum lah sejak dua menjak ni malas nak update blog sebab laktop Zie buat hal. Ni pun guna laktop hubby yang jugak macam bermasalah... slow semacam aje, tension je rasa setiap kali nak update blog atau nak berFB (mula la berangan2 nak beli laktop lain... mimpi aje laaa... tapi kalau dapat beli bateri baru pun ok kot). Memandangkan ada permintaan resepi ayam goreng percik terpaksa lah jugak Zie mengupdate blog kali ini.

Hari ini mood nak masak terlebih sikit... pagi tadi buat chocolate moist cake sebab Amalia nak makan (resepi nanti Zie update dalam N3 lain yer...). Lepas masak kek Zie masak untuk lunch pulak. Ayam memang dari pagi lagi dah terendam dalam sink tapi tak tahu nak masak apa. Akhirnya Zie masak tomyam dan ayam goreng percik ni.

Tak sangka la pulak ayam goreng percik ni memang sedap dan senang sangat nak membuatnya. Kepada sesiapa yang berhajat nak try resepi ni boleh la ikut resepi di bawah ni...

Bahan2nya:

Ayam - letak garam kunyit
2 sudu besar cili kisar (Zie letak cili api sikit)
Santan - ikut suka, kalau nak kuah lebih letak banyak
2 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya

Bahan2 Kisar:
2 biji bawang kuning
4 ulas bawang putih
1 sudu teh paste halia (kalau guna halia hidup lagi best rasanya)
1 sudu teh kunyit serbuk
2 batang serai - titik atau hiris halus

Cara membuatnya:
1. Goreng ayam hingga garing.
2. Tumis bahan kisar... masukkan cili, masakkan kejap.
3. Kemudian masukkan santan... masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, asam keping dan bahan perasa. Masak hingga kuahnya pekat. Siap...

Memang sedap resepi ni... tak payah susah2 nak bakar ayam tu, cepatkan keje dan cepat dimakan. Lepas ni nak buat untuk makan dengan nasi kerabu la pulak... mesti sedappp... Selamat mencuba!


02 April 2012

Dah lama tak ke sini...


Lepas ke Street Market kami terus ke city. Untuk tahun 2012, ini lah kali pertama kami ke city... kali terakhir ke city kami pergi masa boxing day hari tu. Maklum lah hubby makin busy dengan studynya dan lagi pun kalau takde tujuan memang kami tak pergi ke city ni. Pergi kali ni pun sebab Aqil dan Amalia teringin nak pergi sebab dah lama tak pergi... mamanya pun sama. Bukan nak shopping apa pun just jalan2 cuci mata je.

Kapal Titanic...


Makan time... laju aje sekali-sekala kalau dapat makan di luar.

Sebelum balik kami lepak2 dulu di tepi sungai... terisi sudah aktiviti weekend kali ini.

01 April 2012

Tak sangka jumpa di Street Market ni...

Weekend kali ini kami ke city... maklumlah dah lama jugak kami tak ke city. Biasenya hari Ahad kami dok rumah aje atau jalan dekat2 rumah aje. Ramai geng2 Adelaide ke Sunday Market kalau hari Ahad, kami memang jarang sangat ke sana... maklumlah jauh. Teringin jugak nak pergi lagi tapi entah lah tak tahu bila... tambah2 sekarang hubby busy dan weekend pun terpaksa ke Uni. On the way ke city kami singgah di Street Market ni.

Tak banyak gerai jualan tapi ok la sebab di sini Zie jumpa satu barang yang menjadi kegilaan sesetengah wanita di Adelaide ni, malah ada jugak kaum bapak yang obsessed dengan benda alah ni. Rezeki nak jumpa di sini... Zie tak mencari pun, kalau jumpa yer... kalau tak jumpa takpa. Barang itu dijual oleh penjual barang2 antik... maklumlah benda lama tetapi cantik dan fungsinya, sebab tu la ramai yang menyukainya. Lain kali Zie tunjuk barang tu yer...

Aqil dan Amalia sabar menunggu mamanya membeli...


Tengok ni semuanya barang2 pelik je dan kebanyakan barang2 lama... walaupun lama, harganya boleh tahan jugak. Syok jugak sekali-sekala datang tempat macam ni, kite boleh tengok macam2 jenis barang yang belum pernah ditengok sebelum ni. Ralik jugak dibuatnya...