16 November 2012

corak coret Aidiladha 2012

Aidiladha baru2 ni kami meraikannya secara ala kadar aje... Kali ni Zie bertekad untuk bersembahyang raya di Masjid. Maklumlah kalau raya puasa selalunya Zie u***. Segala persiapan seperti makanan dan iron baju Zie settlekan awal2 lagi... bukan apa risau kalau2 terlewat untuk ke masjid. Aqil dan Amalia pun excited hendak sembahyang raya di Masjid Wandana ni... masjid ni masjid terdekat dengan rumah kami. Pelbagai bangsa Zie dapat tengok yang datang bersembahyang di masjid ini... pelbagai rupa dan gaya. Semuanya bergembira meraikan Aidiladha ini. Kalau ikutkan hari ini hari persekolahan tetapi hubby minta cuti supaya Aqil dan Amalia dapat meraikan Aidiladha ini.

Hidangan di pagi raya Zie hanya sediakan rendang, nasi himpit, sate, kuah kacang dan kek masam manis. Kali ini sate Zie menjadi... jangan tak percaya sedap tau... Resepinya Zie akan update diN3 selepas ini. Seperti hari2 raya sebelum ini Surah dan famili lah yang akan menjadi tetamu pertama kami... maklumlah di perantauan... kawan2 rapat lah yang akan menghidupkan suasana... terubat la sikit rasa rindu pada famili di kampung halaman.

Najwa dan famili jugak datang beraya ke rumah kami. Tengok gambar di bawah tu... siang2 hari Aqil dan Amalia bermain bungapi... hentam la labu... siang pun siang laaaa.... Tengahari Zie pulak beraya ke rumah Najwa. 

Petang kami semua beraya dan berkumpul di rumah Surah. Kami selalu je berkumpul di rumah Surah ni sebabnya backyardnya luas... puashati anak2 dapat bermain. Anak2 sibuk bermain di luar, kaum ibu dan bapa pulak berborak aje kejenya... macam2 topik dibincangkan... Sambil berborak sambil menjamu selera. Makanan kami masing2 bawak potluck. Pelbagai makanan ada... Zie just bawak lontong aje... tuan rumah buat laksa dan sup gear box. Kekenyangan sungguh kami dibuatnya.

 

Hari raya ke 2 Zie jemput kawan2 terdekat datang beraya di rumah. Masak simple2 je... rendang ketupat tu memang wajib la. Selain tu Zie masak sate goreng, singgang daging, kerabu sayur dan ikan kering. Kepada tetamu yang hadir Zie mohon maaf sangat2 sebab ada yang terpaksa duduk di ruang tamu yang penuh dengan kotak2.

 
Hari raya ke 3 kami dijemput oleh Liza ke rumahnya. Memang ramai tetamu yang hadir. Sungguh meriah suasana di rumah Liza masa tu... walaupun cuaca agak panas kami tak terasa, masing2 enak menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan dan jugak potluck. Zie bawak laksam aje...

 
Petangnya pulak kami beraya ke rumah Ummi dan Ery... memang kekenyangan sungguh kami beraya hari ni. Rasanya raya haji kali ini paling meriah daripada tahun2 sebelum ini. Semoga pengalaman beraya di perantauan ni akan menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment