31 October 2010

6 bulan di Adelaide... rutin harian


Pejam celik pejam celik dah genap 6 bulan kami di Adelaide, kejap je rasa masa berlalu. Banyak perkara dan pengalaman baru yang kami dapat di bumi Adelaide ni walaupun 6 bulan berada di sini.

Perkembangan aku di sini, biase2 aje... menjadi fulltime housewife yang sentiasa ada aje xtvt yang hendak dilakukan. Rutin harian aku setiap hari memasak, mengemas, membasuh (2 kali seminggu) dan yang paling best banyak masa melayan FB dan blog (itu pun kalau Yaya tak layan youtube dan games2nya). Masa aku banyak bersama Yaya... so kena la layan aje karenah Yaya yang comey ni... Setiap hari ada aje permintaan Yaya nak masak itu ini... maybe Yaya pun terasa bosan sebab itu la dia ajak aku make sesuatu. Yaya suka betul kalau bab2 buat kuih yang perlu menguli atau mengacau. Hepi dia kalau dapat buat... kalau boleh tiap2 hari Yaya nak suruh buat. Time rajin aku buat la apa2 yang Yaya nak.

Kadang2 terasa jugak bosan kalau tak buat apa2... itu yang aku selalu nak cuba masak itu ini dan kalau rajin aku suka mendeko rumah (deko biase2 je... kena tengok mood jugak, kalau mood ok rasa nak mengemas je...). Ada anak2 ni biase la kite mengemas kejap... lepas tu berselerak balik.

Kalau terasa nak ke library aku dan Yaya ke library... at least Yaya pun boleh belajar sesuatu di library. Kalau nak berjalan ke tempat lain sendiri dengan Yaya tak berapa berani lagi...

Dalam pukul 3.30 petang lepas hubby dan Aqil balik layan makan minum mereka. Lewat petang turn hubby pulak layan Aqil dan Yaya main di park atau main di belakang rumah je. Aku layan la internet atau buat apa yang patut.

Malam pulak sebelum Maghrib kami akan dinner, kadang2 makan makanan ringan je sebab hubby selalunya dah taknak makan nasi. Malam pukul 9/10 kami dah tido (kalau mata tak mengantuk aku layan FB, chat dengan kengkawan and adik-beradik di Malaysia). Sekarang malam rasa pendek je... cepat je rasa dah siang. So rutin asal kembali setiap hari. Itu la xtvt aku kat sini.

Kalau weekend lain la... pagi Sabtu biasenya kami ke GS (xtvt paling best kat sini, syoknyaaaaa... GS!!!, itu pun kalau dapat barang yang aku nak, elok dan murah). Weekend juga masa untuk kami pergi beli barang2 dapur sama ada di Coles, Afgan (halal butcher tempat beli ayam dan daging) atau Asian Groceries (tempat beli rempah ratus dan makanan dari Malaysia/Asian). Selain itu weekend juga time kami nak berjalan di tempat2 menarik di bumi Adelaide ni. Weekend juga la time kami nak jumpa kengkawan sama ada jemput mereka ke rumah, plan jumpa di park atau berkonvoi ke sesuatu destinasi menarik di sini atau kami akan ke rumah kawan2, kalau ada jemputan.

Rutin hubby pulak... hubby sentiasa busy dengan studynya dan setiap hari akan ke Uni. Petang dan malam masa hubby banyak dihabiskan untuk melayan Aqil dan Yaya. Walaupun busy hubby tetap ada masa melayan karenah kami terutamanya pada hujung minggu. Aku sentiasa mendoakan kejayaan hubby, semoga Tuhan permudahkan segala urusan hubby membuat PhDnya.

Rutin Aqil pulak setiap hari Aqil akan ke sekolah dari jam 8.15 hingga 3.30 petang (semenjak Aqil naik Van sekolah). Kalau sebelum ni pukul 8.30 pagi hubby akan hantar Aqil ke sekolah dan jam 3 petang hubby akan ambil Aqil sekiranya pulang awal dari Uni. Kalau tidak aku dan Yaya la yang akan pergi ambil Aqil di sekolah. Sekarang Aqil dah naik Van jadi aku dengan Yaya atau hubby akan tunggu depan rumah je la.

Biasenya balik dari sekolah ada aje cerite Aqil nak cerite pada kami. So dengar je la... lepas tu baru la Aqil makan sambil layan cite karton di TV atau main games. Dalam jam 5.30 atau 6.00 petang hubby akan layan Aqil dan Yaya main di belakang rumah. (bergantung pada cuaca, kalau sejuk layan main dalam rumah je la... macam2 mainan... main monopoly, scrabble, snooker, melukis/mewarna, games dan macam2 lagi). Aqil biase la suka main bola sepak... Yaya pulak main buai atau main pondok2/baby2/jual2 sorang2 dia. Ada timenya Yaya nak main bola sepak jugak dengan papa dan Aqil. Time ni la nak berebut nak suruh papa layan masing2. Malam lepas sembahyang dan mengaji Aqil akan baca buku yang teacher bagi di sekolah (buat makluman semua sejak sekolah sini Aqil tak pernah ada homework macam masa sekolah di Bangi dulu yang everyday bertimbun dengan homework). Sekolah sini relaks je... tetapi kadang2 aku dan hubby risau jugak sebab takut Aqil ketinggalan, terutamanya masa balik sekolah di Malaysia nanti. InsyaAllah semua ok. Lepas membaca Aqil tengok TV dan pukul 10 dah kena tido. Hujung minggu Aqil boleh la tido lewat.

Rutin Yaya pulak... Yaya ni memang jenis yang bangun pagi. Kadang2 dia yang bangun dulu dari kami. Pagi biasenya Yaya layan karton, video/DVD/youtube dan games. Selain itu kalau dia nak buat kuih/kek... kena la aku buat dan dia pun buat sama. Yaya sentiasa di depan mata aku... aku layan aje kehendak dia. Sama aje xtvt kami berdua ni... Kalau aku memasak dia layan xtvt2 dia mewarna, melukis, tengok karton, main mainan dan macam2 lagi. Yang penting kena ikut kehendak dia, kalau tidak menangis. Kalau hubby dan Aqil balik Yaya hepi la sebab ada orang nak layan dan main dengan dia. Malam pulak kalau Yaya tak tido siang... Maghrib Yaya dah tido.

Ini la serba ringkas rutin kehidupan aku dan famili semenjak datang ke sini. Pahit manis kami akan sentiasa bersama. Semoga Tuhan memberi kebahagiaan, kesihatan yang baik, permudahkan segala urusan dan jauhi kami dari kesusahan. Semoga kehidupan kami mendapat keredhaan dan keberkatan olehNya. Amin.

Cili kisar tahan lama

Potong cili dan rebus. Masa nak blender masukkan garam dan 1 sudu besar minyak masak (supaya biji cili senang hancur). Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti.

30 October 2010

Majlis menyambut menantu

Majlis menyambut menantu berlangsug hari ini di kampung Yura di Segamat. Tak ramai yang dapat menghadiri kenduri ni sebab sekarang bukan cuti sekolah. Yang tak dapat hadir of course la aku dan famili sebab jauh. Ila dan famili pulak tak dapat hadir sebab Ila tengah sarat mengandung dan anak2nya sekolah dan Azam adik bongsu aku pun tak pergi sebab sekolah. Takpa walaupun kami tak dapat memeriahkan majlis Wak ni, kami dari jauh sentiasa mendoakan kebahagiaan Wak and wife. Akhirnya abang sulung kami ni terbuka jugak hatinya untuk mendirikan rumahtangga pada 29 Julai 2010. Moga2 lepas ni cepat2 dapat anak pulak.

Ni masa majlis akad nikah di Shah Alam pada 29 Julai 2010.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Wak and wife... moga bahagia sokmooo...

Wak (nama sebenar abang aku ni Murad tapi sejak dari kecil kami semua panggil dia Wak, so panggillan tu melekat la hingga ke hari ini) and wife, Yura. Pic ni masa majlis di Segamat.

Wak dan ma... I miss you ma... Bja beritahu Wak menangis masa majlis angkat nikah dan masa majlis menyambut menantu ni sebab teringat pada arwah abah. Kami pun sentiasa merindui arwah abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah abah dan arwah kak Nora. Al-fatihah. Untuk Wak and wife, Yura semoga rumahtangga kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.

29 October 2010

Puding Caramel

Yaya nak makan kuih telur... so kena la buat puding caramel niii...

Puding Caramel

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 cawan air
1 sb tepung jagung/kastard
aisin vanila

1 senduk gula untuk buat gula hangus

Cara membuatnya:
1. Campur semua bahan - ketepikan.
2. Masak gula hangus (kalau nak senang masak dalam bekas untuk bakar/kukus puding terus)
3. Tuang 1 dalam 2, kukus/bakar 30 minit.

*sebenarnya aku ada banyak resepi untuk buat puding caramel ni... tapi yang ni paling simpel and jimat kos.

28 October 2010

Kali pertama shipping

Ramai la pulak tahu kami nak balik Januari next year. So masing2 berminat untuk kirim barang pada kami, terutamanya barang dapur. Nak bawa balik dengan kapalterbang memang tak boleh... sebab melebihi had. Kalau dengan kapalterbang setiap orang boleh bawa barang sebanyak 20kg je... so nak tak nak kami kena la shipping barang2 yang dikirim.

Tugas hubby la untuk melabel semua kotak2... aku just masukkan barang2 dalam kotak dan susun betul2 supaya tidak pecah... hubby pun banyak membantu sebab susah nak angkat kalau yang berat2. Nak shipping ni pun bukan senang, nak kena pastikan barang2 yang disusun betul2 kemas dan tak berlanggar sesama mereka sebab takut mudah pecah. So kami terpaksa bukak kotak dan sumbat kertas atau kain supaya betul2 ok dan tiada ruang yang boleh menyebabkan barang2 berlanggar terutamanya barang2 kaca. Kotak pun kena pastikan betul2 tebal dan elok supaya tidak timbul masalah terkoyak masa shipping nanti.

Yaya pun sibuk nak tolong papa dia...

Kali ni aku shippingkan semua barang ni ke rumah kawanku, Ain di Putrajaya. Terima kasih Ain kerana bagi tumpang barang2 ni... jasa mu akan ku kenang. Sory la lama barang ni kena dok rumah Ain... Januari nanti baru Kak Zie ambik tau.

Semua ada 16 kotak... semoga barang2 aku ni tak rosak dan selamat sampai. Lepas ni memang kena cari kotak yang elok2 di shopping kompleks atau di kedai2... kena mintak dengan pekerjanya dan kumpul sikit2... kalau time nak shipping senang. Harap2 semuanya selamat.

27 October 2010

Jagung Manis

Terasa nak makan jagung dalam cup macam yang dijual di pasar malam atau shopping complex di Malaysia. Jadi lepas jagung direbus... aku hiris jagung dan campur bahan2 yang diperlukan supaya jadi jagung manis yang macam di Malaysia tu...



Jagung Manis

Bahan-bahan:

2 cawan isi jagung yang sudah direbus
2 sb butter/majerin
2 sb susu pekat
sedikit garam

Cara membuatnya:

Campur semua bahan, kacau dan siap untuk dimakan.
Sedap dimakan masa jagung panas2. Senang je masukkan isi jagung dalam microwave. Panaskan dalam 3 minit, lepas tu campurkan semua bahan, kacau... siap.

Nasi Tomato

Tak tahu nak masak lauk apa hari ni... tiba2 muncul idea nak buat nasi tomato. Aku memang tak pernah buat nasi tomato sendiri. Ini la cubaan pertama aku. Alhamdulillah sedap la jugak. Resepinya memang dah lama cari dan disimpan dalam koleksi resepi aku... hari ni baru berjaya nak membuatnya...


Nasi tomato

Bahan-Bahan:

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/b minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup, biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Hidangkan bersama ayam masak merah, ayam masak kurma dan acar/dalca.


24 October 2010

Semaphore Beach

Sebelum kami balik kami singgah berpicnic di Semaphore Beach. Hepi Aqil dan Yaya dapat bermain di park dengan kawan2.














Lamanya tak makan ikan fresh...

Hari ni kami bersama famili Gina dan famili Syura ke Torrens Island. Asalnya Gina yang ajak kami ke sini sebab sebelum ni Gina pernah ke sini. Kami dan famili Syura first time datang ke tempat ini. Tujuan utama kami datang ke sini ialah untuk membeli ikan fresh...










Ini la antara ikan yang kami beli... entah ikan apa entah, tomei rasanya (betul ke tak...) dan ikan ala2 ikan merah kalau di Malaysia dan 3 ekor ketam. Ikan pulak kami beli 3 kg... jenuh aku nak menyiangnya. Ikan yang dijual pelik2 dan takde pun ikan yang sama macam di Malaysia. Rasanya aku tak boleh makan ikan2 ni... tapi aku nak cuba buat kuah laksa mana tahu boleh makan. Aku memang memilih sikit kalau bab2 nak makan ikan ni... malah di Malaysia pun ikan2 tertentu je yang aku makan.

22 October 2010

Apam balik

Dah lama teringin nak makan apam balik. Akhirnya hari ni baru dapat buat...




Hepi Aqil dan Yaya dapat makan apam balik. Yaya siap cakap "macam di Malaysia la mama". Aqil pulak cakap "macam yang orang jual di pasar malam la mama". Alhamdulillah first try terus menjadi.

Apam Balik (sumber jeni.resepi.net)

Bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuatnya

  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
  2. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
  3. Panaskan pan ‘non stik’ tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
  4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
  5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
  6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Apam Balik 2 (sumber Rini)

Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :

1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum dicampur dengan 1/2 sudu kecil Baking Powder.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.