03 October 2010

Toy Factory

Semua sudah kekenyangan dan kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu di Toy Factory. Kebanyakan barang2 di sini dibuat daripada kayu. Cantik dan harga boleh tahan jugak mahalnya. Banyak benda yang berkenan dihati tapi pikirkan harganya yang mahal tu terpaksa la lupakan niat nak membelinya. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh datang lagi dan beli apa yang berkenan.


Mainan memang banyak tapi Aqil tak berkenan pulak... maybe sebab diperbuat daripada kayu. Aqil peminat setia Hotwheel...



Yaya pun sama... dah dapat makan ais krim tak kisah la pasal mainan yang ada jual di sini... bagus jugak kalau tidak melayang duit papa nanti...

Mesin jahit kayu... cantik ni kalau untuk hiasan...


Hubby dan Aqil naik atas kuda besar ni... $2 seorang. Aku dan Yaya taknak naik coz nampak macam tinggi je...

Hubby, Aqil & Danish... hubby cakap gayat jugak rasa masa dok atas ni. Takpa la bila lagi nak naik. Alang2 datang try la...

No comments:

Post a Comment