04 October 2010

Kepok Ganu

Kalau di Malaysia rumah kami memang tak putus dengan keropok. Stok memang sentiasa ada terutama keropok Terengganu. Kami memang suka makan keropok ni. Disebabkan Aqil dan Yaya teringin sangat nak makan keropok hubby terpaksa kirim pada membernya supaya belikan semasa mereka balik ke Malaysia. Disebabkan dah lama tak makan keropok ni masing2 tak sabar nak suruh mama masak. Lepas goreng sekelip mata je dah habis. Sebungkus boleh habis dalam masa sehari je... memang betul la anak2 mama ni teringin sangat nak makan keropok made in Terengganu ni.

Dah la ada 2 bungkus je. So yang sebungkus lagi tu mesti tak bertahan lama jugak aku rasa. Nak kirim banyak2 pun nanti menyusahkan orang pulak. Mereka pun nak bawa banyak barang keperluan mereka. Takpa nanti kite balik Malaysia kite bawak banyak2... harap2 lepas la... Nak suruh orang di Malaysia pos pun takut menyusahkan, sabar je la ye anak2 mama. Makan je la yang mana ada.

Satu bekas ni sekejap je dah habis... bukan Aqil dan Yaya je yang suka makan. Mama dan papa mereka pun suka sangat keropok ni. Tapi makan sikit je la... kesian pada Aqil dan Yaya... kalau habis mengamuk pulak nanti, Rasanya macam aku boleh je buat sendiri keropok ni atau keropok lekor tapi tak pasti ikan apa yang sesuai dan sedap di sini. Maybe suatu hari nanti nak kena cuba buat jugak.

Mak aiii... macam kebuluran pulak anak2 mama ni... ni mesti papa yang suruh buat aksi macam ni. Nampak sangat lama tak makan keropok ni.

Makan la elok2 sikit... macam ni kan baru bagus...

Yang ni masa bungkusan ke2 yang last la kiranya... memang puas hati Aqil dan Yaya sebab akhirnya dapat makan keropok jugak. Takpa dah tak lama lagi kite nak balik Malaysia boleh makan puas2. Kalau kite jadi pergi kenduri kawin Adik Untie Gina kite singgah di Tanjung Lumpur atau Terengganu kite beli banyak2 dan makan la keropok sepuas2nya.... emmmmmmm... sedapnya...

No comments:

Post a Comment