08 October 2010

Library lagi...

Aqil cuti sekolah hari ni sebab semua teacher ada kursus... Seronok betul student sini kalau guru2 ada kursus siap dapat cuti lagi. Kalau di Malaysia takde rasanya, kalau cuti mesti kena ganti sekolah hari Sabtu ada la kot. Bosan dok rumah Aqil dan Yaya ajak aku ke library... awal2 lagi Aqil dah bangun dan bersiap nak ke library. Yaya pun sama.

Sementara tunggu story telling.. Aqil dan Yaya mewarna dulu.

Jumpa Najwa dan Wafaa... kami sama2 sampai di library. Wafaa memang selalu datang di library ni.

Activities today to make an elephant dengan kertas ... sambil2 tu boleh dengar cerita dari librarian.

Elephant Aqil was raedy, waiting nak pasang hidung je...

Well done...

Well done to you too Yaya...

Lepas make elephant main2 di Toy Library pulak...


Aqil dok cari buku spiderman... nak borrow katanya...

Aku pulak suka bahagian majalah... macam2 majalah ada, syoknyaaa... siap boleh pinjam. Aku suka baca majalah pasal deco mendeco terutama Home Better dan banyak lagi... kalau jumpa di GS pun aku beli. Bukan apa suka tengok rumah2 orang putih yang cantik2... lepas tu mula la berangan. Takpa mana tahu ada rezeki boleh hias rumah macam dalam majalah ni suatu hari nanti... he3...

Aqil pinjam DVD, padahal DVD dan Video tape berlambak di rumah yang semuanya tak sempat tengok lagi...

Buku2 yang Aqil pinjam... larat ke nak baca semua ni...

Ni yang Yaya pinjam... nak pinjam banyak2 nanti takut terkoyak pulak. Buku ni takpa sebab guna kertas tebal.

Balik rumah sambung mewarna pulak...

Ini la aktiviti Aqil dan Yaya masa dok rumah selain dari main mainan, tengok DVD/Video dan main belakang rumah.

No comments:

Post a Comment