30 January 2009

Jalan pintas

Hari ini aku lalu jalan pintas nak ke Putrajaya. Sebelum ni aku dok tertanya2 kenapa orang lalu jalan tu mesti ada jalan pintas nak ke Putrajaya niii... Jumaat lepas aku dah lalu tapi aku tengok macam jalan mati je... jadi aku pusing balik, takut jugak masa tu orang sembahyang Jumaat sunyi je jalan tuuu... Tapi hari ni aku lalu pagi, iaitu masa orang ramai lalu... akhirnya berjaya jugak aku mengetahui memang ada jalan pintas... Lepas ni jimat laaa... masa dan minyak sikit.
Rehat balik rumah, sebelum itu singgah bintang beli barang dapur sikit. Setiap Jumaat aku kena balik rumah untuk hantar Aqil ke sekolah, sebab Zohor masuk waktu lambat sekarang. Abang tak sempat nak hantar Aqil. Amalia macam biasa hendak ikut aku hantar Aqil ke sekolah, lepas tu beli aiskrim untuk pujuk dia supaya jangan menangis dan tidak mengikut aku pergi kerja.

29 January 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kementerian Kewangan

Hari ini En. Zawawi panggil aku, tiba2 aje dia suruh aku hadir mesyuarat JPK menggantikan Adlina yang cuti (EL) hari ini. Mesyuarat itu bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, lamanya kata hati ku. Risau jugak, aku bukannya tahu langsung pasal JPK. Buatnya di tanya macam2 perkara nanti macam mana?. Tapi mesyuarat berjalan lancar, bila pengerusi ajukan soalan aku cakap aku wakil orang dan maklumat yang diminta oleh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian. Nasib baik tiada masalah bagi aku, semua berjalan lancar. Mesyuarat dihadiri oleh wakil setiap bahagian di MOF dan agensi luar seperti Kastam, EPU, ICU, LHDN, LADA, JKR dan lain-lain.

EL

Semalam aku EL sebab Amalia cirit birit, dah sederet habis pampers dia, berbelas-belas kali dia cirit. Mungkin sebab dia makan buah limau masam. Hari ini pun masih lagi, aku call rumah, MIL cakap dah 3 kali pagi ni. Pampers habis tak kisah tapi kesian pada dia, takut letih dan pedih.... Semalam aku dah bagi dia minum teh kelat tapi tak berkesan jugak. Takan laaa... sebab buah limau sampai begitu sekali, nak kata sebab makanan dia jenis yang tak suka makan nasi atau benda2 lain... asyik menyusu je. Susu pun aku buat cara yang betul dah. Nak kata beralih bulan, Amalia dah besar... mungkin cacing kot. Tengok la macam mana kalau petang ni masih cirit lagi kena bawa pergi klinik. Kesian jugak dia... tapi walaupun cirit birit Amalia tetap aktif dan menghiburkan macam biasa. Cayang Amalia!

28 January 2009

Desa Water Park

Kami sekeluarga ke Desa Water Park. Seronok Aqil dan Amalia bermain air.

27 January 2009

Cuti Raya Cina
















Kami ke Metro Point, Kajang. Aqil nak tengok tarian singa tapi tiada. Kami jalan2 dan makan2 je laaa... di Kenny Rogers.

25 January 2009

Takde tempat lain ke?

Ke Alamanda lagiii... beli barang dapur. Bawa Aqil jalan2. Amalia tak ikut, dia tidur. Kami balik Amalia baru bangun.

Balik kampung

Bestnya kalau dapat balik kampung masa cuti lama macam minggu ni. Ramai orang mengambil kesempatan cuti raya cina untuk pulang ke kampung masing2. Tapi aku tak balik kampung dok Bangi je laaa.... Pagi pergi breakfast di seksyen 7. Tengahari aku masak nasi ayam.
Petang aku dan keluarga ke kedai tupperware di Semenyih... aku membeli beberapa lagi bekas untuk kegunaan di rumah. Senang jeee... nak beli barang lepas jadi ahli tupperware, kalau tidak susah tak tahu nak beli dengan siapa. Kepada sesiapa yang berminat nak membeli barangan tupperware boleh hubungi aku...
Lepas itu kami ke taman putra, selera putra dan taman warisan... macam dah boring je pergi tempat2 ini tapi nak buat macam mana Aqil dan Amalia nak pergi berjalan2 kat situ.

23 January 2009

Cite hari ini

Hari ini aku balik rumah masa rehat untuk menghantar Aqil ke sekolah kerana abang habis sembahyang lambat memandangkan waktu Zohor lewat sekarang. Risau Aqil masuk kelas lewat, jadi terpaksalah aku balik rumah.
3 petang lawatan ke BPP untuk melihat keadaan ofis dari semua sudut untuk persediaan 5S di Perbendaharaan.

22 January 2009

Jamuan Bulanan dan Jamuan Hari Jadi

Bahagian aku BPKA mengadakan majlis jamuan bulanan dan jamuan hari jadi untuk pegawai-pegawai yang dilahirkan pada bulan November 08, Disember 08 dan Januari 09. Termasuk aku la tuuu... 4 Januari 2009. Siap ada potong2 kek lagi. Makanan biase2 je...

Mesyuarat 5S

Hari ini aku diwakilkan untuk menghadiri mesyuarat '5S' di BSWP. Ini merupakan kali pertama aku kena pergi mesyuarat di bahagian lain dan berjumpa dengan wakil pegawai dari semua bahagian. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Bukhari atau lebih dikenali sebagai En. Bob. Macam best jugak boleh join this group. Boleh berkenal-kenalan dengan pegawai2 dari bahagian lain. Ada jugak dari pegawai kontrak MOF (yang sudah aku kenal).

21 January 2009

Dah settle satu kerja... just buat memo je. Petang mesyuarat "5S".

Cite hari ini...

Amalia bangun awal hari ini... pagi2 lagi dah nak tengok tv. Dah la malam tidur lewat... bangun awal. Aqil dah semakin seronok ke sekolah, sebab dah mula belajar dan ada kawan.

20 January 2009

Kerja...

Aku masih dikekalkan di unit pentadbiran kot...senyap aje. Ain PTD baru masuk itu telah ditempatkan di unit Badan Berkanun, menggantikan tempat Munawwir. Aku stay sini je la kot. Bos pun tak kata apa. Pagi tadi dia masih bagi kerja pentadbiran pada aku. Tunggu je la... kalau kena tukar, aku turut perintah je.

Betul ke aku nak ditukar ke unit lain niii...???

Hari tu bos aku kata aku akan ditukarkan ke unit lain, tapi senyappp... je... Tanya bos semalam, dia kata tunggu dulu... bosan betul la macam ni...

19 January 2009

Hari ini ada satu tugasan je pagi tadi.
Rehat ke Alamanda... Petang takde kerja, nak hilangkan bosan, apa lagi... main games je laaa...

Kesedihan itu masih terasa

Dalam perjalanan ke ofis aku masih dok memikirkan keadaan EG dan keluarganya. Kesiannn!!!... Diharapkan urusan claim insuran kereta EG berjalan dengan lancar. Boleh lah dia beli kereta lain... Kepada sesiapa yang membaca blog ini berhati2 lah sebelum meninggalkan kereta anda, walaupun sekejap kunci lah stering, gear dll supaya penjahat tak dapat mencuri kereta anda.
Tetapi masalahnya penjahat sekarang ada otak dan cekap buat kerja jahat mereka. Padahal kereta EG siap kunci semua dan parking di kawasan parking ofis pun masih boleh dicuri, dalam masa 30 minit aje. Takpa lepas ini mungkin penjahat itu takan terlepas. Pengawal pun satu hal tak perihatin dengan kereta dan tuan kereta...sepatutnya mereka perhatikan kereta yang keluar masuk dan boleh cam sesiapa yang selalu keluar masuk. Ini tidak dok berbual kosong aje... pencuri keluar masuk pun tak sedar. Gerammmmnyaaa... akibat kecuaian mereka pencuri/penjahat senang aje boleh masuk dan mencuri kereta EG.

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - pagi aku pergi ke rumah EG di Shah Alam untuk bertanya khabar tentang kehilangan kereta dia. Kesian aku tengok dia, sedih dan tak bersemangat je... Dia tunjukkan gambar cctv makhluk tak berhati perut itu (jahattttttttttttttt!!!). Geram aku tengok, Tuhan aje yang tahu. Semoga akan tertangkap dan terima balasan yang sepatutnya, tak kena di dunia ni diakhirat akan terkena jugak,"sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Lepas tu kami ke Hotel Quality Shah Alam, jumpa Wak dan Ami di situ. Wak belanja kami makan di JM Beriani di TESCO. Lepas balik makan Singgah ambil minyak wangi di kedai Wak. Dalam pukul 2 kami balik.
Petang Mira dan Zizah datang melawat MIL.
Malam aku, abang dan anak2 ke Bintang untuk beli barang dapur dan hadiah birthday aku. Abang belikan aku loket, terima kasih abang...semoga kasih sayang kita akan terus berkekalan dan hidup bahagia di samping anak2 dan keluarga tercinta.
Ahad - Abang ada kelas di oum, kami semua duduk rumah aje la hari ni. Pagi ke pasar kejap. Biasa la hari Ahad aktiviti membasuh dan mengemas. Hari ni aku masak mee kari...abang teringin nak makan...dah lama aku tak buat katanya. P
Petang - menggosok baju sekolah Aqil. Fiza datang melawat MIL.
Malam - Sedih sangat terima khabar tentang kereta EG. Polis sudah jumpa kereta EG tapi sudah tidak sempurna macam sebelumnya...yang tinggal body dan enjinnya sahaja. Ton adik ipar aku menangis2 sambil bercerita tentang keadaan kereta mereka yang dahulunya cantik dan lengkap dengan segala peralatan...tetapi sekarang macam tinggal rangka aje. Aku pun rasa sedih dan geram dengan penjahat itu. Semoga Tuhan balas perbuatan "bina..." itu. aku nasihatkan EG dan Ton supaya bersabar, mungkin ada hikmah disebaliknya. Tuhan nak bagi yang lebih baik selepas ini. Tuhan akan balas perbuatan penjahat itu, sekarang penjahat itu happy laaa...diakhirat nanti Tuhan akan balas. Entah2 tak sempat diakhirat Tuhan dah balas. Nak tidur pun rasa macam susah nak lena je... sebab geram memikirkan perbuatan penjahat tuuu...gerammmmmm!!!. Semoga Allah murahkan rezeki EG dan keluarganya...boleh lah EG beli kereta lain untuk keperluan mereka. Doa aku sentiasa mengiringi EG dan keluarga aku semua.

16 January 2009

Risau/kesian/sedih

Semalam aku terima berita buruk dari adik aku Ami. Dia sms beritahu kereta adik aku EG yang tinggal di Shah Alam kena curi. Terkejut aku dibuatnya. Aku call EG, memang betul keretanya dicuri. Yang peliknya dia parking keretanya di kawasan ofis dan sesiapa yang hendak masuk atau keluar kena melalui parking elektronik. Licik sungguh makhluk tuuu...geram je rasa...manusia ke binatang yang takde hati perut betul sanggup mencuri harta orang. Aku dok berbincang dengan abang, entah2 ada orang dalam yang terlibat. EG menangis setelah dia dapati kereta dia dicuri...sesiapa pun yang berada dalam situasi dia akan menangis. Ye laaa...bukan senang nak beli kereta sebiji, walaupun kereta wira. EG pulak jenis yang sayang kereta dan dia jaga betul kereta dia. Kereta dia complete dengan LCD dan macam2 lagi. Semua dah di modifite. Kesian dia, aku doakan semoga EG dapat balik kereta dia. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian dan Tuhan hendak menguji umatnya. Semoga Tuhan akan balas perbuatan makhluk tuuu...

15 January 2009

Gold Brouch

Rehat hari ini aku ke Alamanda servey brouch di Habib, Tomei dan S. W. Jewel. Semuanya aku tak berkenan...tak banyak pilihan dan yang ada semuanya tak cantik. Abang nak belikan aku brouch sempena hari lahir aku baru2 ini. Nampaknya kena tukar hadiah lain ni...kena bincang semula dengan abang.

Ucapan Tahun Baru 2009/1430 H


Ila- Selamat Tahun Baru 2009. Semoga Segala Doa Dimakbulkan. Amin. 9.21am 1/1/09.


Sa- "Semoga cerdikmu secerdik Aishah, cantikmu secantik Ainul Mardhiah, pengorbananmu setinggi Sumaiyah, ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan semoga tempatmu di syurga al-Jannah" 'Salam Muharram 1430 H'. 9.47 28/12/08.

Ucapan Hari Lahir yang aku terima


Abang & Aqil - siap nyanyi lagu 'hepi besday 2u' pada aku tepat jam 12 malam 040109 dan mereka berdua doakan aku panjang umur, sihat dan dimurahkan rezeki...suka aku dibuatnya, amalia dah tidur masa tu, hadiah coming soon.

Bja- Hepi birthday semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia sokmo2. Sweet '35' hahaha...9.16am 4/1/09

Ila- Sama-sama '35' tahun..panjang lagi umur dll lagi. Amin...12.07am 4/1/09

Seroja- Happy belated birthday to zie ... moga happy selalu n ceria hendaknya!. 11.42am 6/1/09
Mawar- Happy belated besday utk kak zie...semoga panjang umur murah rezeki dan berbahgia hingga ke akhir hayat...8.25am 7/1/09

Rezeki Tahun Baru 2009/ 1430 H

Gembira dengar orang lain mendapat rezeki atau perkara yang mengembirakan pada awal tahun baru ini. Bila la pulak giliran aku...???.
Antaranya, kembar aku dan suaminya dapat bertukar sekolah...dari sekolah di Gua Musang ke sekolah di Kota Bharu. Boleh lah mereka duduk di rumah mereka di Pasir Tumbuh yang sebelum ini hanya dapat mereka huni pada hujung minggu dan cuti sekolah aje. Dah lima tahun mereka duduk di Gua Musang akhirnya dapat jugak berpindah ke Kota Bharu. Itulah dinamakan rezeki...lambat atau cepat Tuhan akan bagi jugak ...tetapi kite kena sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Akhirnya setiap permintaan akan dimakbulkan. Syukur.
Untuk aku...tungguuuuuuu...masa di mana Tuhan akan makbulkan segala permintaan aku selama ini.

14 January 2009

Kena tukar unit lagi!!!

Kerja aku dok bahagian ni, asyik bertukar unit jeee...tak sempat timba pengalaman unit pentadbiran dah kena tukar...apa lah pengurusan bahagian ni pakai. Aku pun tak faham betul, suka hati diorang je nak campak aku situ sini...ingat aku bola ke???. Nasib baik bilik tak kena tukar. Termasuk ini dah ke empat laaa...aku tukar unit. Gerammm...jeee rasa. Tapi nak buat macam mana kerja dengan orang macam ni laaa...terpaksa terima je la.
Legaaa...dah siap kerja...kena mintak tandatangan semua pegawai. Macam minggu suaikenal la pulak "junior kena dapatkan tandatangan senior" hehehe...Tengok2 jam dah nak pukul 12.00, cepat je masa hari ni berlalu. Tuuu... lah orang kata, kalau ada kerja kite tak terasa sangat lama dok ofis...kalau yang tak ada kerja tu yang asyik dok kira masa nak balik jeee...aikkkkk macam pernah terasa jeee....

13 January 2009

Pasar Tani

Rehat hari ini aku dan kawan2 ke pasar tani...bosan makan di cafe. Walaupun cuaca panas terik kami redah jugak.

Cite hari ini...

Tak ada cite menarik...tapi hari ini sudah selesai satu tugasan.

12 January 2009

Tumpang gembira dengar kejayaan orang

TAHNIAH!!! Nie adik tiri abang berjaya mendapat GSTT. Dia berterima kasih pada aku kerana memberitahunya ada keluar tawaran GSTT itu. Dia dengan member dia, dua2 dapat. Akhirnya apa yang ditunggu selama ini tercapai walaupun GSTT. Bukan main suka lagi dia...esok mula mengajar.
Syazwan dan Syarifah Sakinah pula lulus PAC. Tahniah. Yang gagal tu boleh cuba lagi...perjalanan masih panjang.

Minggu kedua persekolahan Aqil

Aqil sudah semakin rajin dan suka ke sekolah. Walaubagaimana pun kerisauan seorang ibu tetap ada. Apa2 hal pun semoga Aqil selamat sepanjang berada di sekolah agama dan sekolah kebangsaan.

Pergorbanan


Setelah membaca blog TM dan Seroja timbul perasaan simpati aku pada Jem dan Eta...semoga kalian berdua tabah menghadapi dugaan ini, "bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian". Aku sebagai seorang ibu amat memahami perasaan kalian berdua.

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - Pagi ke pasar...tak sangka berjumpa dengan Shaf yang tinggal di Riyadh, dia balik senyap2 je...tapi rezeki kami nak berjumpa. Dia balik untuk ambil ibu bapanya ke sana untuk mengerjakan umrah di Mekah. Bestnyaaa... Hujung tahun ni Shaf dah nak balik duduk Malaysia. Kami dapat berbual sekejapnya...takpa kami selalu chat.
Petang ke Alamanda...beli barang dapur...dan makan Kenny Rogers.
Ahad - Tak ke mana2, dok rumah aje. Melayan Aqil dan Amalia.

09 January 2009

Jumaat yang mulia


Macam biasa laaa...sejukkk!!! tak tahannyaaa...


Rehat ke Alamanda...makan cantoness fried chicken noodles dan beli big apple donut. Boleh tahan jugak donut ni, sebelum ini asyik makan dunkin donut je...ubah selera...donutnya lebih lembut.

08 January 2009

11 Muharam

Ada tugasan...2 memo dah selesai.

Semoga Aqil bersemangat, rajin dan suka semasa di sekolah hari ini.

07 January 2009

Risau

Hari ini tiada kerja punnnn...bosannnnnyaaaa...pikiran dok ingatkan Aqil macam mana dia di sekolah hari ni...tambah2 masa rehat, pandai ke dia bawa diri???

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura 10 Muharam

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri fadhilat - Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskinfadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan me mas ukkannya ke dalam golongan
yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesatfadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di
syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekahfadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak
terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan dirifadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi
cahaya keimanan.
8. Mandi Sunatfadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi
sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelakfadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan
pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari
Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'fadhilat - Tidak
mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasafadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam
berbuka puasa.
14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat -
Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya
daripada neraka.

Hari kedua Persekolahan Aqil

Aqil masih menangis masa di sekolah KAFA...aku tinggal aje dia...biasenya kalau aku tiada dia ok je. Masa balik aku pergi tunggu dia awal2...happy dia nampak aku dan Amalia.
Petang masa nak ke sekolah...muka dia masam aje. Aku tunggu sehingga guru dia datang baru lah aku balik. Macam2 aku pesan pada dia. Masa rehat aku pergi dengan Amalia...aku bawakan sausage dan fries. Aku tengok dia dari jauh masa dia hendak ke cafe. Ok je... . Aku tunggu sehingga loceng rehat tamat. Amalia pun sibuk "ramai orangnya dia kata", bukan "ramainya orang" biaselah ayat budak2 tunggang terbalik. Aku ajar Aqil macam mana nak pergi rehat untuk esok dan seterusnya, lepas ni aku dah tak boleh tunggu dia masa rehat. Risau jugak aku memikirkan keadaan Aqil lepas ni. Moga2 Aqil dapat membiasakan diri dan pandai menjaga diri.
Petang aku pergi tunggu Aqil awal2 lagi supaya dia tidak menangis macam semalam. Happy dia nampak aku di luar kelas dia.
Abang pergi airport ambil MIL yang baru pulang dari Mekah.

06 January 2009

Selamat menempuh alam persekolahan buat anak mama...Aqil ditempatkan dalam kelas 1 Cekal

Balik dari sekolah agama...bersiap untuk ke sekolah biase pulak. Aqil sempat rehat sekejap aje. Aku menghantar Aqil...Aqil ok aje sebab aku dah pesan jangan menangis macam pagi tadi. Aqil sibuk tanya aku balik pukul berapa. Apabila dia mula belajar aku beritahu dia aku balik dulu untuk sembahyang Zohor. Aqil ok je... walaupun muka dia nampak sedih. Balik aku singgah di Bintang membeli makanan untuk Aqil dan Amalia. Balik sempat mandi dan sembahyang Zohor lepas itu aku terus ke sekolah Aqil untuk menemaninya pada waktu rehat. Aku bekalkan Aqil kek pisang. Kalau nak membeli Aqil tak nak...dia memang tak biase membeli sendiri (di rumah pun tak pernah lepas dia pergi membeli seorang diri), lagi pun murid2 berebut2, masing2 nak membeli makanan. Kalau keadaan macam ini Aqil terpaksa lah membawa bekal dari rumah setiap hari. Aku pun tak sanggup tengok anak aku berasak2 nak membeli makanan. Guru kelas tak nampak batang hidung untuk kawal dan ajar budak2 darjah 1 membeli. Lepas makan aku jalan2 di sekitar blok Aqil dan tunjuk padanya tempat menunggu aku apabila nak balik petang nanti. Lepas habis waktu rehat aku balik rumah rehat sekejap. Melayan Amalia pulak. Dalam 6.15 ke sekolah Aqil untk ambil dia balik. Sampai aje di sekolah murid2 dah keluar, aku dah panik dan beritahu abang mesti Aqil dah menunggu dan menangis tu. Aku cepat2 parking kereta dan terus ke tempat yang dijanjikan dengan Aqil. Sampai aje di situ Aqil tiada. Hati aku mula berdebar dan risau. Aku ke kelas dia sudah tiada sesiapa. Aku pergi ke tempat tadi semula...aku nampak Aqil sedang mencari aku. Aku panggil dia tak dengar kerana rama murid2 berebut nak balik. Aqil duduk di kerusi di situ dengan teresak2 menangis...aku kesian tengok Aqil. Aku jadi sebak dan menangis tengok keadaan Aqil macam tu. Nampak aje aku dan Amalia, Aqil terus memeluk aku dan menangis. Kesiannya anak akuuuuuuuuuu...aku tanya kenapa Aqil tak tunggu di tempat mama suruh tadi...dia senyap dan menangis aje. Mungkin dia panik sebab ramai murid2 sedang berebut2 nak balik dan terlupa apa yang aku pesan. Masuk aje kereta terus nak minum dahaga dia kata...berpeluh2 anak aku. Abang pun nasihatkan Aqil supaya esok tunggu di tempat yang telah dijanjikan. Tapi yang pasti aku atau abang kena datang ambil Aqil sebelum dia keluar dari kelas supaya keadaan hari ini tidak berulang lagi. Aku memang tak boleh teringat keadaan Aqil tadi kesiannnyaaaa...Murid2 lain pun ada jugak yang menangis menunggu ibu bapa masing2. Balik rumah...layan Aqil dan Amalia makan. Malam lepas maghrib aku terus tidur...baru terasa letih kerana berulang-alik ke sekolah Aqil sampai nak makan tengahari pun tak sempat. Abang pun makan nasi lemak yang aku beli pagi tadi. Pukul 11 bangun sembahyang isyak, makan nasi (beli) dan tulis blog hari ini. Inilah ragam murid2 tahun 1...macam2 karenah dan keadaan... ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan. Suka tengok telatah mereka ada yang terlampau aktif ke hulu ke hilir berjalan, ada yang pendiam, ada yang menangis, ada yang bawa diri tanpa menghirau orang lain, ada yang mukanya masam dan macam takut2 dan macam lagi karenah mereka...semuanya comel2 dan bersemangat untuk belajar (gambar kemudian). Semoga Aqil akan menjadi seorang pelajar yang rajin, aktif, berani, bersemangat, yakin dan berjaya. Cayanggg...anak mama ummmuaaahhh!!!

Hari Pertama Persekolahan Aqil

Hari ini bermula perjalanan hidup anak aku Aqil sebagai seorang pelajar darjah 1. Pagi Aqil belajar di sekolah Tahfiz Al-Irsyad, iaitu dari pukul 8 hingga lah pukul 11.30 pagi. Aku menghantar Aqil tepat pada waktunya. Abang tidak dapat menghantar Aqil kerana kurang sihat. Aqil menangis tidak bagi aku meninggalkannya...dia pegang tangan aku sambil menangis. Aku tunggu di situ sampai jam 9.30 pagi. Bila Aqil udah mula belajar aku memberitahunya hendak balik sekejap untuk menghantar Amalia. Padahal anak jiran ada sama belajr di situ...Nurin tetapi kelas berlainan...Nurin kelas 5 tahun. Aku ingatkan Aqil tidak menangis sebab sebelum ini dah pernah bersekolah di Smart Reader KIds. Biase lah 'first day'...bukan Aqil seorang je yang menangis. Balik dari sekolah Aqil hantar abang pergi mengurut di seksyen 15, Pukul 11.25 pergi ambil Aqil dan terus pergi ambik abang.

04 January 2009

4 Januari 2009 Hari Lahir Ku

Selamat hari lahir buat diri aku dan pasangan kembar ku Ila yang ke "35", uuuhhhhh...dah tua kami rupanya. Semoga Tuhan lanjutkan usia kami, murahkan rezeki, kurniakan kesihatan yang baik, hidup bahagia disamping keluarga tercinta, diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t., semoga dijauhi daripada kesusahan dan selamat sentiasa, berjaya dalam hidup dunia dan akhirat dan semua yang baik2 belaka. Amin.

KAFA TAHFIZ AL-IRSYAD

Hari ini hujan dari awal pagi lagi...kami pergi mendaftar Aqil di Sekolah KAFA Tahfiz AL-Irsyad, dekat je dengan rumah aku. Zaman aku belajar dulu tiada pulak pelajaran agama diasingkan dari sekolah biasa. Kini pelajaran agama perlu dipelajari di sekolah agama dan dalam sesi yang berbeza. Kenapa sekolah zaman sekarang lebih pentingkan subjek lain ke? atau pelajaran agama di sekolah tidak mencukupi untuk murid2???. Rasa kesian pulak pada Aqil kena belajar sepanjang hari...pagi KAFA dan petang sekolah biase. Semoga Aqil dapat menjaga dan menyesuaikan dirinya di KAFA dan sekolah. Doa aku supaya Aqil selamat sepanjang berada di KAFA dan sekolah. Jadilah pelajar yang cemerlang dan berjaya.

Pendaftaran Sekolah Aqil

Hari ini aku bercuti untuk mendaftar sekolah Aqil. Kami ke sekolah SRKBBB untuk mendaftar Aqil. Aqil ditempatkan dalam kelas 1 Cekal (gambar akan diletakkan kemudian). Aqil nampak seronok dan bersemangat untuk ke sekolah. Mama dan Papa pun bersemangat untuk mendaftar Aqil, maklumlah buat pertama sekali anak nak sekolah. Amalia pun sama naik...semasa Aqil masuk ke dalam kelas, dia pun masuk dan nak duduk sama. Setelah selesai mendaftar di sekolah, kami mendaftar untuk KAFA pulak. Kami tengok 2 tempat. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berbincang dahulu kerana kedua2 tempat tersebut tidak memuaskan hati aku. Dah besar anak aku!!!

2009

Malam tadi kami hendak sambut tahun baru di Putrajaya...tunggu punya tunggu tiada pun bungapi. Orang bukan main ramai yang datang untuk melihat bungapi tetapi semua kecewa...bungapi tiada. Kerajaan tiada bajet kot tahun ini. Hari tahun baru kami duduk rumah aje. Malam kami keluar ke Bintang beli baju melayu dan seluar sukan Aqil. Balik singgah McD.