Sabtu - pagi aku pergi ke rumah EG di Shah Alam untuk bertanya khabar tentang kehilangan kereta dia. Kesian aku tengok dia, sedih dan tak bersemangat je... Dia tunjukkan gambar cctv makhluk tak berhati perut itu (jahattttttttttttttt!!!). Geram aku tengok, Tuhan aje yang tahu. Semoga akan tertangkap dan terima balasan yang sepatutnya, tak kena di dunia ni diakhirat akan terkena jugak,"sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Lepas tu kami ke Hotel Quality Shah Alam, jumpa Wak dan Ami di situ. Wak belanja kami makan di JM Beriani di TESCO. Lepas balik makan Singgah ambil minyak wangi di kedai Wak. Dalam pukul 2 kami balik.
Petang Mira dan Zizah datang melawat MIL.
Malam aku, abang dan anak2 ke Bintang untuk beli barang dapur dan hadiah birthday aku. Abang belikan aku loket, terima kasih abang...semoga kasih sayang kita akan terus berkekalan dan hidup bahagia di samping anak2 dan keluarga tercinta.
Ahad - Abang ada kelas di oum, kami semua duduk rumah aje la hari ni. Pagi ke pasar kejap. Biasa la hari Ahad aktiviti membasuh dan mengemas. Hari ni aku masak mee kari...abang teringin nak makan...dah lama aku tak buat katanya. P
Petang - menggosok baju sekolah Aqil. Fiza datang melawat MIL.
Malam - Sedih sangat terima khabar tentang kereta EG. Polis sudah jumpa kereta EG tapi sudah tidak sempurna macam sebelumnya...yang tinggal body dan enjinnya sahaja. Ton adik ipar aku menangis2 sambil bercerita tentang keadaan kereta mereka yang dahulunya cantik dan lengkap dengan segala peralatan...tetapi sekarang macam tinggal rangka aje. Aku pun rasa sedih dan geram dengan penjahat itu. Semoga Tuhan balas perbuatan "bina..." itu. aku nasihatkan EG dan Ton supaya bersabar, mungkin ada hikmah disebaliknya. Tuhan nak bagi yang lebih baik selepas ini. Tuhan akan balas perbuatan penjahat itu, sekarang penjahat itu happy laaa...diakhirat nanti Tuhan akan balas. Entah2 tak sempat diakhirat Tuhan dah balas. Nak tidur pun rasa macam susah nak lena je... sebab geram memikirkan perbuatan penjahat tuuu...gerammmmmm!!!. Semoga Allah murahkan rezeki EG dan keluarganya...boleh lah EG beli kereta lain untuk keperluan mereka. Doa aku sentiasa mengiringi EG dan keluarga aku semua.
No comments:
Post a Comment