Balik dari sekolah agama...bersiap untuk ke sekolah biase pulak. Aqil sempat rehat sekejap aje. Aku menghantar Aqil...Aqil ok aje sebab aku dah pesan jangan menangis macam pagi tadi. Aqil sibuk tanya aku balik pukul berapa. Apabila dia mula belajar aku beritahu dia aku balik dulu untuk sembahyang Zohor. Aqil ok je... walaupun muka dia nampak sedih. Balik aku singgah di Bintang membeli makanan untuk Aqil dan Amalia. Balik sempat mandi dan sembahyang Zohor lepas itu aku terus ke sekolah Aqil untuk menemaninya pada waktu rehat. Aku bekalkan Aqil kek pisang. Kalau nak membeli Aqil tak nak...dia memang tak biase membeli sendiri (di rumah pun tak pernah lepas dia pergi membeli seorang diri), lagi pun murid2 berebut2, masing2 nak membeli makanan. Kalau keadaan macam ini Aqil terpaksa lah membawa bekal dari rumah setiap hari. Aku pun tak sanggup tengok anak aku berasak2 nak membeli makanan. Guru kelas tak nampak batang hidung untuk kawal dan ajar budak2 darjah 1 membeli. Lepas makan aku jalan2 di sekitar blok Aqil dan tunjuk padanya tempat menunggu aku apabila nak balik petang nanti. Lepas habis waktu rehat aku balik rumah rehat sekejap. Melayan Amalia pulak. Dalam 6.15 ke sekolah Aqil untk ambil dia balik. Sampai aje di sekolah murid2 dah keluar, aku dah panik dan beritahu abang mesti Aqil dah menunggu dan menangis tu. Aku cepat2 parking kereta dan terus ke tempat yang dijanjikan dengan Aqil. Sampai aje di situ Aqil tiada. Hati aku mula berdebar dan risau. Aku ke kelas dia sudah tiada sesiapa. Aku pergi ke tempat tadi semula...aku nampak Aqil sedang mencari aku. Aku panggil dia tak dengar kerana rama murid2 berebut nak balik. Aqil duduk di kerusi di situ dengan teresak2 menangis...aku kesian tengok Aqil. Aku jadi sebak dan menangis tengok keadaan Aqil macam tu. Nampak aje aku dan Amalia, Aqil terus memeluk aku dan menangis. Kesiannya anak akuuuuuuuuuu...aku tanya kenapa Aqil tak tunggu di tempat mama suruh tadi...dia senyap dan menangis aje. Mungkin dia panik sebab ramai murid2 sedang berebut2 nak balik dan terlupa apa yang aku pesan. Masuk aje kereta terus nak minum dahaga dia kata...berpeluh2 anak aku. Abang pun nasihatkan Aqil supaya esok tunggu di tempat yang telah dijanjikan. Tapi yang pasti aku atau abang kena datang ambil Aqil sebelum dia keluar dari kelas supaya keadaan hari ini tidak berulang lagi. Aku memang tak boleh teringat keadaan Aqil tadi kesiannnyaaaa...Murid2 lain pun ada jugak yang menangis menunggu ibu bapa masing2. Balik rumah...layan Aqil dan Amalia makan. Malam lepas maghrib aku terus tidur...baru terasa letih kerana berulang-alik ke sekolah Aqil sampai nak makan tengahari pun tak sempat. Abang pun makan nasi lemak yang aku beli pagi tadi. Pukul 11 bangun sembahyang isyak, makan nasi (beli) dan tulis blog hari ini. Inilah ragam murid2 tahun 1...macam2 karenah dan keadaan... ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan. Suka tengok telatah mereka ada yang terlampau aktif ke hulu ke hilir berjalan, ada yang pendiam, ada yang menangis, ada yang bawa diri tanpa menghirau orang lain, ada yang mukanya masam dan macam takut2 dan macam lagi karenah mereka...semuanya comel2 dan bersemangat untuk belajar (gambar kemudian). Semoga Aqil akan menjadi seorang pelajar yang rajin, aktif, berani, bersemangat, yakin dan berjaya. Cayanggg...anak mama ummmuaaahhh!!!
No comments:
Post a Comment