04 January 2009

Pendaftaran Sekolah Aqil

Hari ini aku bercuti untuk mendaftar sekolah Aqil. Kami ke sekolah SRKBBB untuk mendaftar Aqil. Aqil ditempatkan dalam kelas 1 Cekal (gambar akan diletakkan kemudian). Aqil nampak seronok dan bersemangat untuk ke sekolah. Mama dan Papa pun bersemangat untuk mendaftar Aqil, maklumlah buat pertama sekali anak nak sekolah. Amalia pun sama naik...semasa Aqil masuk ke dalam kelas, dia pun masuk dan nak duduk sama. Setelah selesai mendaftar di sekolah, kami mendaftar untuk KAFA pulak. Kami tengok 2 tempat. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berbincang dahulu kerana kedua2 tempat tersebut tidak memuaskan hati aku. Dah besar anak aku!!!

No comments:

Post a Comment