30 September 2009

Besday orang lain, orang lain pulak yang dapat hadiah...

21 September baru2 ni besday hubby iaitu pada hari raya ke 2. Kami tak celebrate pun just wish Happy Birthday je... Al-maklum la raya. Plan asal aku nak beli kek di secret recipe tapi tak berani masuk bandar KB jalan mesti jam giler musim raya ni. Nak tempah sebelum raya tak boleh pulak. Hubby pun kata tak payah... tengok la masa di Bangi nanti... Aku pun tak bagi apa2 hadiah pada hubby sebab dia tak nak. Nak buat surprise pun tak tahu nak bagi apa. Takpa la nanti aku belanja makan di tempat yang special la mana lagi kalau tidak di 'A Famosa
House'. Kat sini banyak western food, mesti hubby dah boring makan semua tu di OZ. Tengok la nanti kalau tiba masanya aku cari la tempat lain.

Hari Ahad hari tu masa aku membasuh ma call, Yaya biase la kalau bunyi telefon dia sibuk nak angkat dulu. Hubby takde kat rumah keluar dengan Aqil. Aku cakap kejap dengan ma dan terus bagi Yaya sambil aku cakap " jangan celup telefon mama dalam air tau". Sedang aku ambik kain nak jemur tengok2 dia dah celup separuh telefon aku ke dalam air. Menjerit aku dibuatnya, cepat2 aku ambik, bukak dan jemur. Lepas tu telefon tu macam bengong sikit... kejap ok kejap ko. Aku mintak hubby bawa ke kedai untuk services, nasib baik bernyawa lagi telefon aku tuuu...

Rupa2nya hubby keluar dengan Aqil pergi beli handphone (Sony Ericsson), buat cermin mata dll lagi urusan. Balik je hubby dok sibuk dengan handphone barunya tu. Dok tak lama hubby beritahu nak bagi telefon baru tu pada aku. Macam tahu2 je telefon aku dicelup air. Aku kata takpa la abang guna je. Hubby kata takpa dia guna telefon lama. Jadi kesimpulannya sekarang besday orang lain orang lain pulak yang mendapat hadiah. Kalau ikutkan hati aku masih sayang telefon lama tu (Nokia-----) sebab yang tu pun hubby bagi jugak dan telefon tu tak pernah bagi masalah pada aku. Dah banyak kali Yaya jatuhkan tapi still ok. Telefon baru ni macam susah jeee... siap aku suruh hubby pergi tukar ambik yang Nokia. Hubby cakap mana boleh... sebab dah guna. Lama2 ok la kot. (gambar di atas telefon lama).

28 September 2009

Sudah seminggu Aidilfitri berlalu

Cepat sungguh masa berlalu... sudah seminggu Aidilfitri diraikan. Rasa tak puas lagi bersama keluarga untuk beraya. Hari ni dah mula keje... memang takde mood nak buat keje... mood raya masih terasa.

Balik Bangi dan singgah bermalam di Cherating








Bestnya makan sotong, ikan & udang celup tepung dengan air kelapa...
di tepi pantai di Penarik

Raya ke lima kami bertolak balik Bangi... kami ikut jalan KT singgah makan ikan, sotong dan udang celup tepung di tepi pantai, beli kepok lekor dan singgah di pasar Payang beli batik. Kami singgah bermalam di Cherating (Legend Resort). Memang tiap2 tahun kami akan singgah bermalam di sini. Biase la Aqil nak mandi pantai dan kolam. Yaya pun sama dia dah besar, dah reti dan happy nak mandi pantai dan kolam. Kami sampai Cherating dalam pukul 6 petang... hujan jadi kami dok dalam bilik je la. Malam keluar makan. Pagi esoknya abang bawa Aqil dan Yaya mandi pantai dan kolam. Lepas mereka puas mandi dan main2 dalam pukul 10.30 pagi kami check-out... nak cepat punya pasal aku tertinggal kain napkin Yaya yang aku jemur di pintu peti. Rasa terkilan pulak tertinggal kain tu... biasenya aku double check... entah macam mana kali ni aku tak cek sekali lagi. Aku kena call untuk mintak poskan kain tersebut.

Dalam perjalanan aku tido aje... letih. Kami singgah di R&R Lanchang dan McD di Serdang. Sampai rumah dalam pukul 3 petang. Alhamdulillah...

Jalan jalan Raya

Rumah sepupu abang, Yaya excited nak riba baby


Beraya di Pasir Mas

Yaya dengan Che Su

Rumah Tok Cik

Rumah Mok Joh









BBQ



Rumah untie Zainun

Hari raya kedua kami menziarahi sanak-sedara sebelah abang. Letih Tuhan aje yang tahu... bayangkan la nak habiskan 7 buah rumah dalam masa satu hari. Memang letih betul.... Nasib baik Bja offer kereta dia pada kami, kalau tidak kami memang tak bergerak la raya kali ni. Malam kami balik ke rumah ma pulak. Memang rutin kami setiap tahun macam ni bergilir2 pulang ke rumah masing2. Sebenarnya rumah dekat2 ni lagi letih sebab tak puas dok rumah kite dah nak kena balik ke rumah abang pulak... walaupun dekat tapi letih jugak.

Hari raya ketiga lepas Zohor kami ke rumah untie Zainun dan Moksu. Malam kami adakan BBQ. Memang menjadi rutin abang akan sponsure untuk buat BBQ setiap tahun. Puashati kami semua dapat makan ayam, daging dan sosej panggang.

Hari raya keempat kami semua ke majlis kenduri kahwin di Tanah Merah... kalau bukan sebab rumah adik ipar aku memang aku tak pergi dah sebabnya jauh sangat ambil masa 2 jam nak ke sana dan jalan pulak jam giler2. Sampai tak sempat nak ke kenduri Hajar. Balik singgah di rumah Mak Do dan Makcik Lah. Malam mengemas dan packing barang nak balik Bangi esok. Tengah malam berbual dengan Ila dan Bja. Kejap je rasa dah nak balik Bangi.

Hari Raya Aidilfitri

Happy family

Cayang anak2 mama

I luv my family

Kami bersama ma (kalau sebelum ni arwah abah ada sama)

Aqil dan Yaya tak sabar nak beraya

Mama... Yaya pun nak duit raya!!!

Aqil pun sama... nak duit raya jugak

Juadah di pagi raya.

Berselera nampak!!!

Yaya nak simpan duit raya dalam bag yang papa beli di OZ

Aqil dan Yaya bersama sepupu2 mereka.

Kubur arwah abah.

Pagi raya kami awal2 pagi dah bangun untuk bersiap untuk beraya... ma masak lontong dan Ila beli sate (dalam sejarah Ila beli sate, pukul 2 pagi baru dapat). Lepas sembahyang raya kami makan, bergambar dan bermaaf2an. Bagi anak2 semua gembira sebab dapat duit raya. Aku tidak ketinggalan memberi duit raya kepada anak2 sedara. Suasana macam ini memang seronok.

Lepas itu kami konvoi balik ke kampung dan pergi ke pusara abah. Sedih pulak terasa dan terbayang saat2 abah ada semasa hari raya sebelum2 ini. Kemudian kami beraya ke rumah sanak-sedara. Petang kami baru balik ke rumah. Malam kami pulang ke rumah abang. Lepas makan terus tido... keletihan.

Hari membuat ketupat

Juadah berbuka hari last puasa

Abang orang paling tak sabar nak berbuka... nak makan budu, di OZ takde.

Berbuka ramai2.

Abang memang berselera makan.

Licin... Alhamdullilah kenyang!!!

Sehari sebelum raya kami sibuk membuat persiapan. Aku ikut ma pergi beli barang di pasar Peringat dan pasar Pasir Tumbuh. Hari ni kami berbuka sama2... seronok sangat dapat berkumpul bersama2 dan dapat makan makanan yang tiada dijual di Bangi. Abang lagi la suka sebab dapat bersama keluarga dan makan makanan yang memang susah nak dapat di Adelaide. Abang pesan kat aku beli macam2 masa aku ke param siang tadi. Lepas berbuka kami sama2 mengemas, iron baju dan macam2 lagi. Aqil dan Yaya pun happy sangat sebab dapat bermain bungapi dengan sepupu2 dia orang.

Abang pulang








Yaya tergamam tengok papa ada depan mata "macam tak percaya je..."

Pada hari Jumaat 17 September abang sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 11 malam... kami tak sabar menanti kepulangan abang. Bunyi je kereta di depan rumah kami semua menuju ke pintu. Aqil dengan perasaan gembiranya menjerit " ye... ye... papa balik2" dan terus berlari keluar pagar memeluk papanya... terharu pulak aku tengoknya. Yaya pulak macam tergamam, dia sebut papa! papa!.. sampai aje papa depan pintu Yaya terus terdiam tak terkata apa2, dia dok perhatikan papanya, mungkin Yaya terkejut tiba2 papanya ada depan mata. Yaya mengambil masa yang lama jugak untuk mendekati papanya. Aku terkejut tengok abang sebab terlalu kurus... dah takde perut abang yang buncit tuuu... abang menangis kerana terlalu gembira. Aku pun sama rasa sedih bercampur gembira sebab lama berpisah.

Sampai2 je abang terus membahagi2kan barang2 yang dibelinya untuk kami dan sanak- sedara. Jiran2 yang rapat dengan kami pun datang berjumpa abang. Padahal hal dah nak dekat pukul 1 pagi masa tu. Jiran2 aku memang baik2. Lepas tu abang dan sepupunya masukkan barang2 yang hendak dibawa balik ke kampung ke dalam kereta.

Kami tido sekejap aje malam tu, dalam pukul 3.30 pagi kami dah bangun untuk bersahur dan dalam pukul 4 pagi kami bertolak balik kampung. Oooooo balik kampung! best je rasa... dalam perjalanan abang2 dok bercerite keadaan dan suasana di Adelaide. Kami berhenti sembahyang subuh di Raub. Aqil dan Yaya happy sangat sebab papa mereka ada sama untuk pulang ke kampung. Kami sampai di kampung jam 10.30 pagi. Happy dapat berjumpa ahli keluarga.

Petang kami semua pulang ke kampung arwah abah kerana majlis kenduri tahlil (hari ke 40 abah meninggal) diadakan di sana iaitu di rumah tempat abah menghembuskan nafasnya. Kalau ikutkan 15 September tetapi ma nak tunggu semua anak2 balik dulu. Jadi majlis diadakan hari itu. Wak seorang je takde hari tu. Semua sedara-mara ada. kemudian kami sembahyang terawih beramai2 (aku tak sebab dah beraya he3...). Selepas semua selesai kami pulang ke rumah masing2.

17 September 2009

Persiapan Raya




Tahun ni aku tak buat kuih raya pun... just beli je, itu pun sikit je. Biasanya kalau hari raya biskut aku tak suka makan sangat, aku lebih suka makan makanan yang berat2 terutamanya ketupat pulut/ (suka yang ma aku buat sendiri) nasi/lemang dengan rendang, lontong & sate berserta nasi himpit. emmm... sedapnya... Lontong memang makanan rasmi keluarga aku, raya pertama tiap2 tahun mesti buat, arwah abah memang suka makan lontong. Takde lontong macam tak sah je. Antara kuih raya yang aku beli tahun ni ialah rempeyek, semperit (dah nak habis tak sempat raya kot), biskut alamanda, biskut shortbread, biskut kelapa, batang buruk (Johor mari), buah rotan, kuih siput dan kek gula hangus. Biskut kegemaran aku sebenarnya tart nenas tapi tak tahu nak beli dengan siapa yang betul2 sedap... kalau tahun lepas aku beli dengan Jem, tart nenas CNI. Tahun ni makan yang adik aku beli je la nampaknya.

Baju raya pulak, aku lebih utamakan untuk Aqil dan Yaya. Aku beli separuh dan yang selebihnya abang beli di Australia. Tema tahun ni MERAH.

Salam Lebaran



Raya tahun ni pastinya aku dan keluarga akan terasa sedih dan lain sebab abah dah tiada. Al-fatihah. Pagi raya biasanya selepas arwah balik dari kerja terus kejutkan cucu2nya suruh bangun untuk mandi. Kemudian arwah akan bersiap sedia untuk pergi sembahyang. Balik sembahyang kami akan makan ramai2, lepas tu bersalaman untuk bermaaf2an dan bergambar beramai2. Kenangan ini masih segar dalam ingatan aku.

Raya kali ini sudah pastinya aku dan keluarga akan pulang ke kampung arwah abah dan terus ke kubur arwah selepas sembahyang raya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Ma mesti orang yang paling sedih... semoga ma tabah menghadapi dugaan Allah ini. Kami adik-beradik akan sentiasa memastikan ma sentiasa sihat dan bahagia.
Aku rasa gembira sebab abang akan balik hari ini untuk sama2 beraya di kampung. Semoga abang selamat sampai. Aqil dan Yaya dah tak sabar menanti kepulangan abang. Abang akan bertolak dari Adelaide pada pukul 3 petang ini dan dijangka sampai jam 9 malam ini di KLIA. Esok dalam pukul 4 pagi kami akan bertolak balik kampung. Semoga semua perancangan berjalan lancar, selamat dan dipermudahkan oleh Allah. Amin. Ini gambar kenangan raya tahun 2007.

16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI


Udara dingin hening pagi

Tabuh bising mulakan hari

Aidilfitri menjelma lagi

Masing-masing pakai berseri

Aidilfitri hari kemaafan

Menghapus kesalahan sesama insan

Memupuk perpaduan sesama ehsan

Mengikat tali keakrapan

Lapar puasa terketar-ketar

Bila berbuka lega rasanya

Kad raya tak sempat nak hantar

Kiriman ucapan menerusi blog ni pun dah kira grand lah ye..!

Buat semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan dan

MAAF ZAHIR BATIN.
semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung!!!

15 September 2009

Hari ke-40

Hari ini (150909) hari ke-40 arwah abah kembali ke rahmatullah. semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Al-fatihah...

09 September 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 9

Hari ini HaRi ULAnG TaHuN PeRKaHwinaN aku dan abang. Aku berkahwin pada 9.9.01. Kali ini ulang tahun yang ke-9. semoga rumahtangga kami bahagia, diberkati dan dirahmati Allah. Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.
Hari ini jugak hari ulangtahun perkahwinan ila dan pasangan & eg dan pasangan. semoga keluarga kami masing2 bahagia dan diberkati oleh Allah sokmo.

biase kami akan celebrate sama2, tapi hubby takde tahun niii... just wish je laaa...

07 September 2009

Kepulangan abang dinanti2kan.

Tak sabarnya rasa...

Ye... ye... lagi seminggu abang nak balik. Tak sabar rasanya menanti 15 September, Selasa depan kerana abang akan balik dari OZ. Aku, anak2 dan abang sama2 dok membilang hari jeee... Semoga abang selamat sampai.

Pelbagai rancangan bermain dipikiran selepas abang balik nanti... masak untuk abang dan berbuka bersama2, nak pergi pasar Ramadhan sama2, pergi shopping bersama, makan kat luar sama2 dan macam2 lagi dan yang paling penting dapat BERAYA bersama2. uuuhhh... tak sabar rasanya.