28 September 2009

Abang pulang








Yaya tergamam tengok papa ada depan mata "macam tak percaya je..."

Pada hari Jumaat 17 September abang sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 11 malam... kami tak sabar menanti kepulangan abang. Bunyi je kereta di depan rumah kami semua menuju ke pintu. Aqil dengan perasaan gembiranya menjerit " ye... ye... papa balik2" dan terus berlari keluar pagar memeluk papanya... terharu pulak aku tengoknya. Yaya pulak macam tergamam, dia sebut papa! papa!.. sampai aje papa depan pintu Yaya terus terdiam tak terkata apa2, dia dok perhatikan papanya, mungkin Yaya terkejut tiba2 papanya ada depan mata. Yaya mengambil masa yang lama jugak untuk mendekati papanya. Aku terkejut tengok abang sebab terlalu kurus... dah takde perut abang yang buncit tuuu... abang menangis kerana terlalu gembira. Aku pun sama rasa sedih bercampur gembira sebab lama berpisah.

Sampai2 je abang terus membahagi2kan barang2 yang dibelinya untuk kami dan sanak- sedara. Jiran2 yang rapat dengan kami pun datang berjumpa abang. Padahal hal dah nak dekat pukul 1 pagi masa tu. Jiran2 aku memang baik2. Lepas tu abang dan sepupunya masukkan barang2 yang hendak dibawa balik ke kampung ke dalam kereta.

Kami tido sekejap aje malam tu, dalam pukul 3.30 pagi kami dah bangun untuk bersahur dan dalam pukul 4 pagi kami bertolak balik kampung. Oooooo balik kampung! best je rasa... dalam perjalanan abang2 dok bercerite keadaan dan suasana di Adelaide. Kami berhenti sembahyang subuh di Raub. Aqil dan Yaya happy sangat sebab papa mereka ada sama untuk pulang ke kampung. Kami sampai di kampung jam 10.30 pagi. Happy dapat berjumpa ahli keluarga.

Petang kami semua pulang ke kampung arwah abah kerana majlis kenduri tahlil (hari ke 40 abah meninggal) diadakan di sana iaitu di rumah tempat abah menghembuskan nafasnya. Kalau ikutkan 15 September tetapi ma nak tunggu semua anak2 balik dulu. Jadi majlis diadakan hari itu. Wak seorang je takde hari tu. Semua sedara-mara ada. kemudian kami sembahyang terawih beramai2 (aku tak sebab dah beraya he3...). Selepas semua selesai kami pulang ke rumah masing2.

No comments:

Post a Comment