30 September 2009

Besday orang lain, orang lain pulak yang dapat hadiah...

21 September baru2 ni besday hubby iaitu pada hari raya ke 2. Kami tak celebrate pun just wish Happy Birthday je... Al-maklum la raya. Plan asal aku nak beli kek di secret recipe tapi tak berani masuk bandar KB jalan mesti jam giler musim raya ni. Nak tempah sebelum raya tak boleh pulak. Hubby pun kata tak payah... tengok la masa di Bangi nanti... Aku pun tak bagi apa2 hadiah pada hubby sebab dia tak nak. Nak buat surprise pun tak tahu nak bagi apa. Takpa la nanti aku belanja makan di tempat yang special la mana lagi kalau tidak di 'A Famosa
House'. Kat sini banyak western food, mesti hubby dah boring makan semua tu di OZ. Tengok la nanti kalau tiba masanya aku cari la tempat lain.

Hari Ahad hari tu masa aku membasuh ma call, Yaya biase la kalau bunyi telefon dia sibuk nak angkat dulu. Hubby takde kat rumah keluar dengan Aqil. Aku cakap kejap dengan ma dan terus bagi Yaya sambil aku cakap " jangan celup telefon mama dalam air tau". Sedang aku ambik kain nak jemur tengok2 dia dah celup separuh telefon aku ke dalam air. Menjerit aku dibuatnya, cepat2 aku ambik, bukak dan jemur. Lepas tu telefon tu macam bengong sikit... kejap ok kejap ko. Aku mintak hubby bawa ke kedai untuk services, nasib baik bernyawa lagi telefon aku tuuu...

Rupa2nya hubby keluar dengan Aqil pergi beli handphone (Sony Ericsson), buat cermin mata dll lagi urusan. Balik je hubby dok sibuk dengan handphone barunya tu. Dok tak lama hubby beritahu nak bagi telefon baru tu pada aku. Macam tahu2 je telefon aku dicelup air. Aku kata takpa la abang guna je. Hubby kata takpa dia guna telefon lama. Jadi kesimpulannya sekarang besday orang lain orang lain pulak yang mendapat hadiah. Kalau ikutkan hati aku masih sayang telefon lama tu (Nokia-----) sebab yang tu pun hubby bagi jugak dan telefon tu tak pernah bagi masalah pada aku. Dah banyak kali Yaya jatuhkan tapi still ok. Telefon baru ni macam susah jeee... siap aku suruh hubby pergi tukar ambik yang Nokia. Hubby cakap mana boleh... sebab dah guna. Lama2 ok la kot. (gambar di atas telefon lama).

No comments:

Post a Comment