Yaya dengan muka boringnya...
Aqil ok je...
Kami semasa di kaunter
Yaya khusyuk tengok orang JP membuat keje...
Jumaat hari tu aku masuk keje tengahari sebab pagi kami sekeluarga (hubby renew je) pergi buat passport di Jabatan Pendaftaran (JP), Hentian Kajang. Kami pergi agak awal iaitu dalam 10 minit nak pukul 8 pagi kami dah sampai... tengok2 ada lagi orang yang lebih awal, orang dah beratur panjang hingga ke luar. Hubby terpaksa beratur jugak, nak dijadikan cerite tertinggal la pulak surat beranak asal Aqil dan Yaya... terpaksa la aku balik ambik kat rumah, nasib baik la rumah aku dengan Hentian Kajang dekat je... aku drive lebih kurang 10 minit. Sampai di Hentian Kajang 2 kali pusing baru jumpa parking.
Sampai di JP aku tengok hubby dah tak beratur, dah siap ke? rupa2nya dah siap untuk first step penyerahan dokumen, surat beranak Aqil dan Yaya hubby pergi bagi terus di kaunter. Lepas tu step ke 2 menunggu untuk tandatangan dan cop jari pulak. Nombor kami 67, 68, 69 dan 70. Lama jugak nak menunggu nombor kami naik, aku sempat pergi beli makanan dan melayan Yaya yang dah boring dan tak duduk diam. Yaya biase la nak ais-krim dan macam2 lagi. Yaya asyik nak berjalan je dah la orang ramai... terpaksa la aku dan hubby bergilir2 mengikut dia. Kalau aku tak dok dekat dia menangis mencari aku... kalau dia bersama aku nak papa dia pulak. Nak duduk kat dalam sama2 dia tak nak, mungkin dia rasa lemas kot. Yaya lebih suka duduk kat luar sebab bebas berjalan. macam2 la Yaya tak larat dibuatnya. Lepas tandatangan dan cop dokumen aku bawa Aqil dan Yaya tunggu hubby di dalam kereta je. Yaya menangis nak papa... papa... aku biarkan aje lama2 ok, dia hisap susu dan terus tido (letih sangat ke hulu ke hilir). Hubby menunggu untuk membuat pembayaran pulak (step 3). Lebih kurang pukul 11 baru settle. Itu pun baru dapat resit passportnya tak ambik lagi sebab lepas 2 jam baru siap. Aku cakap pada hubby "tak larat la nak tunggu datang ambik lain kali la". Kami akan datang ambik minggu depan... passport tu boleh diambik bila2 masa dalam tempoh 3 bulan. Masa nak ambik semua kena pergi sebab kena cop jari sekali lagi masa ambik, uuuhhh... harap2 Yaya tak buat perangai lagi...
No comments:
Post a Comment