28 October 2009

Panggilan Haji telah tiba lagiii...

Semalam aku mintak balik keje awal iaitu dalam pukul 3.30 petang sebab nak pergi jumpa sedara yang hendak ke Mekah di Tabung Haji, Kelana Jaya. Aku singgah ambil Aqil di sekolah dulu dan terus balik ke rumah. Kami pergi dengan menaiki teksi iaitu pada pukul 5. Kami ke Shah Alam, rumah Wak di Pangsapuri Danaumas dulu, kemudian sebelum Maghrib kami ke sana dengan menaiki kereta Wak, ma pun ikut sama. Kalau ikutkan hati aku tak nak pergi sebab susah, Yaya mesti buat halnya. Lagi pun aku dah jumpa mereka masa raya hari tu. Tapi terpaksa jugak pergi sebab Aqil nak pergi.

Aqil dan Yaya macam biase, cepat boring dan nak beli mainan yang ada dijual kat situ. Yaya paling excited nak beli belon... tukang jual pun satu hal, memang mengambil kesempatan betul masa orang nak ke Mekah, berniaga benda2 macam tu, dah la mahal daripada harga biase dan tempat lain. Melampau-lampau harganya... kaya betul mereka musim orang buat Haji ni. Budak2 ramai ke sana memang laku la jualan mereka. Macam Yaya kalau aku tak beli mesti menangis dan ajak balik... so nak tak nak kena la beli walaupun mahal.

Best je tengok orang nak ke Mekah. Semoga Allah memberi peluang dan rezeki pada aku dan keluarga untuk ke Tanah Suci Mekah. Sebelum balik kami singgah makan di Restoran Alam Megah, Shah Alam. Dalam perjalanan balik aku, Aqil dan Yaya tido... memang tak sedar apa. Sedar2 dah sampai depan rumah... letihhhhh betullll...

No comments:

Post a Comment