Pagi ni aku hantar hubby ke UKM, hubby ada seminar dan kena present paper. Dalam pukul 10/11 hubby akan balik rumah dan bersiap untuk bertolak ke airport. Macam mana agaknya keadaan Aqil dan Yaya masa papa mereka nak pergi nanti? tak sanggup aku nak tengok. Famili aku ada datang mungkin dapat mengurangkan perasaan sedih Aqil dan Yaya. Aku tak hantar hubby ke airport sebab hubby tak nak menyusahkan aku dan anak2, lagi pun hubby cakap ni bukannya first time dia ke sana. Hubby akan pergi airport dengan teksi abang Din. Aku tak dapat tunggu untuk menghantar hubby di rumah sebab ada kerja yang perlu diselesaikan hari ni dan aku takut Yaya menangis nak mengikut aku ke ofis pulak nanti.
Aku perasan hubby memang dah nampak sedih sejak 2/3 hari ni. Dia memang mudah tersentuh dan menangis terutamanya kalau melibatkan keluarga dan anak2. tambah2 lagi nak berpisah jauh. Hubby cakap rasa macam baru je balik dah nak pergi. Lebih kurang sebulan jugak hubby bercuti. Tapi apakan daya demi kerjaya dan masa depan kami hubby terpaksa meneruskan perjuangannya di oz. Semoga semuanya dipermudahkanNya dan selamat. Hubby akan balik mengambil kami selepas proposal PhDnya siap. Semoga perjalanan hubby selamat.
No comments:
Post a Comment