16 October 2009

Perasaan

Balik keje semalam aku rasa sedih je... sebab sebelum ni hubby dan Yaya hantar dan datang ambik aku kat ofis. Tapi semalam tidak... tiba2 rasa teringat balik saat2 hubby dan Yaya datang hantar dan ambik aku. Masa lalu di depan Restoran Caiyo Bistro pun teringat balik semasa aku dan keluarga makan kat situ. Aku siap berpaling tengok meja yang kami duduk hari tu. Sedih je rasa... takpa lama2 ok la kot.

Balik rumah lagi la rasa sunyi je... kalau tidak dok dengar suara hubby melayan Aqil dan Yaya. Masa tu abang masih dalam perjalanan. Lebih kurang pukul 10 malam hubby call. Lega hubby dah selamat sampai. Hubby transit kat situ sementara tunggu penerbangan ke Adelaide pulak. Kesian hubby mesti penat dan sedih ingat pada kami. Banyak kali hubby call aku... aku tahu mesti hubby sedih dan rindu pada kami. Banyak2 bersabar la abang. Yaya pun sama semalam tiba2 dia cakap 'cian papa pergi keje' dan malam siap mengingau & menangis panggil papa dia. Aqil dah faham tapi Aqil nampak lain jugak dan petang tu dia menangis jugak dan cakap "kalau ada papakan best'. 'Sabar je la anak2 mama nanti papa balik ambik kite ye'... tu je la yang aku selalu cakap. Takpa ini dugaan yang terpaksa kami tempohi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dengan izinNya. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati.

Malam famili aku ada, tahan sikit rasa sedih kami.

No comments:

Post a Comment