Hujung minggu kami ke jemputan kenduri dan open house. Pada hari Sabtu aku, hubby dan Aqil ke kenduri kahwin di rumah pensyarah dan penyelia aku masa buat degree and master dulu, iaitu Prof. Madya Dr. Asiah Sarji. Rumah dia di Bangi Golf Resort, Bangi. Anak tunggal dia nama Lydia (Lia AF). Aku kenal Lydia ni masa dia kecik2 lagi. Sekarang dah jadi isteri orang dan pelakon (tetapi tak glamour sangat).
Petang beraya di rumah jiran dan lepas tu kami ke Puchong beraya di rumah Ain. Balik ada lagi jemputan tetapi kami tak pergi sebab keletihan dan kekenyangan.
Hari Ahad open house di rumah Dr. Rokiah. Z kawan abang jemput kami ke sana. Lama jugak kami di sana sebab hubby berbual panjang dengan kawan2nya yang dah lama tak berjumpa. Menunya aku suka sebab ada Nasi Beriani JM Beriani dan sirap bandung yang memang aku suka.
Petang aku buat coklat dengan hubby. Aku cadang nak bawa coklat tu masa jamuan hari raya di ofis Khamis ni. Sambil tu aku sempat buat puding caramel. Lepas Maghrib kami ke Alamanda.
No comments:
Post a Comment