31 October 2009

Pasar malam punya cite...

Pagi Sabtu hujan renyai2 je, lepas pergi pasar dengan Yaya aku hantar kereta ke bengkel sebab nak kena pasang satu lagi alat pada kancil aku. Lepas tu mekanik tu hantar aku kat rumah. Di rumah macam biase aktiviti hujung minggu membasuh dan mengemas. Tengahari ma dan Azam datang. Hilang sikit boring Aqil dan Yaya.

Petang kami ke pasar malam. Ramai betul orang, lain kali aku tak boleh bawa Aqil dan Yaya kesian mereka dengan keadaan penuh sesak macam tu. Tiba2 aku cari Aqil takde, panik jugak aku dibuatnya sebab Aqil hilang dari pandangan, rupa2nya dia syok dok tengok orang menjual bertentangan dengan tempat aku beli buah. Aku pesan pada Aqil lain kali jangan jauh daripada aku. Buatnya hilang masa tu... mintak dijauhkan. Nauzubillah.... MIL pulak sibuk melayan Yaya. Ma aku ada sama tapi tak perasan Aqil boleh ke sana. Azam pulak tak tahu ke mana. akhirnya kami berjumpa di kereta je. Cakap pada hubby pasal Aqil, hubby marah lain kali jangan bawa anak2 kalau tak sempat nak kawal. Lain kali aku kena berhati2.

No comments:

Post a Comment