31 December 2009

Aku gagal dapat PTD, sedih bercampur gembira. Aku dan anak2 akan ke OZ menemani hubby.

Suami aku call beritahu ada member Mira yang dah dipanggil untuk melapor diri sebagai PTD pada 4 Januari ini. Aku tiba2 rasa tak sabar nak tahu result aku. Aku call Fiza dan Ila, dua2 bercuti. Call hp pun tak berjawab. Aku cuba call JPA, susah nak dapat. Dok tak lama kemudian aku try lagi dan dapat tapi person incharge pulak takde. Call lagi baru dapat. En. Rahman cek sama ada nama aku ada atau tidak. Akhirnya jawapan yang aku nanti2kan terjawab..."aku gagal". Perasaan aku pada masa tu sedih tetapi gembira. Sedih sebab tak dapat jadi PTD, gembira sebab dapat ikut hubby ke OZ. Lepas itu aku tolong semakkan result untuk Fiza dan Ila. Mereka berdua pun gagal. Takpa la rezeki kite di tempat lain. Tuhan telah menetapkan segalanya, apa yang direncanakan untuk kite, itu lah yang terbaik. Rezeki kite mungkin ditempat lain.

Lepas tahu result aku sms pada hubby dan hubby call aku. Hubby gembira sebab aku dapat ke sana menemaninya meneruskan perjuangannya membuat PhD. Hubby tak kisah kalau aku berjaya dia akan gembira dan kalau aku tak dapat pun takpa, dia lagi gembira. "Tuhan menentukan yang terbaik untuk kite" hubby cakap. Aku jugak call famili aku beritahu berita ini. Mereka semua kata "takpa lah takde rezeki nak buat macam mana, boleh ikut hubby".

Lepas itu aku balik rumah ambik Aqil untuk ke sekolah, beli buku. Aku beritahu Aqil yan aku gagal dapat PTD. Aqil bersorak gembira dan terharu sebab terlalu gembira, siap bersalam dengan aku. Aqil gembira sangat sebab dapat ikut papanya ke OZ.

Aku masih memikirkan pasal benda ni... bukan rezeki aku, takpa la. Aku gembira sebab akan menemai hubby di OZ. Aku terpaksa meneruskan plan A yang dah lama dirancang. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Amin. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

TQ Aqil sebab bagi besday card yang dibuat sendiri




Ni la kad yang Aqil buat sendiri... cantik dan bermakna sangat bagi mama... I love you

Petang semalam balik dari keje, tak sempat aku keluar dari kete lagi Aqil dan Yaya dah tercegat depan pintu. Aqil bagi kad besday yang dibuatnya sendiri. Aku terharu sangat... time kasih Aqil. Mama hargai sangat. Mama cayang anak2 mama.

30 December 2009

Dapat besday card dari hubby




Petang semalam balik dari keje tengok2 dah ada besday card dari hubby... awalnya. Besday aku pada 4 Januari minggu depan. Tapi takpa sebab abang dok jauh terpaksa la abang bagi awal2 takut nanti lewat sampai pulak. TQ abang. Abang cakap hadiah akan menyusul kemudian... agak2nya apa la hadiah aku dapat tahun ni???. Apa2 pun terima kasihhh... sayang.

28 December 2009

Barang dan mainan Aqil dan Yaya.

Bermain di atas puzzle yang baru beli

Antara koleksi mainan Aqil


Selipar baru untuk Yaya

Jalan2 di Alamanda.






Semalam kami ke Alamanda... macam biasa la jalan2, makan2 di McD dan beli mainan untuk Aqil dan Yaya.

Akhirnya jumpa jugak.




Telekung yang memang dah lama aku cari dan nak beli. Akhirnya aku jumpa jugak. Ada orang jual di Kastam dari Faridah Collection. Sukanya sebab telekung macam ni tak payah pakai anak dalam tapi kemas dan sedap pakai.

Radio kecik peneman setia di ofis


Comey tak radio kecik aku niii...? hilang sikit rasa bosan masa di ofis sebab boleh dengar hot.fm, my favourite channel.

22 December 2009

Jom ke Zoo Negara











Pada hari Sabtu baru2 ni aku dan famili ke Zoo Negara. Rasanya dah 2/3 tahun tak ke Zoo Negara. Kali ni first time Yaya ke Zoo, bukan main seronok lagi Yaya sebab dapat tengok binatang2 secara life. Aqil dah banyak kali pergi, dia macam tak excited, tapi sebab ada kawan2 Aqil nampak happy je. Anak2 sedara aku pun seronok jugak, mereka datang KL memang salah satu agenda percutian nak ke Zoo Negara. Cuaca kejap panas kejap hujan. Balik dari Zoo kami singgah sembahyang Asar di Masjid Shah Alam dan lepas tu Wak belanja kami semua makan di Restoran Munawarah (Restoran Mualaf) belakang Concorde Hotel, sedap jugak makanan kat restoran tu. Selepas itu kami ke PLaza Masalam... sempat jugak window shopping dan kami sembahyang Maghrib di surau kat situ je. Sampai rumah lebih kurang pukul 10, letih betul tapi kanak2 tetap tido lewat. Mereka memang tak reti letih. Ok la ada la jugak aktiviti Aqil masa cuti ni... kalau tidak memang tak ke mana2 la kalau aku seorang je. Kalau ada hubby memang dah banyak berjalan kalau cuti2 sekolah macam ni. Takpa la kalau papa balik nanti kite pergi la jalan2 ye Aqil dan Yaya.

10 December 2009

kete rosak lagi

hari ni terpaksa menumpang Mira lagi sebab kete aku rosak... tension je rasa. padahal baru je baiki. harap2 hari ni siap la. susah nak bergerak kalau kete rosak. terpaksa menyusahkan orang lain.

01 December 2009

Hari Raya Korban 2009











Raya pertama kami mengadakan majlis korban di kampung arwah abah di Changgal, Pasir Puteh. Aku korban satu bahagian. Seronok kami adik-beradik dapat berkumpul bersama. Tapi kami terasa tahun ni abah takde untuk mengadakan korban. Kalau tidak abah laaa orang yang paling sibuk untuk menguruskan korban. Hubby aku pulak beraya di OZ, biasenya hubby akan turut sama menyiang daging2 korban. Kami dapat makan daging sepuas2nya dengan pelbagai jenis masakan. Aqil dan Yaya antara yang excited nak tengok orang sembelih lembu korban. Padahal tiap2 tahun dah tengok.

Raya kedua kami beraya di rumah untie Zainun. Raya ke tiga ke majlis perkahwinan sepupu aku. 4 petang bertolak balik Bangi. Aku naik kete Ami. Kami konvoi dengan kete Eg. Sekali lagi kami menghadapi jalan yang jam. Tension... tension... sampai Bangi 4.30 pagi. Serikkkkkkkkkk...

26 November 2009

Perjalanan balik kampung

Hari ini ramai yang keje half day kerana nak pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha. Pada mulanya aku tak nak balik kampung sebab cuti tahunan aku dah habis. Tup.. tup... aku call Wak dan Wak tak balik lagi, jadi dia ajak kami balik dengan dia. Aku ambil cuti separuh hari untuk balik ke kampung. Kami bertolak balik dalam pukul 3 petang. Seronok Aqil dan Yaya sebab dapat balik kampung. Tetapi jalan jam giler2 dari Kuala Lipis sampai la ke Kuala Krai. Rasa tension jugak... kalau tahu la jam seteruk tu aku memang tak balik. Nasib baik Aqil dan Yaya ok sepanjang perjalanan... risau jugak aku kalau2 Aqil dan Yaya muntah atau meragam. Rasa macam dah serik... lain kali memang tak boleh dah balik last minit macam ni. Kalau terbang takpa. Kami sampai jam 3.30 pagi kat rumah. Sama sampai dengan Eg. Memang penat betul. 12 jam dalam perjalanan huhuhuhuuuuuu... tension2.

24 November 2009

Rindu pada hubby

Rinduuuuuuuuuuuunyaaaaaaaaaaa...

16 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu







Aktiviti 5S

Yaya dengan air 'summer'

Aqil yang teringin sangat nak makan di Kenny Rogers

Bestnyaaa...

Aqil pening la pulak...


Happy Yaya...

Aqil pun sama

Yaya tak bagi masukkan duit syiling... nak dok gitu je

Di Carrefour... "Yaya nak try bawak kejap jeee..."

Habis semua basikal Yaya nak try naik... Aqil cakap Yaya nak tido sini ke?

Yaya keletihan... terus tertido

Aqil dok melukis Ben-10

Sabtu, aku kena datang ke ofis sebab aktiviti 5S tak habis2 lagi. Tengahari balik... layan Aqil dan Yaya. Aktiviti biase dan chat dengan hubby di OZ.

Hari Ahad aku membasuh sebab semalam ke ofis, kalau tidak aku membasuh hari Sabtu. Lepas settle semua keje rumah kami ke Alamanda. Bawa Aqil dan Yaya jalan2... dah lama rasanya tak bawa mereka ke sana. Aqil nak makan di Kenny Rogers, lepas makan kami jalan2 dan main mainan yang kena masuk duit syiling tuuu... entah apa ke namanya benda tuuu... Aqil siap bawak banyak duit 50 sen untuk main benda alah tuuu... sebab kena masukkan duit 50 sen dua keping setiap kali nak suruh benda tu bergerak. Lepas tu... Yaya biase la kalau dah berjalan2 susah nak balik, aku dukung je bawa masuk dalam kereta. Balik singgah beli makanan pulak di Caiyo Bistro...

Sampai je rumah Yaya terus tido... mengantuk dan letih kot. Aqil macam biase la terus main games. Aku tengok Nur Kasih di TV3 online... baru episod 19. Lepas2 ni kena sambung tengok episod seterusnya sebab ada episod2 yang aku termiss. Nak teruskan hujan dan petir la pulak. Apa lagi aku tido je la, sementara Yaya tido ni la aku boleh tido jugak. Lebih kurang pukul 8 malam baru aku bangun... almaklum la aku bercutiii...

Yaya bangun lepas tuuu... malam tadi dia tido pukul 2 pagi sebab tak mengantuk... sebelum tu aku, Aqil dan Yaya mengemas mainan mereka yang bercampur-aduk. Harap2 aku tak mengantuk la hari ni sebab tido lewat malam tadi.