22 December 2009

Jom ke Zoo Negara











Pada hari Sabtu baru2 ni aku dan famili ke Zoo Negara. Rasanya dah 2/3 tahun tak ke Zoo Negara. Kali ni first time Yaya ke Zoo, bukan main seronok lagi Yaya sebab dapat tengok binatang2 secara life. Aqil dah banyak kali pergi, dia macam tak excited, tapi sebab ada kawan2 Aqil nampak happy je. Anak2 sedara aku pun seronok jugak, mereka datang KL memang salah satu agenda percutian nak ke Zoo Negara. Cuaca kejap panas kejap hujan. Balik dari Zoo kami singgah sembahyang Asar di Masjid Shah Alam dan lepas tu Wak belanja kami semua makan di Restoran Munawarah (Restoran Mualaf) belakang Concorde Hotel, sedap jugak makanan kat restoran tu. Selepas itu kami ke PLaza Masalam... sempat jugak window shopping dan kami sembahyang Maghrib di surau kat situ je. Sampai rumah lebih kurang pukul 10, letih betul tapi kanak2 tetap tido lewat. Mereka memang tak reti letih. Ok la ada la jugak aktiviti Aqil masa cuti ni... kalau tidak memang tak ke mana2 la kalau aku seorang je. Kalau ada hubby memang dah banyak berjalan kalau cuti2 sekolah macam ni. Takpa la kalau papa balik nanti kite pergi la jalan2 ye Aqil dan Yaya.

No comments:

Post a Comment