01 December 2009

Hari Raya Korban 2009











Raya pertama kami mengadakan majlis korban di kampung arwah abah di Changgal, Pasir Puteh. Aku korban satu bahagian. Seronok kami adik-beradik dapat berkumpul bersama. Tapi kami terasa tahun ni abah takde untuk mengadakan korban. Kalau tidak abah laaa orang yang paling sibuk untuk menguruskan korban. Hubby aku pulak beraya di OZ, biasenya hubby akan turut sama menyiang daging2 korban. Kami dapat makan daging sepuas2nya dengan pelbagai jenis masakan. Aqil dan Yaya antara yang excited nak tengok orang sembelih lembu korban. Padahal tiap2 tahun dah tengok.

Raya kedua kami beraya di rumah untie Zainun. Raya ke tiga ke majlis perkahwinan sepupu aku. 4 petang bertolak balik Bangi. Aku naik kete Ami. Kami konvoi dengan kete Eg. Sekali lagi kami menghadapi jalan yang jam. Tension... tension... sampai Bangi 4.30 pagi. Serikkkkkkkkkk...

No comments:

Post a Comment