26 November 2009

Perjalanan balik kampung

Hari ini ramai yang keje half day kerana nak pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha. Pada mulanya aku tak nak balik kampung sebab cuti tahunan aku dah habis. Tup.. tup... aku call Wak dan Wak tak balik lagi, jadi dia ajak kami balik dengan dia. Aku ambil cuti separuh hari untuk balik ke kampung. Kami bertolak balik dalam pukul 3 petang. Seronok Aqil dan Yaya sebab dapat balik kampung. Tetapi jalan jam giler2 dari Kuala Lipis sampai la ke Kuala Krai. Rasa tension jugak... kalau tahu la jam seteruk tu aku memang tak balik. Nasib baik Aqil dan Yaya ok sepanjang perjalanan... risau jugak aku kalau2 Aqil dan Yaya muntah atau meragam. Rasa macam dah serik... lain kali memang tak boleh dah balik last minit macam ni. Kalau terbang takpa. Kami sampai jam 3.30 pagi kat rumah. Sama sampai dengan Eg. Memang penat betul. 12 jam dalam perjalanan huhuhuhuuuuuu... tension2.

No comments:

Post a Comment