31 March 2009

busy dengan 5S


Semua bahagian sibuk dengan 5S sekarang sehinggakan kerja2 hakiki tak buat. Memadangkan KSP akan melawat ke semua bahagian, masing2 sibuk melakukan aktiviti 5S. SBK pagi2 lagi dah bising menyuruh staf membuat itu ini. Bahagian aku dari hari Sabtu lagi dok melakukan aktiviti 5S ini. Letih jugak dibuatnya... rasa bengak labu betis aku ni.
Rehat semalam abang datang ambik aku dan kami pergi makan di Penang Village, Alamanda. Sekali-sekala makan berdua2an.

29 March 2009

5S


Masing2 sibuk menyusun partition... bersepah2... macam orang pindah rumah baru.


Aku pun kena berpindah ke bilik lain. Nasib baik barang2 aku tak banyak.


Tempat baru aku... baru kemas sikit2.



Aktiviti sisih (sampai terkangkang2 dibuatnya...hehehe...)



Dok kemas barang orang lama... barang aku dah settle.

Hari Sabtu semua staf BPKA diwajibkan datang ofis untuk melakukan aktiviti 5S. Aku pergi pada pukul 9.00 pagi dan kemudian balik pada jam 3 lebih. Letih jugak dibuatnya... balik rumah, lepas sembahyang tertidur kejap. Malam tengok AF pun tak habis, letih... sampai tertidur. Bangun sembahyang Isyak pada pukul 1.15 pagi. Di atas semua gambar sebelum 5S. Gambar selepas 5S... tunggguuu...

27 March 2009

Apa nak cite yeee... tunggu...

26 March 2009

5S

Pagi ini aku busy dok buat laporan audit 5S. Staf2 di bahagian aku pun masing2 bersemangat nak menjayakan amalan 5S ini. Dengar2 kabar kami semua kena datang Sabtu dan Ahad ini untuk mengemas dll. Aku tak tahu lagi nak datang atau tidak. Ahad memang aku tak dapat datang sebab ada kelas membuat coklat.

25 March 2009

Exam KPLI

Akan diketahui hari ni siapa yang layak menduduki exam KPLI. Aku tak dapat exam KPLI... mungkin sebab umur aku atau memang takde rezeki aku untuk menjadi guru. Sedihhh... tapi takpa lah nak buat macam mana, rezeki aku di MOF ni je kot.

24 March 2009

Audit 5S

Hari ini aktiviti audit. Group aku kena audit BSWP dan BPKS.

Cuti...

Isnin aku bercuti untuk menjaga Aqil dan Amalia. Petang pergi mengurut sebab tiba2 je ari2 aku rasa sakit. Selepas mengurut baru rasa ok. Menurut bidan tu peranakan aku jatuh dan bengkak.

Aktiviti masa cuti

Sabtu - Kenduri kahwin Afrah di Putrajaya. (gambar nanti...). Petang pergi makan di secret recipe.

Ahad - Dok rumah je... EG dan keluarganya datang.

20 March 2009

Belon Udara Panas













Acara belon udara panas di Putrajaya 19 - 22 Mac 2009. Macam best je.... Hari ini abang dan anak2 hantar aku ke ofis. Lepas hantar aku mereka pergi tengok belon udara panas di depan ofis aku ni je. Aqil dan Amalia excited betul nak tengok belon tuuu... pagi2 lagi mereka dah bangun. Antara belon2 yang ada ialah seperti di atas. Banyak negara yang menyertai pertandingan ini.

19 March 2009

Krusus Audit 5S

Hari ni krusus audit 5S di bilik taklimat tingkat 1.

18 March 2009

Cerita hari ini

Selepas siapkan kerja. Boring... apa lagi cek email yang berderet2 dan main games laaa....

17 March 2009

Hari yang tenang

Suasana jalan nak ke ofis berjalan lancar je, sebab ramai yang bercuti dan budak2 tak bersekolah. Kalau hari2 macam ni kan best. Boleh datang kerja lewat sebab jalan lancar je, sampai ofis pun awal walaupun keluar rumah lewat. Hari ni aku sempat singgah beli roti canai dengan teh tarik lagi.

16 March 2009

Chees Cake


Rehat aku ke Alamanda dengan Nurul Ain. Makan McD. Lepas tu membeli di carrefour. Sebelum balik singgah secret recipe, sudah semestinya nak beli cheese cake. Aku cuba perasa baru, hazel chesse. Sedap jugak. Aku memang penggemar hazel nut. Dua hari lepas dah makan chocolate indulgence, bluberry cheese dan carrot slice, tapi teringin makan chesse cake lagi. Sedappp...

Ramai orang bercuti

Jalan lengang je hari ni, ramai orang bercuti sempena anak2 cuti sekolah kot. Di cafe pun orang tak ramai. senang nak membeli. Pagi aku masuk ofis kejap kemudian keluar ke LLM untuk menghantar borang kerja. Lepas hantar terus balik ofis. Hari ini sampai 18/3 bos aku bercuti, jadi boleh la relax je.

15 March 2009

Melayan Aqil dan Amalia

Pagi ke pasar. Mengemas rumah dan melayan Aqil dan Amalia. Petang kami pergi tengok rumah baru Fiza. Lepas itu kami ke Old Timer Coffee untuk makan petang.

14 March 2009

Hujan jeee... macam musim banjir

Hari ni kami tak ke mana2, dok rumah je. Ingat petang nak pergi jalan2, tapi hujan pulak. Jadi kami dok rumah je la. Malam tengok konsert AF.

Cuti... cuti...

Cuti sekolah dah bemula... nak pergi jalan mana yeee???

13 March 2009

Busy

Busyyy.... Hari ini bos asyik cari je... bincang dan buat unjuran perbelanjaan tahun 2010 dan 2011. Rehat aku balik rumah, sebelum tu sempat singgah di Hajaba beli tudung.

11 March 2009

Takaful Malaysia

Tengahari aku ke Takaful Malaysia cawangan Bangi untuk memberhentikan insuran/polisi yang aku ambil. Aku nak bertukar kepada Prudential pulak sebab lebih banyak keuntungan/faedah polisi yang ditawarkan. Satu lagi sebabnya agen Prudential selalu hubungi pelanggannya 'keep in touch'.

Tudung... tudung...

Excitednya akuuu... siap mimpi2 lagi. Hari ini aku beli dua helai warna meron dengan kuning. Walaupun harganya mahal (RM80.00 sehelai) takpa sebab senang dan sedap pakai. Aku nak kumpul semua warna, InsyaAllah kalau ada rezeki.

10 March 2009

Cerita hari ini...

Hari ini ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan... ada keje tak la boringgg... dan siapkan isi borang mintak keje.

Aktiviti masa cuti





Tudung2 yang aku beli.

Sabtu - Pagi aku ke pasar.... Petang kami ke Alamanda.
Ahad - Tengahari aku dan Kak Long ke KL. Orang ramai giler, tak pernah2 aku naik komuter orang penuh macam hari tu, sesak nak bernafas pun tak lepas je rasa. Nasib baik tak ada bau yang tak diingini. Mujur Aqil tak ikut, kalau tidak kesian dia terpaksa berdiri dan berhimpit2 dengan orang ramai. Kami membeli-belah di Jalan TAR dan Sogo. Di jalan TAR aku beli tudung ekin... rasa teringin nak pakai tudung ekin. habis kedai kami pergi. Aku cari tudung yang betul2 berkenan sebab nanati kalau tak berkenan beli je membazir, aku tak pakai pulak. Macam hari tu aku ada beli 4 helai tudung biasa je, tapi disebabkan tak berkenan aku sedekah di jualan amal UKM. Aku beli 3 helai tudung ekin yang simple punya. Di Sogo aku beli kasut. Rakyat Malaysia ni memang banyak duit betul. Tak kira masa penuh je orang di tempat membeli-belah. Meriah!!!... Balik dalam puluk 5 lebih, sampai hampir 6.30 petang. Nasib baik masa balik orang tak ramai dan kami dapat duduk. Sampai rumah terkejar2 nak sembahyang Asar. Lepas mandi dan sembahyang aku cuba pakai tudung ekin yang aku beli, macam best la pulak pakai tudung ni sebab senang nak pakai dan terbentuk elok je... ngam2 dengan muka. Sudah!!! hati ku terpaut pada tudung ekin pulak... bahaya niiihhh... nanti ada pulak yang kena beli ikut warna baju. Habis la duit aku... sabar... sabar... sabar...

Isnin - Pagi kami pergi breakfast di kedai mamak seksyen 15... aku pakai tudung yang aku beli semalam. Aku tanya abang cantik tak?... abang kata ok je... asal tutup aurat takpa. Aku tanya Aqil, Aqil cakap mama ni asyik beli tudung dan baju je..., takde benda lain ke? Aku tanya Amalia, cantik tak mama? Amalia cakap... cantik...cantik... sambil tengok dan senyum pada aku. Rasa selesa je pakai tudung ni dan simple tapi cantik, hehehe...


Tengahari tengok rancangan wanita hari ini. Topik kali ini pasal tudung dan jubah keluaran HAJABA. Macam tudung ekin tapi lebih banyak pilihan dan ada warna sedondon. Aku apa lagi terpacak la depan tv dok tengok tudung2 keluaran HAJABA. Cantik2... aku berkenan. Tak sabar je rasa. Lepas tu aku terus search dalam internet cari di mana kedai HAJABA dan tengok koleksi tudung yang ada. Rupa2nya ada di Bangi. Kena pergi laaa nanti, ingat nak pergi petang ini tapi hujan. Pospone la dulu...

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua pengujung blog ini.

06 March 2009

Apa aku buat hari ini???

Hari ini bos tak panggil... bermakna kerja takde la kot. Aku isi borang kerja Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Sebelum datang tadi aku singgah di LLM ambil borang. Rehat aku ke Alamanda seorang je. Ingat nak pergi pejabat pos tapi orang ramai giler... beratus nak sampai ke nombor giliran. Tak jadi la nak pos kat situ. Aku jalan2 dan tengok2 blaus di Parkson... terbeli la sehelai. Lepas itu aku ke food court beli mee claypot. Balik aku singgah di pejabat pos JPM. Cepat je sebab tak ramai orang. Masuk ofis lewat 15 minit. Sembahyang dan makan dalam bilik je.

05 March 2009

Sejukkknyaaa...

Kerja tak ada... sejuk betul tempat aku ni... tak larat nak berulang ke toilet dah!!! Dok mengisi keje kosong je hari ni.

04 March 2009

Ngantuknyaaa...




Mata aku bengkak hari sebab tak cukup tidur malam tadi. Al maklum lah kalau anak tak sihat kite pun sama tak boleh tidur dengan nyeyak. Amalia demam dan batuk2. Mungkin dia rasa tak selesa nak tidur, menyebabkan dia selalu terjaga dan menangis. Kesian Amalia... cepat2 la sembuh ye sayang... Demam nak besar tuuu... rajin2 dan senang2 la makan ubat kalau nak cepat sembuh.

03 March 2009

Kerja + ngantukkk...

Hari ini aku siapkan maklum balas laporan Ketua Audit Negara 2007. Petang ni bos tak bagi kerja lagi. Mengantuk Tuhan aje yang tahu. Malam tadi Amalia kerap terjaga dari tidur kerana dia demam. Aku pun tak cukup tidur, sebab tu la rasa ngantuk sangat niii...

02 March 2009

Hadiah untuk Amalia











Sempena hari jadi Amalia, aku bagi pada dia 2 pasang gaun, aksesori rambut, bear dan kad ciptaan aku sendiri. Kalau ikutkan abang tak bagi bagi bear sebab Amalia alergi dengan habuk, tapi aku tengok Amalia suka main dengan bear dan kereta mainan Aqil. Takan nak beli kereta... diakan perempuan. Abang suruh aku beli patung barbie. Tapi aku pikir Amalia tak reti lagi nak main patung2 macam tu. Jadi aku beli je lah bear, walaupun Amalia dah ada bear yang jiran sebelah bagi. Bear tu besar sangat... dia nak angkat pun tak larat. Selepas bukak je kotak hadiah dari aku... Amalia terus ambil bear tu dan panggil "ooohhh... baby...", dia suka dengan hadiah tu. Orang lain ada jugak bagi hadiah... tapi tak banyak. Takpa bukannya aku suruh dia orang datang untuk bagi hadiah, cuma nak suka2 dan happykan Aqil dan Amalia.

SeLaMaT HaRi LaHiR YaNg Ke 2 TaHuN AmaLia SaYaNg



















28 Februari 2009 aku mengadakan majlis harijadi untuk Amalia. Aku menjemput anak2 jiran terdekat dan kawan2 rapat je. Majlis bermula jam 5 petang. Ramai jugak tetamu yang hadir walaupun hari hujan. Aqil dan Amalia happy sangat. Tengaharinya Aqil dan Ra sibuk mengepam belon untuk digantung sebagai hiasan. Antara menu yang aku sediakan ialah nasi dagang, bihun goreng, nugget dan sosej, karipap, puding caramel, dadih, keropok, tembikai dan kek harijadi untuk Amalia. Majlis berjalan dengan lancar, tetapi aku frust sebab kek yang aku order tak sedap..., kali ni kek tak habis. Kalau tahun lepas pulak tak cukup, sebab keknya sedap. Untuk kali ni keknya rupa aje cantik tapi kalau makan tak sedap pun. Lepas ni tak boleh tempah dah dengan orang niii... Lebih baik aku beli secret recipe macam tahun2 sebelum ni.

01 March 2009

Detik-detik Kelahiran Nor Amalia Marsya

28 Februari 2009 merupakan hari ulang tahun kelahiran Amalia yang ke 2 tahun. Dah besar anak mama... Amalia dilahirkan pada pukul 2.45 petang di Hospital Putrajaya. Ingat lagi aku pada saat2 untuk melahirkan Amalia... masih segar dalam ingatan aku dan tak akan dapat dilupakan sampai bila2. Begitu juga dengan Aqil dan arwah Arfan.
Amalia dilahirkan betul2 pada tarikh yang ditetapkan. Aku dan keluarga ke hospital Putrajaya pada jam 8.00 pagi untuk daftar masuk wad. 2/3 hari sebelum ni aku dah sakit sikit2 di rumah. nasib baik aku dapat masuk wad kelas A, boleh la ma, abang dan Aqil menunggu aku.
Lepas masuk wad jururawat cek jalan... katanya dah buka 1cm. Lepas itu jururawat beritahu aku bahawa dia akan masukkan ubat supaya dapat mempercepatkan bersalin. Menurut jururawat biasanya tindakbalas akan berlaku selepas 6 jam dan aku tidak dibenarkan ke tandas dalam masa sejam. Tapi aku tidak, tak sampai sejam dah sakit sangat2... sakitnya, hanya Tuhan aje yang tahu. Aku suruh abang beritahu jururawat yang aku dah sakit. Kemudian datang la 2 orang doktor... mereka bercakap sesama sendiri dan menyatakan memang aku dah nak bersalin.
Doktor cek kedudukan baby, kepala baby senget ke kanan... tak masuk dalam lubang. Doktor beritahu kemungkinan aku akan dibedah. Ma dan abang panik lepas doktor beritahu yang aku akan dibedah. Aku apa lagi... doktor injent tangan aku untuk masukkan jarum drip (betul ke...). 3/4 kali doktor dan jururawat cuba injent tapi tak jumpa urat yang sesuai. Aku tengah sakit, Tuhan aje yang tahu... aku tak peduli apa yang mereka nak buat, yang aku pikir aku nak cepat bersalin je... dah tak tahannnnnnnnnn!!!. Ada seorang doktor tu bertanyakan pada ku, sama ada aku buat keje berat ke sebab urat aku susah nak cari. Aku dok menahan sakit dan bercakap pada doktor yang aku tak tahan dah. Tiba2 datang seorang doktor pakar (dulu dia doktor di HKL) yang sudah pencen tapi berkhidmat secara kontrak dengan Hospital Putrajaya. Dia pegang perut aku... kemudian dia cek bahagian pundi kencing... dia beritahu kepala baby tak masuk dalam lubang sebab tersekat dengan air kencing. Kemudian doktor tersebut terus pecahkan bahagian yang boleh menyebabkan aku kecing... aku terkencing atas katil tu jugak. Kemudian doktor itu cek kepala baby dah masuk lubang. Tak jadi membuat pembedahan. Syukur sangat aku dan keluarga rasa.
Aku ditolak masuk ke bilik bersalin. Sampai je di bilik bersalin aku dah memang tak dapat bertahan... nak push je rasa. Jururawat tak sempat membuat persiapan aku dah push, aku selamat melahirkan Nor Amalia Marsya seberat 3.1 kg (kalau tak silap... nanti kena cek balik). Abang pun tak sempat, masuk2 je tengok aku dah bersalin. Ada seorang jururawat di situ cakap " kalau bersalin senang macam ni boleh beranak 10 orang niii.... Dalam hati aku cakap " senang ke?... kalau pikirkan rasa sakit tadi dah serik nak bersalin lagi". Aku menangis kegembiraan. Tapi setiap kali lepas bersalin aku selalu beritahu abang... "lepas ni tak nak bersalin dah... sakit!!!". Abang menjawab " ye lah, abang pun tak sanggup tengok zie sakit". Abang kemudian terus azan di telinga Amalia. Syukur semuanya selamat. Betul ke tak nak anak lagi?. Kalau ikut perancangan kami nak 4 orang anak. Tengok lah kalau ada rezeki lagi. Detik2 kelahiran Aqil dan arwah Arfan (rasa dah pernah tulis) akan aku ceritakan suatu hari nanti.