02 March 2009

Hadiah untuk Amalia











Sempena hari jadi Amalia, aku bagi pada dia 2 pasang gaun, aksesori rambut, bear dan kad ciptaan aku sendiri. Kalau ikutkan abang tak bagi bagi bear sebab Amalia alergi dengan habuk, tapi aku tengok Amalia suka main dengan bear dan kereta mainan Aqil. Takan nak beli kereta... diakan perempuan. Abang suruh aku beli patung barbie. Tapi aku pikir Amalia tak reti lagi nak main patung2 macam tu. Jadi aku beli je lah bear, walaupun Amalia dah ada bear yang jiran sebelah bagi. Bear tu besar sangat... dia nak angkat pun tak larat. Selepas bukak je kotak hadiah dari aku... Amalia terus ambil bear tu dan panggil "ooohhh... baby...", dia suka dengan hadiah tu. Orang lain ada jugak bagi hadiah... tapi tak banyak. Takpa bukannya aku suruh dia orang datang untuk bagi hadiah, cuma nak suka2 dan happykan Aqil dan Amalia.

No comments:

Post a Comment