10 March 2009

Aktiviti masa cuti





Tudung2 yang aku beli.

Sabtu - Pagi aku ke pasar.... Petang kami ke Alamanda.
Ahad - Tengahari aku dan Kak Long ke KL. Orang ramai giler, tak pernah2 aku naik komuter orang penuh macam hari tu, sesak nak bernafas pun tak lepas je rasa. Nasib baik tak ada bau yang tak diingini. Mujur Aqil tak ikut, kalau tidak kesian dia terpaksa berdiri dan berhimpit2 dengan orang ramai. Kami membeli-belah di Jalan TAR dan Sogo. Di jalan TAR aku beli tudung ekin... rasa teringin nak pakai tudung ekin. habis kedai kami pergi. Aku cari tudung yang betul2 berkenan sebab nanati kalau tak berkenan beli je membazir, aku tak pakai pulak. Macam hari tu aku ada beli 4 helai tudung biasa je, tapi disebabkan tak berkenan aku sedekah di jualan amal UKM. Aku beli 3 helai tudung ekin yang simple punya. Di Sogo aku beli kasut. Rakyat Malaysia ni memang banyak duit betul. Tak kira masa penuh je orang di tempat membeli-belah. Meriah!!!... Balik dalam puluk 5 lebih, sampai hampir 6.30 petang. Nasib baik masa balik orang tak ramai dan kami dapat duduk. Sampai rumah terkejar2 nak sembahyang Asar. Lepas mandi dan sembahyang aku cuba pakai tudung ekin yang aku beli, macam best la pulak pakai tudung ni sebab senang nak pakai dan terbentuk elok je... ngam2 dengan muka. Sudah!!! hati ku terpaut pada tudung ekin pulak... bahaya niiihhh... nanti ada pulak yang kena beli ikut warna baju. Habis la duit aku... sabar... sabar... sabar...

Isnin - Pagi kami pergi breakfast di kedai mamak seksyen 15... aku pakai tudung yang aku beli semalam. Aku tanya abang cantik tak?... abang kata ok je... asal tutup aurat takpa. Aku tanya Aqil, Aqil cakap mama ni asyik beli tudung dan baju je..., takde benda lain ke? Aku tanya Amalia, cantik tak mama? Amalia cakap... cantik...cantik... sambil tengok dan senyum pada aku. Rasa selesa je pakai tudung ni dan simple tapi cantik, hehehe...


Tengahari tengok rancangan wanita hari ini. Topik kali ini pasal tudung dan jubah keluaran HAJABA. Macam tudung ekin tapi lebih banyak pilihan dan ada warna sedondon. Aku apa lagi terpacak la depan tv dok tengok tudung2 keluaran HAJABA. Cantik2... aku berkenan. Tak sabar je rasa. Lepas tu aku terus search dalam internet cari di mana kedai HAJABA dan tengok koleksi tudung yang ada. Rupa2nya ada di Bangi. Kena pergi laaa nanti, ingat nak pergi petang ini tapi hujan. Pospone la dulu...

No comments:

Post a Comment