31 January 2012

Kembali ke sekolah...

Setelah bercuti hampir 2 bulan... hari ni Aqil dan Amalia dah mula bersekolah semula. Alhamdulillah masing2 bersemangat hendak ke sekolah.

Zakuan anak ke2 Surah dah mula masuk sekolah rendah. Bertambahlah kawan Aqil di sekolah.

Amalia pun hepi nak ke kindy, awal2 pagi lagi dah bangun. Sampai aje di kindy muka Amalia nampak macam sedih jugak tetapi lepas jumpa kawan baru lah ceria. Term ni Amalia sekolah pagi dan petang... selang sehari dan 2 minggu sekali Amalia sekolah pada hari Jumaat.

Term ni Amalia ada kawan dari Malaysia jugak iaitu Wafa'a... harap2nya Amalia tak buat perangai lagi setiap pagi kalau nak ke kindy.

Macam kebiasaan painting aktiviti feveret Amalia... tiap2 hari bawak balik lukisannnya. Entah apa2 yang dilukisnya... takpa lah yang penting Amalia suka hendak ke kindy. Semoga anak2 mama rajin belajar dan berjaya.

30 January 2012

Ketuat la pulak...

Dah banyak kali Aqil dok mengadu kakinya ada bijik2... Zie dan hubby tengok rupanya nampak macam air tetapi jika dipegang keras. Rupa2nya ketuat... rasanya ketuat ni normal sebab masa Zie kecik2 dulu pun pernah ada di tangan, lama2 hilang macam tu je. Kalau di Kelantan orang panggil 'ketuat malas'. Ingat lagi masa kecik2 dulu ma selalu cakap sesiapa yang ada ketuat ni dia seorang yang pemalas... sebenarnya takde kaitan pun, saje je nak mengusik dan membuatkan kite rajin jika disuruh buat apa2 keje rumah atau belajar.

Aqil cakap ada 9 biji ketuat ni dan ada dikedua2 belah kakinya. Zie risau jugak sebab ada seorang member siap kena menjalani minor operation untuk membuang ketuat di kakinya sebab ketuatnya semakin membesar dan berakar. Zie berdoa dan berharap sangat ketuat Aqil ni tak sampai lah ketahap tu.

Kami bawa Aqil ke klinik... doktor cakap ketuat ni normal je, doktor just suggest ubat sapu ni. Alhamdulillah lepas letak ubat yang busuk ni ketuat dikaki Aqil semakin mengecut. Semoga ketuat dikaki Aqil hilang sepenuhnya.

26 January 2012

Australia cuti hari ni...


Hari ni hubby tak ke Uni. dan semua bercuti sempena Australia Day. Pada mulanya kami plan nak ke city untuk tengok perbarisan. Tetapi memandangkan cuaca panas Zie tak berminat nak pergi. Lagi pun Zie belum sihat sepenuhnya... nanti tak pasal2 demam balik. Jadi kami lepak di rumah je dan petang berjalan ke rumah jiran terdekat kami iaitu Surah. Kalau ikutkan memang bosan dok di rumah aje tapi malas la nak ke city.

Malam ni terajin sikit nak update blog... sejak dua menjak ni malas banyak (bukan malas sikit) nak update blog... banyak sebabnya yang pertama laktop Zie buat hal... tunggu dibaiki dulu, ini pun Zie guna laktop hubby yang jugak macam bermasalah je..., ke2 cuaca panas membuatkan Zie takde mood nak berblog dan yang ke3 Zie tak berapa sihat... demam dan sakit tekak. Malam ni baru ada mood nak update blog. Lepas ni banyak N3 tertangguh yang Zie akan update sebabnya kena tunggu laktop Zie ok... gambar2 semua ada dalam tu, so tak boleh lah nak update blog dengan laktop hubby ni.

Mencari udara sejuk di tepi pantai...

Hari ini cuaca agak panas... suhu mencecah 39 degree, seharian dah kami berkurung di dalam rumah. Lewat petang kami ke Henley Beach bersama Surah dan Najwa famili. Tak sangka di pantai ni anginnya memang sejuk jika dibandingkan semasa kami di rumah. Patut lah orang2 OZ suka ke pantai time2 summer macam ni.




Aqil dan Amalia hepi dapat main air bersama kawan2 mereka... masing2 ceria aje. Time summer ni ok la nak mandi-manda di tepi pantai ni... kalau time winter huhhhh... nak cecah kaki dalam air pun tak sanggup rasanya. Ini pun sejuk jugak... Amalia sampai menggigil dan awal2 lagi dah berhenti taknak main air. Zie perasan Amalia tak suka main pantai dah... sebabnya dia tak suka pasir2 yang melekat pada kakinya. Bila ditanya nak datang mandi pantai lagi tak? terus jawab 'taknak sebab Yaya tak suka pasir... geli'. Ada pulak yang ikut mamanya ni nanti... Zie memang tak suka pantai... tak suka air yang berlengas dan pasir2 yang melekat. Sebab itu lah kalau ke pantai Zie suka tengok orang main air aje.

18 January 2012


Mengubahkan hobi menjadi perniagaan... boleh ke?

13 January 2012

Kek karamel lagiii...

Semalam dah buat kek ni... hari ni buat lagi, memang kami makan sungguh kek ni... maklum lah dah lama tak makan. Ingatkan buat sebiji tahan la 3 atau 4 hari... tapi rupa2nya tak sampai 2 hari pun. Memang suka betul kami makan kek ni.

Hari ni Zie buat lagi kek ni sebab Zie plan nak bagi kengkawan yang teringin nak makan. Kesian pulak tambah2 lagi ada di antara member yang teringin makan kek ni sedang mengandung. Nanti ada pulak baby yang berair mulut...

Dapat lah mereka merasa sorang sikit. InsyaAllah lain kali Zie buat lagi. Rasanya Zie memang akan selalu buat kek ni sebabnya kek ni telah menjadi salah satu kek feveret kami selain daripada cheesecake. Lagi pun untuk kali ke3 ni Zie rasa semakin senang dan cepat nak membuatnya, siap boleh hafal dah resepinya. Tak sampai sejam pun jika dibandingkan first time Zie buat dulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam nak siap. Al maklumlah first time buat tak berapa nak cekap lagi.

12 January 2012

Kek karamel untuk kali ke2 hasilnya pun memuaskan...

Dah lama teringin nak buat kek karamel untuk kali ke2nya... Alhamdulillah untuk kali ke2 membuatnya Zie semakin faham dan dapat buat dalam masa yang lebih cepat jika dibandingkan masa pertama kali Zie buat dulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Resepinya sama aje dengan yang sebelum ini... cuma warnanya aje berbeza, tambah satu lagi warna so nampak lah belang2 yang menarik ni.

Sebelum dipotong tak sabar nak tengok rupa di dalamnya...

Wahhhhhhhh... cantiknya, Aqil dan Amalia pun tak sabar2 suruh potong. Siap bersorak lagi masa Zie angkat potongan kek ni. Kami semua tak sabar2 nak makan... tak sempat sejukkan pun. Kalau makan yang sejuk lagi sedappp...

Suka tengok warna-warna yang cantik ni... lepas ni nak cuba warna lain pulak. Memasak ni memang kena ada seni jugak baru lah makanan yang dibuat dan dihidang nampak menarik, cantik dan yang paling penting sedap. Hepi sangat kalau hasil tangan sendiri menjadi dan famili suka... segala penat lelah hilang sekelip mata kalau famili suka makan makanan yang kite buat, Alhamdulillah...

11 January 2012

Kuih bakar versi kuning...

Dah lama rasanya tak merajinkan diri untuk membuat kuih muih... iaitu semenjak cuaca di Adelaide ni panas hari tu. Kalau panas memang bercinta betul nak dok di dapur lama2... makan pun yang simple2 aje. Panas di sini tak sama dengan panas di Malaysia... di Malaysia kalau panas kite boleh lagi berjalan di luar rumah dan ke mana sahaja. Tetapi panas di sini duduk dalam rumah pun dah gelisah dan serba tak kena. Makan pun tak berapa... selera tak ada kalau panas sangat dan asyik dok minum air dan makan ais krim aje. Minggu ni cuaca kembali sejuk... cuaca sejuk mula lah perut rasa nak makan aje... macam2 resepi terlintas dipikiran, rasa semua nak buat. Semalam Zie teringin nak makan kuih bakar, jadi Zie buat lah kuih bakar versi warna kuning ni... resepi sama je dengan resepi kuih bakar sebelum ni, bezanya Zie letak pewarna kuning dan perasa pandan aje.

09 January 2012

Ayam panggang serai...

Bahan2:
1 ekor ayam

Bahan perap:
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 ulas bawang putih - kisar
3 inci halia - kisar
2 batang serai - kisar
Garam
Jus lemon

Butter atau minyak zaiton
Kentang
Karot
Bawang besar

Cara membuatnya:
1. Lumur ayam dengan semua bahan perap dan perap selama 1-3 jam.
2. Sebelum bakar lumurkan ayam dengan butter atau minyak zaiton.
3. Bakar bersama kentang, karot dan bawang besar selama 1 jam atau hingga masak. Sepanjang membakar ayam tu lumurkan ayam dengan bahan perap berulang kali supaya nampak juicy.



08 January 2012

Sagu gula Melaka

Bahan2:
Biji sagu - direndam 10 minit

Bahan2 untuk air gula :
Seketul gula melaka atau 4 sudu besar brown sugar
1 cawan air
Gula secukupnya
Sehelai daun pandan

Bahan untuk santan:
1 cawan santan pekat
sedikit air
Sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Masak biji sagu. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
2. Masak gula melaka atau brown sugar bersama gula, air dan daun pandan.
3. Masakkan santan pekat (boleh tambah sedikit air) bersama sedikit garam.
4. Masukkan semua bahan dalam peti ais.
5. Hidangkan sagu bersama santan dan air gula... memang sedap dimakan sejuk2.

Daging masak hitam...

Bahan2:
1/2 kg daging
3 sudu besar rempah kari
1 biji bawang besar - hiris
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar kicap pekat

Bahan tumis:
Serai - titik
Daun pandan
Daun kari
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
rempah 4 sekawan
minyak

Cara membuatnya:
1. Rebus daging.
2. Tumis serai, daun pandan dan daun kari. Masukkan bawang yang dikisar dan rempah 4 sekawan.
3. Masukkan cili, kicap pekat, air rebusan daging dan daging.
4. Kemudian masukkan rempah kari, jintan manis dan jintan putih. Masak hingga pekat.


Daging Bistik

Bahan2:
1/2 kg daging
1/4 cawan black pepper
2 sudu besar cili kisar
4 biji kentang potong baji
1 tin kacang peas - toskan
5 sudu besar kicap manis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
air asam jawa
minyak untuk menumis
garam dan gula

Cara membuatnya:
1. Rebus daging dan ketepikan.
2. Tumis bawang dan cili kisar.
3. Masukkan black pepper, kicap, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan kentang. Kemudian masukkan daging. Akhir sekali masukkan kacang peas.

Banyak resepi untuk buat daging bistik ni... salah satunya boleh jugak tengok kat sini.


07 January 2012

Kurma kambing


Bahan2:
1 kg daging kambing
1 cawan santan pekat
3 biji kentang
2 biji cili merah/hijau
1 biji tomato
Lemon
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

Bahan tumis:
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu teh jintan manis
rempah 4 sekawan secukupnya (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
2 biji bawang kuning - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris

Cara membuatnya:
1. Tumis rempah 4 sekawan, masukkan bawang dan tumis hingga nak bau. Kemudian masukkan rempah kurma dan jintan manis yang telahh dibancuh dengan sedikit air. Biarkan masak.
2. Masukkan daging, santan dan tambah air sesuai dengan daging. Kemudian masukkan perahan lemon, garam, gula dan kentang. Masak hingga daging empuk. Sebelum tutup api masukkan cili merah atau hijau yang dibelah dua.

Sebelum masak kurma kambing ni Zie search dalam internet cari petua bagaimana nak masak kambing supaya tak berbau. Antara petua yang Zie jumpa ialah masukkan perahan lemon dan jintan manis. Hubby cakap memang tak berbau. Zie memang tak makan kambing jadi tak boleh la nak bagi komen dan dalam hidup Zie ini lah buat pertama kalinya Zie masak kambing. Alhamdulillah menjadi.

Makan2 sambil picking buah plum...

Petang semalam kami dijemput oleh Liza Nizam ke rumahnya... dia buat jamuan makan sempena meraikan orang2 baru yang sampai di Adelaide. Ini kali ke2 kami ke rumah Liza, rasanya dah setahun lebih lamanya kami tak ke rumah Liza. Sebelum ini Liza dan Nizam ada menjemput kami beberapa kali ke rumahnya tapi kami selalu aje ada halangan untuk ke rumahnya. Untuk kali ini kami kena pergi jugak sebab dah rasa segan dengan Liza selalu aje kami tak datang kalau dijemput. Kami dihidangkan dengan nasi ayam dan pelbagai makanan lain.


Backyard rumah Liza memang luas sesuai untuk anak2 bermain... memang selesa sangat. Tetamu pun boleh duduk di kawasan ini. Dan yang paling seronok rumah Liza ni banyak pokok buah... seperti plum, apricot, nectarine, loquat dan anggur.

Inilah rupanya pokok plum... memang lebat buahnya dan sesuai dipetik sekarang. Liza suruh semua tetamunya picking plum ni untuk dbawa balik. Masing2 dapat merasa memetik buah ni sendiri.

Aqil dan Amalia pun sibuk nak picking sama...


Tengok tu masing2 siap naik tangga untuk picking buah plum ni. Jangan ada yang jatuh sudah la...

Ini buah nectarine... Zie suka makan buahnya, rupanya lebih kurang buah plum tetapi isinya putih dan saiznya lebih besar. Buah ni belum masak lagi jadi tak dapat la merasa. Apa2 pun terima kasih Liza dan Nizam sebab sudi menjemput kami... selain dapat makan2 kami siap dapat bawak balik buah lagi.

04 January 2012

Terima kasih semua

Terima kasih yang tak terhingga Zie ucapkan kepada semua yang telah memberikan ucapan sempena ulangtahun kelahiran Zie dan mendoakan kebahagiaan Zie dan keluarga. Semoga doa2 kalian dimakbulkan olehNya. Zie juga mendoakan kalian semua mendapat rahmat dariNya.



Thanks abang, Aqil dan Amalia...


Sempena besday Zie kali ni macam biase hubby dan anak2 akan buat surprise... mereka bagi kad besday dan hadiah2. Terima kasih sebab mengingati hari kelahiran mama ni. Padahal Zie dah pesan pada hubby tak payah bagi apa2 dah sebab masa boxing day hari tu dah banyak barang Zie dapat.

Untuk besday kali ni ingatkan malas dah nak buat kek memandangkan cuaca panas nak dok dapur pun rasa malas. Tetapi memandangkan Amalia beria sangat... bangun pagi terus tanya 'mana kek besday mama?'. Jadi sesuai dengan cuaca panas ni Zie just buat kek ais krim aje... buat simple2 aje supaya Amalia hepi. Tengok kek tu cepat aje cairnya sebab cuaca panas.

Tengok tu Amalia... tak dapat tiup lilin atas kek, tiup macam tu aje pun ok... memang suka betul dia...

Alhamdulillah syukur pada Tuhan kerana izinkan Zie menikmati kehidupan di muka bumiNya ini... semoga Tuhan kurniakan kesihatan yang baik pada Zie, murahkan rezeki, panjangkan umur dan bahagia selalu disamping insan2 yang Zie sayang.

Syukur padaNya

Hari ini 4 Jan bersamaan dengan 10 Safar 1433 Hijriah, umurku bertambah lagi, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan aku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumiNya ini.

(ma bersama arwah abah... Al-Fatihah untuk arwah abah)

(satu2nya gambar Zie masa baby)

Terima kasih ma dan arwah abah
Lahirkanku ke dunia
Ku disambut penuh syukur
Bisikan azan ke telinga
Hikamah kalimah nan luhur

(Masa konvo master 2002)

Lahirku ke dunia
Ku diasuh mengenal Allah
Ku diajar sebut namaNya
Juga Nabi Rasul mulia
Salam sayang ma dan arwah abah
Mendidikku tak pernah jemu


(Masa zaman muda-mudi, masa ni tengah buat degree di UKM)

Tiada yang lebih bernilai
Dari pengorbanan yang suci itu
Tak berdaya aku membalasnya
Moga ku jadi anak yang bertakwa
Jasamu akan ku kenang selamanya
Hidup saling berkasih sayang
Membina keluarga bahagia

Pada mu Allah aku berdoa
Pada Mu jua aku meminta
Rahmatilah ma dan arwah abah tercinta
Ampunilah dosa- dosa mereka
Panjang umur dan murahkan rezeki ma
Moga berbahagia di dunia
Di akhirat beroleh syurga

(Hari persandingan Zie dan hubby... bagai pinang dibelah 2 tak?)

Halalkan lah makan minumku
Maafkanlah salah silapku
Tanpa maaf dan juga restu
Hidupku jadi tak menentu

Daku mengharap redha mu ma dan arwah abah
Hanya itulah yang ku pintu
Agar hidupku lebih bermakna

(Bersama suami dan anak2 tercinta)

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Berikan lah hambaMu ini iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan bersama keluarga tercinta dan hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.