01 January 2012

Selamat Hari Lahir Ma!


Selamat menyambut hari lahir yang ke 59 MA. 59 tahun... tanpa disedari detik masa berlalu begitu pantas. Ita sayangkan MA. Tiada tolok bandingnya kasih sayang MA kepada kami semua. Terima kasih atas kasih sayang yang MA curahkan selama ini. Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah MA lakukan untuk kami. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami. Terima kasih MA... terima kasih untuk segala-galanya. Tiada kata-kata lain yang dapat Ita ungkapkan selain terima kasih dan rasa syukur kepadaMu Ya Allah kerana menganugerahkan hambamu ini seorang ibu yang tiada tolok bandingannya.

Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan buat MA, kurniakan kesihatan yang baik kepada MA, lanjutkan usia MA, murahkan rezeki MA dan sentiasa memberi kebahagiaan kepada MA di dunia dan akhirat.

Ita sayang MA.

No comments:

Post a Comment