Selepas berkurung hampir 2 hari disebabkan cuaca yang panas, akhirnya kami kuar jugak, itu pun tunggu hari dah redup. Kami ke Henley Beach sebab Aqil dan Amalia nak bermain pantai. Hari tu di Grange Beach mereka tak puas bermain pantai. Alhamdulillah cuaca ok dan angin yang bertiup nyaman aje.
Ramai jugak orang petang ini... tapi semuanya orang2 OZ. Yang tak tahannya kalau ke pantai dan tempat terbuka macam ni banyak sangat anjing... tak larat nak mengelak terutama yang dilepas oleh tuannya. Risau jugak kalau tiba2 anjing2 tu menuju ke arah kami... apa lah agaknya kami nak buat. Jawabnya mau ada yang menjerit... mesti semua pakat hairan. Huhuuuu... mintak dijauhkan.
Sebenarnya bukan anak2 aje yang hepi kalau sekali-sekala dapat ke pantai macam ni... mama dia orang pun hepi, bosan jugak kalau terperuk je dalam rumah... asyik memasak je, memang tak boleh tahan. Kadang2 tu ada tahap jugak... semenjak dua mejak ni memang Zie terasa sangat malas memasak maybe sebab cuaca panas sangat.
Lucu pulak Aqil masa ni siap cakap 'ombak rindu dah datang' tiba2 teringat pada lakonan AA yang handsome tu hehehe... Kuat sungguh penangan ombak rindu sampai ke Adelaide pengaruhnya.
Hepi kalau dapat tengok anak2 macam ni... mereka hepi kite pun rasa bahagia.
Buat pengetahuan sesiapa yang singgah ke blog ni... Zie memang tak suka pantai sebabnya air dan udara dipantai akan menyebabkan kite rasa berlengas. Sepanjang hayat Zie rasanya boleh bilang dengan jari je Zie mandi pantai... huhhhh... memang tak suka. Baik air jeram pulak... Aqil dan Amalia sibuk dok ajak mamanya ni main air sama... sory la setakat kaki je boleh la, itu pun kejap2 aje.
Amalia macam biase la kalau dah ke pantai memang susah nak balik... tak puas main pantai sebab kejap sangat. Takpa lain kali kite datang lagi yer...
No comments:
Post a Comment