24 February 2010

bestnya jika mimpi aku menjadi kenyataan


Malam tadi aku bermimpi pergi makan di Kenny Roger's dan berjumpa dengan seorang ibu yang mempunyai anak kembar lebih dari 6 pasang, itu tidak termasuk yang dalam perut yang dikandungnya. Semasa si ibu dan anak2nya keluar dari Kenny Roger's tu, aku siap berlari keluar nak bergambar dengan diaorang kerana terlalu suka dan seronok tengok anak2 kembar tersebut. Apa maksud mimpi aku ni ye?. Bangun dari tido aku dok pikir pasal mimpi tu je. Aku cerita pada hubby. Hubby kata "mana tahu Tuhan nak bagi kite anak ke?''. Kalau mimpi tu memberi pentanda yang aku akan mendapat anak kembar yang sihat dan comel2. Alangkah hepi dan bertuahnya rasa.

23 February 2010

Motivasi Diri 2

'orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti'

' jadilah benih yang bernas, seribu tahun dijemur panas, digetus digetas binatang buas, tetap tumbuh mencetus tunas'

'kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal'- Tun Dr. Mahathir

'bertekadlah supaya tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh saudara semua'

'menyimpang seinci, rugi seribu batu' - pepatah Cina

'jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur' - Lewis Walker

'kenali seseorang itu sebelum saudara memilihnya sebagai contoh ikutan'

'setiap kali saya diberi tanggungjawab dalam melakukan sesuatu, saya berasa 'ghairah' hendak melakukannya' -Tan Sri Harun Hashim

'kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu' - Nabi Muhammad

Motivasi Diri

'ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul'

18 February 2010

xtvt hari ini

Hari ni takde keje nak buat , aku mengemas bilik dan buang kertas2 yang tak guna. Bosan je rasa Ain pulak takde sebab attend seminar di PICC. Rehat aku ke pejabat pos di Alamanda. Rasa sunyi je sebab ramai bercuti lagi sempena CNY. Balik rumah singgah ambik hubby dan Yaya, kemudian baru pergi ambil Aqil di sekolah. Malam aku ke klinik gigi, tak tahan sakit gigi. Rupa2nya gigi aku berlubang. Selepas ditampal baru ok. Kena bayar RM70 hinggit.

15 February 2010

Kepulangan abang




Hari yang dinanti2 telah tiba, hubby akan balik. Semalam kami ke KLIA untuk menjemput kepulangan hubby. Dalam pukul 6 petang kami bertolak ke KLIA. Aqil dan Yaya tak sabar2 menunggu papa. Flight hubby dari Adelaide tiba dalam pukul 7.51 malam. Hubby muncul di balai ketibaan lebih kurang jam 9.28 malam.

14 February 2010

Valentine's Card to my hubby

s


14 Februari 2010 tepat jam 12 malam aku berikan online Valentine's Card kepada hubby. I love u so much.

13 February 2010

Dok rumah je

Hari ni kami tak ke mana2. Dok rumah je, mengemas apa yang patut. Sebab esok hubby balik. Aku dan anak2 rasa seronok sangat. Tak sabar nak menanti kepulangan dan jumpa dengan hubby. Maklum la hampir 5 bulan berpisah.

Sehari lagi abang nak balik, seronoknyaaa...

Aku dan anak2 rasa happy sangat sebab hubby akan balik Ahad ni. Kami tak sabar nak jumpa abang. Kami akan jemput abang di KLIA. Semoga perjalanan abang selamat.

Ayam Penyet



Aku, Ain dan Puan Nurul


sedapnyaaa...



Laparrrrrrr...

Rehat hari ni aku, Ain, Adlina, Farhana dan Puan Nurul pergi makan di Restoran Ayam Penyet di Puchong. Rupa2nya ada cawangan di Seksyen 15 Bangi. Best jugak...

10 February 2010

Rehat ke Alamanda

Rehat hari ni aku ke Alamanda dengan Ain. Makan di Black Canyon Coffee dan beli barang di Carrefour.

09 February 2010

Haaa... legaaa...

Rehat hari ni ke pasar tani dengan Ain dan Farhana. Macam biase beli makanan dan air asam boi (air feveret kalau pergi pasar tani wajib beli).

Hari ni settle satu tanggungjawab aku... iaitu tanggungjawab kena cari jodoh untuk seseorang. Aku beritahu apa yang sepatutnya kepada orang tengah tersebut. Moga2 orang berkenaan jumpa jodoh yang sesuai dan dapat hidup bahagia.

08 February 2010

Hubby balik 14 Februari ini



Happynya rasa sebab hubby beritahu akan balik 14 Feb ini. Aqil dan Yaya mesti suka sangat sebab papa dia orang akan balik. Semoga abang selamat dalam perjalanan dan selamat sampai rumah. Kami semua tak sabar menanti kepulangan abang.

04 February 2010

Received Valentiens Card from my hubby


Balik keje semalam aku tengok ada surat bersampul merah dari oz. Rupa2nya kad valentines dari hubby. Awalnya... apa2 pun terima kasih. Zie sayang abang. Harap2 abang dapat balik cepat boleh kite celebrate bersama Aqil dan Yaya. Semoga kasih sayang kite akan berkekalan hingga akhir hayat.

03 February 2010

Ke sekolah Aqil

Hari ni aku ke sekolah Aqil untuk intai dia masa rehat sebab Aqil cakap ada seorang kawan dia nama Adam Haziq selalu rampas makanan dia. Aqil terpaksa kejar dia untuk ambik makanannya. Geramnya kalau selalu macam ni. Hari ni aku jumpa budak tu dan cakap pada dia elok2 " lain kali kalau nak makanan Aqil mintak elok2 dan jangan rampas je" dia cakap "ok". Aqil happy nampak aku ke sekoalh dia. Aqil tanya "kenapa mama datang sekolah Aqil dan tak cakap pada Aqil awal2". Aku saje tak cakap nak tengok keadaan macam mana. Harap2 lepas ni dia tak buat lagi la. Kalau buat lagi kena beritahu cikgu kelas Aqil la... Cikgu Zuraida Hassan.